THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Thursday, November 29, 2012

Keberkatan Surah Al-Ikhlas



Keberkatan surah al-ikhlas





Ketika Memulakan Kerja


Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah


Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.


Ketika Sakit

Sabda  Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby.

Khatam al-Quran


Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya... Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan
membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran ker ana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Pahala Membacanya


Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini, kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:  Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya 


Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, 
Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, 
Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a..s, 
Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.



Nota

Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama: 

(1) Sedekah/amal jariahnya, 
(2) Doa anak- anaknya yang soleh dan 
(3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

…Wallahu a’lam

Wednesday, November 28, 2012

Dengan IzinNYA jua..



Auntie pernah menjejak kaki di Israel pada tahun 1995
selepas mengerjakan ibadah umrah
Auntie pergi tanpa uncle masa tu.




Semua nama2 di peta ini auntie dah sampai..

Pada ketika itu  diharamkan oleh kerajaan malaysia utk kesana (tertulis di paspot).
Dengan izinNYA auntie bolos dan sampai jua..



Jauh perjalanan auntie ketika itu, pengalaman yang amat gerun 
kami ke kawasan2 pergunungan untuk menziarah makam 
Nabi Allah Shuib dan Nabi Allah Ayub dan laut Mati

Setengah2 tempat di kawal oleh tentera dengan senapang..

InshaAllah, ada masa auntie akan menulis perjalanan auntie...


Tidak pernah termimpi suatu hari auntie akan menjejaki 
bumi suci dan bertuah bernama Baitulmaqdis. 

"Ya Allah aku  bersyukur kerana, dapat bersolat dan berdoa kepadaMu di Masjid suci Al Agsa" 

Masih ada kenangan barang2 buatan tangan orang2 Palestine
yang auntie beli disana..






Ada juga yang dah pecah dan rosak, auntie dah buang..


Keanehan Kejadian Manusia Firman Allah SWT
“ Sesungguhnya Kami jadikan manusia ialah dengan sebaik – baik kejadian 
“ Manusia diciptakan dari pelbagai tanah.Menurut Ibnu Abbas , 
tanah-tanah dari bumi dan syurga digunakan untuk dijadikan 
bahan mencipta nabi Adam A.S. bapa keturunan semua manusia. 
Tanah tersebut ialah : Tanah Baitulmuqqaddis : 
dijadikan kepala sebagai tempat kemuliaan 
Wallah hu`alam.


Tuesday, November 27, 2012

Pemberian Dari Algeria

Auntie dapat hadiah lagi
Kali ni datang dari nun jauh.. Algeria
dari   Che Sue..

Dah tiga minggu sudah auntie terima
Berbungkus dengan surat kabar
bertulisan jawi arab
Uncle yang tolong bukakan
Minyak Hadatus Sauda
Alhamdulillah..
Bila auntie panggil orang berurut kerumah
boleh lah auntie guna minyak ni

Ucapan ribuan terima kasih pada Che Sue
Hanya Allah swt membalas budi
pada insan yang auntie tidak kenali
dan tidak pernah berjumpa..
moga kita dapat berjumpa pada suatu hari nanti
InshaAllah

Peliharalah insan ini dan suaminya yang jauh diperantauan,

Ya Allah makbulkan lah doa2 Che Sue
pada mu Ya Allah..Aamiin





Auntie amat bersyukur
ramai yang menyayangi auntie hanya dari penulisan auntie
mereka sampaikan kasih dan sayang mereka dari jarak jauh..
Allahu Akbar..

Monday, November 26, 2012

Hidayah Dari Allah


Tertarik dengan cerita lutut ayam dalam email yang auntie terima.
Auntie nak kongsi bersama2 readers
Memang selama ini auntie tak perasan pun lutut ayam.
Bertahun2 makan ayam dan menyiang ayam..tak ambil tahu pun
mungkin ada readers yang dah tahu citer ni, tapi auntie 
pasti ada juga yang tak tahu macam auntie..hik3x
Ayam ada lutut ke? Ada! Siapa kata takde. 
Kalu ayam xde lutut masakan ia boleh duduk diatas telurnya utk mengeram. 
Tapi dimana duduk lutut ayam itu? Carilah ayam dan perhatikan betul2. 
Lututnya di depan atau di belakang.
hik3x auntie googles cari lutut ayam..

18 SX (sebab nak nampakkan lutut)

Sekarang hendak cerita pula ttg hidayah yg ada hubungkait dgn lutut ayam. 
Sebelum itu jgn tanya apa kaitan lutut ayam dgn hidayah.  
Dua benda yg jauh berbeza tp sebenarnya ada kena mengena. 
Tunggu dulu hingga cerita ini berakhir. 
Ada org yg mendapt hidayah dari pelbagai peristiwa yg berlaku. 
Namun tidak kurang juga yg disuntik hidayah lewat mimpi yg dialami. 
Ramai yg mengaku mendapat hidayah setelah mengalami mimpi 
didatangi lelaki berjubah mengajar syahadah, 
wali Allah, berjumpa Rasulullah, mendengar azan, 
diajar beberapa potong ayat Al-Quran, tawaf & bergerak 
mengikut cahaya diringi bacaan Al-Quran.

Mimpi bertemu Rasulullah mmg benar 
kerna syaitan mmg tidak boleh menyerupai Nabi Muhammad SAW w/pun didlm mimpi.  
Namun utk mengesahkan mimpi yg lelaki berjubah dan wali Allah itu benar, 
ia di luar jangkauan fikiran.  
Boleh jadi ia benar dan boleh jd juga ia tipu helah syaitan. 
Mampukah kita meneka yg mana satu mimpi dpd syaitan & ilham dpd Allah.
Tapi kenapa setiap kali ditanya pd org memeluk Islam 
kebanyakan mengatakan mimpi bertemu lelaki berjubah & mengajarnya mengucap. 
Adakah jubah itu tandanya Islam. 
Bagaimana pula kalu bermimpi Tom Cruise berjubah dan berserban? 
Apa pilihan anda?  Mimpilah apa saja. 
Ia tidak salah jika akhirnya nanti anda memilih Islam sebagai pegangan hidup. 
Alhamdulillah anda memilih jalan yg benar. 
Ada satu mimpi yg pernah diceritakan oleh F. X. Rusharyanto 
dr Indonesia yg tlh membawanya kpd Islam. 
Dia bukan bermimpi berjubah, wali songo atau bertemu Rasulullah SAW. 
Tapi mimpinya biasa saja malah boleh membuat orgg tersenyum sendiri. 
Ini cerita yg mengubah pegangan hidupnya.

F.X. Rusharyanto beriya-iya menceritakan mimpinya bertemu dgn ayam yg berkata2. 
Hanya kerna seekor ayam yg pandai berckp lantas dia memeluk Islam 
bukannya bertemu lelaki berjubah atau wali Allah mahupun Rasulullah. 
Ya!  Ayam, hanya seekor ayam. Apalah yang hebatnya dgn ayam itu? 
Mcm citer katun Chicken Little, sume ayam pandai berckp.
Didlm mimpi itu si ayam berkata, 
" Bacalah ayat2 Allah yg ada pada lututmu".  
"Lutut?"  Mana ada ayat pada lutut?"  Bantah Rusharyanto.  
" Cuba kau perhatikan perbezaan lutut ayam dan lutut manusia?"
Perhatikan betul2 dan bacalah. 
Allah ciptakan tempurung lutut manusia cukup sempurna dan diletakkan didepan, 
berbeza dgn lutut ayam yg terletak dibelakang. 
Itulah Allah tidak perintahkan manusia utk mengeramkan telur. 
Tapi, ayam diperintahkan oleh Allah utk mengeramkan telurnya 
hingga Allah menciptakan tubuhnya dgn tugas yg perlu dilakukan, 
ayam itu berhujah.
"Jadi, apa yg diperintahkan oleh Allah kepada manusia yg memiliki lutut di hadapan?," tanya Rusharyanto.  
"Allah memerintahkan manusia utk rukuk & sujud kpdNya. 
Itulah lutut manusia diletakkan dihadapan. 
Kesempurnaan ciptaan itu dgn kedudukannya  
susunannya yg betul adalah utk memudahkan manusia melaksanakan perintah Allah utk sujud & rukuk.
Ayam itu berhujah lantas menerbitkan kesedaran di hati Rusharyanto.  
Selama ini tidak pernah dirasakan apa pentingnya manusia mempunyai lutut di hadapan atau belakang. 
Bayangkan pula jika lutut manusia letaknya dibelakang sama spt lutut ayam, 
hendak sujud tentunya sukar.  Allah Maha sempurna, 
setiap sesuatu yg dijadikan pasti ada hikmahnya sesuai dgn keperluan kehidupan hambaNya.
Itu baru sedikit ilmu Allah yg diketahui, 
sebenarnya byk lagi rahsia yg sedang menanti utk dibongkar ttg ilmuNya.  
Ditinggalkan cerita ini dengan firman Allah dpd surah Luqman ayat 27, 
"Dan sekiranya segala pohon yg ada di bumi menjadi pena dan segala lautan menjadi tinta, 
dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu; 
nescaya tidak akan habis kalimah2 Allah itu ditulis. 
Sesungguhnya Allah maha kuasa lagi maha bijaksana.
<><><><><><><><><><><><><><><>


Hati Yang Tenang Dan Sihat Pagi Ini

Assallamualaikum,
Bumi yang ku pijak, langit yang ku junjung
Matahari yang menyinar dan sekian alam

Pagi Isnin yang indah
Jiwa yang tenang sesudah subuh
Badan ringan dengan kesihatan yang baik
Alhamdulillah..

Auntie kedepan rumah jengok pokok2 auntie
Trim daun2 kering..
Kutip siput2...tujuh lapan ekor..anak2 siput babi
masukkan dalam bakul sampah...geli geleman auntie
memang kalau dibiarkan, habis togel daun2 dimakannya

Kehidupan manusia dalam rumah dan diluar rumah..
sentiasa akan terjumpa binatang pemusnah seperti lipas, cicak, semut dan tikus..
boleh kah kita membunuh makluk2 ini?

"Apa lah gunanya nyamuk? tidak lansung memberi munafaat pada manusia"

Pernah ditanya soalan sebegini oleh salah satu rakan auntie pada guru
auntie..

Ustaz tersenyum..

"Kilang ubat nyamok, ramai yang berkerja dan rezekinya menyara keluarga"

terkedu kawan auntie..

Ulama Islam membuat beberapa kategori haiwan dalam konteks boleh atau tidak dibunuh dengan tanpa alasan.

1) Haiwan bernaluri buas, berpopulasi di tempat yang jauh dari kehidupan manusia, seperti binatang buas yang hidup di hutan belantara dan di gurun atau di pegunungan. Haiwan jenis ini boleh dibunuh untuk, menghilangkan ancamannya atau untuk dimanfaatkan anggota badannya, seperti untuk diambil kulitnya.

2) Haiwan yang tidak bernaluri buas, namun bisa menjadi buas kalau diganggu, seperti anjing dan kucing. Haiwan jenis ini bila membahayakan atau mengganggu ketertiban umum, boleh dibunuh, seperti anjing yang menyerang orang, anjing gila, atau kucing yang memangsa haiwan ternak dan peliharaan.

3) Haiwan yang membahayakan manusia dan sering hidup ditengah populasi manusia, seperti ular, kalajengking. Haiwan jenis ini dianjurkan untuk dibunuh dalam kondisi apapun. Dalam sebuah hadis nabi pernah bersabda "Lima jenis haiwan yang harus dibunuh, baik di tanah haram maupun di tanah biasa, yaitu : ular, kalajengking, tikus, anjing buas dan burung rajawali" (H.R. Abu Daud) dalam riwayat lain disebutkan juga burung gagak.

4) Haiwan yang sepertinya tidak membahayakan, namun dianjurkan untuk dibunuh seperti cicak dan tokek, karena menurut riwayat ketika nabi Ibrahim dihukum bakar olah raja Namrud, binatang ini ikut meniup apinya. (H.R. Bukhari, Ibnu Majah, Ahmad)

5) Jenis serangga yang memang boleh dibunuh untuk dimakan, seperti belalang. (H.R. Bukhari dll.). Ada beberapa jenis serangga yang danjurkan untuk tidak dibunuh, yaitu semut, lebah, burung hudhud dan burung Surrad. (H.R. Bukhari & Muslim), semut di sini oleh para ulama adalah semut besar, atau sering disebut semut Sulaiman, adapaun semut kecil boleh dibunuh, hanya ulama Maliki yang menghukumi makruh membunuhnya.

Adapun serangga atau hewan kecil lainnya, kalau memang membahayakan atau menimbulkan malapetaka, seperti hama, baik hama burung, belalang, tikus dlsb, maka boleh membunuhnya dan bahkan dianjurkan. Hukum ini dilandaskan kepada kaidah hukum Islam "semua yang menimbulkan bahaya (madharrat) harus dihilangkan". Begitu juga serangga semacam nyamuk yang menimbulkan penyakit harus diberantas, bahkan meskipun dengan menggunakan bahan kimia.


Tindakan membakar binatang adalah dilarang kerana ada hadis, antaranya daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tiada seorang pun seharusnya menghukum dengan api kecuali Allah." (Riwayat al-Bukhaari)

Kesimpulannya, Islam mengharuskan sesetengah binatang dibunuh jika haiwan itu mendatangkan bahaya yang tidak boleh dielak kecuali membunuhnya.

Auntie pernah tengok kebiasaan orang kampung, kalau pokok buah diserang kerengga, mereka akan pintal surat kabar dan bakar di pangkal pokok, pasang unggun api dibawah pokok dan asapkan pokok buah, supaya semut2 kelemasan..

Yealah, mereka tak tahu ada hukum yang tak membenarkan membakar binatang hidup2
Itulah pentingnya kita menceduk ilmu  dengan membaca atau berguru murshid..






Rezeki Dari Pembaca Blog

Makan malam auntie malam ni
Pemberian blog reader Peej Burhan

"Kawan pija bagi mama.."
"Sapa?" tanya auntie
"Yang bagi mama jubah tu, Azlin" jawab pija
Kebetulan auntie belum makan lagi
Masih panas lagi nasi arab tu
auntie solat isyak dulu sebelum makan
auntie nanges sedu sedan ketika berdoa
bersyukur pada Allah atas rezeki dan kasih sayang
dari insan yang auntie tidak kenali lansung
auntie belum berpeluang jumpa dia lagi
auntie amat2 terharu sangat2

Moga Allah lipat gandakan rezeki dan rahmatNya
terhadap kawan pija yang sungguh murni
hati nya bersedekah untuk orang tua2..
Aamiin.

Alhamdulillah, kami dapat makan anak beranak
Besar portionnya, masih ada lagi, bolehlah
PG juga makan bila balik dari stadium nengok
perlawanan M'sia vs S'pore nanti..
Alhamdulillah..











Ayat Seribu Dinar



Ya Allah, hamba mu bersyukur atas rezeki yang kau limpahkan pada keluarga ku
Aamiin..

Saturday, November 24, 2012

Dondang Sayang

Uncle pilih Dondang Sayang untuk minggu ni.. Mentang2 Orang Melaka lah katakan..hik3x Sekali sekala sedap juga untuk halwa telinga tapi auntie dah tak leh dengar dah.. Auntie minat dondang sayang, pernah perform untuk annual dinner masa dulu2 hik2..nostalgia, kenangan manis ketika itu siap pakai kebaya dan batik nyonya Selamat berhujung minggu semua..

Kumpulan Kesenian Briged Seni Melaka penyanyi : Sazali Mohd Sani / Rosmawati Md Dali *

Friday, November 23, 2012

Puasa Sunat Muharram

Hari ni 9 Muharram (Tasua')
Esok 10 Muharam (Asyura)


16 perkara yang sunat dilakukan pada hari yang ke 10 Muharram 

1.    Selepas waktu Asar hari yang ke 9 Muharram

      Ambil satu bekas yang berisi air dan dibacakan surah Al-Fatihah sebanyak    7 kali (Ap abi la sampai bacaan kita pada ayat “Iyya kanak budu”  kita berdoa di dalam hati  tentang hajat kita – terutamanya untuk anak-anak.  Kemudian air tersebut disapukan ke muka anak-anak ataupun diberi minum. 

2.    Puasa sunat pada hari 9 Muharram  (Tasua’) dan 10 Muharram (Asaura). 

Pahalanya adalah seperti 10 ribu kali mengerjakan haji dan 10 ribu kali mengerjakan umrah. 

3.    Menyapu kepala anak yatim.  Caranya ialah dari bahagian belakang kepala ke hadapan.  Allah akan mengangkat darjat kita. 

4.    Memberi makan kepada orang yang berpuasa. Pahalanya adalah sama seperti memberi makan kepada semua umat Muhammad.

5.    Mandi sunat.  Allah akan menghilangkan penyakit-penyakit/jauhkan dari penyakit. 

6.    Menziarahi rumah orang alim. 

7.    Menziarahi orang sakit.  Sama seperti kita menziarahi seluruh anak Adam 

8.    Melebihkan perbelanjaan dari hari biasa/Meluaskan nafkah keluarga. 

9.    Bercelak mata – Boleh menghindarkan dari sakit mata 

10.   Menziarahi kaum keluarga 

11.   Mengerat kuku 

12.   Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1 ribu kali.  Allah akan memandang dengan belas kasihan. 

13.   Sembahyang  sunat 4 rakaat – 2 salam  (2 rakaat x 2). (Sahaja aku sembahyang sunat mutlak 2 rakaat kerana Allah Taala) Baca surah Al-Ikhlas 15 kali bagi 1 rakaat.  Allah akan mengampunkan dosa  50 tahun yang lalu

14.   Banyakkan bersedekah.  Allah akan menggandakan pahala 1 kepada 700. 

15.   Beri makan/pakaian kepada fakir miskin.  Allah akan beri balasan 70 kali ganda semasa di dalam syurga. 

16.   Berzikir  (Hasbi Allahu wanikmalwakil, nikmal maula wanikmalnasir) sebanyak 70 kali



Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dgn sanadnya dr Ibnu Abbas RA berkata: Nabi SAW bersabda yg bermaksud; 

siapa yg berpuasa pd hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram, 
maka Allah akan memberikan kpdnya pahala 10,000 malaikat;
maka akan diberikan pahala 10,000 org Haji dan Umrah,  dan 10, 000 org mati syahid;
 

siapa yg mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa',  
maka Allah akan menaikkan dgn rambut satu darjat.
 

Dan siapa yg memberi buka puasa org mukmin yg berpuasa pd hari Assyuuraa',  
maka seolah2 memberi buka puasa semua umat Muhammad saw dan 
mengenyangkan perut mereka


Sahabat bertanya;  Ya,  Rasulullah,  Allah telah melebihkan hari Assyuuraa' dari lain-lain hari. 
Jawab Rasulullah:  Benar!. 
Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Assyuuraa',
dan menjadikan Adam juga Hawa pada hari Assyuuraa';
dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari Assyuuraa';
dan Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari Assyuuraa';
dan menenggelamkan Fir'aun pada hari Assyuuraa';
dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Assyuuraa'
dan Allah memberi taubat kepada Adam pada hari Assyuuraa';
dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Assyuuraa';
dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Assyuuraa';
dan akan terjadi Qiyamat pada hari Assyuuraa' 


Abul-Laits meriwayatkan dgn sanadnya dari Ikrimah berkata;  Hari Assyuuraa' ialah hari diterimanya taubatnya Nabi Adam.  Dan ia pula hari turunnya Nabi Nuh dari perahunya.  Maka ia berpuasa syukur;  dan ia pula hari tenggelamnya Fir'aun dan terbelahnya laut bagi Nabi Musa a.s. dan Bani Israil.  Maka mereka berpuasa;  kerana itu jika dapat;  engkau berpuasalah pada  hari Assyuuraa'. 
Abul-Laits meriwayatkan dgn sanadnya dari Muhammad bin Maisarah berkata; Bahawa siapa yg melapangkan pada keluarganya pada hari Assyuuraa',  maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun itu. 


Hari ni auntie masak nasi ayam tengahari tadi
untuk yang tak berpuasa dan juga untuk berbuka puasa
Alhamdulilah...sedap

Nasi panas2

Salad dan telur rebus
Alhamdulillah,
anak auntie Noy suruh packkan untuk kakaknya
mahu dia hantar dan ingat kat kakaknya Pija.

Uncle setiap hari Jumaat akan berbelanja beli buah
untuk keluarganya selepas solat jumaat
Kalau minyak wangi atar auntie habis, hari jumaatlah
uncle beli di gerai2 luar persekitaran masjid

Masjid Setiawangsa memang penuh dengan gerai2
makanan, buah2an, alat pakaian kaum adam spt
songkok, kupiah, sejadah dan banyak lagi..


Setiap kali uncle membeli, auntie akan mengucap terima kasih
dengan hati yang luas dan bersyukur pada Allah swt
Hari ni uncle beli dua macam buah..


Dukong yang manis

Mangga, auntie belum rasa lagi, 
masam atau manis

Besok 10 Muharram 
Moga diberi kesihatan yang sihat untuk berpuasa sunat


Isteri Derhaka Booking Neraka

Auntie banyak menggoogles perkara2 hukum syarak yang berkisar ttg isteri2 untuk peringatan pada anak2 perempuan, menantu (kalau dia baca blog auntie lah) dan juga diri auntie sendiri.

Bukan semua isteri yang tahu akan issue2 kederhakaan terhadap suami..masa auntie berkahwin pada tahun
1977, tiada kursus kahwin, sekarang ada kan? bila bermula wajib kursus kawin? Entah auntie tak tahu..
Apa keberkesanan kursus kawin sehingga kebelakangan ni memang peratus penceraian meningkat setiap tahun?

Apa kata sekarang ni diwajibkan buat kursus untuk parents pulak jika hendak kahwinkan anak sebab banyak juga kes2 penceraian disebabkan 'peranan mertua'. Jangan terjadi kisah Nyonya Mansur, mertua kpd Kassim Selamat berulang lagi...

Jom kita baca seterusnya hasil googles auntie

Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:
  • Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
  • Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
  • Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
    Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
  • Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
  • Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
  • Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
  • Minta talak.
  • Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
  • Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
  • Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
  • Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.
 Wajib bagi wanita:
  • Mengekalkan malu pada suaminya.
  • Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
  • Mengikut kata-kata dan suruhannya.
  • Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
  • Berdiri menyambut kedatangannya.
  • Berdiri menghantar pemergiannya.
  • Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
  • Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
  • Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
  • Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
  • Tiada khianat ketika tiada suaminya.
  • Memuliakan keluarga suaminya.
  • Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
  • Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.
1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).
2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).
3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.
4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., “Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.”
5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).
6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, “Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bukankah kamu dapat melihatnya.”
7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.
8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.
9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.
10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.
11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa (kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.
12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.
13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.
14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.
15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.
16. “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.” Rasulullah s.a.w. ditanyai, “Mengapa demikian Ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”
17. “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?” Jawab Nabi s.a.w. “Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya.”
18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.
19. “Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api.” Hazrat Aishah bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?” Jawab Rasulullah s.a.w.:
  • Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
  • Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
  • Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)
  • Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
  • Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki, rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.
Maka setiap isteri yang melakukan perbuatan-perbuatan seperti tersebut 
adalah isteri yang derhaka terhadap suami dan telah melakukan maksiat 
kepada Allah s.w.t. Jika kedua bentuk kederhakaan ini dilakukan sekaligus 
oleh seorang isteri maka ia dikatakan sebagai isteri yang derhaka dengan 
ucapan dan perbuatannya. Sungguh rugi wanita yang melakukan kederhakaan ini. 
Mereka lebih memilih jalan ke Neraka daripada jalan ke Syurga kerana 
memang biasanya wanita yang melakukan kederhakaan-kederhakaan ini tergoda 
oleh angan-angan dan kesenangan dunia yang menipu.

Rasulullah S.A.W dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah R.A: "Aku pernah bertanya kepada Baginda: "Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri?" Baginda menjawab:”Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya”. Kemudian aku bertanya lagi :”Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?” Baginda menjawab:” Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya.” (Riwayat Bazar dan al-Hakim)

Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah S.A.W ditanya: “Mengapa demikian ya Rasulullah?” Baginda menjawab: “Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup.” (Riwayat al-Bukhari)


Wednesday, November 21, 2012

Wedding DiLaman Pengantin

Sehari selepas wedding kat Dutchess Place
wedding kat Laman Pengantin, Taman Melawati
Jemputan dari kaum kerabat Kedah arwah mak auntie

Auntie sebelum pergi ke wedding tu
badan amatlah tak sihat, nak ikutkan memang tak berdaya
nak pergi....auntie telan painkiller dan mohon kekuatan
untuk gagahkan badan utk jemputan kesitu

Malam tuh hujan mencurah2
Auntie bergerak lepas Isyak
sebab jemputan dari 7:30 malam hingga 10:30 malam
dan bukan seated wedding...jadi its 'free and easy' wedding

Alhamdulillah, dapat parking depan entrance
hujan pula mula berhenti, hanya renyai2 tapi uncle dan auntie
berpayung bila menuju ke khemah

Auntie tak pernah sampai diLaman Pengantin sebelum ini
Ohhhhh... 2 biji rumah bungalow
(Kiri dan Kanan rumah, ditengah2 halaman lapang)
halaman dipenuhi oleh khemah2 mengiikut tema
lantai batu block berwarna, tak becak walaupun hujan
dekorasi keliling rumah ada tanaman bunga2 berlampu neon
dinding pagar ada air terjun, memang cantik lah

Wedding ni adalah bagi kedua2 pihak pengantin
perempuan dan lelaki
Jadi kami disambut oleh dua tuan rumah malam tu
Jemputan auntie adalah dari pihak pengantin lelaki



Kerusi kosong sebelah auntie, nampak tak payung auntie selitkan kat reben kerusi..
sebab payung auntie tidak ada cangkuk..hik3x


Kalau klik view besar gambar ni, nampak senyuman auntie,
senyuman plastik, senyuman orang menahan sakit.
ramai sedara mara auntie duduk khemah lain, tapi
auntie tak larat sangat nak gi cari mereka...



Malam tu pihak keluarga pengantin pasang bunga api..
Pommmmp...Pommmp..Prapppp..Prapppppp
auntie dapat dengar......sayup2..bunyi saperti jauh..


Meja hadiah, masa uncle tangkap ni, belum ramai jemputan datang
masa auntie nak balik dah penuh meja hadiah ni..Alhamdulillah

Pengantin datang dengan paluan kompang dan selawat nabi
dan juga ada silat pengantin

Pakaian para silat pengantin malam tuh

Kata uncle, ni ketua jurusilat sebab pakai selempang


Nampak tak lantai  batu block berwarna, maka tak ada becak 
walaupun hujan mencurah2...Alhamdulillah


Sessi Merenjis dari ibu dan bapa pengantin lelaki





Pandangan jauh auntie, apa yang difikir di majlis ni?
Auntie dalam keadaan badan yang amat sakit tapi fikiran sedih menusuk2
ttg perkahwinan anak auntie, Khairul yang hanya baru 3 tahun, sedang
dilanda ujian yang hebat..
Terlintas dikepala auntie,
ada perempuan yang single masih belum bertemu jodoh
ada pasangan yang dah bertahun berkahwin tapi belum ada zuriat
ada suami yang tak bertanggung jawap terhadap isteri dan anak
tapi mereka hidup dengan kesabaran dan bersyukur..
Apakah terjadi pada nasib anak lelaki auntie?
Suami yang penyayang, bertanggung jawab hinggakan
dia komit 2 insurance yang dibayarnya bulanan
untuk pembelajaran anaknya utk kemenara gading
ada saving account untuk anak lagi..
Sudah ada zuriat, anak perempuan yang sempurna sifatnya dan sihat
Dimana syukur mu wahai insan2? Kenapa 'mereka' memisahkan
kasih sayang anakku dengan isteri dan anaknya?
Ya Allah..kau leraikanlah pedih dan pilu yang anak ku dan isterinya hadapi
Kau berikan lah 'hak suami' yang telah Allah swt salurkan dalam hukum syarak
Darah yang mengalir dalam badan anakku, adalah dari darahku jua
Siksa batin anak ku, terasa oleh ku sebagai ibu..
Pedihhhh...Ya Allah...Pedihhhhh


Makanan yang dijamu pada para jemputan
Uncle yang ambilkan untuk auntie dari meja buffet

Ada dua beg kertas sebagai door gift

Dalam beg kertas berisi Muffin Strawberies (dah habis dimakan)
dan kepit kuku mini

Gambar pasangan pengantin dari dekat

Do’a untuk Pengantin Baru
“Barakallahu laka wa baraka ‘alaik, wa jama’a bainakuma fi khair”
Mudah-mudahan Allah memberkahimu, baik ketika senang mahupun susah dan selalu mengumpulkan kamu berdua pada kebaikan”
(HR. Abu Daud, Tirmidzi dan Ibn Majjah)

Pernikahan merupakan salah satu rahmat Allah yang sangat besar dalam hidup seorang insan.. Perkongsian dua hati dan merupakan salah satu cara bagi seorang anak Adam untuk mencapai matlamat bahagia hingga ke Syurga.. Kerana dengan pernikahan ini, segalanya adalah pahala.. Betapa luasnya rahmat Allah dalam memberi kasih sayang kepada hamba-hambaNya... Berbuat baiklah kepada pasangan dan bersabarlah dengan ujian... 

Doa auntie untuk suami ku yang ku sayangi
Ya Allah..sebagai mana suami ku mengucup dahi ku ketika pernikahan ku,  berilah kesempatan untuk nya dan aku mengucup dahi antara kami semasa terbujur jasat ketika kematian..
dan temukanlah kami di syurga mu Ya Allah..

Aamiin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...