THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Saturday, January 19, 2013

Khas Untuk Unknown Author

Alhamdulillah, auntie dah ada peminat baru 
yang menamakan dirinya Unknown Author
Auntie ucapkan Selamat Datang khas padanya

Rajin dia berlegar2 di blog auntie
punggah2 dan baca entry2 lama auntie..
dan tanpa segan dan silu meninggalkan komen

Thank You for the effort.

Dari tarikh dan masa yang dia tinggalkan jejak..
Auntie perasan, sanggup dia berhari2, berjam2 menelilti penulisan auntie
dan berusaha mengarang berpanjang lebar
untuk meninggalkan komen yang bersusun2..
ada komen2 yang positif dan negatif.
Dia address auntie sebagai anda
dan ada juga sebagai makcik
adakah umur pangkat anak
atau pun yang lebih lanjut pada auntie?
Wallahualam

Sayangnya... auntie tidak mengenali  penyamar ini..
Jadi pada auntie, dia seorang yang tidak tulus..
Jangan lah berani baling batu tapi sorok tangan..
Kesemua komen2 auntie baca tapi tidak auntie publish disini,

Jika nak tahu apa yang berlaku pada anak auntie
silalah hubungi auntie dan berani lah buat temu janji,
agar tidak mendengar cerita di sebelah pihak sahaja...
berhati2lah..
jangan ada niat yang jahat terhadap orang yang teraniaya,
sebesar biji zarah sekali pun..
dari komen yang ditinggalkan..
kus semangat..ada unsur marah pada auntie..kenapa?

Auntie tidak berniat untuk mengeruhkan keadaan dalam n3
malah auntie masih menangis dan sehingga kini masih berdoa
dengan penuh ketundukkan dan kerendahan pada Allah s.w.t
agar jodoh mereka berpanjangan, moga Allah s.w.t
membuka 'mata hati' mereka akan hukum Allah

~~~Tempat Isteri adalah disamping suami~~~
                               Aamiin

Janganlah pertikaikan doa auntie yang tidak dimakbul selama
empat bulan ini..

Doa auntie sebagai ibu mengiringi anaknya
untuk mengecapi kedamaian, kebahagian dunia dan akhirat..

firman Allah s.w.t dalam surah Al-Mu'min ayat 60 tafsirannya:


" Dan Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohanan kamu."


Rasullullah bersabda :

"Tentu doa seseorang akan dikabulkan Allah, selama orang itu tidak terburu-buru
(ingin dikabulkan) ia itu dengan mengatakan; "Aku telah berdoa tetapi doa itu tidak juga
dikabulkan Tuhan" (Mutafak 'Alaih)

Berkata Umar bin Al-Kathab :

"Aku tidak terlalu mementingkan terkabulnya doa tetapi yang terpenting bagi ku adalah
doa itu (adalah ibadah) sehingga kepentingan adalah berdoa maka ijabahnya akan mengikutinya"

Jadi sekali pun seseorang itu tidak terkabul doanya,
sebenarnya orang tersebut telah mendapat pahala di sisi Allah,
dan kelak doa yang belum terkabul tersebut akan menjadi syafaat bagi pemiliknya.

"Tiada seorang berdoa kepada Allah dengan suatu doa, kecuali dikabulkannya dan dia memperoleh salah satu dari tiga hal, yaitu dipercepat terkabulnya baginya di dunia, disimpan (ditabung) untuknya sampai di akhirat, atau diganti dengan mencegahnya dari musibah (bencana) yang serupa." 
(HR. Atthabrani).

Ermmm...disebabkan peminat baru auntie ni baru mengikuti blog auntie
auntie ingin jelaskan disini..bagi readers yang lama mereka tahu..
sememangnya articles n3 auntie setiap hari jumaat 
adalah hasil pencarian auntie melalui googles, emails yang ada
dalam simpanan,  kemudian auntie copy, paste and publish.
InSyaAllah, pada masa akan datang auntie akan insertkan
sumber yang auntie rujuk.

Auntie berbuat demikian kerana ingin berpesan2 dan menambah ilmu
dan jadikan amalan buat diri sendiri dan juga readers auntie..

Sabda Rasullullah SAW

"Sebarkanlah ajaranku, walau satu ayat pun" 
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan
mengampuni bagimu dosa2mu. Dan barangsiapa mentaati
Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah mendapat
kemenangan yang besar".

firman Allah

"Kalian tidak akan mampu memberi petunjuk kepada setiap orang yang kalian cintai; namun Allah memberi petunjuk kepada siapa pun yang Dia inginkan dan Dia Maha Tahu siapa orang-orang yang mahu menerima petunjuk." (QS 28:56)




Semoga kita tergolong dalam orang-orang yang sentiasa beringat.



10 comments:

  1. semoga semua dipermudahkan dan dikembalikan kebahagiaan kepada keluarga auntie..Suya kira permanent reader ar ni auntie..walaupun jrg komen :)

    ReplyDelete
  2. Salam auntie...

    Memang susah nak beri orang puas hati dengan kita, takpalah auntie yang penting pandangan Allah bukan pandangan manusia

    ReplyDelete
  3. Kata orang 'manner maketh man'. Kata kata dan cara kita berutusan mencermin diri. Apa yang hendak kita ambil hati sangat. Kita berhak sama sada menerima tegur sapa atau tidak.

    Salam hormat

    ReplyDelete
  4. Untie..sy dh lama baca blog untie & sy x pernah komen lagi..tp bila keluar entry yg ni, tergerak pula nk komen.. Sy suka baca perkongsian untie setiap hari jumaat tu. Teruskan untie.. Kalau nk harap kami google sendiri, mmg agak susah la.bila untie publish kt blog, sedikit sbyk saya pun akan google for details and bertanya2 juga pd kawan.
    Ps: sy selalu shopping kt aeon au2 tu, tp x penah teserempak dgn untie.. Hopefully blh la terjumpa satu hari..

    ReplyDelete
  5. nampak nya ada orang yang perihatin.. anggap ini juga ujian dari nya Aunty

    ReplyDelete
  6. Walau apapun yg berlaku, apa juga yang dilalui oleh Auntie sekeluarga buat masa ini or akan datang, semoga terus tabah dan saling menyokong sesama ahli keluarga.

    Malah melihatkan Uncle Borhan yg sangat prihatin, saya yakin Auntie akan lebih cekal dan tabah.

    All the best!

    ReplyDelete
  7. Hmmm... nampaknya ada perisik dari sebelah sana.
    Tak tau la bergaji ke tidak.

    ReplyDelete
  8. Kenapa lah ada manusia sebegini ya.....kita masuk blog orang kena hormat....kalau tak suka tak perlu baca dan bagi komen2 yang menyakit kan hati.....sekarang masa kak Nani di duga, kita tak tahu dugaan apa yang menunggu untuk kita pulak!

    ReplyDelete
  9. Aunty,

    Biarkan lah org yang komen tuh...kalau dia ikhlas, insyallah akan berpanjangan hubungan sebagai pembaca & blogger, tapi kalau dia mempunyai niat lain yang kurang menyenangkan....kita doakan agar Allah s.w.t buka hatinya dan beri hidayah...

    u keep writing aunty :)

    ReplyDelete
  10. Dear Auntie,
    Mula2 confused gak nape Ayol asyik ada kat KL dan xde update pasal Zara and mummy dia. Dah lama baru tau, itupun lepas baca post Peej and then auntie.

    I feel you, auntie. Dulu saya pun camtu jugak. My ex duduk kat luar negeri saya xnak ikut. Terperuk gak nak duduk celah ketiak my parent. Memang masa tu xlah rasa salah. Yelah, anak ngan kita apa kita nak kisah. Yg saya tak realised, mcm mana saya xleh renggang ngan my dad, camtulah gak perasaan my ex ngan anak dia. Bila finally, kami duduk semula di rumah lain, segalanya dah terlambat. The damage has been done. Tak sampai setahun kot saya pindah kat rumah sendiri, terus cerai.... the chemistry is no longer existed.

    To newly weds, lepas kahwin carilah jalan duduk sendiri dgn pasangan. Jgnlah long distance relationship.. it's very risky. Kita nak kahwin sbb kita dah bersedia nak harungi rumah tangga dengan orang yg kita pilih, right? Mmg parents tiada ganti, and orang kata suami boleh diganti2... tapi kesianlah, particularly for the children. Kita boleh jaga sendiri, tapi it's still unfair to the kid. The deserved the best from you both.

    So, the only thing i can do, doakan agar family Ayol dapat disatukan. Tapi kalau dah xde jodohnya, insya Allah Ayol akan dapat pasangan yang lebih baik dan sesuai dgnnya. Dgn kerja Ayol, perangai Ayol (yang pandai hormat org tua - it +++++++ to bakal2 mentua). Good luck Ayol...

    Muah to auntie

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...