THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Tuesday, February 19, 2013

Terubat Rindu

Bersedih?
Sedih perasaan yang tidak boleh dikawal
Auntie adalah seorang yang amat penyedih
Dalam apa jua keadaan, dalam gembira, dalam beramal

Perasaan ini, adalah satu anugerah yang amat tidak
ternilai bagi auntie
Setiap kali berlaku sesuatu, auntie shahdu dengan
kebesaran dan keindahan maha pencipta...Allahu Akbar..

Mungkin perkara2 yang auntie sedihkan
adalah remeh tapi bagi auntie ia nya
sesuatu yang amat indah..

Malam selepas maghrib, dah tak ingat hari apa
Auntie berjalan2 berdua bersama uncle
Tujuan nak ke rumah anak
Uncle nak makan Char Kuey Teow yang sedap
ditempat yang auntie tak pernah pergi lagi
tapi auntie pernah makan bila uncle bawa
bungkusan kerumah, bilamana setiap kali dia keluar makan2
dengan kawan2 dia, memang sedap super power

Auntie pun bersetuju nak kesitu
Parking 3 kali round, pusingan yang jauh
masih tak ada..
auntie kata InsyaaAllah ada rezeki
round yang keempat kita dapat parking
betul kata auntie..rezeki parking depan gerai
buka pintu kereta, tiga langkah
dah ada meja dan kerusi..terus duduk
Kata mata hati, ujian kecil kesabaran diakhiri dengan 
rezeki dapat parking ditempat yang terbaik dan terus bersyukur..

Ermm..budak muda datang nak ambil order
Order minuman
Auntie nescafe tarik kurang manis
Uncle nescafe ais
2 Kuey Teow Special
Budak tu geleng kepala
Orang jual Kuey Teow cuti panjang
gerai tu tutup..
Hampa? kerana tak dapat makan kuey teow?
ohhh tidak pada auntie
tak dapat makan makan kuey teow, no big
deal sebab ada orang yang tak dapat makan malam
pun ada dalam dunia....bukan gitu?
Kata mata hati auntie lagi


Nasi lemak paru, Kuey Teow Ladna, 
Nasi goreng daging masak merah

 nak mula suap pertama, uncle sibuk nak snap gambar..
Alahhhh...janganlah kata auntie..
berkerut2 dahi..hik3x

Kete auntie betul2 kat sebelah kiri..


Sebelum dapat parking, auntie nampak
seorang perempuan yang memengang tongkat putih
Berkata dalam hati, Kesian orang buta nak lintas jalan
tanpa dibantu oleh sesiapa..
Elok jer dia lintas selepas itu..
pertanyaan lagi dalam hati..
Adakah buta? nampak atau rabun samar2? 

Sedang makan2 akan auntie nampak perempuan
bertongkat putih tu pergi meja kemeja..

Kata auntie pada uncle
"Ada orang buta menuju ke meja kita,
keluarkan duit sedekah"
(dari arah belakang uncle)

Uncle hulur dan perempuan itu berlalu..

Tak bagi pun tissue?? kata uncle..
Auntie tersenyum dan faham maksud uncle
memang kebiasaan yang dilakukan
oleh peminta2 buta..
hulur duit, tissue dihulur kembali..

Yang menghulur tissue, dia bukan minta sedekah
tapi menjual tissue
jika kita tidak ambil tissue dia
maka kita niat bersedekah..
kata auntie

Ohhh..gitu ker? kata uncle
Entahlah pada fahaman nani lah..kata auntie

Janganllah di persoal orang yang meminta itu buta
bukan beragama islam, cacat atau penagih
Dia meminta, kita mampu memberi..hulurlah
Dia menipu, itu antara dia dan Allah
Yang pasti ikhlas untuk memberi..
Mereka hamba Allah yang dihantar kpd kita
untuk bersedekah..
Kata mata hati auntie



Senyumlah..kata auntie pada uncle 


Uncle sedang bersedekah senyuman pada auntie dan readers semua..hik3x

Dulu2..pantang auntie kalau makanan tak habis
Auntie di didik untuk makan sampai habis
Jika dirumah boleh dicatu bila nak makan
Dimulakan dengan satu senduk atau dua dulu,
kalau masih nak makan, boleh lah tambah..
tapi kalau di gerai2,  siap dihidang dalam pinggan
kalau tak sedap? memang lah tak habis
rasa merugikan? rasa pembaziran?
kerana akan di buang di tong sampah..

Makanan yang tak habis tu akan dimakan
oleh kucing2, anjing2 atau pun sekurang2nya..
semut2 akan mengangkat setiap butir nasi buangan
untuk rezeki mereka pula..
Kata mata hati auntie lagi..

Uncle talipon anaknya, nak makan apa
Pilihannya nasi lemak paru juga

Kami terus pergi kerumah Peej..
Auntie rindu pada ceceh..
Ceceh yang dah jadi ibu..



Asal nama Qaseh 
kini dipanggil ceceh


 Elok jer tido dalam bakul


Terus dia masuk bakul bila nampak auntie nak pegang
anak dia


Sedang menyusu


 Pandai pulak beraksi bila nak ambil gambar dia

Cepatlah namakan si kenit ni..

Gerammmm...auntie angkat dan pegang2..
Uncle tak bagi cium anak kucing tu
Takut nanti auntie ada alahan kulit dimuka
Siap suruh auntie basuh tangan selepas tu..
Ishhh...macam tu lah pulak
tapi auntie tak bantah..

Auntie menanya Peej
ada DVD baru tak..pasanglah kata auntie
Paranormal 4, mama nak nengok ker?
pija pun belum nengok lagi

Kami nengok berdua branak
uncle pula sibuk berfacebook dalam bilik
Habis nengok citer yang tak seram lansung tu
auntie ajak uncle balik...udah 12:30 pagi

Alhamdulillah...
rindu2an pada ceceh terubat..
Hujung minggu ni, dengan izinNYA
auntie nak jengok ceceh lagi..



p/s :
Allah mengasihi kita… 
DIA mengajarkan hanya bergantung padaNYA, 
mengajarkan kesabaran yang panjang atas sebuah harapan 
memerintahkan kita untuk terus berdoa… 
untuk meningkatkan keimanan kita. 




27 comments:

  1. alhamdulillah..terasa lapang dada bila baca n3 ini..

    moga moga kita sentiasa berlapang dada dengan setiap dugaan atau ujian dri Nya..amin..

    comel akan ceceh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam zulaikha,

      Begitulah hendak, sentiasa berkeadaan ingat pada Allah swt

      Ceceh dan babynya memang comel..

      Delete
  2. Kak kedai kway tiau tu di taman bunga raya ke.....saya ada terdengar perbualan budak2 disini....mereka kata mereka makan kway tiau di taman bunga raya.....sedap kata nya.

    Rasanya peeja duduk di taman tu juga kan kak.....saya pun pelik macamana budak2 kat sini boleh merayau sampai kesana....saya sendiri yang kaki merayau dengan shamsul pun tak pernah tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sharifah,

      Bukan, di TBR tuh Mali Corner, akak tak brapa suka CKT dier walaupun udang besar2 dan banyak. Memang laku berderet2 orang beratur.

      Kalau sharifah teringin nak makan, mehlah sini boleh gi rumah peej dekat ajer disitu.

      Kedai akak kat tepi White Coffee di rampai court.

      Delete
  3. Makchaq pun macam kak Nanie.. kalau ada orang meminta, kalau ada dan rasa nak bagi memang bagi ja... hal lain antara dia dengan Allah..

    Wah dah bertambah ahli kat rumah peej...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Makchaq,

      Sepatutnya gitulah, bukan senang nak jumpa peminta sedekah.

      hehehehehe memang peeja nak bela, malah kucing kat rumah ni pun dia nak angkut kesana

      Delete
  4. Auntie.... Rindu ceceh ke rindu peej?
    Hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rin,

      Rindu dua2 yang sebenarnya..hik3x

      Delete
  5. tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima kan Aunty, niat lah dengan baik. comel nya anak Ceceh pandai posing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mrs Yana,

      Betul statement tu, tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Yang penting keikhlasan.

      Anak ceceh memang manja..

      Delete
  6. Tumpang cerita,
    Di tempat kami dulu makcik makcik tua senget berpeluh bawa bakul jual durian,keropok,pergi rumah ke rumah.Ringan tangan beli dari mereka kerana dok terbayang emak sendiri mungkin begini kalau tiada anak anak membela.Kesian mereka.
    Bermurah dgn orang yang daif,tidak akan mendaifkan kita.Sebaliknya terasa lega.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mamason,

      Betul, nasib sesorang insan tak sama, ada yang tua diakhiri dengan senang, ada yang tua, susah sampai pejam mata.
      Yang senang, bantu yang susah, itulah paling baik, sharing is caring.

      Delete
  7. comel dan geram kan anak ceceh tu...

    tulah kak, kadang2 timbul pulak rasa geram pada mereka yang mencari 'rezeki' dengan cara menipu orang ramai... tapi bila fikir balik, biarlah ...tu adalah antara dia dengan tuhan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam NP,

      Jika menipu jadi amalan mereka, hasil yg dapat memang tak elok dijadikan darah daging.

      Delete
  8. saya suka sgt char koey teow
    sejak zaman bercinta dgn suami..mmg suka dating kat gerai ckt
    (ckt-singkatan utk char koey teow..hehe)
    skrg kegemaran itu share dgn anak..semua peminat char koey teow

    suka tgk auntie dn uncle ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Irfa,

      hehehehehe CKT memang sedap, auntie suka goreng kering, uncle suka yang basah.

      Delete
  9. salam kak nani...
    nampak nasi lemak mesti nak tanya..
    makan kat mana tu?
    ekekekekeke
    peminat setia nasi lemak ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali Rahmah,

      Ohhh..nasi lemak tu, sambal tak power, manis.
      Akak kalau sambal manis, memang potong selera.

      Entahlah, akak memang tak jumpa setakat ni, nasi lemak yang power pada tekak akak melainkan nasi lemak diMelaka.

      Tapi nasi lemak besan (mak mertua peeja) power sangat, orang minanglah katakan, segala sambal memang the best..hik3x

      Delete
  10. Auntie..suka sungguh bait2 kata auntie yg terakhir tu..

    Saya ni asyikla kesedihan tak dapat berpindah balik ke keluarga di taiping..bila baca entri auntie ni..dapat kekuatan.

    Saya suka dgn semangat auntie.selalu tgk gambar auntie dlm blog ni..dan terfikir kalaulah arwah mama masih ada..tentu style dia mcm auntie..banyak persamaan style auntie dgn arwah mama saya.

    Kalau dekat,nak aje pegi jumpa auntie n peluk auntie utk hilangkan rindu pada arwah mama..u are so like her :-)

    Take care auntie :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Myzura,

      Auntie sedang berusaha masukkan koleksi Bait2 dalam setiap n3..InsyaaAllah

      Terharu auntie bilamana myzura samakan arwah mak dengan auntie, dan myzura nak peluk auntie jika berdekatan.

      Mana tahu suatu hari nanti kita berjumpa?

      Delete
  11. Tak tau nak komen apa. Cuma rasa bahagia membaca bebelan Auntie. Menumpang gumbira Auntie dan Uncle! Bila la dapat jumpa lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam AA,

      Dalam tak tahu nak komen, terkomenlah juga..TQ

      Auntie pun rindu dengan AA dan kawan2 KKA, tapi auntie kurang sihat nak join gather2 lagi spt dulu. Cuma auntie dapat baca status2 kawan2 difbook pun jadilah, dapat juga melepas rindu.

      Delete
  12. auntie, catatan auntie memberikan inspirasi pada saya. betul auntie, kdg2 nak sedekah selalu terfikir kalau2 org tu menipu... tapi, yg penting nawaitu kan, rezeki Allah bagi kita bukan utk diri sendiri saje.. :-)

    ReplyDelete
  13. Salam A2Z,

    Alhamdulillah, n3 auntie diberikan kepastian pd A2Z utk terus menghulur tanpa ragu2.

    Auntie selalu berpesan pada uncle, sediakan duit2 seringgit, jangan digunakan tapi khas utk peminta2 sedekah.

    Nilai sedekah tidak diukur pada jumlah yang besar tetapi keikhlasan.

    Kalau hulur duit merah kerana nak menunjuk pada mata sekeliling, keikhlasan hilang begitu sahaja..

    ReplyDelete
  14. Asslmkum...
    coretan yg menarik...
    ya auntie...Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusallam Warahmatullahi Wabarakatuh Ros,

      Terima Kasih

      Allah yang Maha segala

      Delete
  15. Asmkm Mak Nani.
    Alhamdullillah you are "mewah" with kasih sayang from loving and caring husband and family etc...
    Ujian hidup ni utk kita insaf dan bersyukur keatas nikmatNya.To step back and reflect. Kaji dan pelajari dari kejadian, which you have done well and take it with a positive stride. You have reasoned well from your observation of hikmah dari kesabaran dan kejadian tadi.. I noticed you are a very observant person which is very good. You'd noticed little little things, which most people a bit tak nampak atau ignored. So uncle is a very lucky man! That include the family too..
    It's ok to be penyedih, penghiba atau sensitive. That means you are absorbing and understand what is happening ..dgn hati dan akal.

    Semoga Auntie sehat dan jaga diri kesihatan baik baik ok. I think you and uncle are the core of your family. the dynamo that convert the energy to enlightened people be it in family circle or friends or stranger.
    My wish would be you look after your health, the 2 of you so that you can look after each other, which in turn look after the rest. Your presence gives people and makhluk around you, strength and positiveness to cut through the ujian hidup.. with the moral and emo support.
    Dah terlanjur tu, mak nani cari kat internet "modifilan". can order dari usa. it is good to help with joints etc etc.. from sea kelp. kena beli sedozen murah sbb capsule sekali makan 7 biji minimum.
    Both you and uncle should take this. Ada vegetarian capsule.

    apa apa soalan can email to the owner. He will email or call back all the way from usa.

    The other thing is when you pegi shopping beli sea weed- dried, mak nani rendam etc. recons semula, buat salad cara melayu, pedas ala kerabu... add limau, chilipadi, daun ulam ulam etc it is healthy and very good for you..

    Hopefully it helps to repair all the necessary tissues damaged internally etc.

    ok maknani, take care.. jgn lupa tau exercise, stretch day and night... supaya muscle supple..
    Masa exercise sakit memang sakit, no pain no gain, after a while its ok, brain no longer flashing pain. Also by then it helps to ease the movement..



    take care

    wasalam

    ReplyDelete

Pada yang terbuka hati utk tinggalkan komen disini..
Didahului dengan ucapan Ribuan Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...