THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Friday, January 18, 2013

Perindu Cinta Allah

Beliau seorang Sufi lahir pada 713 Masihi dan wafat di Busra di Iraq pada 801 Masihi.
Juga dikenal sebagai Rabiah Basri.Beliau hidup sezaman
dengan Hasan al Basri, Malik bin Dinar dan Sufian as Sauri.
Hidupnya yang zuhud penuh dengan pengabdian kepada Allah

Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan
menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup.

Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama
tapi terpaksa menjadi pendayung sampan.
Untuk menarik minat orang menaiki sampannya
dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan.

Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa,
apabila ayahnya meninggal dunia.
Dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan
dan mendendangkan lagu yang merdu.
Mendengarkan suaranya yang merdu itu
menarik hati seorang lelaki untuk membawanya
untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja.

Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.
Suatu hari  timbul kesedaran di hatinya merasa insaf
dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu
sedangkan bapanya adalah seorang guru agama.
Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak.
Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah.

Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat.
Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking
ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir.
Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja.
Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi
makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah.

Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang
munajat memohn doa kepada Allah. di dalam kegelapan biliknya
kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya.
Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang
dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah
dan jangan lagi menyiksanya kemudia raja melihat 
Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit.
Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada
Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi.

Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa.
Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja,
akhirnya dia dilepaskan oleh raja.
Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta
apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk
meminta apa saja sebelum dia pergi.

Apabila dia pulang ke kampungnya, rumah telah roboh
dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah.
Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya.
Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok
Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ.
Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat.
Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah
melainkan sebiji tempayan.
Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah.

Apabila dia mengeluarkan pisan dan ingin menikanm Rabiatul Adawiyah
tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh.
Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan pada pencuri itu
ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri
tetapi mengapa ingin membunuhnya.
Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat
serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan.
Lalu pencuri itu bersolat dan meinta pada Allah agar
mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi

Pada masa yang sama diluar kelihatan kereta kuda
yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah.
Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak.
Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu,
Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah
tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah
jadi berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya.

Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah.
Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu
dan bertanya bagaimana dia mendapat harta
yang begitu banyak dalam sekelip mata.
Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu.
Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditemuinya itu adalah wali Allah.
Dia berasa terkejut dan menyesal kerana
tidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok rabiatul Adawiyah untuk menemuinya.

Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak.
Akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi menemui kekasihnya.
Ungkapan2 Rabi’ah  bermunajat dengan Allah s.w.t seperti :
 “Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti.
Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini
supaya aku berasa bahagia ataupun
Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah?
Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama
Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya.
Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu,
nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga
dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu.”

Seperkara menarik tentang diri Rabi’ah ialah dia menolak
lamaran untuk berkahwin dengan alasan:
“Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan.
Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku.
Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya.
Aku tidak mempunyai apa-apa pun.
Rabi’ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah.
Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata.
Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah.
Rabi’ah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya
hanya kepada akhirat semata-mata.
Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa
membelek-beleknya setiap hari Selama 30 tahun
dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini

“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu
supaya tiada suatu pun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”

“ Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun,
Tiada selain DIA di dalam hatiku mempunyai tempat manapun,
Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun,
Akan tetapi DIA tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”

Rabi’ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah.
Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu
sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa.




3 comments:

  1. salam singgah n salam kenal..=)

    ReplyDelete
  2. Salam kak Nani,
    Just join yr blog...simply because I love yr writing.

    ReplyDelete
  3. Salam kak Nani,
    I just join yr blog...simply because I love reading yr material.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...