ada appointment utk peps smear pukul 2 ptg
Pukul 11 pagi auntie dah kedapur masak utk
tengahari..walaupun badan masih belum larat
rasa demam yang tak berapa demam, dah hari
ketiga sudah..
masakkan yang simple dan mudah..
Nasi lemak..
Goreng Drumstik, celur kangkong, timun, telur rebus
sambal tumis ikan bilis
Kering ajer nasi, button off
uncle senduk nasi..panas2..
tak nyempat2, katanya tak tahan, bau semerbak
Kami suami isteri mengadap nasi lemak yang amat
stone..(lazat)
Nikmat..Alhamdulillah
Tiga perkara yang buat nasi lemak auntie amat wangi
Daun pandan, halia dan kulit kayu manis, cuba lah
Gambar diambil sesudah uncle dan auntie makan..hik3x
Auntie tak larat nak berhidang sakan, periuk nasi naik atas meja terus,
auntie juga memang tak kuasa nak kopek kulit telur
sapa nak makan, sila kopek sendiri..
Rehat sekejap, hilangkan peluh sebab makan panas2..
Kami bersiap untuk ke hospital.
no sekarang 1005, kejap jer menunggu..
dah dipanggil, masuk bilik bukan doktor tapi tapi saorang misi
sebab nak ambil sampel specimen aja pun
File auntie depan dia.tebal
ada borang utk diisi, uncle explain kat dia
auntie hilang pendengaran selepas stroke
uncle di suruh keluar selepas tu..
Misi tu menanya soalan satu persatu
dan auntie juga jawab utk dia isi borang..
1) Anak berapa? - 4 orang
2) Pernah menjalani pembedahan? - Tidak
3) Pernah buat peps smear? - Semasa kerja 2 tahun sekali,
kali terakhir 4 tahun yang lalu, maka makcik minta doktor
referkan untuk buat pemeriksaan ini sebab tidak mahu ada
masaalah berkaitan dengan alat sulit..
4) Ada apa2 masaalah dan rasa gatal2? - Tidak
Auntie dipimpin baring diatas katil yang ada dalam bilik tu..
hehehehehe..sessi yang auntie amat malu setiap kali buat
peps smear... kena singkap kain dan buka panties..huhuhuhu
Terasa Perit bila alat dimasukkan..tapi sekejap saja
tak sampai 5 minit pun..selesai
Misi tu tolong auntie pakaikan panties
dan betulkan tudung auntie
Keputusannya akan diberitahu dalam masa 2 minggu lagi
Moga tiada apa2 masaalah timbul..Aamiin
Lepas sessi pemeriksaan tu
Uncle dan auntie pergi ke Wah Chan, Taman Permata
kenapa kesitu? sebab uncle hold membership kad
Ishhh..emas 916 Rm 196 segram..
bukan nak beli tapi nak repair rantai emas putih auntie
yang uncle hadiah..terputus..(yea, lasak betul)
Kena hantar kilang di P Pinang..
mak aii jauhnya..harga belum tahu, mereka akan
hubungi uncle nanti..
Auntie beli 2 kotak plastik
untuk isi pakaian umrah yang putih2
telekung, ihram, jubah2 dan seluar panjang
untuk elakkan dari bertukar warna kuning..
Beli yang paling murah, Rm 15 satu
Masuk ke sekyen bahan basah
beli buah jambu seedless dan sayur mayur
Perut uncle dah lapar,
auntie pula haus ajer
kami ke food court
Kuey Teow share berdua..RM 4
ABC Rm 3 semangkuk..sedap metetop
dari kecik auntie suka ABC hik3x
Uncle dah mula bersin2
badan tak sedap katanya
baru kebah dari demam
Masa buat n3 masih terasa seram sejuk
tak boleh nak tidur, entah lah..auntie susah hati
sebab uncle pulak down, berjangkit demam auntie
Auntie memang tak boleh nengok uncle tak sihat
kesian..dia pandai buat muka seposen
tak banyak cakap dan tak meragam
berbeza dengan auntie, minta manja
picit sini, picit sana..lengoh tulang..merengek rengek
Tu depan tv uncle dah lena, terngangga..kesian
Auntie tutup tv..biar dia rehat..
Auntie pula kena kedapur utk makan tengahari
cadang goreng bihun saja..tak larat
Ohhh yea, citer episod masih belum start..huhuhuhu
demam punya pasal tapi hati melonjak utk menulis..

Kesiannya. The loving couple ni, sorang sakit habis paha kanan terjangkit sama.
ReplyDeleteSaya pun dah perna buat pap smear 2 kali, lama dah tak buat nih.
Minum ABC sebenarnya tak hilangkan dahaga la Auntie, tapi lebih nak jamu tekak saja tu.
Have a good rest ya Auntie Nanie & Uncle Borhan..!
Salam AA,
DeleteHaah, dua2 demam, masing2 bawa haluan jaga diri sendiri utk makan ubat..hik3x
Pep smear memang perlu utk wanita yang dah beranak tiga dan lebih
Auntie dah set dlm pala, kemam ice sagat tu, kering tekak akan berakhir dgn kepuasan..hik3x
TQ dear
Salam Nanie,
ReplyDeleteSemoga cepat sihatlah tu Nanie dan suami.
Kak Ani pulak kalau masak nasi lemak suka masukkan serai, daun pandan dan halia. Nanti nak cuba resepi Nanie pulak, masukkan kulit kayu manis.
Salam Kembali KK,
DeleteTerima Kasih.
Memang biasa pakai serai, daun pandan dan halia, tapi bila guna kulit kayu manis, wanginya sebuah rumah..
auntie...saya pun selalu pesan kat mak kalau anak2 balik takyah makan berhidang sangat la. anak2 semua dah besar boleh cedok sendiri. kalau semua balik buat style buffet je. tapi kan mak over kalau anak2 semua depan mata. penat pun happy je buat semua tu. masak byk2 suruh anak makan. kadang tu siap mak cedok kat pinggan sua depan kita suruh makan. balik kampung sehari mau 5-6 kali makan. belum kudap2 lagi. heaven sungguh blk umah mak.
ReplyDeletetapi kalau masih makan berhidang dgn 8 beradik tambah anak buah berbelas2, time mengemas dgn cuci pinggan tu yg nak lari tu =P tapi nak buat camne saya takde anak kecik kena la mengalah =)
Salam Oda,
DeleteBerhidang memang baik sebab nampak tertib. Auntie dibesarkan berhidang oleh arwah mak, bila balik dari sekolah, hanya perlu buka tudung saji dan ngappp..hik3x
Generasi kami (org tua2) memang dah terbiasa dengan berhidang.
Ohhhh...memang Odalah jadi tukang basuh pinggan bila ramai2 berkumpul yea? hik3x
semoga cepat sembuh auntie ...
ReplyDeleteSalam Chik Att,
DeleteTerima Kasih
auntie & uncle..semoga cpt sihat..sronok tgk auntie n uncle berdua saja kemana..romantik saja..caring saja..harap2 nanti saya dah berumur pun boleh camni lah jugak..amin...
ReplyDeleteSalam Haslinda,
DeleteTerima Kasih doakan auntie dan uncle.
Romantik tidak datang begitu saja, melalui kasih dan sayang yang dipupuk dan hormat menghormati, selebihnya dengan izin Allah, bahagia lah..
woww...ketiau goreng ngan abc tu nampak sedapp..kat mana tu auntie...giant ke?
ReplyDeleteSalam shuweet,
DeleteKetiau goreng kerang special, kurang sedap tapi ABC meletop.
Haah, kat Giant.
Salam Kak Nanie
ReplyDeleteMakchaq pun last buat PS 4 tahun lepas.. berat hati sebab segan..
Kesian pulak sampai dua2 orang demam.. semoga cepat semboh..
Orang demam pun rajin sungguh masak.. siap nasik lemak seperiuk, lauk bagai..
Salam Kembali Makchaq,
DeleteMemang segan tapi auntie paksa diri sebab dah berumur dan penyakit alat sulit wanita memang selalu melanda tanpa di undang.
Makchaq buatlah PS, dah due sangat tu..
Masakkan yang paling mudah tu..goreng dan rebus ajer..
assalamualaikum auntie
ReplyDeletesemoga cepat cepat sembuh ....
sekarang musim orang demam batuk selsema ..
Waalaikumusalam Waramatullahi Wabarakatuh pB,
DeleteTerima Kasih atas doa, haah, uncle siap batuk tapi auntie tak pulak
Kagum dengan akak sebab bila tengok makanan rasa macam orang yang memasak tu macam orang yang sihat je.
ReplyDeleteSaya pulak kalau masak nasi lemak suka pakai beras basmathi, daun padan dan halba.
Salam sharifah,
DeleteTak masak kang, tak makan, jadi paksa diri masak gerk..hik3x
Ohhh..guna halba macam nasi dagang..
salam kenal..=)
ReplyDeletesemoga cepat sembuh mama dan uncle
ReplyDeleteye
rehatkan badan tp jgn banyak tidur baring nanti lesu
padat jugak aktiviti auntie...
ReplyDeletesweet la auntie ni. suka baca blog ni, mostly because of the dishes that you make. anyway, get a lot of rest ya. :)
ReplyDeletebestnyer nasi lemak... memang nasi lemak buatan sendiri lagi puas dri yang bli kan auntie..
ReplyDeleteSalam Aunty..
ReplyDeleteCepat sembuh tau aunty dan uncle..:)
Btw, tergugat betul saya tengok ABC aiskrim tu..meleleh ayaq lior..hehehe..
Suka baca blog ni, auntie n uncle yang sangat sweet...moga sentiasa sihat dan berbahagia bersama
ReplyDelete