THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Saturday, December 29, 2012

Sinaran


Happy Weekend All
Senang untuk nyanyi di Karok..hik3x




lirik lagu Sinaran Sheila Majid



Teringat ku di masa lalu
Bersenda di taman yang indah
Sungguh riangnya di hatiku
Kerna kini kita berjaya

Cintaku tercapai
Punyai kebebasan
Dan dikau berjaya telah berjaya

Sinaran... mentari menyinari
Menusuk ke jiwaku
Ketika bersamamu

Masanya... bila kita berdua
Bagai mahligai indah
Yang tumbuh di muka dunia

Ikatan telah dijalinkan
Hatiku terima terbuka
Segala rasanya di jiwa
Kemesraan terjalin cinta

Oh... peliknya rasa
Pabila... dikau tiada
Bagai kenangan yang tiba
menuju cahaya sedang menyinar...

... tu ru ru ...



Friday, December 28, 2012

3 Panggilan Dari Allah



Salam Jumaat semua..

Email dalam simpanan lagi utk dikongsi bersama

*********************

Saya ingin menyeru kepada semua, supaya kita jangan lah sekali-kali mengambil mudah mengenai solat. Sedangkan melewat-lewatkan solat juga berdosa, apatah lagi sengaja meninggalkan solat…astaghfirullah. Kisah mengenai 3 panggilan Allah kepada hambaNya ini. Semoga mendapat pengajaran dan manfaat darinya.

Saat itu, Dhuha, hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju Mekah……. ..aku bertanya pada Ibu.

‘Ibu, kataku, ada cerita apa yang menarik dengan Umrah….?’

Maklumlah, ini pertama kali aku ber Umrah.

Dan Ibu, memberikan penerangannya…

Ibu adalah pemilik Maknah Tour Travel dimana saya telah menyertai rombongan Umrah pada bulan July 2007 yang lalu.

Kebetulan umrahku dimulai di Madinah dulu selama 4 hari, baru ke Mekah. Tujuannya adalah mendapatkan saat Malam Jumat di depan Kaabah.


Pada kesempatan itu aku untuk bertanya tentang Umrah kepada ibu.

Ibu berkata…’Hassan, Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup…’

Keningku berkerut….

‘Sedikit sekali Allah memanggil kita..?’

Ibu tersenyum… ‘Yer, tahu tak apakah 3 panggilan itu…?’

Aku menggelengkan kepala.

Panggilan pertama adalah Azan‘, ujar Ibu…

‘Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak ‘cepat marah’ akan sikap kita.

Kadang kita terlambat, bahkan tidak solat sama sekali kerana malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi hambaNya, samaada hambaNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas hambaNya pada hari kebangkitan nanti’.

Saya terpaku…. .mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambat-lambatkan solat kerana meeting lah, mengajar lah, dan lain lain. Astaghfirullah…

Ibu terus berbicara…

Hassan, Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji.

Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya ‘bergiliran’ . Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalan nya bermacam-macam. Yang tidak ada duit tiba-tiba dapat duit dan dapat pergi. Yang kaya raya duit bertimbun-timbun, tapi tak ada kesempatan pula hendak pergi. Ada yang memang merancang dan terkabul. Tapi ada juga yang sebaliknya.

Ketika kita memasang niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan ‘Labaikallahummalabbaik/ Umrotan’, sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua. Saat itu kita merasa bahagia, kerana panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu’.

Mata saya semakin berkaca-kaca. Subhanallah. Saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan. Alhamdulillah.


Dan panggilan ke-3, terang ibu lagi, ‘adalah KEMATIAN.

Panggilan ini Allah tidak memberikan sebarang tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya adpat menjawabnya dengan amal soleh. Kerana itu Hassan, manfaatkan waktumu sebaik-baiknya.

Jawablah 3 panggilan Allah dengan TAQWA.

Insya Allah syurga adalah balasan untukmu…’

Ibu mematikan bicara sekadar itu. Aku termanggu…

Mata saya basah di dalam Masjid Nabawi , saya sujud bertaubat pada Allah kerana kelalaian saya dalam menjawab panggilanNya. ….

Kala itu hati saya makin yakin akan kebesaranNya, kasih sayangNya dan dengan semangat menyala-nyala, saya mengenakan baju Ihram dan berniat….

Aku menjawab panggilan UmrahMu, ya Allah, Tuhan Semesta Alam.


sesungguhnya CINTA ALLAH swt kepada hambaNYA Maha Hebat, TIDAK BERSYARAT tapi cinta hamba pada NYA, sangat ringan, umpama debu beterbangan.... melekat bila ada air.. (ada masalah).. bila air mengering.. debu pun terbang lagi.. begitukah erti BERSYUKUR kepada Yang Maha Menjadikan kita?

Thursday, December 27, 2012

Asyik Soalan Yang Sama Bila Jumpa Kawan2

Hari nak kena pergi hospital
ambil darah berpuasa
untuk berjumpa doktor pada
3/1/2013

Ishhhh...tahun baru dah mengadap doktor
Ermmm...4 tahun sudah auntie mengalami
sakit yang masih tahap yang tidak berkurangan
macam2 ubat, dah sampai jelak dah
tak mengapa, auntie teruskan saja atas nasihat doktor
Pause jap, dah nak kena bersiap
balik nanti, auntie sambung citer..hik3x

Di hospital auntie jumpa ramai kawan2
Ada lah  5, 6 couples..
ermmm...semua menanyakan cucu auntie
mereka ada dengar kabar2 angin..

Auntie buat2 tak faham jer..
uncle lah yang bercerita..
auntie dah mula menyampah dengan issue
'pegangan' dia orang disana
Semua kawan2 auntie kata
Ehhh..berdosalah, kalau menghalang anak
ikut suami..
Ada ker orang bersikap macam tu?
Memang ada, memang berlaku
Tak mengapa, mungkin dia orang fikir
dia orang betul..lantaklah..
Kehidupan didunia hanya sementara
tak perlu runsing2 lama2..serah pada Allah
moga Allah membuka hati mereka kearah
hukum Allah yang nyata

Jodoh Ayol dan Zeity dari Allah
pendek dan panjang jodoh pun dari Allah
Kita hanya merancang, Allah yang menentukan





Moga Allah, Buka hati dia orang untuk menyerahkan isteri dan anak
pada seorang suami yang teraniaya
Anak dan isteri dipisahkan dari kasih sayang sebagai
sebuah keluarga yang baru dibina..baru 2++ years

Kesian pada Zara cucu auntie, tak pasal2
teraniaya juga kerana tindakan mereka
memutuskan pertalian antara anak dengan daddynya..
semata2 di atas kepentingan sendiri




Kami hanya menunggu ..
mereka datang ke KL, kami terima dengan baik
Kami tidak berdendam



Dah banyak Allah tunjukkan dan berlaku sekarang..
Segala perbuatan terkutuk akan dibalas didunia..


Auntie hanya nasihat pada anak auntie
honor your responsibility, send money
to your wife and daughter monthly without fail, she is still
your wife and if the marriage end
keep on sending till the end of Zara's education
YOU work hard, save money, pasang badan,
jaga kesihatan..and
Do not forget Allah
Be with Allah at all times
and move on..

Daddynya tetap akan dicari 
untuk menjadi wali nanti..



Dah cukup, selingan citer gusar musar tu..

Hahhhh...sampai rumah kul 2 ptg
breakfast kedai mamak
auntie makan tosei, uncle roti canai telur
sepiring sayur kobis dan sepiring kari ayam
air, auntie nescafe, uncle teh ais
Selepas tu auntie singgah salon, gunting rambut
sebelah salon kedai dvd, borong 23 keping
ermmm..nak nengok sampai lebam..hik3x

Terus balik rumah..
lepas solat, buka lappy..hik3x
nak bercerita n3 yang bercampur aduk ni..
sehingga berjumpa lagi next n3..
Inshaa Allah



Tuesday, December 25, 2012

Dulang hantaran



Pertama kali, auntie nengok orang buat hantaran buah2an macam ni
dimana uncle ceduk gambar ni, entahlah
auntie nampak kat desktop auntie, terus buat n3 sebab unik
tapi kalau majlis auntie sendiri, memang auntie tidak akan
buat hantaran macam ini..sebab bukan cita rasa
auntie..

Buah2an dari dusun dan hutan

Nampak ada 4 macam buah dalam bakul tu

1.   Petai
Auntie memang suka buah petai..
rasenya semua status mak2 suka petai..

2.   Duku langsat ker dukong?
hik3 auntie tak tahu beza kedua2 buah ni
nampak sama, dua manis dan sedap

3.   Manggis
suka jugak manggis..masam2 manis

4.   Rambutan
batuk jika dimakan banyak

Kebiasaannya hantaran buah2an
Sejak zaman auntie kawin, sampailah sekarang
rata2 orang letak buah imported
apple, pear, anggur, kiwi dan lain2..
boleh tak letak jem dalam botol
atau buah2 dalam tin
sebagai ganti..boleh tahan lama kan? hik3x

Bila cakap pasal dulang hantaran
Sapa boleh bagi tahu kenapa dulang mesti nombor ganjil?
kenapa mesti ada manisan saperti kek, buah2, coklat?
Ermmm...cukup lah setakat pakaian sepersalinan
untuk bakal pengantin, bukan gitu?
sireh junjung + pinang dan kapur
terkulai layu, tidak ada siapa nak makan
pembaziran betul..
Huishhh..nanti ada orang
akan marah dengan auntie
sebab ini adalah adat melayu turun menurun kan?
~Biar mati anak jangan mati adat~

Terlalu banyak adat perkahwianan melayu yang menyalahi hukum
auntie tidak mahu huraikan..amat sensitif

Dua anak auntie masih belum berkahwin
mungkin juga tiga..jika rumah tangga anak lelaki auntie berakhir

Moga umur auntie panjang untuk melihat
kesemua anak2 kahwin dan bahagia..Aamiin


Monday, December 24, 2012

Rezeki Ku DiPagi Hari Dari Allah



Pukul 7:30 pagi, inject insulin
Sarapan kentang lenyek mayo dan satu mug nescafe
makan ubat, kedepan rumah
tujuan menyiram pokok dan kemas daun2 kering

Hari mengangkat sampah oleh DBKL di kawasan perumahan auntie

Isnin, Rabu dan Jumaat
Sampah dalam rumah, hantar diluar rumah 
dilakukan malam sebelum hari kutipan
itu kerja uncle, memang dah routine...
sampai bila? Entahlah....

Rumah di sebelah kiri auntie

yang kosong selama 6 tahun 
Rumah Kerabat Pahang
Fully furnished - funiture dan juga barang2 elektrikal  
(aircon 4 buah, mesin basuh, fridge) 
dan segala mak nenek semua ada
kiranya penyewa hanya perlu bawa beg pakaian ajer
memang tuan rumah balik sekali sekali bila
datang ke KLumpur..kunci rumah itu
dengan kami selama ini, tolong jengok2

Dah disewakan beberapa hari sudah

Rasa lega bila dah ada penghuni
Rumah aunti di apit, 
Iiran berbangsa melayu di kiri
dan jiran bangsa Tasmania dikanan
Alhamdulillah...

Auntie menyapu dan pungut daun2 kering
sampai kerumah jiran kiri dan kanan
masukkan dalam plastik 
Jengok letter box jiran baru
hik3..letter box yg dah kopak
melopong tak ada daun pintu 
penuh dengan katalog2 jualan
auntie kutip dan masukkan dalam plastik beg i

Tetiba..ada budak bangsa india berdiri
dibelakang auntie..terkejut jap
tapi auntie tahu, dia bekerja dengan syarikat
pengangkutan sampah..sebab tshirt oren
dengan bertulis nama syarikat

Anak2 auntie melarang auntie keluar
dari pagar rumah, maklumlah kan auntie
hilang pendengaran dan tak kuat, 
memang membahayakan, jika berlaku apa2
Auntie memang jenis degil, suka buat kerja2
diluar pagar..huhuhuhu 
pokok2 bunga dalam pasu diluar
memang auntie keluar untuk siram pagi dan petang
auntie juga dinasihati anak2 jgn pakai barang2 kemas
Yes, yang tu auntie ikut, memang badan auntie kosong
tanpa dihiasi barang kemas bila dirumah..
Besar kemungkinan, auntie akan jual apa yang ada
dah tidak mahu lagi..dah tak berguna lagi pada auntie..
masa menunjuk2, konon banyak duit bila berbarang kemas
dah tiada.. auntie dah tua..kesedaran datang
Alhamdulillah....

Okay, citer budak india tadi
dia berdiri rapat depan auntie
dia bercakap sesuatu pada auntie
selalunya auntie akan nengok bibir
bila orang bercakap dan InShaa Allah auntie akan faham...
tapi kali  ni, auntie tak boleh nak faham
Ishhh..takut pun yea..
Degil kebetulan auntie ada pakai gelang dan cincin emas
halus jer pun tapi auntie takutlah juga
sebab masih awal, tiada sesiapa kat luar
dalam hati, aduhai..janganlah budak ni nak
apa2kan auntie..

Auntie buat isyarat tangan,
yang auntie tak boleh mendengar..
dia terus juga bercakap..


Auntie beredar berjalan untuk masuk kepagar rumah
dia mengikut belakang auntie..
Eeeee...takut..
auntie toleh..dia bercakap lagi
rupa2nya dia tanya ada sampah lagi ker?
dalam rumah...memanglah ada, sampah kering
kotak2 dan botol2 mineral
auntie suruh dia tunggu situ, cepat2 auntie kunci gate
huhuhuhuhu..

Dia datang tepi gate, berkata sesuatu lagi
kali ni, agaknya dia tahu auntie takut
dia melemparkan pandangan kesian pada auntie
saperti anak melihat seorang ibu yang tua..
auntie dapat rasakan kasih dari raut wajah budak tu
Dia akhirnya, dia angkat tangan kanan
membuat bahasa isyarat nak minum

Auntie bertanya dengan dia nak air ker?
Dia menganggukkan kepala..
Auntie suruh dia tunggu situ sambil auntie
masuk kedalam dan mengambil sebotol air mineral 

Tiba2 auntie terasa bergetar dalam hati..
Allah telah menghantar sesaorang untuk meminta minum 
dipagi hari didepan rumah auntie..

Alhamdulillah..auntie menghulurnya sebotol air mineral
dia mengambil sambil mengeleng2kan kepala 
cara saorang india mengucapkan berterima kasih 

Allah Maha Penyayang..
kerana memberi peluang untuk auntie bersedekah..
bergenang air mata auntie masa menaip ni
Yea..bersedekah tidak menggunakan duit


Dari Abdullah bin Amr bin Asr r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w ber sabda : 
Barangsiapa memberi makan saudaranya sehingga kenyang dan memberi minum sehingga hilang dahaga, maka Allah s.w.t akan menjauhkannya dari api neraka jahanam sejauh dua parit. 
Dan jarak antara dua parit adalah sejauh perjalanan lima ratus tahun.
[Hadis Riwayat Hakim]


Saturday, December 22, 2012

No Woman No Cry - Bob Marley

Happy weekend semua..                                                            

Auntie punya lah minat kat mamat ni
sorer dia, nyanyian dia, lagu2 dia

Lagu ni berpesan pada pompuan
Jangan nanges2lah..


                                                                 

                                                                 No Woman no cry         


by Bob Marley


No, woman, no cry;
No, woman, no cry;
No, woman, no cry;
No, woman, no cry.

'Cause - 'cause - 'cause I remember when a we used to sit
In a government yard in Trenchtown,
Oba - obaserving the 'ypocrites - yeah! -
Mingle with the good people we meet, yeah!
Good friends we have, oh, good friends we have lost
Along the way, yeah!
In this great future, you can't forget your past;
So dry your tears, I seh. Yeah!

No, woman, no cry;
No, woman, no cry. Eh, yeah!
A little darlin', don't shed no tears:
No, woman, no cry. Eh!

Said - said - said I remember when we used to sit
In the government yard in Trenchtown, yeah!
And then Georgie would make the fire lights,
I seh, logwood burnin' through the nights, yeah!
Then we would cook cornmeal porridge, say,
Of which I'll share with you, yeah!
My feet is my only carriage
And so I've got to push on through.
Oh, while I'm gone,
Everything's gonna be all right!
Everything's gonna be all right!
Everything's gonna be all right, yeah!
Everything's gonna be all right!
Everything's gonna be all right-a!
Everything's gonna be all right!
Everything's gonna be all right, yeah!
Everything's gonna be all right!

So no, woman, no cry;
No, woman, no cry.
I seh, O little - O little darlin', don't shed no tears;
No, woman, no cry, eh.

No, woman - no, woman - no, woman, no cry;
No, woman, no cry.
One more time I got to say:
O little - little darlin', please don't shed no tears;
No, woman, no cry.

Friday, December 21, 2012

Renungan Bersama

Minggu ni auntie paparkan citer petikan dari simpanan file uncle
tapi penulisnya dari jiran seberang...
Ermmm...bila auntie baca ada perkataan yang tak faham, jadi uncle duduk sebelah auntie
menerangkan pada auntie akan maksudnya..auntie tambah buat bracket( ) perkataan bahasa kita
Uncle memang hebat bahasa seberang sebab masa berkerja dengan
Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri memang selalu dia kesana, memang dia
ramai kawan2 disana.
Okay..bacalah...dan renung2lah


Alkisah di sebuah pesantren (pondok agama), seorang Ustadz memiliki burung yang terlatih untuk berdzikir seperti: Assalamu'alaikum, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, Laila Haillaallah dan lainnya.

Suatu hari, pintu kurungan (sangkar) terbuka,  lalu burung itu terbang bebas. Para murid mengejar burung milik guru mereka, sementara si burung terbang tidak terkontrol (terkawal) dan tertabrak (dilanggar) kenderaan yang melintas dengan kencang (laju) hingga terkapar sakarat (sakratul maut) lalu meninggal.


Ustadz dilihat sangat berbeza setelah burungnya mati, nampak sekali sedih hingga seminggu lamanya. Para murid yang melihatnya pun mengagak Ustadz nya bersedih kerana burungnya mati dan mereka berkata:

"Ustadz, jika hanya burung yang membuat ustadz sedih, kami sanggup menggantinya dengan yang boleh berdzikir juga. Tak perlu ustadz bermurung hingga sedemikian lamanya!"

Sang Ustadz menjawab: "Aku bukan bersedih kerana burung itu."

Para Murid: "Lantas kenapa ustadz?"

Sang Ustadz: "Kalian melihat bagaimana burung itu sakarat (sakratul maut) setelah tertabrak? (dilanggar)"

Para Murid: "Ya, kami melihatnya."

Sang Ustadz: "Burung itu hanya bersuara 

KKKKAAKK, KKKKHHEEK, KKKKAAKK, KKKKHHEEK,,, 
padahal sudah terlatih berdzikir sedemikian rupa, 
namun saat merasakan perihnya (siksanya) sakaratul maut menjemput, 
hanya perih (siksanya) yang terasa.

Lalu aku teringat diriku, yang setiap hari terbiasa berdzikir, 


JANGAN-JANGAN NASIBKU SAMA SEPERTI BURUNG ITU, TAK KUAT MENAHAN SAKARAT MAUT LALU BUKAN DZIKIR YANG KU UCAPKAN.

Padahal burung itu tidak diganggu iblis syaitan saat sakaratul maut, sedangkan manusia diganggu iblis syaitan saat sakaratul maut. Tidak ada yang tahu bagaimana keadaan kita mati, Khusnul Khotimah ataukah Su'ul Khotimah?"

Para Murid pun terdiam dan mengia kan Sang Ustadz, dan mereka pun ikut murung memikirkan hal yang serupa dengan Ustadz-nya, bagaimana keadaan mereka saat dijemput sakaratul maut?

AJAL tidak akan pernah menunggu kita bertaubat,
Justeru kita lah yang seharusnya senantiasa menunggu AJAL sambil bertaubat.

Jauhilah maksiat meski sesaat, kerana boleh jadi kita meninggal saat berbuat maksiat, lalu dibangkitkan di hari kebangkitan dengan keadaan sedang berbuat maksiat?

"Setiap manusia dibangkitkan sesuai dengan keadaannya saat meninggal. Abid dibangkitkan dalam keadaan Abid, Kafir dibangkitkan dalam keadaan Kafir." HR.Muslim

~*Ya Allah SWT… lindungilah kami di akhir kami.
Jika kami harus menghadapMu, panggillah kami dalam keadaan beriman, bertaqwa dan sempurna ; Khusnul Khotimah. Jauhkanlah kami dari fitnah iblis syaitan yang mengganggu saat sakaratul maut hamba Mu ini . . . Aamiin*












Satu lagi petikkan yang berkaitan


           7 ROMBONGAN IBLIS DI SAAT SAKARATUL MAUT


Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia tanpa pernah merasa jemu. Dan beitulah hal keadaannya dari mula kita mengjengah dunia nyata sehinggalah kita kembali kepadaNya. Apa yang digeruni adalah waktu takkala sakaratul maut datang mendampingi. Sedang kita berperang dengan kesakitan sakaratul maut, datang pula peneman setia yakni Iblis. Disini, Iblis akan mempergunakan sepenuh ruang yang ada agar berjaya menyesatkan kita di akhir hayat kita. Keadaan dimana Iblis datang membuat onar dan mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut boleh dipecahkan kepada 7 golongan serta rombongan.  Justeru, marilah kita memohon kepada Allah agar melindungi kita dari awal hayat kita sehinggalah akhir hayat kita sebagaimana yang disebutkan dalam satu hadith Rasulullah  saw yang menerangkan: bahawa: 

“Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut.”


Kita hendaklah senantiasa berdoa kepada Allah agar kita dijemput ke akhirat sana dalam keimanan dan meninggal dan keadaan yang penuh mulia dan husnul khatimah. Amin ya Rabbal alamin. Sahabat pembaca yang dirahmati Allah sekaliannya, marilah kita sama-sama hayati bagaimanakah 7 golongan dan rombongan yang dimaksudkan diatas tadi.




~ROMBONGAN 1~

     Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, maka ke nerakalah tempatnya.



~ROMBONGAN 2~

     Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti; Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.


~ROMBONGAN 3~


     Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.



~ROMBONGAN 4~


     Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya



~ROMBONGAN 5~


     Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.” Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.


~ROMBONGAN 6~

     Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.” Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?” Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.” Berkata ulamak Iblis: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi.



  Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami.” Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu: “Bagaimanakah Zat Allah?” Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena. Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu.” Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.



     ~ROMBONGAN 7~
     
     Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat. Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. 


     Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut. Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: 


“Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang 
hampir mati itu: 

Laa Ilaaha Illallah


sebuah tulisan:
Mardhiah Mustaffa

editor:
Muhammad Syahir





Thursday, December 20, 2012

Air Mata DiPasar Tani

Sabtu yang lalu ke pasar tani,
Pagi tu cuaca mendung
Auntie pergi pukul 10 pagi
Gerai pertama mesti gerai ikan,
Auntie beli ikan cencaru, Ikan kembong
bawal dan sotong dalam quantity yang lebih
dari selalu untuk tujuan bbq ikan sebab nak gi picnic..hik3x
Sementara menunggu pekerja bangla membuang perut ikan
auntie dan uncle keluar dari khemah gerai..
supaya tidak menghalang orang lain untuk memilih dan
membeli ikan, memang ramai tiap2 minggu di gerai tu

Tiba2..talam yang penuh berisi ketam..jatuh terbalik
sebab kaki besi pengalas talam roboh..
Huishhhh...berpuluh2 ketam berterabur..
Nasiblah auntie dan uncle dah beredar dari situ
Kalau tidak mahu kaki auntie ditimbuni ketam2 tuh..
tapi air hanyir tu terpercik juga di baju uncle dan auntie..
errrkkkk...
habis keharuman coco chanel auntie, bertukar hanyir..hik3x

Bila dah ambil ikan dan bayar
kami pergi ke gerai ulam2
auntie nak beli daun kesum dan ulam raja

Sedang pilih2..kawan perempuan auntie
menegur auntie..
kami bersalam dan berpelukkan..
dah lama tak berjumpa..

Aduhai, kisah sedih membuatkan
air mata auntie mengalir bila
dia menceritakan kisah dia..
Yea..auntie memang saorang yang penyedih
Air mata mudah mengalir..tak kira dimana2..

Kawan auntie tu dan anak2nya (3 org) dihalau keluar rumah
oleh suaminya ketika itu..
sekarang bekas suaminya dah pun kawin dan menduduki
rumah tersebut dengan isteri barunya...

Selama tiga tahun,  naik turun mahkamah untuk mendapatkan
harta sepencarian..
Dia tidak bekerja semasa kehidupan suami isteri
dulu..tapi bekas suami nya bergaji besar,
kereta kedua yang dipandu kawan auntie pun
kereta mewah, baby merc masa dulu
tapi sekarang menapak jalan kaki setelah dihalau tu..
Nasib ada simpanan maka dia menggunakan
duit tu untuk khidmat guaman..
sebab dia tahu akan hak nya dan anak2nya

Kami berbual dalam khemah ulam2..
Hujan pula dari renyai2 dan mencurah2..
tak boleh nak kemana2, tersekat disitu..
Dia ada terdengar akan berita ttg anak auntie
dari kawan katanya..
Uncle pula menceritakan kisah Ayol secara
ringkas padanya termasuklah si penjual
gerai..mereka kata tak masuk akal
perkara mudah boleh jadi rumit..

Nak lawyer tak, boleh lah saya rekomen kan
tanya kawan auntie

Tak mahu akak..
Pada habiskan duit kat lawyer untuk meroboh masjid
baik akak spend duit tu buat masjid baru..kata auntie

Pada auntie
Biarlah, dari awal isterinya buat hal mengingkari
permintaan suaminya untuk berpindah keKL..
Terpulanglah pada mereka...dah hampir empat bulan
masih berkeras dengan keputusannya
tak mahu keKLumpur

Kami berserah pada Allah swt
Ada jodoh,
Isteri dan Anaknya kembali kepangkuan suami dan daddynya
Jika tidak, berakhir lah Istana Kasih dan Sayang antara tiga insan
Suami, Isteri dan Anak..
Kesian anak auntie teraniaya,
difitnah dari orang yg tak berhati perut...amat zalim
dia kehilangan 2 insan yang disayanginya
Anak auntie seorang yang amat tinggi kesabarannya
dari kecil hingga lah dewasa
tak pernah tinggikan suara pada sesiapa saja
Sebagai suami pulak tak pernah tinggal tanggung jawab
nafkah isteri dan anak, sampailah sekarang
tak pernah naik tangan, malah jentik pun tidak pada isteri dan anak
Isteri dia pernah buat pengakuan di facebook..
Auntie copy and paste..



Mmbirthday my hsband
·          
·         http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-ash4/186245_1814583799_1493123955_q.jpg
Nanie Nms Kan mama dah kata awal2 lagi masa merisek,Zeity Azila dapat Ayol adalah anak yang amat baik, tinggi budi bahasa dan amat bertanggung jawab terhadap keluarga..tak yah ada cemburu kerana he is one woman man. Alhamdulillah..
·         http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-ash4/371816_100002510640346_519798697_q.jpg
Zeity Azila alhamdulilah zeity brsyukur dpt hsbnd mcm ayol..btl ckp mama smuenye ade pade die..bbudi bhasa,penyayang..smpai kn fmly blh ibu or babah ke smue ckp die budi bhase n baik orngnye..hrmat org tue..sstngah org die main lnggar je..


Dimanakah syukurnya sekarang??

Tak tahulah kenapa mereka tidak pandang
akan nilai anak auntie miliki..

Mungkin ada hidden agenda?
Hanya Allah swt saja yang mengetahuinya..

Wahhhh...dah jauh dari cerita kepasar tani..
Auntie bersalaman dengan kawan auntie
masih hujan tapi redah dan terus balik rumah
Ishhh...berbual dan mengalir air mata hingga
tak beli benda2 keperluan lain2..

Dirumah, simpan apa yang dibeli
dalam peti sejuk
Bersihkan cencaru dan kembong,
lalu auntie panggang gunakan foil
Buat air asam, lemak nenas dan ikan kering kurau
bendi dan kobis rebus,  buat ulam2
(lupa pulak ambil gambar)

Auntie suruh uncle talipon Pija
mintak masak nasi dan goreng telur dadar..
Kami nak berpicnic rumah dia
makan reramai..sudah tentu berselera..
Alhamdulillah...
Inshaa Allah nanti auntie sambung lagi..
citer weekend dirumah Pija.





Monday, December 17, 2012

Api Warna Hijau


Dalam sepanjang hidup, kita guna api
selalu jumpa warna merah dan biru
Hijau?

Yea hari ni, auntie letak kuali nak goreng ikan
buka api dapur gas
tetiba hairan..keluar api hijau,  cantik sangat
mungkin tungku dapur auntie dah berkerak kotor..hik3x
terus ambil gambar..



Jawapan nya ialah..

  • Dengan izin Allah swt
  • chemical reaction


Semua tahu kan?  Apa warna api dineraka?

Imam At-Tarmizi telah meriwayatkan dalam kitab "Jani" daripada Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW Bersabda: " Dinyalakan api seribu tahun sehingga ia menjadi merah kemudian dinyalakan 1000 tahun jadi putih kemudian dinyalakan 1000 tahun lagi sehingga ia menjadi hitam. Maka sekarang warnanya hitam seperti malam yang gelap gelita."

Didunia ....
kita guna api untuk membakar
Diakhirat... 
jangan pula api membakar kita..



Saturday, December 15, 2012

Minggu ni...Keroncong lah








Lirik Lagu Keroncong Untuk Ana - M.Nasir


Benarkah tiada bagiku
Ruang di hatimu untukku bertapak
Walaupun sejengkal jari
Agar dapat ku berdiri
Di ambang pintumu



* Ke mana
Hilangnya keroncong
Oh! cinta yang kita
Nyanyikan bersama



Ataupun
Aku yang bersalah
Hanya menepuk tangan
Sebelah saja



Ana... Ana...
Ana... Ana...



(ulang dari *)



Tiada ku sangka akhirnya
Kau tutup semua
Pintu cinta untukku
Hinggaku
Termanggu tiada
Arah nak ku tuju
Membawa hatiku




Friday, December 14, 2012

Siapalah Daku?

Salam Jumaat readers ku,
Hari ini 1 haribulan Safar tahun 1434 hijrah..
bermakna tarikh yang cantik untuk kalender islam
1/2/34 ...

Bulan Safar, 

Pada hari Rabu akhir bulan Safar tahun 11 Hijrah Nabi Muhammad s.a.w mulai sakit yang menyebabkan kewafatannya. Mengenai hal ini Syeikh Ahmad al-Fathani menulisnya dalam Badrut Tamam, katanya, "Maka pada hari Rubu' daripada akhir bulan Safar membala' dengan Nabi s.a.w oleh sakitnya. Maka demam ia dan sakit kepalanya yang maha mulia...". Mengenai hal ini juga di sebut oleh Syeikh Nawawi al-Bantani dalam karyanya berjudul Madarijus Shu'ud. Dalam riwayat yang lain bahawa pada hari Rabu akhir Safar juga Nabi Muhammad s.a.w termakan daging kambing yang di bubuh racun oleh musuhnya, yang akibatnya dirasakan setahun kemudian, yang mana menyebabkan kewafatan baginda s.a.w.

Dan adab wazifah bagi hari Rabu terakhir bulan Safar ialah membaca :
1) Syahadah (3x)
2) Istighfar (300x)
3) Ayatul Kursi (7x)
4) Surah al-Fil (7x)
5) terlebih afdhal pada petang atau siang hari Rabu terakhir bulan Safar tidak digalakkan keluar daripada tempat tinggal atau rumah (kecuali atas sebab mencari nafkah dan hal yang benar2 mustahak).


Sempena hari pertama bulan Safar ini,
Auntie nak catitkan..
berkenaan emails yang kebanyakkan auntie terima
dari silent readers blog auntie..
Auntie amat2 terharu..kerana ramai yang
mengatakan auntie bersifat keibuan yang penyayang..
ada diantara mereka yang tiada ibu,
ada ibu tapi mereka anggap auntie
saperti ibu mereka dan pada mereka,
auntie dekat dihati mereka, kerana cara auntie menulis
membuatkan pembakar semangat untuk mereka terus
kan kehidupan mereka yang dilanda berbagai2 ujian..
ada yang merujuk masaalah keluarga, ada yang bermasaalah dengan
penyakit dan ada juga yang bermasaalah dengan karier..

Menganggap auntie sebagai 'ibu' adalah penghargaan
yang amat tinggi pada auntie..
Ribuan Terima Kasih...

Mereka juga mohon auntie untuk terus menulis di blog ini...

Alhamdulillah,
Setakat ini, auntie balas kesemua emails mereka satu persatu
walaupun kadangkala lewat.
maklum saja keadaan kesihatan auntie tidak stable lagi
Bila orang menanya, nani sihat?
Ketika itu auntie akan melemparkan senyuman
tanpa jawapan..
Ermmmm...payah untuk auntie terangkan..
sebab tiada istilah 'sihat' dalam diri auntie..
badan auntie sentiasa sakit, ya sakit setiap hari
auntie pertahan kesakitan dengan pain killer..
walaupun terasa sedikit lega  tapi masih ada sakit
maknanya auntie selama ini, memang hari2 sakit
yang amat2 bisa seluruh anggota badan dari
kepala hingga kehujung kaki..
Walaupun keadaan macam tu dengan rahmat Allah swt
auntie dapat jua meneruskan kewajipan auntie yang diamanahkan
sebagai seorang Isteri dan Ibu

Mengapa agaknya readers sanggup kongsi akan masaalah
mereka pada auntie, sedangkan mereka tidak lansung
mengenali auntie secara dekat?
tapi auntie tetap akan menghulur nasihat kerana Allah..
Moga nasihat auntie boleh meringankan tekanan jiwa
sekurang2nya..
Setiap ujian pasti berat tapi hanya dengan doa dan redha
akan melegakan perasaan, disamping berikhtiar
untuk menyelesaikan masaalah.

Auntie sendiri pun ada ujian
tapi bagi auntie setiap ujian adalah suatu peringatan
dari Allah..
Ada hikmah sibalik setiap ujian..

Aku mencintai hari hari yang dilalui Ya Rabb,
atas sedih, senang, seru, kecewa dan banyak hal lain
yang mewarnai kehidupan ku..
Perlu mencari dan mengenali apakah hikmah disebalik segala ujian..
Titisan air mata akan melapangkan jiwa..
kehidupan harus diteruskan..

Semoga 'hati' ini selalu terjaga dan selalu bersama MU

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Karim, Ya Hayyu, Ya Qayyum


Aamiin



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...