THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Friday, January 4, 2013

Lelaki Menangis, Lemah Ker?

Email lagi utk perkongsian bersama

Setiap manusia mesti mempunyai pengalaman menangis, paling tidak pun sebaik sahaja selepas dilahirkan. Ia adalah fitrah semulajadi yang Allah S.W.T anugerahkan kepada manusia. Adalah tidak normal jika manusia tidak pernah menangis sepanjang hidupnya. Doktor-doktor di wad bersalin juga pasti akan risau sekiranya bayi yang baru dilahirkan tidak menangis dan mereka akan cuba merangsang tangisan bayi secepat mungkin. Menangis tidak terbatas pada perasaan sedih, malahan juga berkait rapat dengan kebahagiaan dan kegembiraan. 

Ramai orang berpendapat menangis menandakan lemahnya emosi seseorang itu, lebih-lebih lagi lelaki. Masyarakat memandang sebagai satu aib yang besar sekiranya seseorang lelaki itu menangis, bahkan dikatakan kebudak-budakan. Maka sebab itulah lelaki lebih cenderung untuk menahan air matanya. Harus diingati bahawa lelaki juga merupakan makhluk hidup yang perlu mengungkapkan isi hati dan perasaannya dan menghilangkan kesedihannya. Justeru itu, tangisan lelaki bukanlah menandakan kelemahannya kerana jika mereka tidak menangis, tentu banyak sekali beban yang tersimpan di dalam batinnya.

Kajian yang dibuat oleh Dr William Frey daripada Pusat Kajian Mata dan Air Mata di Sant Poll Rams Medical Centre menjelaskan bahawa menangis amat berguna bagi kesihatan jiwa dan emosi seseorang. Adalah tidak elook untuk kesihatan apabila seseorang itu mengekang keinginan untuk menangis dalam keadaan yang mengharuskannya untuk menangis.

Dr Frey menjelaskan bahawa air mata sangat berkesan untuk membersihkan mata. Ia berperanan dalam mengubati tekanan jiwa yang disebabkan oleh masalah kesihatan fizikal seperti gastric ulser, hypertension, dan ulcerative colitis. Dr Frey juga mengaitkan ketegangan jiwa dan menangis melalui kajiannya terhadap beribu-ribu titisan air mata. Beliau mendapati air mata yang disebabkan oleh ketegangan jiwa mengandungi pelbagai hormon dan cas yang tidak stabil yang dihasilkan oleh badan ketika itu.

Kajian mendapati 85% wanita dan 73% lelaki berasa lega setelah menangis. Maka ini membuktikan air mata dapat membebaskan tubuh daripada bahan-bahan kimia yang boleh memberi tekanan jiwa.





1. Ditimpa Masalah – lelaki akan menangis apabila ada sesuatu yang menimpa mereka secara bertubi-tubi dan terlampau. Mungkin situasinya bertemu dengan kebuntuan untuk meleraikan masalah yang agak besar!

2. Sakit - lebih malang apabila sakit tersebut menyebabkan sehingga si lelaki tidak mampu untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Sukar untuk mencari bekerja dan mencari nafkah untuk keluarga tersayang. Melihat air muka isteri dan anak-anak yang turut memikul beban tersebut akan menyebabkan si lelaki mengenang nasib dan menangis.

3. Cinta - dalam hubungan antara lelaki dan wanita kebiasaannya wanita menjadi mangsa tangisan. Tetapi lelaki juga mampu untuk menangis jika cinta pengarang jantung tidak menjadi atau lebih sedap berbunyi cinta terkondem di tengah jalan (hu3). Perlu dilihat dari segala sudut dan sejauh mana perjalanan lebuhraya cinta tersebut terjalin. Gagal mengekalkan hubungan dan mendapatkan cinta tersebut maka tangisanlah jadi peneman. Tangislah dari melakukan perkara gila seperti yang kerap berlaku kini iaitu ‘bunuh diri’.

4. Anak - pelik? Oh! Tidak, tidak perli sebenarnya. Sebagai lelaki yang punyai tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan menjalankan amanah Allah, lelaki menangis apabila melihat anak-anak yang jatuh sakit. Ini kenyataan kerana kasih sayang seorang bapa tidak akan putus. Lelaki jenis ini berfikiran anak adalah segala-galanya dan mungkin juga fikir , “bukan senang nak buat anak ”.

Sesungguhnya tidak perlu kita berasa malu untuk menangis dalam situasi tertentu. Semoga dengan tangisan yang bermakna menjadi titik mula dalam pengubatan alternatif dan yang lebih penting lagi menangis kerana Allah S.W.T yang amat tinggi nilainya.

Maka… jika anda ingin menangis….menangislah seadanya… redakanlah tangisan anda setelah kelegaan menjelma… kemudian bangkitlah semula…

Cukuplah setakat perkongsian ini. Antara pengalaman yang amat berharga bagi seorang lelaki apabila ia pernah terjadi ke atas dirinya. Percayalah walau sekeras mana lelaki ketika bujangnya, apabila kamu sudah berumahtangga atau punyai tanggungjawab, kamu akan rasai kelainannya.






Lelaki yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yang kuat imannya. Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Allah.

Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih. Sekarang, amat susah mencari lelaki jenis ini. Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling Anda adalah lelaki bersikap egois, maka menangis sebab teringat dosa pun dia tidak akan mahu buat, apatah lagi menangis sebab merasa terlalu bersyukur.

Lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang lembut hatinya, penyayang, amat jujur dan setia.

Hatinya lembut sebab nur iman yang tersimpan di situ menyinarkan mahabbah, maksudnya rasa berkasih-sayang dan rasa saling mengambil berat. Itu juga petanda bahawa lelaki jenis ini seorang yang optimis pemikiranya, bersangka baik dan tidak suka berkata yang buruk walaupun sekelumit cuma.


Kenapa lelaki menangis?

# Kebanyakan lelaki akan menangis apabila: Terlalu gembira apabila menyambut kelahiran cahaya mata pertama.
# Teringat dosa-dosa lalu pernah dilakukan olehnya.
# Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada Allah Yang Maha Esa.
# Ibu atau bapanya meninggal dunia.
# Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka.
# Terlalu khusyuk di dorong rasa kehambaan di dalam zikir-zikirnya.
# Tersentuh hati tatkala mengenangkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca olehnya.





15 comments:

  1. saya beberapa kali jugak melihat suami menangis. masa kali pertama dulu sebelum kawen, masalah keluarga dgn maknya, dan lepas kawen, ms saya nak kena operate anak sulong lps tu terpaksa tinggal anak isteri pantang kat trg. x kurang pun macho lelaki kalau menangis kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Eliss,

      Terlampau sayang lah tu..Alhamdulillah

      Delete
  2. dulu masa kecik jarang saya tengok ayah saya menangis...bila die dah sakit nih anak2 pun dah besar, kerap sangat tengok tangisan ayah..mungkin die terkenangkan sesuatu semasa sihatnyer?? die saje yang tahu...same goes to my hubby...sepanjang 3 tahun kawin baru sekali saya nampak die menangis, die menangis sebab menahan geram sebab terlalu marahkan seseorang..dengan menangis die cuba meredakan kemarahan hatinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam shuweet,

      Memang eloklah suami menangis menahan geram dari mengamok tak tentu pasal dengan seseorang yang pendek akal..
      Syabass

      Delete
  3. Lelaki memang tak akan menangis depan kita.....tak tahu kenapa...mungkin dia takut kita bersedih bila tengok dia menangis agak nya....itu lelaki saya lah lelaki orang lain saya tak tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sharifah,

      Akak pernah nengok lelaki2 yang akak sayang menangis, memang pedih hati akak ketika itu.

      Delete
  4. Assalamualaikum kak nanie...
    paa sayalah.. jika seorang lelaki yang kita dah nampak seorang yg kuat... berjawatan tinggi tapi menangis... maknanya ada kelembutan dalam diri dia walaupun besar mana pangkatnya.
    Sebabnya dia bukan nangis hari2 pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Warahmatullahi Wabarakatuh Rahmah,

      Memang betul perasaan sedih melanda, tak kira jawatan atau darjat.

      Delete
  5. Menangis memang boleh legakan perasaan, menangis sebab insaf dan bertaubat dapat padamkan api neraka..
    makchaq kalau tengok orang lelaki menangis rasa lebih sayu..mungkin pasai depa jarang menangis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam makchaq,

      Lelaki memang berjiwa tabah tapi jika sesuatu yang amat amat amat pilu maka baru lah mereka menangis, hanya tangisanlah dapat melegakan..

      Delete
  6. Apa agaknya yang terdapat dalam 'crocodile's tears'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Al-Manar,

      Crocodile tears? Fake emotions.. pretender! ada ker orang macam nih, bagus utk jadi aktor

      Delete
  7. good info sharing auntie...
    dah lama gak suri jd silent readers auntie...
    kebetulan pulak nama kita serupa-marina...eh?! nama marina tu nama sbnr auntie ke? hahahaha... sori terkonpius...sbb org panggil auntie nanie bkn marina..

    jemput ke blog saya auntie... tq...

    #tabah yea auntie dgn dugaan kesihatan dan mslh keluarga yg auntie hadapi skrg... in syaa Allah ada jln penyelesaiannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam DSS,

      Terima Kasih sudi tinggal jejak dan doa.
      Nama Marina tu, nama pena blog auntie jer..hik3x

      Delete
    2. alololo... tipah tertipu ... huhuhuhu.... ;p

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...