Sarapan yang simple sorang2 semalam
Yea, ni n3 citer semalam..
mushroom soup + garlic bread
Uncle bungkang tidur balik lepas subuh..
bila dia buat perangai macam tu
auntie kesunyian..
tapi tak kan lah nak mengadap muka auntie hari2?
dah 37 tahun kawin, udah2lah menagih berkepit..hik3x
Gitulah kelaku lelaki tua yang baik, yang dah bersara..
kenapa auntie kata baik? sebab uncle tak reti duduk
saja2 buang masa di kedai2 mamak..
memang ramai kawan2 dia gitu..
biarlah dia tidur dan berihat, umur pun dah 60++ tahun
Sesudah sarapan auntie masukkan baju2 kotor ke washing machine
Keluarkan sotong dan rendam dalam sinki
Dah tu kedepan untuk siram pokok bunga.
Bukan saja siram pokok bunga, siram daun2 kering yang berterabur
dilantai, tak patut, tak patut, orang lain tak ada air, auntie saja2
membazir air...tapi dengan berbuat begitu lantai auntie bersih dari bekas2
kencing kucing liar diluar..
Suka hati kau lah labu, asalkan bahagia..hik3x (cakap pd diri sendiri)
Sedang main2 pancut air, jiran depan rumah datang menuju kearah auntie..
Auntie : Tak kerja ke hari ni?
Jiran : Saya nak uruskan hal anak2 di sekolah
Dlm hati auntie, ni mesti ambil peruntukkan 'Rm' utk anak2 dari pemerintah
Sorang dapat rm100, dia ada 3 anak..
Jiran : Mak cik nak baju kelawar tak?
saya ada balik kelantan minggu sudah dan ada sikit stok utk dijual
Auntie : Boleh juga nengok, memang makcik pun ingat nak tambah.
makcik suka pakai sebab nipis dan ringan. Selesa.
Dia terus ke kereta dan ambil satu beg plastik..
Ada lengan panjang dan pendek
Jiran : Mak cik pegang dulu dan pilihlah
sambil dia menghulur plastik beg tu.
Terus auntie bawa masuk dalam rumah.
belek2 dan ambil 4 helai, bukan baju kelawar
tapi berlengan panjang, macam jubah..
Teringat nak check bills bulan ni
masih belum berbayar..
bila check, aduhhhhhhhh...
banyak yang tertunggak belum settle
cukai tanah, cukai pintu, pembentung,
ada reminder saman kereta
api, air, astro, internet, kad kredit (bulanan)
Bila total jadi large amout.
tak boleh jadi ni..
Auntie jenis tak suka nak pending2 bayar bills..
Memang uncle lah yang mengurus tiap2 bulan tapi bila dah
tak terurus..kena lah auntie bertindak..
Auntie terus ke dapur, masak awal
tanak nasi, sambal tumis sotong dan lemak kacang panjang.
Gerak uncle dan terus tanya uncle
Auntie : Kenapa bills banyak tertunggak?
Uncle : Ohhh..bills tu semua tak perlu risau
boleh bayar kemudian..nanti2lah
Auntie : Rimas nya, nani tak sukalah..
Jom kita ke bank, nani nak keluarkan duit dividen dan bonus ASB,
nani bantu settle kan bills tu..
Tersengeh uncle..suka gamaknya.
hehehehehe setelah genap sebulan, PNB declare bonus
akhirnya..auntie keluarkan jugak
Gigil2 tangan auntie bila disuruh cop ibu jari kiri..hik3x
Alhamdulillah..disebab kami berdua dah tua, auntie tak mahu
bawa duit cash..bahaya
maka auntie terus bank in dalam current account
bolehlah bayar pakai cheque nanti.
tapi dalam tangan auntie tinggalkan seribu..
nak spare utk shopping2 perkara kecil..
Wahhhh...uncle ajak gi JJ wangsa maju
nak makan, lapar katanya..
Okay, jom makan, its on me, hik3x
Masuk ke Old Town White Coffee
Pilih menu
Kami berdua tekak Asian pagi semalam
Mee Curry
Curry Laksa, minuman pula Blended Hazel Coffee
Jarang2 auntie ambil gambar uncle
Auntie sibuk nak makan, uncle nak ambil gambar auntie lagi
uncle cuit2 bahu auntie suruh pusing ngadap kamera..hik3x
tengoklah tu, sampai herot2 kening auntie, geram
Dah tu kami masuk ke Habib Jewel
sebab ada barang kemas yang auntie hantar cuci
dah 2 bulan terperok kat situ
resit memang ada dalam handbag..
Rantai tangan
Cincin dan subang
Set Bunga Tanjung
Dah lama auntie beli barang2 ni untuk Noy
auntie beli masa kerja dulu
dia pakai untuk harian bila fly, sampai keladak
tu lah auntie hantar cuci.
Kena Rm 235
Mata melilau tengok barang2 kemas yang dalam
display kaca..
Wahhh..916 bulan sudah Rm 195, semalam Rm 185
Tukar barang lama 23% off dan kalau nak ambil duit 25% off
Alhamdulillah, auntie tidak terjebat.
p/s:
JANGAN AJAR ANAK MEMBENCI Maka dikiaskan saja: "Bila anak diajar membenci, dia akan jadi pembenci yang tidak rasional. Perkara baik pun dia (mungkin) akan benci. Ajarkan kepadanya kasih-sayang, supaya dia akan gunakan hikmah kebijaksanaan bila berpesan-pesan pada perkara-perkara yang dia tidak suka".
Wallahua'lam.

Oh abg Bob tak suka lepak kedai mamak. Patutlah tak pernah jumpa kat Ali Maju .... hehehe
ReplyDeleteSalam YB,
DeleteSekali sekala ada juga dia join lepak2 dengan kawan2 tapi tak selalu, pot biasa mereka kat Ridayat S'wangsa. Ramat kat situ..hik3x
Org lelaki memang rilek bab bayar bil ni. Selagi tak due, kami tak bayar. Kena kalau buat pembayaran online. Memang tunggu hari2 terakhir utk bayar .... hehehe
ReplyDeleteSteady abg Bob!
Salam YB,
Deletehehehehe orang lelaki lain tak tahu lah akak tapi abg bob punya lah relax dan steady, akak memang jenis gelabah.
kalaulah saya dapat husband mcm uncle..setia menemankan auntie sampai bila2....
ReplyDeleteSalam NP,
DeleteAduhai, uncle seorang lelaki biasa, ada kalanya ada juga masa2 dia 'nakal' masa muda2 dululah, bila dah tua2 ni, banyak berubah..hik3x
Bestnya jadi orang bersara. Ada banyak masa dan juga ada duit untuk mengisi masa tersebut.
ReplyDeleteSemoga Auntie dan Uncle terus sejahtera dan berbahagia.
Salam AA,
DeleteHaah, memang masa bersara amat membahagiakan, ada masa dan ada sedikit simpanan utk bekalan hingga akhir nyawa.
Yang paling utama adalah kena gunakan masa the 'fullest' utk bekalan diakhirat kelak.
Terima Kasih atas doa utk auntie dan uncle.
Aunty, kat trg emas 916 rm165 satu gram :-) mai la trg :-)
ReplyDeleteSalam marinahunny,
DeleteHaah, auntie ada dengar di pantai timur murah tapi auntie tiada sedara mara nak berjalan dan membeli di sana..hik3
kalau nak duit duk diam2 jangan keluar rumah, kan auntie... tapi bills kena bayo, camne???
ReplyDeleteSalam SKTJ,
DeleteTak gujak, sebab sekarang duit boleh juga keluar walaupun duduk dirumah, apa tak nya, shopping online lah, orang datang bawa benda2 jualan dirumah..memang jalan juga duit2 tu..hik3x
Bills bulanan memang tetap kena bayar sampai pejam mata.
Letrik dan Air, melainkan kita pakai pelita dan gali perigi..hahahaha
Saya pun tak suka bil tertangguh tangguh....ada sekali dua terjadi....boleh jadi gaduh dwngan shamsul.
ReplyDeleteKak berkenan nya dengan set bunga tanjung akak....dividen Asb tu rasa macam nak beli je barang2 kemas baru....tapi bila saya sound2 kat Shamsul dia cakap tak payah lah ambik dividen tu....nanti bulan depan dia dapat payment dia beli kan....sukernya kak hati saya.
Salam Sharifah,
DeleteTulah kan? Tak suka tangguh2, memang akak bising bila ada jumlah yang tertunggak.
Wahhhh...bestnya Shamsul, baik hati nak belikan barang kemas baru utk isteri kesayangannya.
Pssttt..beli baru nanti, tunjuk akak yea..suka nak nengok..hik3x
Bahagia hingga ke akhirnya untie. So sweet...
ReplyDeleteSalam JunAina,
DeleteMudah mudahan. Aamiin
auntie share tips menabung/simpan duit please. Hehe!
ReplyDeleteSalam NurHafiza,
DeleteInsyaAllah, nanti akan auntie citer kat episod2 auntie kemudian nanti.
hahaha!! uncle pun nak jugak amik amik gambar macam blogger... ;D
ReplyDeleteSalam gB,
DeleteMemang selama ini uncle lah yang jadi official photog auntie..hik3x
Salam kak,
ReplyDeleteSaya banker so mmg byr segala utang2 bila gaji...pastu baru berkira nak shopping.
Org lelaki mmg suka bertangguh kecuali bapak saya yg sgt organised psl bill2 ni semua...
Salam Anis,
DeleteAyah borek anak rintek, well done. Positif dan berdisiplin
setuju dengan pesanan penaja di bahagian akhir tu...
ReplyDeletekadang2 memang anak2 nanti jadi lebih benci dari kita bila kita menceritakan sesuatu sewaktu kita sedang marah dengan seseorang....
Salam Rahmah,
DeleteAnak saperti kain yang putih, kita sebagai parents patut mengajar yang baik, especially hukum hakam tapi jika anak itu sendiri tidak mahu mengikut, susah lah utk menjawab soalan2 di akhirat kelak..
Lawa set bunga tanjung tu. saya ada gelang n kalung. Kena bawak pi cuci ni sbb dah bertahundah
ReplyDeleteSalam Yati,
DeleteAuntie tak beli kalung sebab tak pernah jumpa kalung bunga tanjung.
Haah, emas putih kena hantar gi cuci, kalau tak dia bertukar warna asal emas, jadi kekuning2an.
Salam kak Nanie,
ReplyDeleteBanyak bil makchaq buat auto debit, kalau tak selalu lupa... Kalau sebulan tertunggak memang teruk la.. Bil letrik, tel, astro, air.. Kalau sebulan tak bayar, gaji bulan depan habis untuk settle bil la...
Makchaq tak dak pelaburan ASB.. Tak merasa la nak dapat dividen....
Salam Kembali makchaq,
DeleteTulah pasal, bila ada yang tertunggak jadi double, tu yang auntie rimas.
Kenapa tak buat pelaburan melalui loan yg paling minima dan bayaran bapotong bulan2. Lama2 habis juga, macam akak buat tahun 80'an. Buat 10 tahun payment dah lama habis bayar. Alhamdulillah.
Kak
ReplyDeleteMalu lah nak tunjuk tunjuk...akak kenal saya tahu perangai saya....kang yang tak kenal saya upload kat fb mau di kata nya saya suka menunjuk nunjuk pulak..
Isteri kesayangan? Alahai kak kekadang bergaduh juga lah.....dah 30 tahun hidup bersama kak, memang patut lah kalau dia belikan apa yang kita hendak kan.
Yea,
DeleteApa yang malu nya, jgn upload kat maner, datang umah akak ler..hik3x
Akak tumpang gembira.
Suami patut belikan jika ada duit lebih, kalau x ada duit, 100 tahun kawin pun tak akan merasa. Dah x de rezeki nak buat
macam maner?
suke tengok gelagat auntie ngan uncle bob..sangat comel
ReplyDeleteSweetnya uncle and auntie, cantik set bunga tanjung tu.
ReplyDelete