Followers

Thursday, February 7, 2013

Episod 80 - Perancangan Masa Depan

Emmm...berkisar cerita dimana auntie masih duduk 
di rumah sewa di Taman Melawati di Ulu Kelang, 
Rumah compact..dua tingkat dan basic..
ada tiga bilik tidur dan 2 bilik air..
tak jauh dari rumah arwah abah dan arwah mak auntie..
dan juga selang satu lorong, rumah adik auntie
terlalu banyak kenangan disitu

Dua anak lelaki auntie dah bersekolah di Tmn Melawati
Khairul dan P G berjalan kaki kesekolah, 
dekat dari rumah cuma beberapa lorong..
Mereka sekolah sessi pagi
dan sebelah petang pula mereka pergi mengaji quran
dengan jiran auntie,selang beberapa pintu dari rumah auntie 
guru mengaji perempuan.
Mengaji tanpa dikenakan bayaran yuran tetap, 
ikut keikhlasan ibubapa
Dah tak ada lagi rasanya macam tu..
Jika ada pun di perkampungan mungkin

Gigi susu dah berganti

 Rumah Arwah Abah Auntie
kanan sekali anak buah auntie
(sebaya dengan Peej)

Rumah Melawati

Rumah Melawati

Peej sekolah tadika di St Ronan, Setapak
pergi dan balik kesekolah naik bas/van yg disediakan
oleh pihak sekolah
Peej seorang kanak2 yang tak menangis pada hari
pertama masuk sekolah..
Dia boleh suruh auntie balik semasa melapor diri
hehehehe


 Depan porch arwah abah
air orange squash kegemarannya

Bersukan

Tenung apa tu sayang?

 Di solekkan

 Bersiap untuk persembahan


Sedang buat persembahan
Peeja paling kiri


Adik lelaki bongsu uncle masih tinggal bersama2 kami
ketika itu..kerja sementara/temporary sebelum dapat
keputusan SPM sebagai security guard di PWTC

Auntie pula fit as a fiddle sebab auntie mengikuti
kelas aerobic, walaupun dah anak empat, auntie sihat
dan kuat buat kerja2 rumah tanpa pembantu rumah

Kewangan auntie kukuh ketika itu sebab dapat kumpul 
duit elaun rumah ketika menetap rumah arwah abah selama satu tahun
semasa uncle belajar di Maktab Turus Angkatan Tentera.

Ketika tahun ini lah auntie dan uncle banyak buat perancangan
masa depan
- beli rumah
- buat loan ASB
- buat pelaburan saham terbitan
- buat peniagaan beli jual perabot antique Melaka
- jual kain2 sutera italian (4 metre potong siap)
  dan macam2 lagi barangan

Uncle ketika ini pergi kerja naik motorsikal
kapcai, senang katanya untuk auntie kemana2 berniaga
Alhamdulillah..

Auntie juga terlibat dengan skim cepat kaya
Skim Pak Man Thelo, auntie melabur RM7 ribu masa tu,
tapi nasib baik pelaburan auntie dapat balik
dgn kutipan bulanan selama 10 bulan dan keuntungan
selama beberapa bulan..Alhamdulillah

Pak Man Thelo kena serkup, berniaga tanpa lesen
tapi kenapa bertahun2 bertahan?
Dengar khabar operasi di Taiping, tiap2 hari berbas2 org
pergi kesitu utk melabur..tapi auntie melabur melalui
agen di KLumpur. Bukan orang lain, kawan sepejabat
dengan uncle, dia orang Taiping.

Ramai yang terkandas, orang tamak selalu rugi
bila mana geran tanah dan kebun dicagar untuk
melabur tapi bila tidak dapat pulangan..
Huishhhh..dengar kabar ada yang masuk Hospital Bahagia.

Auntie berkawan dengan isteri2 tentera yang juga suri rumah
tangga..
biasalah bila masing2 masih muda
bergossip2, berlawan2 pakaian, barang kemas, perabut
dan juga kereta2 baru..

Walaupun auntie tidak berkerja tapi auntie berusaha
mencari duit tambahan dengan berniaga kecil2lan.
Sekurang2nya apa yang auntie niagakan dapat
keuntungan jadi beli lah apa saja yang auntie inginkan..

Masa auntie berniaga kain, auntie bagi 3 kali bayaran
contoh harga sepotong italian silk ketika itu paling
murah rm450 ketika itu, dan pembayaran pertama
dibayar hujung bulan atau awal bulan.

Auntie ada buku berniaga dan resit..
beli resit yg kat kedai buku tu jer..
Serial no pun tak ada,
Dibelakang resit auntie selalu catitkan balance
hutang mereka.
Buku pula with alphabet nama sipiutang,
alamat dan telephone no rumah, masa tu
tak ada lagi handphone.
Bila nak kutip hutang, auntie selalu akan
talipon dulu, manalah tahu kot2 duit mereka
belum ready ada ditangan.
Jika bayar, catit dan tolak utk balance baru.
Banyak betul kenangan berniaga barangan
perempuan.
Kadangkala, mereka minta auntie belikan dulu
apa yang mereka nampak di kedai
contoh..set crystal, oil paintings, bunga kaca italian
bunga2 reben yang dah siap gubah dan macam2lah..
memang mereka tahu harga kalau beli dikedai
tapi sebab tak mampu maka mereka sanggup
order kat auntie.
Dikedai pula auntie akan beli barangan dengan
harga discount sebab tujuan berniaga, auntie
tidak berurusan dengan budak2 sales assistant
tapi terus dengan tokey atau manager
kalau tokey tak ada, auntie buat appointment dulu
baru deal for best price. hik3x

Ada kala pelangan nak datang kerumah auntie
nak nengok apa yang ada dirumah auntie
Aduhai, barang dirumah auntie pun mereka nak
beli, jadi macam display item pulak..
so juallah..hik3x
kadang2 barang2 auntie yang dah dijual
tidak pula auntie replace balik..
at the end, rumah auntie jadi kosong..hik3x

Ada pelangan auntie berhutang sampai ribu2
tapi mereka mampu bayar kat auntie..
entahlah, pada auntie kalaulah dia bijak, dia hanya perlu
kawal nafsu dan beli barang2 satu persatu
Ni tidak, belum habis hutang, nak tambah hutang lagi..
Well, auntie orang meniaga memang ada risiko tinggi
pernah kah orang lari? berpindah? dan ada hutang
terbengkalai?
Ohhhh...tidak sekali
Auntie akan cari sampai lubang cacing
itu kepakaran auntie..hik3x
nak tahu? macam mana?
Ermmm..tak dapat cari kamu,
auntie cari suami kamu, tak dapat suami kamu
auntie gi cari mak bapak, adik beradik,
hanya perlu tinggal pesan yang auntie dah sampai
ke pihak kedua. Mesti malu kan?
Alah konsep gurantor gitu
Sebelum hutang auntie akan minta particulars
berkaitan..kalau ribu2 lah..
Alhamdulillah..semua dapat dikutip walaupun
ada yang cuba nak lari..

Cerita Gadis Misteri yang berhutang dengan auntie
Rumah auntie didatangi oleh seorang perawan
umur awal 20'an.
Memang cantik, dress to kill, harum semerbak
berkereta Knight Rider, tinted gelap.
Auntie terpegun dengan kecantikkannya..
Adik ipar auntie sampai terlanggar meja bila
nengok kecantikkan dia..hik3x

Auntie tanya macam mana dia tahu tentang auntie..
Katanya melalui kawan lelaki dia..
Sapa kawan lelaki dia? Katanya kawan pada uncle.
Dia berhasrat nak beli perabut antique dan sofa
ala italian, nak masuk rumah baru.

Kata auntie, kenalah pilih dikedai sebab
auntie tak ada katalog utk sofa
Katanya dia percaya cita rasa auntie,
cuma perlu tahu harga saja, sebab budget dia
Rm 15k.
Kata auntie, auntie boleh bagi almari Rm 5k
(harga dulu, sekarang dah tak dapatlah)
dan sofa auntie kena look and see..
tapi dengan 3 kali bayaran. Dia setuju.

Siapa kah dia?
bersambung....

40 comments:

  1. hi auntie nani...
    good morning, hope u in pink of health.. waahhh bestnya auntie buat bisnes dulu2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam fadz,

      haah, buat secara kecil2lan ajer

      Delete
  2. Assalamualaikum Auntie

    ahli perniagan Auntie ni yer...
    sekarang aktif lagi ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusallam Warahmatullahi Wabarakatuh atuk,

      Memang suka berniaga, tapi sejak sakit, auntie dah tak aktif

      Delete
  3. tengah syok2 baca, ada sambungan la pulak... :)

    ReplyDelete
  4. alaaaaaa potonglaa bila ada sambung2 nih.. nanti jangan lupa sambung citer tu yer....

    ooo tu rupanya si peej masa kecil yer...heeeee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam NP,

      Potong, gunting, kerat, memang sengaja2 auntie buat

      Delete
  5. x sabar rasa mcm nk suruh habiskan skrg ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam annapeje,

      Citer panjang lagi..hik3x

      Delete
  6. Salam.. Auntie Nani..

    Selama ni saya hanya silent reader sahaja.. Suka baca cerita2 lama auntie.. Semoga Auntie dikurniakan kesihatan yang terbaik.InsyaAllah ^_^

    -adi_

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali dib,

      Terima kasih sudi tinggal jejak kali ni
      dan terima kasih doakan kesihatan auntie.

      Delete
  7. Kak,

    Kakak sulung saya yang berkahwin dengan NAVY OFFICER pun macam akak, apa dia beli semua kawan2 nak ikut...rumah dia dah macam tempat display segala barang2 kristal dan barang antik....penyudah nya barang2 dalam rumah semua dia jual...beli baru begitulah seterus nya...agak nya isteri2 askar ni memang pandai berniaga lah. Ingat lagi dulu orang2 biasa tak boleh beli barang kat NAFI, akak saya beli barang2 kat NAFI dan jual dengan kawan2 yang suami mereka bukan tentera.

    Untung peeja...akak masih simpan gambar dia semasa kecik2....saya tak banyak gambar masa kecik...maklumlah mak dulu tak suka nak bergambar gambar ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sharifah,

      Oh yea ker?, memang akak suka berniaga sebab dapat pegang duit sendiri.

      Gambar anak2 memang banyak akak simpan.

      Delete
  8. yeayyyy..it's good to read all your stories auntie...comel dorang masa kecik2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam shuweet,

      Haah, kecik2 semua comel dah besar comot..hik3x

      Delete
  9. Salam aunty.

    Yey samb. Episode yg dinanti2kan.
    Comel abg ayol with da naughty faces. Hihi.

    Hope aunty always in good health so u cn cont the next epi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali pija,

      Abg Ayol kecik2 memang naughty, dah besar lain perangai dia.

      InsyaaAllah.

      Delete
  10. Replies
    1. Salam Azaharmila,

      InsyaAllah..auntie cuba sambung

      Delete
  11. My children always discourage me from telling about the past.They say : Its history mum.But its good to read about what struggles we've been through to raise the family.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mamason,

      Ohhh...anak2 nani semua suruh nani citer kisah2 lama, sampai marah2 kenapa lama benar utk sambung semula.

      Delete
  12. Slm Aunty..seronok baca kisah aunty..smbg lagi ya..semoga aunty sihat selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali Nor Azlina,

      InsyaaAllah, auntie akan sambung dalam masa terdekat

      Delete
  13. wah, dah bersambung. tak sabar untuk ep seterusnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam princessonbudget,

      Tungguuuuuu...hik3x

      Delete
  14. salam aunty..lama dah sy jdi silent reader aunty..
    lama dah sy khatam episod lepas2..hahaha..tibe2 aunty bukak episod baru..rasa mcm wahhhhhh novelku bersambung gitu..hahaha..harap aunty sihat dan dapat menulis lg episod2 akan dtg..x sabar sgt nak baca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali zulaikha,

      Auntie pun jenis ikut mood, nak sambung ker, idak ker?
      Anak2 suh sambung tapi kesihatan kadangkala tidak mengizinkan
      Sabar yea..

      Delete
  15. Yeay best nyer episode dah bersambung...lepas ni if tuan punya blog lama tak post makan hati la jawabnya kami menunggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali,

      Jangan lah sampai makan hati..

      Delete
  16. HEHEHEHE...auntie bila terpandang buku kat rak tu...teringat saya kat rumah emak ngan abah dulu ada banyak set buku tu..tapi saya tak tau itu buku apa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nonie,

      Haah, buku2 lama encyclopedia, kira nya sekarang mr googles lah..hik3x

      Delete
  17. Auntie ni... anti klimaks betullah... Cepat ar sambung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam AA,

      Wahhhh..anti klimax? Kesian..

      Delete
  18. Salam Hari Jumaat auntie

    ReplyDelete
  19. Potong stimmm la untie nie..
    Peeja yg comel soooo kiut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam QHQ,

      Why potong stim????????
      Sabar ler..kita ni dah tua...

      Delete
  20. Assalamualaikum,
    Alaaaaaaa tgh best baca...bila nak sambung ni?


    mmmmmm tak saboooo hu hu hu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Warahmatullahi Wabarakatuh..

      Tungguuuuu...Sabauuuuuuu....
      InSyaaAllah auntie sambung dalam masa terdekat..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...