Followers

Monday, March 11, 2013

Berbuah Lebat

Terasa sihat,
auntie jengok pokok kat luar rumah
trim2 sikit tapi kesudahannya
melarat sampai pecah2kan pasu
kumpul dalam guni dan buang
dah malas nak berpokok bunga
bebanyak...dah tak larat

Pokok Mulberry yang auntie tanam
berbuah lebat sampai tak termakan

Dah tinggi melebihi 10 kaki

Tak sangka dari sebatang ranting, 
dah besar lebih secekak


Buah2 yang lebat terselindung di balik2 daun


Yang hitam tuh dah ranum, manis


daunnya boleh di rendam dengan air panas,
minum macam teh O


Buah2 yang rendah paras dada auntie

Auntie petik yang rendah2 ajar



Kawasan rumah auntie banyak tupai
tapi hairan, mereka tak kenal buah mulberry ni

Dengar kabar di Cold Storage ada jual
Lebih kurang dua gengam sampai Rm20

Pada sesiapa yang inginkan benih
boleh ajer auntie kerat2 batangnya
dan cucuk ajer di tanah



25 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Teringin jugak auntie, tapi...tanahnya hanya ada sepasu je. manalah boleh tanam benda ni dlm pasu kecik tu je kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Warahmatullahi Wabarakatuh anyss,

      Ohhh..dalam pasu memang susah nak berbuah, kalau pasu tempayan, mungkin boleh

      Delete
  2. Assalam auntie,
    Pokok ni boleh hidup segar dengan iklim di Malaysia? Rasanya manis atau masam auntie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam kembali juju,

      Memang senang hidup pokok ni walaupun diMsia.

      Rasanya sedap juga, yg ranum manis, yang merah masam2 sikit.

      Delete
  3. auntieeee.....saya nak benihhhh...mcm comel buahnya..hehe

    kat cold storage mmg mahal sgt niii T_____T

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam bless,

      Meh lah umah auntie jika berhajat.

      Delete
  4. Salam, Auntie..

    Kalau dekat nak aje sy singgah amek ranting buah mulberry tu.. tak pernah makanlah auntie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Kembali SKTJ,

      Tulah, memang auntie nak bagi sapa yang hendak benih pokok ni sebab senang penjagaannya.

      Rasanya sedap juga, yg ranum manis, yang merah masam2 sikit.

      Delete
  5. rumah saya pun ada tanam, belum besar lagi tapi dah berbuah barang sebijik dua

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Mrs Yana,

      Memang senang tanam mulberry, buahnya tak putus2

      Delete
  6. sedapnya mulberry makan dengan yogurt sesejuk nyums :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Aimi,

      haah, betul, nak cari yogurtlah..hik3x

      Delete
  7. salam auntie.lebatnya buah mulberry.geram tgk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Kembali,

      hehehehe tulah, lebat sampai tak termakan

      Delete
  8. Teringat lagu yg saya ajar pada year 1 pupils saya..."here we go round the mulberry bush,early in the morning"..

    Mulberry ni selain dimakan gitu aje,boleh buat apa lg ye auntie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Myzura,

      Ohhh..cikgu yea.

      Boleh dibuat jem

      Delete
    2. Wslm. Oh ya..jam..selalu biasa dgn strawberry jam..try pulak mulberry jam.

      Ya..sy english teacher.anak sedara pda zuraida arshad yg auntie slalu komen dlm fb tu.

      Kami kalau berjumpa,boleh sembg smpai tak tido semalaman.we both have the same interest..lagi2 kalau bsembg bolh pecah gegendang telinga because our voices are so loud.mklumla dua2 cikgu :-)hehehe

      Delete
  9. Macam teringin je nak tanam mulberry ni, tapi kawasan rumah saya walaupun sangat luas tapi tanah nya jenis yang keras berbatu tak berapa bagus untuk tanam buahan seperti mulberry sebab dulu shamsul pernah tanam anggur walaupun berbuah tapi tak cantik dan masam.

    Tengok akak tanam cantik dan subur, geraaaam nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam sharifah,

      Ohhh..tanah berbatu kena upah pakai tukang kebun dulu, buang batu2, korek lubang atau buat batas. Dah tu bolehlah tanam segala pokok2 kecil2.

      Delete
  10. assalam aunty.. nak jugak benihnya jika tak menyusahkan...saya di perak ni..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam,

      hehehehehe meh datang KL

      Delete
  11. mulberry? xpenah makan la aunty..1st time dgr n tgok buah ni...jakunnya saya..:)

    ReplyDelete
  12. kat rumah pun banyak buahnya aunty. mak la selalu dok petik..sedap uah tu. doc kata bagus utk darah tinggi..

    ReplyDelete
  13. Assalam aunty..sdap buah tu.kt umh mama sy di kmpung pun ada pokok tu.klau ranum lg sedap.manis je.

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum auntie,

    nak benih pokok mulberry ni lah. tengok kat supermarket mahal bebenor. thanks you auntie.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...