THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Thursday, February 21, 2013

Rezeki Lagi..Makanan dan Pakaian

Wahhhh..hari kedua tak masak, semalam dan hari ini..hik3x
Kawan dan anak perempuannya datang rumah
ajak makan tengahari..
auntie memang jenis malas nak keluar rumah
kebelakangan ni..asyik terperap ajer
keluar ke supermarket pun dah berbulan2
uncle yang buat sorang2
auntie hanya sediakan list untuk dia..

Anaknya suggest makan segala lauk pauk
lemak cili padi di Danao Kota tapi auntie kata
tak yahlah jauh2, yang dekat2 sudah..
auntie makan
Ikan keli bakar, rebung lemak cili padi
ulam dan sambal belacan
air panas kosong

Fuhhh..berselera..kenyang
Alhamdulillah
Nani, Bob nak makan apa kat rumah tu?
bolehlah belikan bawak balik..kata kawan auntie

Ehhh.. tak yah, kat rumah ada sup ekor
Sambal tumis kosong, pandai lah dia
tambah telur mata, kalau dia lapar nanti..kata auntie

On the way balik ke rumah
kawan auntie singgah belikan auntie


Ubi kayu

Akok dan bahulu 
(gambar di ambil -  dah makan separuh) hik3x

Kawan auntie sebenarnya baru mula nak berniaga 
Jadi dia bawa baju2 dan seluar2 kerumah auntie
Cantik2..
Kebetulan memang auntie nak cari seluar warna hitam
bila dah ada depan mata dan depan lutut
memang teruslah pilih2..

Auntie ada a few wedding next month
so auntie belek2 yang sesuai
ada yang berkenan, terus auntie beli..

Kawan auntie pula bermurah hati
bagi free untuk auntie satu blouse purple
Wahhh..rezeki lagi
Terus auntie kata
Moga perniagaan maju jaya dan rezeki berlipat ganda
Aamiin.


Rantai leher dan gelang dah 20 tahun sudah

Tiba2 auntie teringat koleksi rantai2 yang auntie beli
memang tersimpan dalam laci berpuluh tahun 
tak pernah pakai dah..



Macam2 batu warna warni ada
bila2 auntie ada mood 
nanti2 auntie ambil gambar

Sedang duduk2
Anak ku Pija pula datang bawak macam2
Nasi lemak, karipap, cara berlauk
talam ubi dan talam gandum
Memang penuh meja..
So uncle seronok menjamu selera..
Alhamdulillah..

2 beradik pergi Spa
kejap ni dia orang balik bawak Mc D
penuh meja lagi..

Ayol balik dari kerja bawa balik nasi ayam
lalalalalalaaaa tak yah masak malam nih..

Ishhhh...baru doakan kawan pagi tadi 
moga rezeki dia berlipat ganda dalam perniagaan
Rezeki auntie juga berlipat ganda hari ni..
Dari makanan hinggalah pakaian
Alhamdulillah..





P/s : Surah Al Baqarah> Ayat 245

Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah melipatgandakan pembayaran Kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.

18 comments:

  1. Murah rezeki Kak Nanie. Tiba2 saya rasa macam nak makan ubi kayu goreng. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakcik,

      Alhamdulillah..semua dariNYA.

      hehehehehe belilah dan goreng hujung minggu

      Delete
  2. Replies
    1. Salam cikeyrah,

      Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, sentiasa mencurah2 rahmatNYA pada kita.

      Delete
  3. auntie,

    kuih akok tu rasa apa? bertanya sebab mcm baru-baru ni ja dengar nama kuih tu :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ivana,

      Kuih akok tu manis dan lemak, dibuat dari santan, telur dan tepung gandum. Acuannya dibakar atas bawah api, macam bahulu. Kalau orang yang tak pandai buat, hanyir telur dpt dirasakan,

      Delete
  4. salam auntie
    sedapnya ikan keli dengan rebung
    biasa mak buat rebung masak lemak je
    dua dua faveret tu
    konfem makan bertambah.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali muis,

      hehehehehe memang sedap kombinasi dua2 lauk tu, auntie makan secukupnya tak tambah, memang dah jadi kebiasaan.

      Delete
  5. Salam,
    Glad to know kak Nani got to rest and having good time with family and friends.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali Anis,

      Terima Kasih, sejak sakit akak banyak memerlukan rehat dan beradu..hik3x

      Haah, gembira sangat jika rumah dikunjung kawan2.

      Delete
  6. Alhamdulillah murah rezeki kak Nanie...

    ReplyDelete
  7. sedapnye banyak makanan....

    kalau rumah saya tak habis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rapunzeel,

      Rumah auntie, semuanya kaki makan, habis licin..hik3x

      Delete
  8. salam auntie
    kadang kadang rezeki tu dtg bermacam cara.. So janganlah bersedih sedih lagi ya auntie.. Allah uji dengan macam macam dugaan tapi redhakan hati kita dengan nikmat allah yang tak putus putus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali Zareda,

      Rezeki yang datang, ujian yang datang semua dari Allah, auntie bersedih dalam apa jua keadaan, kerana mata basyrah akan mengenali segala2 adalah nikmat.

      Delete
  9. Syukrannnnn dimurahkan rejki olehNya

    ReplyDelete
  10. Asslmkum...
    Anugerah dan nikmat Allah SWT kita syukuri...mudah2an auntie sentiasa dimurahi rezeki...

    ReplyDelete

Pada yang terbuka hati utk tinggalkan komen disini..
Didahului dengan ucapan Ribuan Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...