Hari Sabtu petang, anak ku Peej datang terus cium pipi
Dia siap make up dan berbaju cantik
Mama jom pergi Ampang Park katanya
Nak buat apa mama tak ada apa2 nak beli jawab auntie
Ikutlah..anak ajak tu, boleh makan2, kata uncle
Pija nak tempah baju kat Ampang Park,
kedai mama selalu pergi tu dia kan kenal mama,
dapatlah discount sikit..
Ermmm...boleh jugalah tapi mama nak singgah
kedai batu2 permata sebab ada rantai dan gelang mama
putus, mama nak kena restring balik..kata auntie sambil
terus kebilik utk bersiap..
Noy dan Pija keluar dulu ke kereta..
Uncle sempat snap 2 gambar semasa auntie
duduk berteleku, salam dan cium pipi dan tangan
sebelum bergerak..
Feeling happy nak jalan2 terselah dimuka
bila dah terperuk seminggu tak keluar rumah..hik3x
Ishhh..dia orang ni, mama kan slow coach
sabar lah..kata auntie..
Auntie buka pintu belakang, Noy suruh duduk depan
Pija drive.. sepanjang jalan tak berbual
Sampai di Ampang basement, semasa nak cari parking..
Tangan auntie automatik tunjuk2 empty space
dua tiga kali, tangan auntie tunjuk..
Akhirnya..Pija bersuara
Stop it mama..I know where to park
Sentap auntie..terus turunkan tangan dan duduk diam2
Yea lah, kalau dengan uncle, selalunya auntielah
yang tunjuk2kan parking..huhuhuhu dah terbiasa
Kereta kedepan kebelakang, terus parking
Ishhh...kenapa parking jauh dari tangga?
Mama kena jalan jauh ni..
Pija jeling kat auntie
Auntie diam lagi..
Auntie buka pintu untuk keluar..
Aduhai, betul2 tepi blower aircond yang besar
Angin panas menyambar muka dan seluruh badan auntie..
Mulut auntie terus kata..
Punyalah banyak space kosong, sini yang kau parking
tepi blower aircond...
Dengan muka berkerut2 Noy pula berkata
Banyaknya komplen mama ni..
Auntie sentap lagi..
Dalam hati kata tak seronok betul jalan dengan dia
orang..yg tak memahami keadaan auntie..
Merajuk punya pasal, naik tangga tanpa bantuan
dia orang nak pimpin, auntie tak mahu..
Dia orang ajak makan Asam Laksa yg famous kat groundfloor tu
Hilang selera nak makan..auntie cuma order
Soya bean cincau..huhuhuhu
tapi dah tahu perangai Noy, dia makan selalu tak habis
jadi auntie tolong perabis kan.
Habis makan terus menuju ke Boutique Busana
Owner perempuan tu ada..Alhamdulillah
Pija cari2 baju2 yang dah siap utk contoh design
Tengok2 katalog utk cari design kain..
Pija juga suka abstract macam auntie
tak suka bunga2..
Tempahan akan siap dalam masa 2 minggu
Terus ke kedai batu2 permata
Huwahhhhh...kecewa, kedai tutup
Dalam hati berkata..
Kenapalah lama sangat celebrate Thaipusam
pekerja2 kedai ni..hik3x
Terus menuju kehujung..
nak beli muruku
beli dua balang..
Anak2 pula nak masuk kedai Pharmacy
Auntie duduk di benteng entrance Ampang Park
malas nak masuk sebab tak ada apa2 nak beli kat situ
Tiba2 Pija patah balik dan pesan
Jaga2 handbag tu, pegang dan pangku
jangan bubuh kat tepi macam tu bahaya..
Ermm...tak teringat banyak orang jahat sekarang
Terus auntie pegang handbag kuat2..
Sambil duduk ternampak ada stage
keluarkan kamera..
Wahhh..40 tahun sudah shopping komplex ni beroperasi
Shopping komplex masa auntie muda2 dulu
Pertama komplex dan Campbell komplex
kemudian Sg Wang..itu aja yang glamour masa tu..
Kami terus balik..jalan jem
tak sempat waktu solat maghrib
solat taubat dan qada..
Anak2 ngadu kat papanya, perangai mamanya
Uncle dan anak2 tergelak2..dan terus uncle berkata
"You are meant to be happy while with me"
Auntie angguk2 kat uncle
Dalam hati auntie
You are always my darling..who understand me..
So my children....please be passionate
Your mama is trying to suit the environment
while my health is not doing to well...
p/s : Tergendala dengan n3 episod
amat memenatkan bila memunggah gambar2 dan
memori auntie dah tidak sebagus dulu..
tungguuuu...

.jpg)


.jpg)
dengar tu anak-anak
ReplyDeleteSalam RD,
Deletehehehehe anak2 yang masih keanak2kan, usia akan menjengkau kematangan..InSyaaAllah
tetiba sebak baca entry auntie... tentulah uncle lebih memahami auntie tetapi anak-anak mungkin lupa, auntie jgn merajuk lagi ya.. tengok tu muka ada tenyum, hehehe
ReplyDeleteSalam SKTJ,
DeleteUncle lebih menyelami hati auntie sebagai seorang isteri yang kurang upaya, anak2 masih muda utk faham jiwa dan perasaan, suatu hari nanti dgn izin Allah, mereka akan melalui hari tua..
Auntie memang suka senyum bila bergambar..
sib baik uncle tu baik... God bless both of you till jannah..
ReplyDeleteSalam NP,
DeleteAamiin. TQ for the doa
Alalaaaa...mama kadang tanpa sedar anak anak ada terkasar atau buat hati orang tua sedih tp manusia ada alpanya
ReplyDeletesya pun takut kalau ada terkasar pd mak dan ayah tanpa sedar tu
Salam Kasihibu,
DeleteBiasalah, auntie muda2 dulu pun pandai menjawab dgn arwah abah dan arwah mak, so kata org karma kehidupan..sekarang dapat balik...hik3x
Terasa hati sekejap aja, lepas tu kami sayang menyayangi..hik3x
Comelnya baca entri ni..tersentuh hati.Macam berlaku kat diri sendiri.
ReplyDeleteSelalunya anak anak reprimand kita dgn ...Mamani!
Tersentap juga kadang kadang.
Salam mamason,
Deletehehehehehe, anak2 bukan tak sayang kita, mereka ada perasaan dan pendapat mereka sendiri, cuma cara mereka approach dan bertutur perlu di perbetulkan.
Pernah berkata pada anak, "Look here, you are talking to your mother, I am not your friend nor your enemy, respect as your mother" hik3x
kendurlah mereka...
saya penah nampak depan mata mcm mana si ibu punyalah susah payah berjalan sdgkan anaknya laju nun didepan.
ReplyDeletesdgkan masa anak2 kecit,ibubapa susah payah bimbing mereka..pegang tangan takut jatuh ;(
Salam Irfa,
DeleteMemang ada anak2 macam gitu dalam dunia ni, macam2..
begitu juga kadangkala ada ibu yang tidak punyai naluri ibu..
alaaa..shiiaann auntie ye..muah muah...
ReplyDeleteSalam shuweet,
Deletehehehehehe Muah2 to you too
ya Allah auntie,
ReplyDeleteAlhamdulillah, Allah sent Uncle for you.
He is the perfect one for you.
ivana sebak baca entry ni.. :)
praying happiness for your family!!
Salam ivana,
DeleteAsam Garam perjalanan kehidupan,
manusia mana tidak buat kesilapan
Aamiin, Terima Kasih atas doa mu.
Thank you for the reminder, auntie. Saya pun kadang-kadang terlepas cakap dengan mak ayah yang dah berumur.
ReplyDeleteBy the way, I think the appropriate title for this entry would be 'Please Be Patient' or 'Please Have Patience'.
Salam mantiq,
DeleteTerlepas cakap kadang kala untuk penyampaikan perasaan dan pendapat individu, tidak salah, cuma cara penyampampaian kena lembut jika berhadapan dgn parents.
Title n3 auntie selalunya akan auntie buat selepas draft, memang kadang kala tak tahu nak letak apa. Hentam aja lah labu..
Tima Kasih atas cadangan dan pendapat.
Erk...sedih saya baca entry ni.
ReplyDeleteSaya ni yg suka jalan laju ke depan meninggalkan semua org sikit tahun lagi kena tinggal lar oleh anak2.Hopefully hubby setia menemani like hubby kak Nani.
Salam Anis,
DeleteAnak2 pun ada perasaan, mungkin juga dia pun dalam keadaan stress..jadi kita berada dimasa yang membuatkan kita jadi punch bag dia..hehehehe
tak per, lepas tuh anak2 kiss2 minta maaf..kalau tidak kita suruh dia kiss2 kita..hehehehe
Hubby pun bukan malaikat, ada juga kadangkala dia ada angin.
hahahaha
salam aunty.
ReplyDeleteSy fidza.
1st time tinggalkn komen.
Sy bc blog kak peej. And yr episodes too.
cnt wait to read the next.
Take care aunty. :-)
Salam Kembali n pija,
DeleteWowww..TQ tinggalkan komen for the first time, please feel free to drop more comments in future, really appreciate.
klau mak izan dia membebel balik kt anak2 dia...kira auntie ni sabar gak la dgn ank2 auntie... =)
ReplyDeleteSalam iszkha,
DeleteAuntie jarang bebel tapi selalu kata nanti2lah korang tua nanti korang juga akan lalui..
Gitulah ayat arwah mak auntie dulu2..hik3x
Kak lawa nya...serius akak tak nampak macam orang yang berumur 58 tahun lah.
ReplyDeleteHaish anak anak cenggitu lah kak.....kita sentap2 kekadang bila dengar apa yang mereka ucapkan.....tapi si ibu ni memang tak sampai hati nak buat anak tersentap kan....punya lah jaga bahasa bila nak bercakap dengan anak anak....tapi yang penting sentap atau tidak kita tetap sayang kan mereka dan akan sentiasa mendoakan perkara yang baik baik untuk anak kita.
Salam Sharifah,
DeleteLawa dan cantik milik Allah..pinjaman Allah swt.
Tak ada lah lawa maner pun, cuma kadang kala akak heran juga akak tak ada wrinkles di hujung mata. Ramai kawan2 bertanya.
Akak sendiri pun tak tahu nak jawab.
Akak terbuka utk anak2 tegur akak, begitu juga dengan suami selalu akak bertanya samaada dia kecil hati bila akak menegurnya.
Memang benar, ibu seharusnya mendoakan yang baik2 utk anak2.
siapa lagi yang lebih mengerti hati dan perasaan kita, jika bukan soulmate kita, kan?
ReplyDeleteSalam AA,
DeleteTak semua dapat soulmates yang mahu mengerti perasaan isteri.
Yang dapat tu, bahagialah..
Ada juga yang buat2 tak ngerti, nasiblah..
Berseri- seri muka aunty :)
ReplyDeleteSalam Aimi,
DeleteBerseri2 sebab dapat gi jalan2..hik3x
Salam Aunty,
ReplyDeleteapa khabar hari ni?
Bila baca post ni..tersentuh plak rasanye..:)
Ni sebagai ingatan kpd diri sendri ni..ye la, sbg anak sy pun selalu tak lepas dari buat silap.
terima kasih aunty utk perkongsian ni.
Salam Kembali fathen,
DeleteAlhamdulillah, sihat.
hehehehehe mana bumi tak ditimpa hujan,
mana manusia yang tak buat kesilapan
Biasalah..
Saya phm perasaan Aunty. Bila kita dlm keadaan tak sihat, kita akan mudah terasa. Nasib baik Uncle adakan...
ReplyDelete