Followers

Friday, January 4, 2013

Dosa Suami Tanggung?

Suami merupakan ketua rumahtangga, dan suami bertanggungjawab untuk memberikan segala nafkah kepada isterinya. Di antara tanggungjawab yang penting ialah memberikan didikan agama kepada isteri dan anak-anaknya supaya tidak berlaku perkara-perkara yang dilarang oleh Islam di dalam rumahtangganya.

Segala dosa yang dilakukan oleh isteri dan anak-anaknya akan ditanggung oleh mereka sendiri dan tidak dipertanggungjawabkan kepada suami atau orang lain. Suami atau ayah hanya menanggung dosa kecuaiannya sahaja kerana tidak mendidik isteri dan anak-anaknya ke jalan yang benar iaitu Islam. Firman Allah yang bermaksud :

“Katakanlah: "(Sesudah aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) patutkah aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dialah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu ia menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu berselisihan padanya.” (Al-An’am : 164)


Suami yang memberikan didikan agama dan teguran kepada isteri dan anak-anaknya supaya jangan melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah dan mematuhi segala peraturan Islam, tetapi isteri dan anak-anaknya tetap melakukan perkara dosa juga, maka di sini suami tersebut terlepas dari dosa kecuaiannya, kerana suami tersebut telah menunaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.

Jangan jadi suami yang dayus, kerana suami dayus adalah suami yang menghalalkan atau tidak berani menegur isterinya melakukan dosa. Suami dayus tidak layak masuk syurga, kerana beliau tidak mencegah isteri dan anak-anaknya melakukan kemungkaran, segala amalan suami tersebut ditolak oleh Allah dan dihumbankan ke dalam neraka Allah disebabkan ia adalah suami yang tidak menunaikan amanah dan tanggungjawabnya. Firman Allah yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman jauhkanlah dirimu dan ahli keluargamu dari azab api neraka”.

Anak-anak yang belum baliqh, tidak ditetapkan lagi dosa dan pahalanya, kerana mereka tidak dikira orang yang mukallaf lagi, segala kejahatan dan dosa ditanggung oleh ayahnya sendiri, kerana ayahnya merupakan ketua keluarga yang bertanggungjawab untuk memberikan pendidikan agama kepada anak-anaknya. Apabila anak tersebut telah baliqh, maka segala dosa akan ditanggung oleh mereka sendiri, kerana segala peraturan syariat telah ditetapkan atas diri mereka disebabkan telah baliqh.

Benar bagi suami isteri yang berpegangan tangan atau bersalaman antara satu sama lain, maka dosa kecil mereka akan keluar melalui celah-celah jari mereka. Islam mengajar umatnya yang telah berkahwin saling bersalaman dan berpegangan tangan kerana segala dosa-dosa kecil suami isteri hilang disebabkan perbuatan tersebut. 

10 comments:

  1. besar tanggungjawab suami ni ;)
    kalaulah semua suami tahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Irfa,

      Tulah pasal, kursus kahwin yang ada sekarang tak cukup mantap

      Delete
  2. Bukan senang nak jadi suami, ilmu kena cukup bukan main cekup je. Ramai suami2 zaman sekarang ni terutama budak2 muda ni hanya tau tanggungjawab dunia, tanggungjawab akhirat belakang kira.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam JunAina,

      Ermmm...payah nak cakap, ada kalanya, background family pun adalah salah satu penyebab.

      Delete
  3. aunty,setiap malam wani suka pegang tangan usop ..jari kami tu bekepit sampai telena ,dari mula kawin dulu sbb tu kalo seorang balik kg sorang tinggal xleh nk tido..hehe ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Izwani,

      heeheehee, eloklah, tu tandanya sayang menyayangi..Alhamdulillah

      Delete
  4. Alhamdulillah saya rasa suami saya boleh membimbing saya, sebab itu pegangan agama suami itu sangat penting.....saya rasa mertua saya telah mendidik anak anak nya dengan baik....semua anak anak nya khatam quran...dan alhamdulillah anak2 saya pun ikut sama.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sharifah,

      Background family memang penting bila mencari jodoh.
      Alhamdulillah, Shamsul comes from a good family.
      Sharifah pulak dah berjaya membimbing anak hingga berjaya didunia, mudah2an berdoa agar mereka menjadi anak2 yg solehah dan soleh. Aamiin

      Delete
  5. Tima kasih aunty atas maklumat yg sgt berguna untuk sume pasangan suami isteri ni

    ReplyDelete
  6. Salam Kak, thanks for this reminder...saya belajar sesuatu hari ni. Patutlah bila kita suami-isteri berpegangan tangan, rasa ringan jer semua masalah, hati tenang dsb..ahamdulillah. My husband is not the type yg show feelings outside, but we do hold hands sebelum tidur even when we're simply too tired to do anything else..hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...