THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Monday, February 25, 2013

Episod 81- Gadis Misteri


Sambungan episod 80
Kunjungan gadis misteri

Masih auntie ingat lagi
suatu pagi..
Anak2 auntie semua ada
adik ipar pun ada tapi uncle tak ada
entahlah kemana dia?
mungkin pergi kerja, uncle jenis memanjang kerja
tak kira hari cuti atau hujung minggu
besar kemungkinan hari minggu atau sabtu
auntie dah tak ingat..

Lepas mandikan anak2 dan pakaikan baju
Auntie pula mandi dan terus turun kebawah
Ditangga lagi auntie dah terbau
keharuman minyak wangi
Auntie pasti ada tamu diruang tamu
Emm..memang betul
Adik ipar auntie yang bukakan pintu

Dia datang membawa sarapan pagi
ingat lagi auntie makanan yang dibawanya
Roti canai dan nasi lemak bungkus
untuk sekeluarga..
pemurah orangnya

Sambil makan kami bersembang

dia menanyakan samaada barang2
yang dikehendaki dah auntie order atau belum
Memang auntie bertujuan nak hantar sofa 
dia dalam masa dua tiga hari lagi.

Surprisingly dia bayar cash kat auntie
bila dia bertanya harga sofa tu dari auntie
Auntie kata boleh buat 3 kali bayar
tapi dia insist nak bayar tunai..
tak mintak discount pun..
Fulamak, untung betul dapat customer macam tu

Dia bagi alamat kat auntie

dia tinggal di Taman Setiawangsa
Penthouse Putra Apartment,
auntie tak tanya dia beli atau menyewa..
Jadi auntie arrange delivery sofa tu
during weekdays.

Beberapa kali juga dia datang rumah auntie

Pernah auntie bertanya dia
kerja apa, sebab sentiasa ada during 
weekdays..kadang kala menghilang
Dia insurance agen katanya

Katanya lagi pada auntie 

dia nak pergi keluar negeri
Nak pergi Jepun beberapa hari
Nak bercuti dengan customer

Memang dia menghilang..

tapi auntie tak kisah sebab dah tiada
apa2 hutang dengan auntie

Dia timbul lagi selepas balik dari Jepun

Deman dan bibir dia pecah2..musim sejuk katanya

Dia tunjuk check dia Rm17 ribu

Ishhh..agen insurance dapat komisyen sebegitu banyak?
Wah! akak rasa nak belajar jadi insurance agenlah..
gurau auntie padanya

Auntie bercerita tentang dia pada uncle

orangnya single, cantik, fashionable
wangi dan loaded..

Kenapa dia nak berkawan dengan you?

tanya uncle..
Entahlah..nani tak pernah tanya, kata auntie

Tanyalah..
orang loaded dan single macam tu, mesti ramai kawan
kenapa nak kawan dengan housewife macam you?..
kata uncle

Huishhh..sentap auntie


Bila dia datang auntie tanya dia

Dia kata dia tumpang kasih pada auntie sebagai kakak
dan tumpang kasih dengan anak2 auntie..
Tak ada sedara mara ker? tanya auntie
Ada.. tapi saya tak balik rumah..
dan dah lama tak berjumpa sedara mara
Aduhai..misteri sungguh

Dia jemput house warming party dia
Auntie pergi dengan uncle
Memang hairan..
kenapa tiada lansung perempuan
auntie sorang jer perempuan malam tuh
Uncle ajak auntie balik cepat
Dalam hati auntie
cemburu ker uncle nih?
(hahahaha perasan betul)

Mana kawan I yang dia kata I kenal?
tak ada pun malam nih? kata uncle

Ehhh..manalah nani tahu siapa jemputan dia

kata auntie

Dah..I tak suka, you berkawan dengan dia lagi

please..kata uncle

Auntie diam membisu..kehairanan


Dia datang lagi suatu pagi

Kali ni, dia bawa auntie dan anak2
keluar breakfast
semasa nak balik kerumah, dia tunjuk
dari dalam kereta

Tu rumah pakcik saya..katanya

tersergam besar

Abang kenal pakcik saya

xxxx katanya

Balik dari breakfast

sampai dirumah auntie
Auntie kata pada dia
Abg tak bagi lagi kita berkawan 

Dia hanya diam membisu dan menangis

Kenapa menangis nih? tanya auntie

Ermmm..saya faham mengapa abg tak bagi berkawan
dengan akak

Kenapa? abg tak cakap pun..kata auntie


Ketika tu, auntie berdebar2..

Ehhh..entah2 sweetheart uncle perempuan ni
tapi uncle pura2 buat2 tak tahu
dan dia pula berpura2 nak berkawan dengan auntie..
Huishhh..hati auntie dah gelabah..
Huawahhhhh..

Tak mengapalah akak..kalau gitu

ni lah last saya bersama akak
dia peluk auntie dan cium anak2 auntie..
dia balik lepas tu
meninggalkan keharuman wangianya
diruang tamu auntie

Siapakah dia?

mengapa uncle dan dia tak bagitahu
auntie sebab dilarang berkawan?

Memang itulah kali akhir auntie berjumpa dia..


20 comments:

  1. adui misterinya...x sabar nk tau ni auntie......huhuhu.....

    p/s:auntie..semoga Allah sentiasa memberi dirimu kekuatan yang luar biasa....

    ReplyDelete
  2. Memang misteri. Kenapa tak tanya Uncle kenapa tak bagi berkawan dia dia? atau.... dia tu betul betul perempuan ker atau... pompuan yang tidak ori?

    ReplyDelete
  3. mmg misteri..tertanya2 siapa lah gadis itu..hehe

    ReplyDelete
  4. misteri nya aunty..siapa gerangan wanita tu

    ReplyDelete
  5. ada sambungan lagi ke nih? alahhhh jangan lah gitu...janganlah buat saspen mcm citer cerekarama melayu tu...

    ReplyDelete
  6. Salam kak Nanie
    Akhirnya tau dak sapa gadis misteri tu? tak sabaq pulak nak baca cerita selanjutnya..

    ReplyDelete
  7. alamak...

    sampai sekarang ke uncle tak bgtau?

    ReplyDelete
  8. auntie...hehehe, kenapa2? xsabar nadia nak tahu..huhu

    ReplyDelete
  9. memang misteri sungguh

    ReplyDelete
  10. misteri sungguh..hehehe..tak sabar nak tunggu sambungan

    ReplyDelete
  11. salam aunty, ape khaba?
    hehe. misteri ni..siapakah gerangan wanita itu?

    semoga aunty nani diberikan kesihatan dan kebahagiaan disamping family :)

    _fidza_

    ReplyDelete
  12. salam aunty,
    apa khabar? hope aunty diberikan kesihatan yang baik..

    siapakah gerangan wanita misteri itu? xsabar nak tunggu episod seterusnye.. hehehe

    ReplyDelete
  13. salam auntie.cepatla sambung cite ni.mcm novel.sker sgt baca.hehe.take care auntie.

    ReplyDelete
  14. Misterius sungguh!

    Siapakah sebenarnya dia?

    ReplyDelete
  15. salam aunty...adoiiiiii suspen menuungguuuuu! ingatkan dah boleh dapat jawapan nih ,....hahahahahaha

    ReplyDelete
  16. pehhh.. dari episod 80 nak sampai 81 dah suspens, ni suspens lagi, hihihi.. saje jer auntie ni tau

    ReplyDelete
  17. isk...x sabar nk tunggu sambungannye..hihih..debar2 nih..hahahha

    ReplyDelete
  18. sape eh pempuan tuu.. memang saspen ni

    ReplyDelete
  19. aunty... ble nak sambung citer ni???? sy xcited nak baca... da macam baca cerpen da... hihi...

    ReplyDelete
  20. alamak.. suspen nya...

    ReplyDelete

Pada yang terbuka hati utk tinggalkan komen disini..
Didahului dengan ucapan Ribuan Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...