THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Thursday, February 14, 2013

Ucapan Hari Lahir Untuk Cucuku



Ucapan Selamat Hari Lahir Yang Kedua
Khas buat Nur Zara Sofea



Cucu yang ku sayangi
Kau lah Yang pertama generasi ketiga dalam keluarga ku
Tok Papa + Tok Mama = Your Daddy
Khairul Zaire + Zeity Azila


Zara, Kau dilahirkan atas kasih dan sayang
antara Daddy yang menikahi Mummy mu
dengan sah pada 30/1/2010


Lahirlah seorang bayi perempuan pada 14/2/2011

 Nur Zara Sofea







You Are 







Bukan salah mu Zara
pabila kasih dan sayang kami disini
kasih dan sayang Daddy dan Mummy mu
Di rampas dan dikawal tanpa belas kasihan
Tak mengapa..mereka telah mengadili hukum dunia
Di akhirat nanti akan diadili oleh Yang Maha Adil

Jika Daddy mu umur panjang
Dialah yang akan mewalikan mu nanti
Bagi Tok Mama, umur Tok Mama sudah singkat
untuk menyaksikan hari bahagia mu
tapi yang pasti Tok Mama akan menemui mu
di syurga akhirat nanti..Itu doa Tok Mama
tiada siapa dapat menghalang ketika itu


Zara cucuku,
Tiada hadiah yang dapat Tok Mama berikan
untuk mu hanya Doa pada Allah s.w.t


Ya Allah..
Peliharalah..
Solehahlah hendaknya Cucu ku
bimbinglah ia kejalan yang lurus
Celikkan mata hati nya 
tidak beku dan hitam 
dengan keadaan persekitaran yang dilalui nya
permudahkanlah perjalanan hidupnya
Aamiin

Daddy mu dan kami merintih disini
Hanya gambar kegembiraan dalam kesedihan
dari Daddy mu..

Daddy mu membeli hadiah yang termampu
untuk mummy mu yang amat2 disayanginya
sempena hari perkahwinannya




dan untuk hari jadi mu
seekor beruang yang menaiki basikal..
hanya melalui pos laju..

Metaphora
Daddy yang bersusah payah mengayuh basikal
untuk merasai kehidupan bahagia keluargaan
tapi di galang selama 5 bulan sudahhh..
mengapa dan kenapa?
sampai kini daddy mu masih kebinggungan
hanya berserah dan berdoa pada Allah s.w.t
untuk membuka pintu taufiq dan hidayah
pada 'mereka' yang hanyut dan tenggelam
membuka pintu hati mereka untuk
menyambung kasih dan sayang bersama mu..




Hati Tok Mama sebak cucuku Zara,
Diluar sana hujan renyai2..
bagaikan air mata Tok Mama masa ni...
Sesudah ucapan di N3 ni..


Tok Mama akan bersolat dhuha bermohon
dan bermohon...
sayang ku..
Nur Zara Sofea..





Untuk cucuku mungkin tahun depan Tok Mama 
tak kesampaian untuk mengucap hari lahir mu lagi..



P/s : Catitan ini untuk Cucuku
di suatu hari nanti..bila sudah cukup
masa dan cukup dewasa kau akan memahami..
bahawa kami disini amat2 merindui dan menyayangi mu..


83 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Selamat hari lahir Nur Zara Sofea. Semoga dilanjutkan usia, dimurahkan rezeki, didorongkan kehidupan melalui jalan yang benar, dimudahkan segala urusan, diindahkan pekerti secantik wajah, diberkati seluruh kehidupan.

    Semoga juga, Tok Mama sentiasa kuat dengan ujian sebesar ini. Aminnnn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusallam Warahmatulahi Wabarakatuh anyss,

      Terima Kasih pada anyss sudi mendoakan kesejahteraan utk cucu auntie.

      Aamiin.

      Delete
  2. Salam, auntie...

    saya aminkan doa auntie, doa seorang nenda kepada cucunda yang dikasihi & disayangi.. Amin.. amin.. Ya Rabbal Alamin...

    Selamat hari lahir, Zara. Semoga suatu hari nanti Zara akan kembali ke pangkuan keluarga nenda Nani yang merindui...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali SKTJ,

      Terima Kasih meng'Amin'kan doa auntie.

      Auntie juga meng'Aamiin'kan doa SKTJ.

      TQ dear

      Delete
  3. Sedihnya untie:(
    Rindu jgk nak tatap gbr cucu untie yg comel tu..igt kn pics dlm fb smlm cucu untie dtg rmh untie...
    Hepi befday zara kiut....
    Semuga segala mslh akn terungkai dgn baik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali,

      Memang sedih apa yang berlaku, tapi ia nya akan berakhir juga samaada dengan kegembiraan atau tidak, hanya Allah s.w.t sahaja yang Maha Mengetahui

      Delete
  4. semoga zara menjadi insan soleh...selamat ulangtahu zara..

    auntie...
    walau jauh ia amat dekat..mekar harumlah rindu sampai ke syurga..
    moga auntie sekeluarga sentiasa di bawah perlindungan dan rahmat Allah swt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ros,

      Terima kasih atas ucapan untuk cucu auntie.

      Terima Kasih sekali lagi diatas doa Ros utk keluarga auntie..
      Terharu..

      Delete
  5. i just dont get it...
    kalau tak suka kenapa diberi kahwin dulu..
    dah kahwin, kenapa dihalang2 pulak?
    kenapa dengan mereka tu?
    just imagine kalau depa sendiri yang dipisahkan antara suami dan isteri..apa depa rasa?
    ok saya tahu komen ni agak kasar.. sorry for that....
    semoga mereka diberi taufiq dan hidayah semasa mata masih lagi mampu terbuka....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam NP,

      Auntie or shall I say We as a family too don't get it, not only you....

      Haah, vocal betul NP yea?, tapi gitulah jika sesaorang yang ingin meluahkan geramnya..hik3x

      Doa auntie pun gitu juga, sentiasa berdoa supaya mereka dibuka pintu hati utk perubahan yang di redhai Allah s.w.t.



      Delete
  6. Aduhai....saya pulak yang menangis....

    Moga Allah membuka jalan
    Moga Allah membuka jalan

    Selamat Hari Lahir Zara Sofea...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ida,

      Aiseyyy..ida pun nanges jugak ker?

      Aamiin, Aamiin, Aamiin

      Terima kasih atas ucapan untuk cucu auntie.

      Delete
  7. Aslkmum Auntie
    Happy bday Nur Zara Sofea yg comeii. moga Zara akn sentiasa sihat ceria dan selalu ingat semua yg menyayangi Zara..
    sebak baca luahan auntie...moga auntie sekeluarga terus diberi kekuatan dan kesabaran...dan dpt bertemu Zara nanti. Aminnn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusallam Warahmatullahi Wabarakatuh Mamasya,

      Terima Kasih atas ucapan dan doa utk cucu auntie dan keluarga.

      Aamiin.

      Delete
  8. Ya Rabbal Alamin...

    Sedih betul saya baca aunty...Happy Birthday untuk Zara semoga sentiasa dilindungi selalu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nonie,

      Terima Kasih atas doa dan ucapan

      Delete
  9. Salam Kak Nanie
    Selamat hari lahir Zara..
    Semoga keluarga Zeity tersedar dari kesilapan dan Ayol, Zeity dan Zara akan bersatu semula menjadi keluarga bahagian macam keluarga kak Nanie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali makchaq,

      Terima kasih ucapan utk Zara.

      Aamiin, Aamiin, Aamiin.

      Delete
  10. ya Allah, semoga terus diberi kekuatan untuk aunty dan keluarga. amiinn
    insyaAllah, ada hikmah yang kita tak nampak lagi. family saya pun lalui benda yang sama sejak 6 tahun lalu, baru sekarang nampak semakin ok. aunty sabar ya. doa kami semua dengan aunty :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam afiniakib,

      Aamiin utk doa yg dipanjatkan.

      Sudah tentu ada hikmah, kami tahu akan hikmahnya sudah.

      Alhamdulillah, afiniakib dah melalui ujian dan mula dapat nikmatNYA.

      InsyaaAllah, kami memang banyak bersabar dan akan terus bersabar dan juga kami redha apa saja ketentuanNYA.

      Delete
  11. As-salam kak.

    Menitik air mata saya semasa membaca...sedih sangat, patut nya pihak disana bergembira mendapat menantu sebaik Ayol...tak sanggup saya tengok Ayol bergambar dengan hadiah untuk isteri dan anak tercinta....begitu berat dugaan yang Ayol tanggung.

    Saya pun nak ucapkan Selamat Hari Jadi buat Nur Zara Sofea.....nama mu secantik wajah mu sayang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasallam Sharifah,

      Kerana Ayol terlalu baiklah maka terjadinya ujian ni..memang berat apa yang ditanggungnya, pada Ayol dia hanya berserah dan berserah dengan doa2nya.

      Menitis air mata akak bila nengok dia menadah tangan berdoa selepas solat.

      Terima Kasih Sharifah atas doa dan ucapan utk cucu akak.

      Delete
  12. Sabar aunty. Semoga diberi kekuatan dan kesihatan. Saya dah cakap kat peej suruh bagi aunty cucu baru. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam JohnJenin,

      Aamiin.

      Walaupun ada zuriat dari pasangan anakku Peej, auntie tetap menyayangi Nur Zara Sofea sebab dia adalah cucu pertama.

      Delete
  13. Salam Aunty..

    Happpy birthday buat Nur Zara Sofea , semoga zara akan tumbuh menjadi anak yg solehah dan berbakti buat org tuanya.

    Semoga dipermudahkan juga segala urusan abg ayol dan aunty sekeluarga.

    *kesat air mata*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali fathen,

      Terima Kasih atas doa utk Nur Zara Sofea.

      Aamiin atas doa yang dipanjatkan pada keluarga auntie.

      Meh sini auntie hulurkan tissue utk kesat air mata tu...
      Terima Kasih menangis bersama2 auntie..huhuhuhu

      Delete
  14. assalamualaikum Auntie Nanie,
    bergenang airmata saya ketika membaca entry ini...sedih rasanyer...besar sudah NZS...semoga bila besar nanti NZS tahu bahawa tok mama dan semua amak menyayangi dirimu...untuk ayol dan zeity, harap di permudahkan semua dan segala pergolakan akan berakhir dengan kebahagiaan...be a good gurl to mommy and daddy ya Zara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam shuweet ku sayang,

      Haah, memang besar sudah cucu auntie, mungkin sudah pandai bertutur, kalau ada disini pasti dah keletah gelagatnya..

      Thank You for the wishes.

      Delete
  15. Selamat hari lahir Zara.
    Semoga kemelut yang melanda ,cepat berlalu dengan baik .
    Semoga bertautlah kembali kasih sayang mereka yang terpisah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mamason,

      Aamiin, Aamiin, Aamiin

      Terima Kasih atas doa diatas.

      Delete
  16. Salam Aunty..

    Sedih benar hati saya baca entry aunty kali ni..Zara Sofea adalah sebaya dgn anak saudara saya Soffia Arissa yg menyambut hari lahirnya semalam..sayu saya mengenangkan Zara Sofea menyambut hari lahir tanpa ayahnya di sisi sedangkan Soffea Arissa sungguh bertuah dikepit oleh ibu dan ayahnya sambil potong kek..

    Saya doakan smoga Allah SWT melembutkan hati mereka yg berkenaan supaya Zara Sofea boleh mengecapi kebahagian bersama ibu dan ayahnya spt kanak2 lain..

    Untuk Aunty saya doakan agar Allah SWT memberi kesihatan yg baik dan panjang umur agar aunty dpt lihat kebahagiaan anak2 dan cucu2 aunty di masa depan..aminnn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali Rina,

      Ketika ini cucu auntie tidak akan merasakan akan kehilangan daddynya.

      Setakat ini, daddy Zara tidak ujud bagi mereka, malah keluarga kami disini bagaikan tidak ujud bagi mereka.

      Jika berlaku yang tidak diingini yakni penceraian, kami tetap akan dapat bersama Zara Sofea walaupun 3 hari dalam seminggu kerana ini adalah hukum hadanah.

      Jika kami disekat juga maka jawablah lagi di depan Allah swt nanti.

      Mudah2an mereka buka pintu hati hingga perkara ini dapat dielakkan demi Allah dan cucuku. Aamiin.


      Delete
  17. Dear auntie, semoga auntie tabah. Auntie ramai yang sayang. Readers auntie ramai doakan auntie. Fieza doakan semoga one day akan bertemu jua dengan zara :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam fieza,

      InsyaaAllah fieza, dengan izinNYA juga..

      Delete
  18. I would feel the same if I am in your sistuation. Take care.

    Salam....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali Nong,

      TQ dear for being caring.

      Delete
  19. Zara, usia Zara sebaya usia cucu Aunty..Setiap kali aunty peluk cucu, aunty dapat rasakan betapa rindunya tokma untuk peluk Zara..Bertuahnya Zara dapat tok Mama dan Tok Papa yg begitu sayangkan Zara..Melimpah ruah Kasih sayang mereka buat Zara.
    Membesar lah dalam tabah dan penuh bahagia..Dewasalah dalam faham dan mengerti bahawa kamu amat disayangi dan di rindui...
    Kak Nani, Jangan pernah berputus asa, kita doakan semuga Tuhan permudahkan urusan anak2 dan sentiasa memelihara mereka dari pedih luka..Tuhan itu satu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hani,

      Terima Kasih atas ucapan dan doa untuk cucu nani.

      Hanya doa mengiringi anak dan cucu nani utk kebahagian rumah tangga mereka tapi jika pihak disana tidak mahu beralah, apalah daya kami disini.

      Moga mereka dibuka pintu taufiq dan hidayah. Aamiin

      Delete
  20. Hilang dah cerita cerita popea kesayangan aunty noy dan aunty peej nya di dalam blog peej. Semoga anak dah ayahnya bersatu akhirnya. Semoga mereka benarkan Zara dilawat oleh keluarganya yang lagi satu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam princessonbudget,

      Emmm..memang kalau ikut firasat auntie, memang hilanglah cerita2 Nur Zara Sofea hingga sehingga suatu hari nanti, InsyaaAllah hukum hadanah akan meleraikan kerinduan kami.

      Delete
  21. sebak rase kat ati neh... sabar ea auntie~~

    ReplyDelete
  22. Assalam auntie...sedih di hati baca entry ini..moga Allah ketemukan auntie dengan cucu dan kembalikan anak pada ayahnya..amin ya rabb...auntie..be strong ye......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassallam ummi khalish,

      Aamiin. Terima kasih kerana sudi mendoakan kami.

      Delete
  23. Assalam aunty,
    Selama ni hanya SR je. Tersentuh hati sebagai seorang ibu bila baca coretan aunty. Saya doakan semoga segalanya akan kembali ceria dan bahagia seperti sebuah keluarga bahagia yang lain. Insyallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasallam Juju,

      Terima Kasih Juju sudi tinggalkan komen kali ni dan ribuan terima kasih atas doa mu.

      Auntie meng'Aamiin'kan doa Juju.

      Delete
  24. Walau apa pn pengakhirannya,kasih syg ayah dan anak tak patut dipisahkan..tak sangka ada yg sekejam tu ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ajleaa,

      Itulah soalan yang auntie selalu tertanya2..

      Mengapalah ada manusia yang sebegitu perangainya..Nauzubillah

      Delete
  25. Saya sebak, anak saya sebaya dengan Zara, saya dan suami amik iktibar dengan apa yang auntie telah catatkan disini.. Insyallah auntie, tuhan tu adil.. semoga auntie dan keluarga terutamanya anak auntie tabah menghadapi segala ujian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam HaNa,

      Alhamdulillah, iktibarlah supaya menjaga perkahwinan demi Allah dan anak yang di amanahkan pada pasangan suami isteri.

      Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui..

      Terima Kasih mendoakan auntie sekeluarga.

      Delete
  26. salam auntie. sedih baca entry ni. apa2 pon Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat umatnya. semoga auntie sekeluarga tabah. dan selamat hari lahir juga buat si comel zara. semoga suatu hari nanti Allah akan membuka pintu hati mereka itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali Lya,

      Terima kasih atas ucapan utk Zara dan doa utk keluarga auntie.

      Setakat saat auntie menaip komen ini, (Jumaat pukul 11:45 pagi) belum lagi ada perubahan malah masih angkuh (ego) dengan perbuatan2 ingkar terhadap suaminya. Nauzubillah

      Delete
  27. Sedih baca entri aunty pagi2 hari nie..My mum ada cucu n saya semakin fhm mcmana sygnya nenek pd cucu n x dpt nk byangkn if my mum kena lalui apa yg aunty lalui :(

    Moga Allah bukakan pintu hati mereka2 yg menzalimi kasih syg aunty sekeluarga..Satu hari nanti hak akn kembali kembali yg berhak, Insyaallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam BM,

      Everyone are sad knowing the painful situation we are facing through.

      InsyaaAllah, hak2 ada digariskan dalam hukum hadanah.

      Terima Kasih BM mendoakan auntie sekeluarga. Aamiin

      Delete
  28. assalam.

    aunty.. selama ni saya baca je blog aunty dan peeja..
    tapi entry ni menyentap hati saya.
    tabah lah aunty dan family..
    mudah-mudahan Allah akan sentiasa dan terus melindungi Sofea Zara dan aunty sekeluarga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasallam Mrs Sheikh,

      Terima kasih atas doa utk keluarga auntie dan terima kasih sekali lagi kerna tinggalkan komen utk N3 ini..

      Delete
  29. Salam Auntie.

    Menitik air mata saya baca n3 auntie ni. semoga dipermudahkan segala2nya ye auntie. pasti ada hikmah di sebalik semua ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Deceptive,

      Terima Kasih yea doakan utk kami sekeluarga

      Delete
  30. asmkm maknani,
    adakah si isteri dihalang dengan dikurung oleh ibu bwpa? atau dia bebas keluar masuk?atau terkurung akal dan hatinya sendiri menghalanginya?
    apakah kegelapan dan kebekuan berpunca dari ibubapa nyq atau diri isteri sendiri??tahu taknak pisah dan nqk duduk bawah ketiak mak bapak,kenapa la gatal pegi kawin? dari dapat pahala terus hilang suma...

    wassalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusallam Warahmatullahi Wabaraktuh nor,

      Entahlah apa jawapan2 utk soalan2 diatas hanya mereka saja yang tahu sebab2nya dan motif mereka berbuat begitu..

      Itu lah yang mak nani kesiankan, kerana 'ayahnya' tidak melindungi keluarganya dari mengingkari hukum Allah hak suami, malah hanya berdiam diri menurut 'perintah' queen of the house.

      Statement auntie adalah benar tidak direka2 sebab kejadian adalah depan mata, ada 'queen tebuan' dlm rumah.
      Nauzubillah

      Delete
  31. saya doakan setulus hati auntie nani n family akan dapat jumpa zara sofea secepat mungkin dalam suasana penuh kasih sayang..insyaAllah..aamiin ya Rabb, kau pemilik hati hati kami, leburkan hati mereka yang keras seperti batu dan gantikan dengan kasih syangMu yang tiada batasan..aamiiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam susumanis,

      Amat terharu, auntie mengucapkan setinggi tinggi terima kasih atas ketulusan doa susumanis utk kami sekeluarga.

      Aamiin, Aamiin, Aamiin.

      Delete
  32. salam auntie nani, sabar byk2 dan berdoa agar keluarga di sana lembut hati... tempat isteri adalah di sisi suami. siapa kita sebagai manusia biasa nak pisahkan dan hentikan kasih sayang suami isteri, ayah dan anak. percayalah, satu hari nanti Allah akan tunjukkan kebenaran.. be strong auntie. i believe, ramai yg doakan yg terbaik buat auntie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali A2Z,

      Betul, kita tidak punyai kuasa apa2 utk segala2 apa yang berlaku, apa yang akan berlaku.
      Semua adalah pinjaman dan lakonan pentas kehidupan dunia.

      Auntie amat berterima kasih atas doa2 kalian utk auntie sekeluarga,

      Moga Allah ampunkan dosa2 kami..Aamiin

      Delete
  33. Saya berdoa ade kesudahan yang baik untuk family Auntie ye. Ayol nampak tabah orangnye. I am sure he will find his happiness jika if not soon, tapi akan datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Dils,

      Terima Kasih Dils doakan utk keluarga auntie.

      Memang Ayol seorang anak, suami dan ayah yang tabah.

      Itulah yang auntie doakan utk Ayol, moga terhenti perasaan luka yang ditanggungnya, dan gantikan lah dengan kegembiraan kehidupan yang abadi utknya.

      Delete
  34. Salam untie nani.
    Sedih n sebak sy baca entry ni.Hanya pada ALLAH sj kita dpt berdoa untuk mereka yg kejam memisahkan ayah dgn anak darah dagingnya sndiri..smmgnya buta sungguh hati mereka dgn hukum ALLAH,jauh sungguh hati mereka dgn ALLAH.Sabar banyak2 yer untie n ayol.ALLAH sentiasa ada dengan org yg bersabar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali zunirrah,

      Memang sedih keadaan masa kini yang kami tempuhi. Memang benar hanya doa pada Allah adalah usaha kami.

      Sebagai hamba Allah, hukumNYA adalah panduan kehidupan dan ajaran2 Rasullah patut di contohi oleh umat2nya.

      Kesabaran, curahan air mata dan doa adalah penyucian jiwa utk kami sekeluarga.

      Terima Kasih sudi doakan utk keluarga auntie.

      Aamiin.

      Delete
  35. Moga yang terbaik buat keluarga Auntie.
    It's hard to face this, but I know, Auntie dan family kuat. Moga Allah permudahkan segala urusan dan si comel kembali bersama keluarganya :"(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Lord Zara,

      Terima Kasih atas doa utk keluarga auntie.
      InsyaaAllah penyelesaian pasti ditempuhi, mudah2an keputusan yang dibuat mengikut hukum Allah bukan kerana emosi.

      Delete
  36. Salam aunty...

    moga doa aunty akan termakbul...
    kasih sayang antara ayah dan anak pasti tak dapat dipisahkan dengan apa cara sekalipun...

    mohon doa dari aunty untuk saya dapat baby secomel zara...boleh jadi cucu aunty nanti...=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali fiza,

      Auntie meng'Aamiin'kan doa fiza utk auntie.

      InsyaaAllah, doa auntie mengiring mu utk mendapat zuriat yang sempurna dari segi physical dan akhlak.

      Bermula doa auntie disini..
      Alfatihah utk Rasulullah 1x
      Selawat Nabi 3x kali

      Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
      Kau kurniakan lah zuriat yang sempurna utk saudara ku
      fiza ismail, jadikan zuriatnya seorang yang beriman
      pada mu Ya Allah..
      Kau makbulkan lah doa hamba mu dan saudaraku
      Permudahkan lah perjalanannya
      Aamiin.

      Delete
  37. Ya Allah ya tuhanku berikan kesudahan yang baik berikan keberkatan berikan keredhan berikan peluang berikan kasihsayang berikan kekuatan berikan kesabaran berikan yang terbaik di atas usaha yang telah hamba Mu lakukan amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kasihibu,

      Sungguh terharu dengan doa yang dipanjatkan utk auntie.
      Ribuan Terima Kasih Siti..

      Aamiin, Aamiin, Aamiin

      Delete
  38. hukum dunia mmg byk yg tidak adil ... blog adalah penyampai sejarah yg baik utk zara nnt...
    moga suatu hati nnt dia memahami keadaan sebenar dan moga haknya tidak terus dinafikan pihak yg mengaku menyaynaginya namun berpegang pd paksi hasad dn dengki dn menafikan hak zara sebagai anak pd ayahnya dan cucu serta saudara pd kalian semua...

    bertabahlah wahai hati.... laaa tahzan... jgn bersedih yea... :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam DSS,

      Bergenang air mata auntie, terima kasih atas doa yang dipanjatkan.

      Itulah tujuan sebenar penulisan n3 ini, hanya berharap cucuku tahu betapa pedih dan menyayat hati apa yang telah berlaku, moga ia tidak ditanam perasaan yang negatif terhadap keluarga daddynya.

      Menghiris perasaan bila melihat 2 lelaki dalam rumah auntie mengalirkan air mata bila membaca n3 ini dan komen2 kalian semua..
      berpuluh tahun auntie berkahwin, akhirnya auntie melihat air mata suami mengalir di celah2 cermin matanya..

      Anak ku Khairul Zairie, setiap malam dia membaca Yassin dengan sedu sedan, bahu nya terangkat2 menangis mengadu pada Allah swt

      penganiayaan yang amat2 zalim terhadap kasih dan sayang yang sepatutnya dimilikinya dengan qada dan qadar dari Allah atas jodoh dan kurniaan anak yang comel..tapi anggara durjana bisik2an yang kuat dari iblis, akhirnya mertuanya dan isterinya tumpas..

      La-ilaha-iLLaLLah- Muhammadur-Rasulullah

      Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
      Hentikan lah kesedihan pada anakku dan keluarga ku
      Cucurilah ketenangan dan kesabaran
      Cinta dan Kasih Sayang kami tiada siapa
      yang melebihi MU YA ALLAH..
      Aamiin.

      Delete
  39. aunty...tabahlah..saya berdoa semoga tuhan permudahkan segalanya... love u aunty!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam NONO,

      Love u too dear,

      Terima kasih berdoa utk dipermudahkan kemelut ini.
      InsyaaAllah, apa saja ketentuanNYA kami redha dan sabar menempuhi nya.

      Delete
  40. -__________-' speechless

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum auntie,

    Semoga Allah merahmati cucu dan auntie sekeluarga. Teruskan besabar & berdoa kerana Allah sentiasa bersama orang yg sabar.. :)

    ReplyDelete
  42. Hi Untie, saya adalah silent reader untie....In sha Allah, saya doakan yg terbaik utk untie sekeluarga....Dipermudahkan segala urusan yang dihadapi oleh untie sekeluarga...Dan percayalah Allah SWT akan sentiasa di pihak yang benar....

    ReplyDelete

Pada yang terbuka hati utk tinggalkan komen disini..
Didahului dengan ucapan Ribuan Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...