Salam Jumaat readers auntie,
n3 kedua utk Jumaat yang mulia bagi kita kaum wanita
Ya Allah,
Moga aku dilindungi, dirahmati dari api neraka..Aamiin
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakkan
penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat
ke dalam
neraka maka aku menyaksikan
kebanyakan penduduknya adalah wanita.
(HR. Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas dan Imran serta selain keduanya)
Padahal pintu-pintu kebaikan dan pintu-pintu surga terbuka buat wanita,
dan Allah telah memudahkan wanita untuk masuk ke dalam surga,
dan wanita telah mendapatkan
KELEBIHAN dan KEISTIMEWAAN:
Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang sholeh.
Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.
Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan
atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan,
lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka
dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab
maka baginya adalah syurga.
Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan se Suatu
daripada anak2nya perempuan nya
lalu dia berbuat baik kepada mereka,
maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka
dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang
dia kehendaki dengan tidak dihisab
dengan tidak dihisab.
Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,
burung di udara,
malaikat di langit, matahari dan bulan,
semuanya beristighfar
baginya selama mana dia taat kepada suaminya
dan direkannya
(serta menjaga sembahyang dan puasanya).
Perempuan apabila sembahyang lima waktu,
puasa bulan Ramadan,
memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,
masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,
maka Allah S.W.T.
memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu
daripada suaminya (dengan jarak 10,000 tahun perjalanan).
Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,
maka beristighfarlah para malaikat untuknya.
Allah S.W.T. mecatatkan baginya
setiap hari dengan 1,000 kebaikan
dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin,
maka Allah S.W.T.
mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad
pada jalan Allah S.W.T.
Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,
keluarlah dia daripada dosa-dosa
seperti keadaan ibunya melahirkannya.
Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap
satu tegukan
daripada susunya diberi satu kebajikan.
Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,
maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan orang hamba
dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.
Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000 lelaki yang jahat.
Rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada
80 rakaat
solat wanita yang tidak hamil.
Wanita yang memberi minum air susu ibu (asli) kepada anaknya
daripada badannya
(susu badannya sendiri) akan dapat satu pahala
dari pada tiap-tiap titik susu
yang diberikannya.
Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah
di dalam
keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang
dan suami yang melihat
isterinya dengan kasih sayang
akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah
dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga
500 tahun
lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua
70,000 malaikat
dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan
di dalam syurga,
dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda
yang dibuat daripada yakult.
Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak
yang sakit
akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan
bila dia hiburkan hati anaknya
Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan
oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”,
Allah akan berkatkan rezekinya.
Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala
seperti meyapu lantai di baitullah
Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa
dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,
dia akan dikira sebagai mati syahid.
Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2½ thn),
maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.
Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,
Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
Jika wanita memicit anggota badan suami tanpa disuruh
akan mendapat pahala 70 tola emas
dan jika wanita memicit suami bila disuruh
akan mendapat pahala 7 tola perak.
Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya
akan memasuki syurga.
Jika suami mengajarkan isterinya menyelesaikan
satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,
tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya
iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Assalamualaikum aunty,
ReplyDeleteterima kasih share kan entry ni,
saya minta kebenaran nak share kan pada kawan2 saya ok :)
Assalamualaikum Aunty
ReplyDeleteInsyaallah...aunty antara isteri yg akan menjadi penghuni Syurga..amin
Bila baca ni jadi takut dan insaf.
ReplyDeleteTak sabar nak baca cerita untie zaman dulu2. Saya ada terjumpa barang2 peninggalan arwah mak saya. Kasut platform nya la, skirt kembang2, blouse. Arwah mak saya memang orang yang suka bergaya dulu rasanya. Saya tidak kenal arwah mak sebab dia meninggal saya baru 2/3 tahun macam tu lah. Bila baca cerita untie tu macam menyelami zaman arwah mak saya pula. Umurnya kalau panjang sehingga ke hari ini baru 55 tahun.
ReplyDeleteCabaran untuk semua, lelaki dan perempuan, ialah 'menjaga' lidah dan kemaluan ... wallahualam.
ReplyDelete