THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Monday, October 29, 2012

Tawaf HUKM

Anak kawan auntie masuk wad
untuk menjalani pembedahan tulang belakang
Auntie tak pasti adakah dilahirkan
dengan spinal yg bengkok atau terjatuh
masa kecil.
Kata kawan auntie, anaknya selalu
mengadu lengoh2 dan sakit belakang
Jika tengok dengan mata kasar
bentuk physical dibahagian pinggang
memang ketara, sebelah ada pinggang dan sebelah
lagi straight cut.

Auntie pergi Ke HUKM selepas solat zohor bersama2 uncle
Itulah kali pertama auntie dan auntie ke Hospital tu.

Sampai di perkarangan hospital, uncle dropped auntie kat
driveway main lobby sebab uncle nak cari carpark.
Auntie tunggu berdiri disitu terasa bahang panas, jadi
auntie dengan terhoyong2, melintas seberang jalan
dan sambil memegang railing, auntie
naik beberapa mata tangga..untuk masuk
keperkarangan lobby untuk mencari tempat duduk.
Saorang budak lelaki muda berbangsa cini, memimpin
auntie naik tangga dan bertanya
kenapa auntie bersaorangan, dan nak kemana..huhuhuhuhu
baiknya budak tuh..
Dah tu datang pula dua lelaki remaja melayu, memegang
auntie untuk ambil alih..

budak tuh bertanya..
"Mak cik nak kemana? dan siapa teman makcik
kesini?"

Auntie jawab
"Pak Cik ada, dia pergi cari parking dan
makcik nak duduk dalam, kat luar tuh
tak ada kerusi dan panas"

Budak tuh pimpin auntie ke kerusi
dan bertanya lagi

"Mak cik nak  saya teman makcik
sementara Pakcik sampai?"

"Tak payah susah2 nak, makcik
duduk sini ajer, kejap lagi sampailah
pakcik" jawab auntie

Budak2 tu, memberi senyuman
yang ikhlas dan berlalu dari situ

Dalam hati auntie berkata
Alhamdulillah..terasa bangga dan sayu masih ada lagi
budak2 remaja yang perihatin dan mahu
menghulur bantuan pada orang2 tua macam auntie
disekeliling mereka..

Memang selesa, bersih  dan berhawa dingin
di perkarangan lobby.
Dikaunter pertanyaan, auntie nampak
bersusun kerusi roda, tergerak dihati
nak pinjam satu, untuk auntie gunakan,
sementara mencari wad anak kawan auntie
tapi auntie kuburkan niat takut
uncle tak mahu tolak auntie berkerusi roda.

Uncle sampai dan kami menuju ke lift
ke tingkat empat...wad 4

Wahhhh...jauhnya auntie dan uncle berjalan
dari Wad 4A sampai lah ke Wad 4Z..hahahahaha
tak ada Z pun tapi auntie nak readers auntie dapat bayangkan
betapa jauhnya auntie berjalan terhoyong hayang
sambil dipimpin oleh uncle, dari keluar lift sampai
kehujung bangunan tingkat 4
huhuhuuhu tak jumpa Wad 4..
dari Wad ke Wad tak ada lansung kerusi
untuk auntie berihat...

Auntie nampak uncle bertanya pada salah seorang misi
dan tangannya menunjukkan yang kami kena patah balik

Emmm...barulah kami jumpa..
Rupa2..ada pintu gerbang
tertulis Dewan Orthopedik
dan dalam dewan tu lah terletaknya Wad 4
sungguh misleading..ingatkan dewan tu
dewan berunding para2 doktor..
Tulah..perangai uncle dari muda sampai tua
susah benar nak bertanya orang
sebelum sesat jalan..huhuhuhu

Akhirnya berjumpalah kawan auntie
terus auntie dan uncle jengok anaknya
Kami bersalaman dan auntie menghulur
buah tangan MrPotato 2 balang dan
anggur merah sepeket

Uniform hospital warna purple 
- blouse ikat belakang dan kain

Kawan auntie, menantu dan cucunya

Anak perempuannya (dah kawin dah) 
amboi, uncle posing maut macam muda2 dulu

Sebelum balik kawan auntie ajak minum dikantin
Wah..sekali lagi berpusing2 dalam bangunan mencari kantin,
keluar bangunan dan masuk bangunan balik..
memang bertawaf HUKM masa tuh..

akhirnya jumpa kantin tu dan bertemulah 
dengan suami kawan auntie kat situ
kami berbual2 sambil makan2
auntie minum nescafe ais dan bakso semangkok
Alhamdulillah anak kawan auntie belanja auntie

Perbelanjaan kos pembedahan hampir Rm30 ribu
Alhamdulillah, suami kawan auntie tu bekas pegawai
tentera maka kos di tanggung oleh ATM bahagian veteran

Kami minta diri..
On the way back..macet nak mampussss
selama 2 jam lebih..
Dari Jalan Peel sampai lah Jalan Jelatek
auntie terlepas solat maghrib




Tersekat dalam terowong,
terpikir jika  berlaku gegaran gempa bumi, terkubur
dalam terowong..


Dinding terowong

Pergerakkan sungguh lambat, 
rasa auntie sang semut pun lebih laju

Sampai rumah terus salin baju, mandi dan Solat Isyak dan Qada Maghrib
Penat amat2, kaki kejang dan auntie minta izin kat uncle nak berihat dan tidur..


Pengajaran bagi auntie, bila hati terdetik
nak pinjam kerusi roda, auntie ignore masa tu..
maka berjalanlah auntie hampir keseluruhan bangunan
dan tingkat empat..nasib tak pengsan..hik3x


Jika anaknya keluar wad nanti, auntie akan
visit dia dirumah pula..InshaAllah


Thursday, October 25, 2012

Pengorbanan




Auntie mengucapkan 
Selamat Hari Raya Aidil Adha

Kepada semua readers, 
family ku 
saudara mara dan sahabat2 handai
diluar sana 

Kepada Kedua2 Besan ku di KLumpur dan Melaka

khas buat 
menantu lelaki ku Ben KL
menantu perempuan ku Zeity
dan cucu ku Zara di Melaka






Hasil googles 

Pengorbanan

Seseorang itu dimuliakan bukanlah disebabkan oleh apa yang dimilikinya, tetapi kerana pengorbanannya untuk memberikan manfaat untuk orang lain.

Sesungguhnya pengorbanan itu bermaksud, usaha seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada penciptanya melalui amal perbuatannya yang ikhlas.

Jujur adalah sebuah pengorbanan yang tidak hanya membuat diri kita terhormat di mata orang lain tetapi lebih utama lagi, terhormat di sisi Allah.

Pejuang sejati boleh dilihat dari seberapa banyak pengorbanan yang diberikan.

Orang yang tidak mahu berkorban adalah orang yang menunjukkan kehinaan dirinya.

Ciri orang yang beriman adalah senantiasa rela berkorban untuk kepentingan umat.

Kesungguhan, kegigihan, keikhlasan dan pengorbanan adalah pilar-pilar cinta sejati.

Tunjukkan rasa cinta kita dengan berkorban kerana tidak ada cinta tanpa pengorbanan.

Allah membenci orang yang bersifat kikir kerana kekikiran itu akan menimbulkan kezaliman dan kedengkian.

Semakin orang itu mencintai apa yang dimilikinya semakin sulitlah dia berkorban untuk orang lain.

Jadilah manusia yang senantiasa mahu berkorban untuk sesama kerana itu menunjukkan kemuliaan akhlak.

Allah sangat mencintai orang-orang yang selalu ingin membahagiakan orang lain dengan apa yang dimilikinya.

Semakin seseorang itu banyak berkorban untuk orang lain, semakin mulialah dia di sisi Allah dan manusia.

Allah mencintai orang yang berkorban dengan harta dan jiwa untuk menegakkan kebenaran.

Allah sangat mencintai orang-orang yang berkorban untuk mendapatkan keredhaanNya, kerana itu menunjukkan cinta sejati pada Allah.

Amboi awal nya..

Dari Jauh kat meja makan nampak
macam list dan pen
Dalam hati aper benda tuh?
Auntie hampiri list tu..
Ishhhh list barang2 basah
Uncle selalunya bila nak Hraya dia
akan membeli barang2 basah kat pasar

Ini mesti list barang2
persediaan untuk Hari Raya Adha pada 26/10/12..
Amboi2, seawal 23haribulan dah masuk kepala
nak makan aper lah tu..hik3x

List barang2 tu tanpa berapa
banyak yang patut dibeli
Jadi, auntie kenalah isikan berapa banyak
nak di beli..

Tapi auntie biarkan list tu atas meja beberapa hari tak berusik
sebab belum ada hati nak memikir ttg masak2 lagi..

Sehinggalah lepas solat subuh pagi tadi,
uncle dah bersiap2 pakai cap dan bertanya

"kenapa tak siapkan list lagi?..
I nak ke pasar nih"...kata nya

"La gelap lagi kat luar tu"..kata auntie
Tak per, I nak pergi awal..kata uncle
Berapa daging? Berapa Ayam? tanya uncle

Tok sah beli banyak2, dalam peti sejuk pun ada
lagi barang2.
Beli daging batang pinang 2 kilo, ayam sekor
udah lah" kata auntie

Uncle terus pergi..




Tulisan uncle..
Atas envelope pun jadi list dia..hik3x


Auntie...hik3x sambung tido
tarik bantal, terus terlelap kepenatan
(nanti auntie citer kenapa penat dilain n3)

Auntie tersedar, uncle dah tertido sebelah auntie
Bila dia balik? boleh auntie tak sedar
Auntie terus kedapur bertujuan nak tengok
apa yang uncle dah beli
dalam sinki dah ada daging dan limpa
dalam peti sejuk tak jenguk lagi
nanti2lah..



Nak buat rendang, limpa ni


2 kilo batang pinang

Alahai..terus auntie hiris2 daging..
Limpa auntie malas nak sambung sebab berdiri dah lama
terasa kebas kaki auntie
Kejap2 lagi auntie buatlah..

Cadang nak buat
Nasi Impit
Sambal Daging (signiture dish auntie) hik3x
Rendang Limpa
Lodeh
Kuah Kacang..

Itu hanya cadangan..
Jika auntie laratlah...baru boleh menjadi, 
kalau tidak kita anak beranak beraya makan roti..
atau tempah meja di KLcc..
hik3x


Wednesday, October 24, 2012

Wedding lagi, kali ni diSeremban

Gambar2 dah lama ada dalam draft
Auntie citer2 sikit jer,
published untuk kenangan

Kenduri di Seremban, Taman Paroi Jaya
rumah kawan uncle
masa muda2 sama2 bertugas di Sebelas Melayu Diraja
kat Kluang.
Dia kawinkan anak lelakinya yang kedua
Emm..dapatlah kami berjumpa
pensioner2 yang bermastautin diSeremban
petang tuh..

DiSeremban tahun 80'an rumah
semi detached dan bangalow
murah. Ramai yang beli bangalow di Bukit Cedang
tapi auntie dan uncle
memang plan beli rumah diKLumpur ketika itu

Ramai yang ajak singgah kerumah
mereka selepas kenduri tapi
uncle dan auntie terpaksa
tolak pelawaan mereka sebab
kesihatan auntie tidak mengizinkan


Siap ada banner, 
ucap terima kasih pada jiran tetangga

Yang bertudung hitam kakak ayah pengantin 
mereka hanya 2 beradik..

Auntie pernah makan dan minum rumah dia
bila berjumpa kami berpelukkan
sempat dia hulur gambar auntie dan uncle
masa muda dirumah dia..
Ishhh..bersusah payah dia keluarkan
album lama..
Dan sempat juga dia berpesan pada uncle
"Jaga isteri kau..akak sayang kat nanie"
hehehehehe sangka dia auntie nak kan adik dia
masa muda2 dulu tapi auntie dah pun bertunang dengan uncle ketika itu


Geng2 masa muda
Alah...rambut auntie terkeluar baris lah pulak

Mej Jen (B) Dato Rozi yang juga dekat
dihati, masa auntie muda
selalu dia mengirim surat dan postkad kalau dia
berkursus diluar negeri, 
dia anggap auntie saperti adik 
sebab dia tidak ada adik dan kakak perempuan
aunti masih simpan lagi poskad2nya


Cantik menantu dan cucu kawan auntie
yang sebelah kanan tu


Meja beradap dah clear lauk pauk


Seronok nengok kawan auntie bersembang sambil ketawa
Auntie hanya dapat lihat gelagat mereka ajer
Apa benda diceritakan auntie tak tahu..
auntie memang terasa asing dengan keadaan begitu
sejak hilang pendengaran...memang sedey
Kawan auntie yang berdiri tu
selalunya dia lah yang akan explain
keadaan kesihatan auntie pada kawan2
yang tak tahu

Makanan simple dan sedap - Kurma Daging, 
Acar  berempah Timun+Karot+Cili, 
Ayam Goreng Rempah dan papadom
Buah Tembikai, Air Sirap

Pengantin perempuan, kulitnya cantik

Alhamdulillah dapat juga uncle ambil
gambar Sepasang Pengantin



Apa yang auntie terkenang? Entahlah..
Belakang auntie tuh Datin Sakina isteri Dato Rozi
suka berbisik2 ditelinga auntie
hehehehehe gamaknya dia lupa auntie
dah tak boleh mendengar bisikkan lagi


Rupa2nya punya lah banyak manisan pencuci mulut
yang disediakan tapi dibawah porch rumah sebelah
Pulut Kuning,sambil bilis,telur rebus dan timun
Cucur udang dan kuah kacang, bubur kacang
Dua tiga macam kek dan bermacam2 kuih muih traditional
Air teh tarik,
memang puas makan, sampai tak termakan

Kawan disebelah auntie tuh kata dia ingin nak berjalan dirumah auntie
Dia selalu datang ke KL sebab rumah anak nya di Ampang
Auntie persilakan dia datang kerumah auntie jika dia keKL

Uncle yang terlupa senyum

Wahhh, sempat berkaca mata hitam
Uncle berbaju baru yang Noy hadiah dari HongKong
Auntie pula berberbaju lama 


Kami bertiga yang dah melebar, hik3x
sorang lagi anak kawan auntie

Oh yea, yang berdiri sebelah auntie tu
Mak Pengantin

Sempat auntie minta bergambar dengan Ayah Pengantin yang berbaju melayu


Sebelum kami balik, dia bertanya pada uncle
Ada anak lelaki tak? Kami jawab ada..
Berapa? Dua orang..
Dia panggil anak2 dara dia, dua orang
dan perkenalkan pada auntie dan uncle
Cantik2 anak dara dia
Keep in touch..
mana tau boleh berbesan..katanya

Balik ikut highway baru
Lekas Highway
tak banyak kereta, jika malam
sunyi kata uncle..
pemandangan hutan dan gunung ganang
cantik macam karak highway
nak ke Kuantan

Cuaca hari tu..tak hujan, walaupun mendung
auntie sempat ambil shot
gambar gunung ganang tapi bergegar




Goodies yang masih auntie belum makan
jadi auntie baru jer ambil gambar ni..



Dalam bekas tu ada Chocolate duit emas,
kacang tumbuk dan cloud nine
satu bunga pahar kertas, telurnya dah dimakan

Hingga berjumpa lagi kawan2 masa muda
di majlis kahwin anak sapalah pulak dalam masa terdekat ?



Sunday, October 21, 2012

Berpuasa dibulan Zulhijjah


Googles dan auntie terjumpa articles ni untuk kita sama2 munafaatkan....Selamat beramal
Pada sepuluh hari pertama Zulhijjah disamping memperbanyakkan berzikir, istighfar, doa dan sedekah, digalakkan juga mengerjakan puasa. Berpuasa setiap hari daripada 10 Zulhijjah seolah-olah berpuasa setahun dan berdiri mengerjakan solat setiap malam daripadanya sebanding dengan solat di malam Lailatulqadar.

Rasulullah SAW bersabda: “Tiada sebarang hari pun yang lebih disukai Allah dimana seorang hamba beribadat di dalam hari-hari itu daripada ibadat yang dilakukannya di dalam 10 hari Zulhijah. Puasa sehari di dalam hari itu menyamai puasa setahun dan qiamulail (menghidupkan malam) di dalam hari itu seumpama qiamulail setahun.”

Diriwayatkan dari Ibn Abbas r.a.,  Rasulullah SAW bersabda: “Tiada amal soleh yang dilakukan pada hari-hari lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (sepuluh hari pertama dalam bulan Zulhijjah).” (Hadith Riwayat al-Bukhari)
.
Dalam hadis yang lain yang diriwayatkan dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari beberapa isteri Nabi SAW:  “Sesungguhnya Rasulullah SAW melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Zulhijjah, di Hari Asyura dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya.”(Hadith Riwayat Imam Ahmad dan an-Nasa’ie)
.
Rasulullah SAW bersabda: “Celakalah orang yang tidak mendapat bahagian kebaikan dalam hari-hari sepuluh, jagalah terutama berpuasa pada hari kesembilan Zulhijjah sebab ia mengandungi kebaikan (keuntungan) yang lebih banyak dari apa yang dapat dihitung oleh ahli hitung.” (Riwayat Abu Dardaa.)
.
.

Puasa 1 – 10 Zulhijjah

.
HARI
PERISTIWA
KELEBIHAN PUASA
1 Zulhijjah
Allah mengampuni Nabi Adam di Arafah.Sesiapa yang berpuasa pada hari ini, Allah mengampuni dosanya.
2 Zulhijjah
Allah telah mengabulkan doa Nabi Yunus dan mengeluarkannya dari perut ikan nun.Sesiapa berpuasa pada hari ini, maka seperti orang yang beribadah dan berpuasa setahun tanpa melakukan maksiat.
3 Zulhijjah
Doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah,Sesiapa berpuasa pada hari itu, maka Allah mengabulkan doanya.
4 Zulhijjah
Nabi Isa dilahirkan.Sesiapa berpuasa pada hari itu, Allah akan menghilangkan kesusahan, kemelaratan dan kefakirannya serta pada hari kiamat bersama orang yang baik, mulia dan terhormat.
5 Zulhijjah
Nabi Musa a.s. dilahirkan dan memuliakan munajatnya.Sesiapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.
6 Zulhijjah
Allah membukakan pintu kebaikan untuk Nabi-Nabi-Nya.Sesiapa berpuasa pada hari itu akan dipandang Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta tidak akan diazab.
7 Zulhijjah
Pintu neraka jahanam akan dikunci dan tidak dibuka sebelum berakhir hari ke-10 Zulhijjah.Sesiapa berpuasa pada hari ini, Allah menghindarkannya daripada 30 pintu kemelaratan dan kesukaran serta membuka 30 pintu kemudahan dan kesenangan.
8 Zulhijjah
Hari ini dinamakan  “Tarwiyah” (Hari berfikir).Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail. Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan..Sesiapa berpuasa pada hari itu ia akan akan mendapat pahala yang tidak terhingga banyaknya kecuali Allah.
9 Zulhijjah
Hari ini dinamakan “Hari Arafah” (Hari tahu). Arafah bermakna tahu atau memahami.1. Di tempat inilah Nabi Adam a.s. mengerti jati dirinya.2. Pada hari ini Allah memberitahu Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu adalah perintah dari-Nya bukan dari syaitan.3. Pada hari ini juga turunnya ayat al-Quran terakhir..Sesiapa berpuasa pada hari itu akan diampunkan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.
10 Zulhijjah
Hari Raya Aidiladha, dinamakan juga Raya Korban dan hari “Nahar” (menyembelih).Haram berpuasa pada hari ini.Sesiapa berkorban dengan satu korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu, Allah akan mengampuni semua dosanya dan dosa ahli keluar-ganya.Dan sesiapa memberi makan orang mukmin atau bersedekah dengan satu pemberian, maka Allah akan membangkitkannya pada hari kiamat dengan selamat dan timbangannya pun menjadi lebih berat daripada Bukit Uhud..
.
.

Puasa Arafah

Puasa Hari Arafah ialah puasa pada hari ke 9 Zulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Mereka boleh memanfaatkan kemuliaan hari Arafah dengan berpuasa sunat, berzikir dan melakukan amalan-amalan sunat lain.
Berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.” (Hadis riwayat Muslim).
Daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a.; Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)
Rasulullah SAW juga bersabda: “Orang yang berpuasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah), Allah akan menuliskan baginya puasa 60 tahun dan Allah menuliskannya sebagaiorang yang taat.”

Niat Puasa Hari Arafah;

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ مِنْ يَوْمِ الْعَرْفَةَ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

Daku berniat puasa hari Arafah, sunat  kerana Allah Ta’ala.

Rasulullah SAW. bersabda lagi: “Tiada hari yang paling ramai Allah SWT melepaskan hamba-Nya dari api neraka melainkan pada Hari Arafah. Dan sesungguhnya Allah Azzawajalla menghampiri (hamba-hamba-Nya) dan berbangga dengan mereka di kalangan para malaikat serta bertanya; Apa yang dikehendaki oleh mereka?”
.
Manakala bagi mereka yang melakukan ibadah haji pula adalah disunatkan untuktidak berpuasa pada hari Arafah dan adalah menyalahi perkara yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu.
Diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith: “Ramai di kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di Arafah lantas Baginda meminumnya.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)
Juga daripada hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:  “Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada Hari Arafah bagi mereka yang berada di Arafah.” (Hadith Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’ie; at-Thabrani dari Aisyah r.ha.).

Pendapat Ulama Tentang Puasa Arafah

1.   Al-Imam as-Syaf’ie rh berpendapat; “Disunatkan puasa pada hari ‘Arafah bagi mereka yang tidak mengerjakan ibadah haji. Adapun bagi yang mengerjakan ibadah haji, adalah lebih baik untuknya berbuka agar ia kuat beribadat di ‘Arafah.”
2.  Dari pendapat Imam Ahmad rh pula; “Jika ia sanggup berpuasa maka boleh berpuasa, tetapi jika tidak hendaklah ia berbuka, sebab hari ‘Arafah memerlukan kekuatan (tenaga).” Begitu juga dengan para sahabat yang lain, lebih ramai yang cenderung untuk tidak berpuasa pada hari ‘Arafah ketika mengerjakan ibadah haji
3.  Ulama Syafi’iyyah membenarkan untuk berpuasa pada hari tasyrik hanya untuk keadaan tertentu seperti bersumpah, qadha puasa di bulan Ramadhan serta puasa kifarah (denda). Puasa tanpa sebab tertentu pada hari-hari ini (puasa sunat) adalah ditegah.

Haram Berpuasa

Adapun berpuasa pada hari Aidiladha (10 Dzulhijjah) dan hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) adalah diharamkan berdasarkan hadis yang diriwayatkan dari Umar ra: “Bahawasanya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada dua hari, iaitu Aidil Adha dan Aidil Fitri.” (Hadith Riwayat Imam Muslim, Ahmad, an-Nasa’ie, Abu Dawud)
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW telah mengirimkan Abdullah Ibn Huzhaqah untuk mengumumkan di Mina: “Kamu dilarang berpuasa pada hari-hari ini (hari Tasyrik). Ia adalah hari untuk makan dan minum serta mengingati Allah.”(Hadith Riwayat Imam Ahmad r.a.).

Puasa Tambahan

Disunatkan juga berpuasa pada hari ke 8 Zulhijjah di samping berpuasa pada Hari Arafah(9 Dzulhijjah) sebagai langkah berhati-hati yang mana kemungkinan pada hari ke 8 Zulhijjah itu adalah hari yang ke 9 Zulhijjah (Hari Arafah). Bahkan adalah disunatkanberpuasa lapan hari, iaitu dari hari yang pertama bulan Zulhijjah hingga ke hari yang ke lapan sama ada bagi orang yang mengerjakan haji atau tidak mengerjakan haji,bersama-sama dengan Hari Arafah.

Hadis riwayat Ibni Abbas: “Siapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun melakukannya.”

Bertapa besarnya keistimewaan dan kelebihan puasa yang terdapat di dalam bulan Zulhijjah ini. Jadi marilah kita di tanah air merebut peluang dan kesempatan ini dengan melakukan puasa 1-9 Zulhijjah, atau setidak-tidaknya berpuasa pada Hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijah yang amat besar pahala dan manfaatnya dengan melakukannya seikhlas hati.

Wallahualam

.
Wallahu A’alam Bissowab.

Saturday, October 20, 2012

Bergetar Hatiku dan Jiwaku


Manusia sentiasa dalam ujian 
Setiap ujian yang datang akan membuat kita resah
soalan2 kenapa begini? mengapa begitu? dan bagai2..lagi
tapi sabarlah..setiap ujian ada hikmahnya
Allah yang lebih mengetahui apa yang terbaik 
untuk kita..

Auntie sering dilanda ujian yang besar2
Alhamdulillah..It changes me a better person
unshakeable and stronger 
My soul surrender absolute devotion and
submission to Allah.






Subhanallah..... Alhamdulillah Ya Allah.....


 Hati dan Jiwa terasa bergetar Saat Mendengar dan melafazkan Zikir dan Puji-pujian Untuk Mu.


Friday, October 19, 2012

Cincai2 dan Kucai

Sumber googles makna cincai

There is no word in BM that can replace the word cincai, even the ... UK do not accept this as English, because no such word in English

Cincai bermaksud tidak teratur , mengambil mudah , ataupun membuat sesuatu dengan sambil lewa. ... 
(asal perkataan tidak pasti)

Perbendaharaan kata Bahasa Melayu Sabah dan ada yang
dikatakan berasal dari Bahasa Hokkien

Ishhhh...
Dari kecil yang auntie faham cincai bermaksud ambil mudah..
so hari ni auntie masak cincai2..

Jom tengok masakkan cincai auntie

Uncle beli kucai, tahu dan fish ball semalam
Taugeh tak beli maka jadilah sup

 Sup kucai + fish ball+tahu


 Ikan siakap goreng

Malas nak buat sweet sour
auntie masak goreng sambal ajer


Lada hidup dan lada kering
 +bawang besar+bawang kecil+asam keping



Auntie googles khasiat kucai..
sebab auntie suka kucai dan tahu







Pelbagai khasiat perubatan

Masyarakat Roman mempercayai bahawa kucai mampu melegakan sakit tekak dan selaran matahari. Namun itu bukan sahaja kebaikan kucai. Jangan terkejut apabila mengetahui bahawa kucai mampu melegakan kesakitan perut, melindungi diri daripada penyakit jangung dan strok, dan juga mampu membantu tubuh menentang bakeria yang menyebabkan penyakit. Kucai juga bernilai tinggi dalam dunia perubatan tradisional, khususnya untuk mengubati senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit. Selain daripada itu, herba ini juga dikatakan mampu meningkatkan kebolehan tubuh mencerna lemak.

Ciri-ciri ubatan kucai berbeza sebagaimana ia digunakan di dapur. Kucai merangsang selera makan. Selain itu ia dikatakan boleh membersihkan hidung tersumbat, mengurangkan kembung dan mencegah nafas berbau.

Jika digabungkan dengan diet rendah garam, ia dikatakan mampu membantu merendahkan tekanan darah tinggi. Selain itu, kucai juga memiliki kesan diuretik ringan dan juga ciri-ciri antibakteria.

Ejen antiseptik

Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus. Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekaligus menghindarkan pembekuan darah. Cara penggunaannya adalah menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian dikacau dengan air panas lalu diminum. Penggunaannya adalah lebih mujarab sekiranya diminum setiap pagi. Cara ini amat berkesan untuk menurunkan tekanan darah tinggi, penyakit keputihan serta senggugut.

Mencegah selsema dan ejen ekspektoran

Kandungan vitamin C dalam kucai dikatakan mampu mencegah selesema. Ia juga berupaya mempercepatkan penyembuhan jika selesema terbentuk, dengan cara membantu tubuh mengeluarkan mukus. Ini adalah sebatian sulfur dalam kucai adalah ekspektoran (perembes kahak) semulajadi.

Sekat pertumbuhan tumor

Penyelidikan saintifik ada menunjukkan bahawa kucai mampu merangsang tubuh mencerna lemak. Pengambilan kucai secara kerap mampu membantu merendahkan tahap kolesterol dalam darah.

Mengurangkan risiko kanser

Kajian juga telah menunjukkan bahawa pengambilan tinggi sayuran allium dengan pengurangan risiko bebrapa jenis kanser. Sebatian organosulfur yang terkandung dalam kucai menyekat pertumbuhan tumor dan perkembangbiakan sel dan membantutkan kitaran sel dan sel-sel tumor. Sayuran allium, termasuk kucai, mempunyai kesan perlindungan menentang kaser esofagus dan perut dan juga prostat.

Membantu penglihatan dan kesihatan kulit

Kucai juga memiliki sumber baik beta karotena yang dikatakan mampu membantu memperbaiki penglihatan mata dan membersihkan akne. Ini bermakna kucai adalah sayur terbaik untuk kulit bersinar. Untuk mendapatkan kebaikan ubatan daripada kucai, anda sepatutnya tidak memasak atau memanaskan daun kucai kerana cara ini akan menghilangkan vitamin C yang bernilai serta ciri-ciri pencernaannya.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat ubatan dan kegunaan kucai, namun begitu penggunaannya perlulah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.




Suara Subuh



Salam Jumaat semua readers auntie,
Kali ni auntie selitkan beberapa articles..


*****************

Salam itu disampaikan melalui orang tengah, maka
jawapan yang diberi kepada kiriman Salam tu bukannya

Waalaikumus Salam (Selamat Sejahtera keatas kamu) 

tapi

Wa'alaika Wa'alaihis Salam (Kamu dan juga dia Selamat Sejahtera)

Dengan ini, salam orang yang mengirimkan salam dari orang tengah sudah terjawab

Jadi, kalau salah jawab, bermakna masih belum dijawab salam itu




*****************************


Dalam 20 perkara ni, 
berapa perkara yang kita lakukan?


******************************

SUARA SUBUH .....

Pada pagi itu, seperti mana pagi-pagi yang lain, aku menyambut kedatangan seorang tetamu tetapku iaitu SUBUH.

“Assalamualaikum”, seru Subuh.

“Wa’alaikumsalam”, sahutku.

Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang. Ku tanya khabar Subuh, 
bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat.
" Tadi,  aku baru sahaja melintasi satu tempat." kata Subuh dengan sayu

"Kucari tempat persinggahan, ku ketuk rumah-rumah yang sunyi, 
tapi satu pun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu.” Dan airmata Subuh pun berlinangan.

“Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah aku menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan? 
Subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringat sesuatu.

“Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai. 
Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan, 
menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat.
Hidangan yang paling ku suka adalah buah Tahajjud, puas ku cari dibumi lain, tapi jarang ku jumpa.
Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas serta leka”.

Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku faham maksud Subuh.

“Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon *Al-Lail, 
jadi aku tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. 
Tapi aku ada Roti *Shiyam”, cadangku pada Subuh.

Subuh menolak dengan hormat. “Roti itu ada tuan punyanya”, kata Subuh.

“Adakah kau mahu manisan Zikir?” rayuku pada Subuh.

“Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku segelas Air Mata Tangisan”, pinta Subuh.

Aku agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh, yang Mata Air Tangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau Maksiat yang berpanjangan? Namun, aku tetap menjenguk ke dalam Perigi yang memuatkan Mata Air tersebut. Aku terkejut. Perigi tersebut hampir separuh penuhnya. Dan aku berdetik didalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir?

Tanpa berlengah lagi kubawa Air tersebut pada Subuh, tetamu yang kusanjungi, dan ku berikan manisan yang dipintanya. Selesai menjamah kesemuanya, Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.

“Subuh ..”, seruku, “… mahukah kau tinggal selamanya denganku? Aku memerlukan teman dalam kesunyian. Akan kulayan kau dengan sebaiknya,wahai Subuh”. Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan terpenuhi.

“Aku perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, sepertimana aku menguliti mimpimu”.

Dan aku akur dengan penjelasan Subuh.
“Subuh”,.. seruku lagi bila melihat Subuh bersiap untuk pergi, 

“Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?”

“InsyaAllah”, jawab Subuh,”… 

"bukankah aku kekasih yang kau rindui?”

Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap waktunya.

“Assalamualaikum”, seru Subuh.

“Waalaikumsalam”, jawabku kembali.

Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin laju dengan setiap

langkah. Dan akhirnya Subuh hilang dari pandangan.

P/S : Apalah agaknya keluh kesah dari Zohor, Asar, Magrib dan Isyak?

Jawapannya… tersirat dalam diri kita masing2 ...


Nota :  
*Al-Lail - (ibadah 2/3 malam)
* Shiyam (puasa)


Thursday, October 18, 2012

Hari ni pasti makan berpinggan2..

Teringin makan kari tulang ikan kurau kering
Teringat dulu2 arwah mak selalu masak
punya lah auntie suka..

Arwah mak auntie banyak
pengaruh masakkan utara bilamana kawin dengan
arwah abah orang Melaka, arwah mak
pandai membega masakkan utara dan selatan
Untung auntie adik beradik dapat merasa
masakkan macam2..
Alhamdulillah..

Jadi auntie beli lah dua peket tulang kurau
kat carefour beberapa minggu yang lalu
simpan jer dalam peti sejuk..

Orang selatan makan tak tulang ikan kering?
Setahu auntie, arwah mak mertua tak pernah masak.
Entahlah..mungkin orang selatan tak main lah tulang2 ikan..hik3x

Ha..Ari ni auntie masak, tu tengah menggelegak atas stove
hihihihi..tak sabar nak makan sebab berbau harum
seisi rumah..

Baru masukkan terung, 
masih belum menggelegak lagi

Sayur campur, 
karot, kacang panjang, kacang peas, cendawan dan fish ball

Nak tambah sambal belacan
ulam peria dan telur dadar

Hishhh..nak jengok kari atas dapur jap
Hari ni pasti auntie makan berpinggan2..


Sunday, October 14, 2012

Hari Ini Nak Ke Seremban Pula

Subuh auntie pukul 6:20 pagi terjaga
Lepas tu tak henti2 di dapur
Goring karipap dan keria untuk sarapan
Masak ayam karipulay dan tomyam sayur campur
tanak nasi 2 pot untuk makan tengah hari nanti.
Auntie bancuh satu sachet collagen ephyra
inject insulin, minum ephyra dan
makan sebiji karipap dan sebiji keria
Alhamdulillah..

Ohhh..auntie bukan nak promote ephyra
anak auntie menjual ephyra ni dah 9 bulan
yang lalu tapi auntie tidak lansung tergerak
nak minum tapi 10 hari yang lalu, auntie cuba
Wallahhhh...hebat rupanya ephyra
sebagai pesakit kencing manis, auntie ada
masaalah kulit kering di jari dan kaki..
dalam masa tiga hari kulit2 kering tu hilang
auntie memang heran, macam magik pulak..
Dah tuh bila umur macam auntie, penjagaan kulit muka
auntie guna Tabita dah hampir setahun, mengurangkan
garis2 penuaan..hik3x tapi kesan age spot sebelah kiri
tak hilang habis, masih ada kesan.
Bila minum ephyra, warna nya makin cerah.
Auntie soooo happy..
Alhamdulillah..

Dengan ikhlas, auntie sarankan cubalah
Keterampilan wanita dengan kulit yang cantik akan terselah
bila penjagaan kulit luaran dan dalaman dipraktikkan
Jangan lupa juga
Wanita berhati mulia akan lebih menyerlah
kecantikkannya

Badan auntie juga  rasa lebih bertenaga
Sekejap lagi nak gosok baju kemeja 5 helai
dan 2 pasang seluar kerja untuk seminggu
Khairul boleh buat sendiri tapi auntie kesian
nengok dia macam layang2, tak ketahuan
kebelakangan ini..merindui isteri dan anaknya
Dari 6 September yang lalu mereka tidak lagi
berjumpa. Khairul tak balik Melaka dan isteri pula
tak mahu datang ke KL.
Mereka adalah mangsa keadaan,
tersepit atas kehendak ego peribadi.

Berwaspadalah dengan hasutan syaitan yang ingin
menyesatkan manusia. Semoga kita semua dilindungi
dari mempercayai pendusta dan menyebarkan fitnah..


Yang benar tetap benar..
Hukum Allah lah jadi panduan hidup..
Jika kita ingkar maka sesatlah perjalanan..
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui disebalik sesuatu rahsia
Dan setiap perbuatan ada balasan..Dosa dan Pahala
Didunia mungkin tiada saksi, tetapi di Padang Masyhar
seluruh anggota badan yang akan mengaku setiap perbuatan
Setiap berita pasti mengandungi dua kemungkinan iaitu sidq (benar)
atau kizb (dusta). Kadang kala betul dan kadang kadang hanya rekaan semata2.

Sesiapa yang menerima suatu berita, maka wajib keatasnya terlebih dahulu
Tabayyun atau Tathabbut.
Ertinya menyelidiki sampai dimana kesahihan berita itu.
Jika benar,  pakailah, jika bercanggah, tolak lah..


Emm..yea lah, apa2 pun auntie redha dan berserah pada
Allah s.w.t menentukan segala..

Berbalik pada citer auntie
Kenapa auntie nak masak dan gosok baju awal sebabnya
nak menyahut jemputan kahwin di Seremban.
Kata uncle pukul 11 pagi kita bergerak..
Amboiii, target memang awal tapi selalunya  terbabas
contohnya..auntie masih menaip belum start gosok lagi..hik3x

Moga perjalanan auntie selamat pergi dan balik
Selamat berHari Minggu, diluar sana..
Bergembira dan munafaatkan lah masa bersama2 keluarga
kenikmatan hidup yang hanya pinjaman dari Allah
Hidup tidak lama..
entah besok atau lusa
mungkin tak sampai waktu asar hari ni
Hanya Allah s.w.t yang Maha tahu segala..





Doa orang yang teraniaya

Allahuma ajurni fi musibati, wakh lufli khairan minha
(dlm bahasa kita)
"Ya Allah, mereka ini (sebut nama mereka) zalim pada ku. Aku mohon balasan 
yang setimpal keatas mereka.
Bantulah aku keluar dari kesusahan ini"
Aamiinn




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...