Followers

Thursday, January 3, 2013

Result Darah bagus tapi...

Keluar rumah awal pukul 8:15 pagi
Hari ni appointment dengan doktor pakar kul 9:00 pagi
Alhamdulillah, result darah puasa minggu sudah
semuanya bagus, BP, sugar reading, colestrol dan
buah pinggang...semua bagus under control
Seronok auntie, cuma berat badan jer tak turun2..
Memang payahlah nak turun, sebab selera makan
tak pernah turun..hik3x

Auntie mengadu dengan doktor pakar
Nak shampoo berubat sebab
kepala gatal2, ada jerawat kecik2 atas kepala,
atau sebab dah mula beruban ker?
atau dah ada kelemumur?
Doktor suruh buka tudung, dia tak kata apa2
cuma senyum, apa daa..

Dah  tu auntie ngadu lagi,
sejak kebelakangan ni
auntie selalu kena simpul biawak
bila tidur malam2..kejang urat sampai
dua tiga hari..
ermmm...pun dia tak kata apa2, senyum lagi

Auntie ngadu lagi
kenapa kepala auntie tergeleng2
dah empat tahun, masih lagi tak
beransur pulih..
Huish..yang ni dia explain panjang lebar
dengan uncle..auntie memang tak dapat
tangkap apa yang di katakan pada uncle

Lastly auntie minta dia buatkan surat refer
letter utk peps smear, risau juga sebab
last auntie buat sebelum sakit dulu
bermakna dah empat tahun yang lalu
so doktor suruh datang pada 15/1/13

Doktor buat surat ubat2, surat utk peps smear
settled.
Tak ambil ubat, biar kemudian nanti uncle uruskan
orang bersusun2 tunggu giliran..

Auntie dan uncle dah lapar
Nak breakfast dan lunch (brunch)
dah pukul 11:00

Uncle suggest makan ikan bakar
auntie tak rasa nak makan nasi
nak makan mee kari, asam laksa dan ABC
kat Ampang Point, dah lama betul tak kesitu
last sekali sebelum bulan puasa tahun sudah..

Seronok keluar pagi
parking belambak kat Ampang Point
terus gi tingkat empat..aduhai, kedai tu
dah tutup..
Ishhh..hampa den..hik3x
hajat nak makan mee kari lemak berkrim,
asam laksa super duper sedap, dan ABC
special..hangusssss bersepai..
tak per..not a problem
kita makan apa yang ada jer..
jangan banyak songel, asalkan makan
dan dapat isi perut..dah bersyukur kan?
Dari Asian food, rezeki dapat makanan perancis..hik3x
Masuk ke Delifrance
No 10%  service tax banner terpampang..

Selekeh betullah..

auntie dah ada eyebag sejak sakit seminggu
akibat kurang tidur..macam mana nak ilangkan?
sapa2 tahu tak?
Yang auntie tahu, letak hirisan timun
atau cold tea bags..

Sambil makan2 tu
uncle citer pasal penerangan doktor
ttg kepala auntie yang tergeleng2 tuh..
ermmm...takut dan risau
Kata doktor dia nak buat pemeriksaan secara teliti
otak dibelakang, jika kemungkinan ada
growth..
Dah2 jangan citer lagi..makan lah dulu...kata auntie


Kenapa serius sayang? 
Ada readers kata nampak garanglah..hik3x


 Auntie minum tanpa gula

 Uncle punya 2 sachets of fine sugar

Lasagna chicken dan egg croissant 

Bill makan rm38 
auntie beli muruku dua balang rm28
beli penapis rm10
parking rm5

Uncle tanya nak gi mana2 ker lagi?
Auntie kata NO
sebab tak ada duit untuk shopping2..hik3x
belum update dan withdraw duit ASB lagi
kalau dah withdraw boleh lah sampai ke langgit biru
pun tak apa..hahahahahaha

Amboi, auntie suka hari ni
sebab result darah baik
dan perut dah kenyang..

Dah masuk azan Asar..
berhenti dulu..

loghat french..
à tout à l'heure 
(see you soon)

au revoir 
(goodbye)

Note :  Baru makan croissant belum lagi duduk sana,
kalau duduk sana auntie terus berblog bahasa french
hahahahahah perasan sungguh..
gurau2 sekali sekala dengan readers auntie..

25 comments:

  1. Seronok baca entry auntie. Ella doakan auntie OK, sehat dan ceria sentiasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ella,

      hehehehehe bebelan auntie dlm blog, Terima kasih mendoakan auntie sihat dan ceria.

      Delete
  2. alahai auntie...comei ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Haslinda,

      Comel tang mana? hik3x

      Delete
    2. salam auntie,

      rasa comei dengan entry2 auntie..ayat2 auntie..rasa tk boring baca..sronok baca macam baca mak sendiri menulis :)

      Delete
  3. no matter what auntie tetap cantik!! lovely mommy, suka sgt tgk. sihat selalu auntie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam lexthary,

      Wohhhh..tq dear for your doa

      Delete
  4. uncle, mtk ampun coz ada gtau auntie uncle nmpk garang sgt..hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Miera,

      hehehehehe tak per, small matter jer..

      Delete
  5. Alhamdulillah,semuga kak nani sentiasa di rahmati dan dipermudahkan oleh NYA...amin.

    ReplyDelete
  6. Amboi auntie take care

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Radiah,

      TQ dear..amboi? kenapa?

      Delete
  7. moga auntie sihat selalu..aamiin...bestnya menu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Tihara,

      Terima kasih atas doa, menu tu kenyang sampai petang..hik3x

      Delete
  8. Auntie,

    kat gambar tu, cantik ja ivana tengok, mana da selekeh2 ni :)
    yg penting, gambar menu di atas itu nampak sedappppppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ivana,

      Selekeh lah sebab mata bengkak, tudung senget benget..hik3x
      Haah, sekali sekala sedaplah menu tu, selalu muak

      Delete
  9. suker bila auntie gembira cam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam zulaikha,

      Auntie pun suka bila keadaaan ceria dan badan sihat..Alhamdulillah

      Delete
  10. saya membayangkan jd happy couple mcm auntie n uncle bila dah pencen nanti.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Irfa,

      Mudah2an, berdoalah agar panjang umur dan dapat merintangi segala ujian rumahtangga bersama dengan tabah.

      Delete
  11. Alhamdullilah, harap kesihatan Auntir beransur baik & lebih baik lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ai,

      Terima Kasih doakan auntie, begitu lah juga buat Ai yea.

      Delete
  12. Hahaha kelakar lah akak ni. Alhamdulillah suka tengok akak sihat dan tolong jangan berblog dalam bahasa french nanti saya tak paham.

    Saya pun nak ke bank nak update ASB sambil tersenyuuuuuum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sharifah,

      hehehe bukan akak pandai pun berblog bahasa tu, akak acah2 jer

      Akak dah update hari ni tapi tak sempat senyum sebab banyak hal nak guna duit..huhuhu

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...