dalam bilik air auntie ada cermin,
lepas buang air, gosok gigi
bercermin lah auntie ketika itu..
Dalam rumah auntie
bilik tidur, bilik air dan di ruang makan
yang selalu digilap bersih
Diruang makan cermin panjang 5 kaki
Nampak seluruh badan
Untuk apa bercermin
Bilik air nak belek muka jangan ada tahi mata tertinggal
Dalam bilik tidur pula nak pakai celak, ginju dan bersikat
Di ruang makan, nak tengok kekemasan diri
dari rambut hinggalah hujung kaki..
kemas dan bersih
amalan setiap hari
pada yang celiklah
pada yang orang buta auntie tak tahulah
Itu pandangan zahir
Yang berdiri tegak depan cermin
Yang batin pasti tak nampak
tiada cermin boleh suluh keperibadian
ego, sombong, dengki, busuk hati, penipu dan sebagainya
Tahukah mereka, diri sebegitu keji?
mengapa mereka lakukan keji2an tersebut?
mereka tahu ada hukuman dunia dan akhirat?
terlepas didunia, pasti tidak terlepas diakhirat!
Dengan ilmu jadi panduan
Dengan suara hati jadi haluan
Ketika zaman kanak2 auntie takut hanya pada mak
kalau buli adik, mak mesti marah,
silap2 mak akan pukul
kalau ponteng pegi ngaji,
singgah rumah kawan
letak muqadam ketepi, main masak2
bila mak tahu, balik rumah kena pukul
dengan rotan..
wahhhhh...dah tahu ponteng dan buli adik
ada hukuman menanti
Hukuman dari Tuhan lansung tak ambil peduli
hanya tahu bila belajar subject ugama
di sekolah..
Berdosa mencuri, berdosa membohong
berdosa itu, berdosa ini..macam2 dosa
Pahala pula, lagi lah tak kenal lansung
pada zaman kanak2
Bila kah auntie tahu pahala dan macam mana?
tolong mak kedapur
tolong mak pergi kedai
bila barang dapur terputus, kadang kala
sampai dua tiga kali bila mak terlupa
tapi mak pandai ambil hati
dia bagi upah 20 sen..hik3x
tolong mak sapu halaman,
kemas katil dan bilik
basuh 'kolah' bilik air
lipat baju, gosok baju dan macam2 lagi
Tolong abah pula
pijak badan dia, teman dia pergi pasar besar
kendung bakul..hik3x
Itu zaman kanak2..
Alfatihah kepada kedua2 mereka
Bila berakal baligh dan dah dewasa
banyak yang auntie tahu tapi masih lagi
banyak yang patut auntie ambil tahu..
Pahala bukan imbuhan untuk kesyurga
Yang penting adalah
Ikhlas dan Redha
Erm..berbalik cerita pasal cermin
Yang berdiri depan cermin
Nampak pantulan diri dalam cermin
bersih cermin, teranglah bayangan
kusam cermin, kelamlah bayangan
Dari kecil hinggalah sekarang
Cermin diguna setiap hari
Puluhan tahun bercermin
Pernah kah ambil tahu?
Yang berdiri
Yang empunya diri
Bila mati, jasad terbujur kaku
nak cermin diri masa tu? dah terlambat?
Kaya? Darjat? Pangkat? Keluarga? Kawan?
semuanya, segala2nya tinggal
Siapakah dalam diri?
Dari mana datang diri?
Kemanakah hala diri?
Lucutkan hijap zahir diri
kenali diri yang batin
Auntie suka dan masih bercermin diri
zahir dan batin
P/s :
Firman :
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan
silih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang-orang
yang berakal, iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau
duduk atau dalam keadaan terbaring dan memikirkan tentang pencipta
langit dan bumi"
Ali Imram 190-191

mendalam maksud tulisan Aunty kali ni..
ReplyDeleteAsSalam Mrs Yana,
DeleteHaah, citer batiniah
Assalamualaikum,
ReplyDeleteBagi saya, tak lengkap hidup kalau tak jumpa cermin...risau kalau2 comot ;)
Waalaikumusallam Warahmatulahi Wabarakatuh anyss,
Deletehehehehehehe sekarang memang ada cermin dimana2 kan?
Salam kak Nanie
ReplyDeleteTerima kasih kak Nanie tulis peringatan ni.. kalau tak ada yang ingat2kan kita selaunya lupa..
AsSalam makchaq,
DeleteSama2 kasih, gitulah kehidupan, ingat mengingati sesama kita
cermin diri, cermin peribadi :)
ReplyDeleteAsSalam Ann Ishak,
DeleteSebaik2nya gitulah
. . .Teringat kat AZIZ DESA dengan cermin diri nya. . .
ReplyDeleteAsSalam mamaijat,
DeleteAah, dulu2 ada rancangan tu setiap pagi
As-salam kak
ReplyDeleteSaya bukan setakat dalam rumah je ada cermin...kat dalam handbag pun ada cermin kecik...satu hari kalau tak tengok cermin rasa gelisah je....
Zaman kanak2 memang terbaek...saya paling suka cabut uban arwah abah...dia bagi upah sehelai rambut 5 sen...saya tak perlu buat kerja rumah sebab atas saya ada 4 orang kakak, walaupun saya anak kedua terakhir tapi semua kat rumah anggap saya bongsu sebab adik saya dipelihara oleh arwah tok.
Dulu masa kecik2 suka main peluk2 dengan mak....main2 hisap tetek mak....best nya kalau ingat kenangan lalu..tapi minggu lepas saya balik JB seminggu sebab mak dah mula tak kenal orang..dia dah mula terbaring dan pakai pampers...alahai sedih nya tengok mak dalam keadaan sebegitu....tapi saya redha sebab mak dah uzur..dah berumur 84 tahun.
AsSalam sharifah,
DeleteBanyak cermin tapi tak cermin diri dan tak mengenali diri pon tak guna juga.
Moga mak sharifah di permudahkan urusannya didunia dan akhirat.
tengah baca blog aunty... byk info berguna....=)
ReplyDeleteAsSalam pinky,
DeleteTQ dear