Lepas solat isha' memanjatkan doa
sambil nangis-nangis teresak-esak tersedu sedan
kerinduan cucu amat-amat...
tergamak manusia berhati kaudu (berdendam kesumat)
menyekat, menghalang, kepung
(mengeluarkan perintah mahkamah - EX-PARTE)
tak mengapa, itu mereka !
auntie berserah pada ketentuanNYA
Akhirnya auntie terlelap juga...
Allah SWT temukan auntie
dengan cucu yang amat-amat di rindui
dalam mimpi
cucu berlari terkedek-kedek
dan rebah atas pangkuan auntie
dapat peluk cium
dan bau keharuman rambutnya
terjaga dari tidur
bayangan cucu hilang
ternyatalah ianya hanya mimpi
tapi rasanya seolah-seolah benar-benar berlaku
dan benar-benar terjadi
Allah SWT mendengar rintihan auntie
roh bertemu roh ketika mimpi
Selepas ini
auntie tidak akan menangis
lelehan airmata 6 bulan sudah cukup lama tempuhnya
banyak pengajaran disitu
disitulah auntie tahu siapa mereka sebenar
Mereka2 yang tergamak untuk berkata dusta
memfitnah, menganiaya, menghina , menzalimi...
adalah orang2 yang tidak kenal akan
diri empunya diri, mereka sebenarnya
telah menganiaya diri mereka sendiri...
Nauzubillah...
p/s :
Firman :
"Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu
dalam keadaan redha dan meredhai, Maka masuklah
kedalam hamba hamba ku! Dan maka masuklah
kedalam Syurgaku"
Al-Fajr, 27-30


Sebak baca entri Auntie...
ReplyDeleteSemoga segalanya menjadi yang baik-baik sahaja...kita doakan supaya mereka-mereka itu sedar akan perbuatan mereka..In Sya Allah Auntie...mudah-mudahan...
AsSalam Sue,
DeleteMudah-mudahan.
Aamiin.
Kak terus kan kehidupan...jangan pandang belakang lagi...buat akak sedih berpanjangan...insyaallah saya doa kan satu hari nanti akak sekeluarga dapat berjumpa dengan Nur Zarra.
ReplyDeleteAsSalam sharifah,
DeletePandang belakang untuk jadikan tauladan dan sempadan.
Terima Kasih atas doa.
Aamiin.
semoga tabah selalu.Ujian tuhan untuk hambaNya yang terpilih.Agar Nani and family beroleh pengadilan yang setimpal.Dan cucu yang dirindui bertemu kembali.
ReplyDeleteAsSalam Mamason,
DeleteUrusan Allah, nani menredhai akan ketentuan NYA.
Merindui cucu tidak melebihi dari merindui NYA.
Salam MM,
ReplyDeleteAkak tak tau kisah sebenar. Akak doakan MM dapat menerima cubaan Allah ini. Akak mengerti kerinduan pada cucu memang menyiksakan.
Semoga Allah memudahkan segala untuk MM.
AsSalam KK,
DeleteMemang pedih merindui cucu tapi Alhamdulillah setelah mendapat ikhtibar nani dapat mengatasi dengan redha.
Mudah-mudahan. Aamiin
sabar lah auntie.. teruskan berdoa kerana doa org yg teraniya tak ada hijab dengan Allah..
ReplyDeleteAsSalam Zareda,
DeleteAuntie terus berdoa untuk Ayol, agar dia diberi kekuatan sebab dia lah yang menghadapi ujian ini, auntie hanya seorang ibu dan nenek ingin melihat kesejahteraan mereka.
tabahkan hati...
ReplyDeletein sya allah ada hikmah nya nanti...
=)
AsSalam iszkha,
DeleteJanji Allah pada yang meng'redhai' adalah kesejahteraan untuk perjalanan seterusnya.
Salam.
ReplyDeleteSaya bersimpati dgn auntie sekeluarga. Semoga akan bertemu jalan penyelesaian yg terbaik.
Tapi sebenarnya apakah yg membuat pihak di sana sampai begitu sekali mendapatkan perintah mahkamah?(Sori, bkn nak suka2 bzbody tp tertanya2 selama ni)
AsSalam Deceptive,
DeleteAuntie menghargai perasaan simpati Deceptive.
Mudah-mudahan bertemu dengan pengakhiran yang baik.
Sudah auntie katakan dalam n3, bila ada perasaan 'kepentingan diri' berlakulah pendustaan. Dengan memfitnah yang boleh direka dan membeli keadilan hukum dunia.
Yang memfitnah tahu, yang difitnah tahu.
Balasan untuk 'kejadian' memfitnah Allah saja yang tahu.
Serahkan urusan pada Allah.
Kami sekeluarga Redha dan akan terus Redha apa saja ketentuanNYA.
Sedeynye aunt....sabar ye...insyaAllah ade hikmah di sebalik semua yang berlaku.... :(
ReplyDeleteAsSalam Fara,
DeleteMemang sedih.
Kami redha.
Salam untie..meleleh air mata sy baca luahan hati untie..Allah ada dan mendengar rintihan kita.Untie nenek,ayol ayah nya lg terasa..Subahanallah,Ya Allah kau kuatkanlah hati insan2 ni semoga mereka mendapat sebuah kebahagiannya.
ReplyDeleteAsSalam zz,
DeleteTerima kasih atas doakan kesejahteraan kami sekeluarga.
As salam autie dan salam perkenalan..
ReplyDeleteBerat mata membaca, berat lagi bahu auntie menanggung..
Sabar ya auntie...
AsSalam fatonah,
DeleteSalam perkenalan kembali,
Terima Kasih sudi tinggalkan komen diatas keperihatinan.
Hamba2 yang dalam ujian harus menredhainya.
Aunty pas subuh amalkn surah fushshilat ayat 25 - 44... pastu mohon doa pd ALLAH apa yg dihajati..
ReplyDeleteAsSalam kissz,
DeleteTerima Kasih atas saranan membaca surah fushshilat ini.
Kita doa kan yang baik baik saja..semuga pintu hati mereka terbuka untuk berbaik2 semula dan menyambung kembali silatulrahim. Sangat lah rugi untuk memutus kan persaudaraan..apalagi dengan anak cucu yang masih kecil. Harap orang di sana cepat sedar dan bertaubat sebenar benar nya..
ReplyDeleteAsSalam Ezza,
DeleteGitulah harapan kami, yang baik2 saja.
Tak mengapa jika tiada kesedaran dari mereka, itu juga ketentuanNYA jua.
Kami terus mohon dan mohon pada Allah swt akan jalan yang lurus untuk kami.
Taubat adalah sebaik2 dilakukan pada setiap hari, kita hambanya yang sentiasa berbuat dosa secara sedar atau tidak.
Salam aunty,
ReplyDeleteselalu fikir / kata kat diri sendiri :
"Allah ada kuasa, makhluk takde kuasa"..
AsSalam Tukang tulis,
DeleteAmat Benar pemikiran dan kata2 itu.
Alhamdulillah, Allah memberi 'kefahaman' yg amat bernilai pada Tt.
Teruskan lah mengenal diri, hanya itulah jalan untuk mengenal Allah.
Makluk tiada apa2, semuanya milik Allah, Maha Pencipta.
asmkm maknani, jika injunction di filed di courtatas sebab tertentu dan tidak berasas semata mata maka bagi pehak ayol boleh memohon perintah itu diketepikan. malah klu boleh membuktikan ianya fitnah semata maka mereka tiada locus standi untuk bertahan di permohonan injunction mereka. malah jika terbukti ianya fitnah dan penipuan utk mendpt court order maka mereka bolehnkena bayar costs bagi kedua belah pehak. jika terbukti merekamenipu mahkamah maka mereka boleh diberi hukuman perverring the course of justice.
ReplyDeletesurely uncle ada kenalan lawyer...minta advice. perkara ini tidak kemana jika berlarutan gini..
maaf saya tak tahu a-z kes ni. apa yg sikit ditulis ni saya rasa tak jadi masalah. challenge back dgn file at court on the saud groubds provided ada bukti dan keterangan beetulis serta memanggil saksi. dan saksi si belah sana.
thn selesai kes ayol kena la decide masih mahu ke kawin dgn dia...ada ke trust etc utk akhir hayat..
AsSalam Nor,
DeleteWe have lawyers friends but my Ayol does not want to proceed with any legal proceedings.
We honor his decisions.
He received lots of advices from ustaz, friends, elderly and others around him..
Pada Ayol he just play with the game 'Wait and See' even it takes him for life..
huhhhhh...sabar jer lah akan keputusan anak ku..
Why???
because he submit and surrender to Allah's judgment.
As mother, auntie salute him for his courage.
assalamualaikum aunty.. saya nak bagi tahu.. walau macam mana pun insyaallah satu hari nanti aunty akan berjumpa juga dgn cucu hati aunty tu. dan aunty sekerluarga jgn risau ex menantu aunty tidak akan mendapat hak penjagaan sepenuhnya keatas anak perempuan dia tu. undang2 ada. lagi pun cucu aunty perempuan kan. kalau ex menantu kahwin lain automatic cucu aunty tu dapat kat anak aunty. untuk lebih lanjut aunty kene mencari sedikit pengetahuan la yup. nak terang kat sini saya ta pandai menulis maaf la ye. harap aunty faham. ok..
ReplyDeleteAsSalam Shamila,
DeleteTerima Kasih atas nasihat dan pandangan terhadap permasaalah ini.
Kami tahu hukum susunan hak penjagaan (hadanah)jika berlaku penceraian.
Tak mengapalah, kami hanya serahkan segala apa saja pada Allah untuk menentukan.
Bunyi macam dah give up kan?
Hakikatnya..memang itulah sepatutnya..
berserah
Salam kak Nani,
ReplyDeleteSgt agresif tindakan mereka pada saya...
Berunding baik2 kan bagus...
Luahkan perasaan tak puashati pastu cari penyelesaian,bukan dgn memisahkan kasih sayang.
AsSalam Anis,
DeleteKami tak tahu apa perancangan mereka seterusnya..
dan tak mau ambil tahu lagi..
Yang penting, pesanan auntie pada Ayol
jangan abai tanggung jawap nafkah yang zahir pada isteri dan anak.
Nafkah batin, biarlah mereka memikirkan untuk tidak terkeluar dari ketaatan pada suami.
Sila tunaikan permintaan suami untuk berkeluargaan disini.
Sila terima suami seadanya, yang 'tiada apa2'.
Jodoh mu adalah ketetapan dari Allah sebagaimana tercatat di lohhul mahfuz.
Perkahwinan mu direstui oleh kedua2 pihak keluarga.
Kedua2 pasangan, dengan penyerahan hati, kerelaan batin, kesanggupan utk berkongsi hidup.
Ikatan suami isteri bukan kerana surat nikah tetapi kerana ketatapan qada' dan qadar Allah.
Allahu Akbar
Asmkm..kunjungan balas. Terima Kasih kak kerana sudi singgah ke blog saya semalam.
ReplyDeleteAsSalam Rozita,
DeleteSama2 kasih
Semoga auntie sekeluarga tabah hadapi dugaan ni. Lebih-lebih lagi Ayol. Mesti dia sangat rindukan Zara sekarang nie. Betul apa yang orang lain kata. Kalau mereka memfitnah bagi mendapatkan sekatan, Ayol boleh cuba batalkan court order tu.
ReplyDeleteAlhamdulillah Allah ketemukan auntie dengan Zara, walaupun di dalam mimpi.
AsSalam Liz,
DeleteTerima Kasih atas doa yang dipanjatkan terhadap Ayol dan keluarga auntie.
Ermmm...auntie dah terangkan diatas, Ayol tidak mahu keluar masuk diMahkamah.
Betul, auntie amat bersyukur dapat bertemu cucu dlm mimpi yang seolah2 kejadian benar dengan izinNYA.
salam auntie, sabar ok, hanya itu je yg boleh kami katakan pada auntie... org2 yg sabar dan redha sentiasa disayangai Allah. masih ada jalan lagi utk perbaiki keadaan. undang2 mahkamah adalah keputusan manusia, tetapi undang2 akhirat, kita semua tak boleh nak menegakkan yang salah.. semoga Allah bukakan pintu hati mereka untuk berdamai.... *hug*
ReplyDeleteAsSalam A2Z,
DeleteMenegakkan benang basah boleh mereka lakukan dengan bermacam2 cara,
biarlah..
Mudah-mudahan..dan kami berserah
keep on berdoa utk kesejahteraan anak auntie sekeluarga... doa seorang ibu sangat mustajab
ReplyDeletesaya doakan semoga auntie dapat bermanja2kan cucu auntie tu satu hari nanti :)
AsSalam Saidatul,
DeleteYes, I will continue to berdoa..
Terima kasih sudi doakan auntie.
im so sad to read this...semoga mereka yang zalim itu akan mendapat balasan yang setimpal dengan ape yang telah mereka lakukan...i love u auntie.
ReplyDeleteAsSalam shuweet,
DeleteLove u too
Aunty,
ReplyDeleteallah maha berkuasa....mereka yang zalim akan dibalas setimpal dengan kezaliman mereka.
sabar ya aunty. banyakkan berdoa. bila aunty tabah, ayol akan jadi lebih tabah.
AsSalam ummisara,
DeleteInsyaaAllah.
Terima Kasih atas doa utk auntie.
aslmkm auntie. sabar ye mungkin ada hikmah disebalik perkara yang berlaku. Tuhan maha adil =)
ReplyDeletep/s: sy kenal zara ni. dia duduk depan rumah saya. =) selalu nmpk dia main basikal depan rumah dia