THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Saturday, September 29, 2012

Permata Untuk Isteri


Auntie nak santai2 pada setiap hari Sabtu,
auntie akan upload lagu2..

Untuk minggu ni, lagu yang mengusik jiwa 
untuk wanita yang bergelar isteri

Uncle dedicate lagu ni untuk auntie dalam facebook minggu sudah
tapi auntie kan dah hilang pendengaran
tapi uncle tahu, auntie masih ingat lagi lagu ni..





Lirik Lagu Permata Buat Isteri - Kopratasa

Telah kusiapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri

Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri...
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjika n
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku



Selamat mendengar dan hayatilah lirik lagu..

Friday, September 28, 2012

Zalim terhadap sesama manusia

Saperti biasa auntie extract articles2 agama from googles
untuk setiap Hari Jumaat

Moga kita mendapat ilmu dan pengajaran dari membacanya
Aamiin

                        *******************




Pada pandangan Islam, sesuatu perbuatan yang dikatakan zalim itu ialah tindakan melampaui batasan
agama Islam sendiri.
Misalnya, jika tindakan seseorang itu melampaui batasan akidah dan peraturan kehidupan yang
ditetapkan, maka tindakan itu dianggap zalim

Menurul Al Quran, ciri kezaliman ialah dengan mendustakan dan menduakan (mensyirikkan) Allah swt
atau kufurnya seseorang itu.
Tegas kitab suci, jika seseorang itu mendustakan Allah swt ia adalah manusia zalim. Ini dijelaskan
menerusi firmanNya bermaksud :

Sesungguhnya syiruk itu adalah kezaliman yang amat besar (surah Luqman ayat 13)

Berlaku penzaliman dan penganiayaan terhadap sesama manusia
tanpa sedikit pun perasaan belas kasihan.

Sedih mengenangkan mereka2 yang tidak berhati perut
lebih2lah lagi dahsyatnya tidak lansung mengindahkan
hukum2 Allah

Apakah mereka anggap Allah boleh melupakan penganiayaan
yang mereka laku kan?

Betapa besar doa orang yang teraniaya

- Allah terus memakbulkan orang teraniaya tanpa
tangguh2 sebagai balasan Allah terhadap orang
yang berlaku zalim

- Ada kalanya Allah tangguhkan pembalasan di dunia
bukan kerana Allah lupa, tetapi untuk memberi masa
supaya orang yang melakukan zalim tadi INSAF dan
segera berTAUBAT.

Allah berfirman

Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa
yang dilakukan oleh orang orang yang zalim, sesungguhnya Ia hanya melambatkan
balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan
mereka (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku (surah Ibrahim : 42)

Saidina Ali berkata : " Awaslah dari doa orang yang teraniaya, sebab dia minta haknya dari
Allah dan Allah tidak menolak hak sesaorang".

Rasullullah s.a.w pernah bersabda yang diriwayatkan oleh Anas r.a :
"Zalim ada 3 jenis :

1. Zalim yang tidak diampun oleh Allah
2. Zalim yang mudah diampun oleh Allah
3. Zalim yang tidak dibiarkan oleh Allah

Adapun zalim yang tidak diampun oleh Allah iaitu
mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain

Manakala zalim yang mudah diampun oleh Allah ialah
perbuatan maksiat antara manusia dengan Allah

dan Zalim yang tidak akan dibiarkan oleh Allah iaitu
menganiayai sesama manusia, pasti akan dituntut oleh
orang yang teraniaya di hadapan Allah"

Jadi jelaslah dari hadis tesebut di atas, betapa Allah tidak akan
membiarkan hamba-hambaNya melakukan sesuka hati terhadap
sesama manusia.

Antara bentuk kezaliman ialah memukul dan menyiksa manusia
Al-Imam Ahmad, al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir dan Ibn Abi Asim
meriwayatkan dari Khalid ibn al-Walid berkata
saya mendengar Rasullullah saw bersabda
” إِنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَذَابًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَشَدُّ النَّاسِ عَذَابًا لِلنَّاسِ فِي الدُّنْيَا “

"Manusia yang paling berat diazab pada Hari Qiyamat ialah manusia yang
menyiksa manusia ketika di dunia"

Kezaliman kegelapan Hari Qiyamat

Orang zalim bukan wali Allah walau pun ia ahli ibadat, ia tidak akan menjadi wali Allah
walau ia beribadat antara Hijir Ismail dan Maqam Ibrahim selama 70 tahun
Orang zalim kekal menjadi musuh Allah kerana zalim kembar kejahilan dan
satu bentuk syirik

Contoh2 kezaliman  Diri dan Keluarga,

Antara bentuk kezaliman yang di murkai Allah ialah

  • syirik, kufur, nifaq, bidaah sesat dan khurafat
  • menyembunyikan ilmu atau islam
  • menipu, curang dalam jual beli, riba
  • meninggalkan solat jemaah dan solat jumaat tanpa uzur
  • membiarkan anak2 dalam keadaan jahil
  • tidak memberi nafkah kpd isteri
  • menghalang dakwah
  • menghalang masjid2 dari dimakmurkan dengan solat, zikir dan majlis ilmu

Antara akibat kezaliman di dunia dan di Akhirat ialah :

1. Golongan zalim tidak akan mendapat hidayah kerana Allah
telah memutuskan dalam kitabNya bahawa dia tidak akan memberi petunjuk hidayah orang2 zalim

2. Tidak akan mendapat cinta Allah kerana Allah tidak cinta orang2 zalim

3. Hidup tidak tenang, tidak aman dan sentiasa berada dalam ketakutan kerana zalim
adalah satu bentuk syirik yang menjadi punya ketakutan. Ali 'Imran ayat 151

4. Menyebabkan turunnya azab yang besar dan meluas sehingga menimpa juga orang2 yang salih.
Al-Anfal ayat 25
وَاتَّقُوا فِتْنَةً لا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
"Takutlah fitnah (yakni azab) yang bukan sahaja menimpa orang2 zalim dari kalangan kamu.."

5. Ditimpa laknat Allah. Betapa besarnya kebencian Allah kepada kezaliman dan orang2 zalim
hingga Dia melaknat mereka dengan laknat yang besar saperti dibawah
أَنْ لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الظَّالِمِينَ
Allah melaknat orang2 zalim " Laknat Allah ke atas orang2 zalim"  al-A'raat ayat 44
Firman Allah lagi
أَلا لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الظَّالِمِينَ
"..Ketahuilah bahawa laknat Allah ke atas orang2 zalim" Hud 18

6. Diazab sedahsyat2nya ketika mati dengan azab yang tak dapat dibayangkan
oleh akal fikiran manusia. Ketika malaikat menghulur tangan mereka dgn ganas mencabut
nyawa mereka dengan pukulan yang dahsyat saperti dalam surah al-An'am 93

7. Kegelapan di dalam kubur dan ketika Hari Qiyamat saperti sabit dalam hadis sahih
Mereka diazab dalam kubur, muflis di Akhirat, dikumpul bersama Firaun, Haman, Qarun
Ubay ibn Khalaf dan Abu Jahal, tidak dapat minum dari telaga kawtahr, terawal ke neraka,
ditimpa Azab Api Neraka yang amat dahsyat, lantai dan atapnya dari Api. Mereka adalah
yang palin hina di Akhirat.
لَهُمْ مِنْ جَهَنَّمَ مِهَادٌ وَمِنْ فَوْقِهِمْ غَوَاشٍ وَكَذَلِكَ نَجْزِي الظَّالِمِينَ
"Bagi mereka lantai api neraka Jananam dan disambar setiap masa dari atas mereka oleh api,
begitulah kami membalas orang2 zalim" Surah al-A'raaf 41.

8. Diazab dalam Neraka dalam tempoh yang sangat panjang. Ingatlah kisah seorang perempuan
yang zalim dengan memberi anaknya susu tulen tetapi dia memberi anak tirinya susu bercampur
air, lalu ia diazab dalam Api Neraka Jahannam selama 8 tahun. Maka bagaimanakah dengan
kejahatan dan kezaliman yang lebih besar dari itu?

Muslimin yang dirahmati Allah,
Cenderung kepada orang2 zalim dengan memberi wala'
(iaitu sokongan fizikal dan spiritual) yakni pujian, kasih dan bantuan kpd orang2 zalim
mewajibkan Api Neraka Jahanam terhadap mereka, ini menunjukkan betapa beratnya
kezaliman dan betapa besarnya kebencian Allah kepada orang2 zalim.

Firman Allah

وَلا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لا تُنْصَرُونَ 113
"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang2 zalim nanti kamu disentuh Api Neraka..
Surah Hud ayat 113

Lantaran itulah Allah mengharamkan duduk2 bersama orang2 zalim
(kecuali untuk takzirah iaitu menyampaikan nasihat peringatan)
Haram duduk bersama2 orang2 zalim yang menentang atau mempersendakan
ayat2 Allah, dan para2 pengampu adalah dalam bahaya besar.
وَإِذَا رَأَيْتَ الَّذِينَ يَخُوضُونَ فِي آيَاتِنَا فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ حَتَّى يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ وَإِمَّا يُنْسِيَنَّكَ الشَّيْطَانُ فَلا تَقْعُدْ بَعْدَ الذِّكْرَى مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ
"...Maka janganlah kamu duduk - selepas memberi takzirah - bersama kaum yang zalim"
Al-An'am ayat 68


Sekadar untuk mengingatkan diri sendiri dan reader semua apa maksud ZALIM





Thursday, September 27, 2012

Majlis Walimatul Urus

Walimatul Urus

Walimah ialah jamuan agama

(Bahasa Arab: وليمة‎) atau kenduri kahwin (seperti majlis santapan makanan) 

Mewujudkan sebuah perkahwinan merupakan satu langkah yang sangat murni dan sangat-sangat dituntut oleh agama yang fitrah

Ia bertujuan untuk menghebahkan kepada orang ramai mengenai perkahwinan tersebut, mengelakkan sangkaan buruk orang ramai sekiranya terjadi sesuatu perkata dan saudara mara dapat menyaksikan sendiri pernikahan mereka dan mendoakan kebahagiaan rumahtangga mereka


Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam:

Maksudnya:
“Umumkanlah perkahwinan dan selenggarakanlah dan pukullah 

gendang dan rebana pada hari perkahwinan itu.”
(Riwayat Ahmad dan Tirmizi)


Persoalan : Apkah hukum orang yg menghadiri walimahtulurus itu?

Jawapan : hukumnya adalah wajib utk menghadiri walimatulurus. 
Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam:.

Maksudnya : "Apabila kamu diundang mengahadiri walimah, maka hendaklah kamu datang/pergi 
(Malik dalam Muwatta no 2008)

Syarat-syarat wajib utk menghadiri walimah :-


1. Dalam majilis itu tidak terdapat perkara-perkara yg haram dan mungkar, seperti minuman2 yg memabukan
2. Tidak sakit
3.Tidah hujan
4. Tidak didahului oleh undangan yg lain. Apabila ada undangan yg lain lebih dahulu itulah yg lebih berhak diberi dihadiri.
5. Tidak ada perbezaan makanan yg dihidangkan mengikut darjat tertentu sahaja.
(Sumber Ust Dr Zahazan Mohamed)

Auntie ada dua jemputan hujung minggu ni
29/9/12 satu di Kajang dan satu di Semenyih
Alhamdulillah kebetulan majlis berdekatan (satu jalan)
jadi dapatlah auntie menghadirinya InshaAllah
dengan izinNYA jua..

Majlis di Kajang, pangkat anak buah auntie
dan majlis di Semenyih, reader blog auntie 

Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin,
Rasullullah s.a.w akan berkata

Maksudnya: " Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan 
menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikan"

Menurut Iman Nawawi di dalam Al-Azkar adalah di sunatkan kita mengucapkan seperti ucapan ucapan Rasullullah s.a.w. di atas.

Menurut beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan
'Semoga berbahgia dan banyak anak"

Auntie googles ucapan yang selalu kita dengar dan juga kita
pakai bila menghadiri majlis2 walimah dan terjumpa...

1. Semoga bahagia dan kekal hingga ke anak cucu

Huraian: Ucapan ini yang slalu kita dengar. Cuba baca dan fikir betul2. Bahagia hingga ke anak cucu? Bagaimana pula kebahagiaan pasangan selepas ada anak cucu? Adakah doa kebahagiaan sampai ke anak cucu saja? Lagi satu, kalau setakat bahagia bagaimana pula dengan keberkatan? Ingat, pasangan yang bahagia, belum tentu mendapat keberkatanNya. Wallahu’alam.

2. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat

Huraian: Jika berdoa semoga berkekalan hingga ke akhir hayat, bagaimana pula dengan selepas akhir hayat? Yang berkekalan belum tentu ada kebahagiaan berpanjangan dan keberkatanNya. Bagaimana pula pasangan nak berpisah atas sebab2 yang tak dapat dielakkan atau mungkin membawa kesengsaraan? Takkan la kena terus kekal kalau keadaan cam ni.. Renung renungkanlah.

3. Semoga dimurahkan rezeki

Huraian: Ucapan ni jarang kot kita dengar. Kalau setakat rezeki je yang lain pulak macam mana



Ishhh3x..auntie sendiri pun baru tahu..
Okay..untuk kedua2 majlis walimatul Urus akan datang
auntie akan mengikut pesanan Rasullullah s.a.w. cara doa untuk pasangan pengantin baru

Sedikit sedutan gambar2 majlis yang auntie hadiri baru2 ni
Majlis anak kawan uncle semasa bertugas di RAMD 11 Melayu diKluang
sekitar tahun awal 70'an.
Masa tu, semua muda2 belaka...hik3x
Sekarang bila berjumpa
soalan utama...
Brapa orang anak yang dah kawin
Tinggal berapa lagi yang belum kawin
Dah berapa cucu?
hehehehehe

Majlis diadakan dalam dewan
di Taman Melewar, Gombak
Auntie tak berjalan dalam dewan
tak snap gambar pelamin
dan gambar2 pengantin lalu bawah pedang

Auntie duduk dan berbual dengan kawan2
Uncle yang ambilkan makanan auntie

Jom kita tengok gambar2 dimajlis itu




 Mengalir air mata, (cuh tengok betul2) sampai celak auntie sememeh
tapi dalam senyumam
Auntie teringat kat cucu auntie 
auntie memang tak pernah dan tidak akan dapat 
bawa cucu kemana2 majlis di Kuala Lumpur


 Kawan auntie pegang pipi dia
suruh auntie senyum, jangan nangis dan sedeh katanya

 Pengantin lelaki bertugas sebagai Juruterbang dengan 
Tentera Udara Malaysia

Pengantin Handsome Ohhhhh...hik3x

Nampak tak? 
auntie curi2 nengok baby kat meja belakang tu 
(terlindung dgn ibunya berbaju merah)
Masa uncle ambil gambar ni, pasti dia tahu auntie rindu
cucu auntie

Barisan Pegawai2 Tentera Pencen
(Bapa pengantin yang berbaju melayu) 
mereka pernah sama2 bertugas di Kluang, satu masa dulu
Uncle merupakan adik di antara mereka sebab termuda disitu 
yang lain2 dah 60 tahun ++


Mudah2an kami akan berkumpul lagi pada bulan Oktober nanti
bila kawan uncle yang berbaju oren tuh akan mengadakan majlis walimatul urus
untuk anak lelaki nya yang kedua di Paroi, Seremban..InshaAllah



Wednesday, September 26, 2012

Menziarah hingga kelaut biru

Semalam auntie ke Teluk Kemang, Port Dickson, 
mengziarah kematian,  

Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un

Setiap insan akan melalui kematian

Uncle drive dengan tenang, P G duduk sebelah 
auntie di belakang, baring sebab masih demam
Bergerak pukul 9 pagi selepas bersarapan
nasi goreng kampung yang auntie buat
sesudah subuh.

Sebenarnya semalam auntie ada appointment
doktor yang dah 2 kali ditunda
dah 5 bulan auntie tidak diperiksa oleh doktor
tapi bab2 kematian kita haruslah
utamakan dulu sebab itulah penghormatan
terakhir utk arwah dan menziarahi keluarganya
yang bersedih atas kehilangan ahli keluarga.


Walaupun jauh, uncle berusaha untuk

menziarahi sebab bukanlah orang lain
malah saudara yang paling terdekat
dengannya..ia itu


Suami kpd arwah adik perempuan
uncle yang telah kembali kerahmatullah 7 tahun yang 
yang lalu ketika arwah berumur 50 tahun.
Kini suami nya bersemadi pula menyambut Ilahi.
Arwah pula mengakhiri hidupnya ketika berumur 67 tahun..
Arwah  meninggal semasa bersolat..
meninggal ketika sujud waktu maghrib..SUBHANALLAH..


Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam 
kalangan orang2 yang beriman
Aamiin.

Al-fatihah

Kami pulang ke KL lepas zohor
singgah disebuah restauran masak kampung
untuk makan tengah hari
Pilihan lauk auntie ketika itu
masakkan yang pedas hingga panas perut
masak lemak cili api..
mak aiii, bukan satu tapi tiga jenis dalam pinggan
lemak api pucuk ubi, lemak api rebung dan
lemak api ikan keli salai..
tempe kentang goreng sambal, begedil dan telur dadar
air teh o ice limau..
hamik kau..gian nak makan
air tangan orang nogori sembilan
Alhamdulilillah selamat sampai KL
waktu asar..




Aamiin

Monday, September 24, 2012

Tak sihat Ari Ni

Ari ni auntie baring sepanjang hari
Makan pain killer berselang seli dgn panadol
Badan dedar, kepala pening2 lalat
Dalam sakit ditambah dengan sakit
Double sakit tapi disebabkan bernafas lagi
diizinkan Allah swt yg mana tugasan harian yang larat
auntie buat juga..
Alhamdulillah..

Perut lapar
Sarapan dua keping roti dan auntie buka tuna tin
Air teh susu satu mug..
baring..
untuk makan tengah hari pula
auntie bangun dan buat asam rebus ikan pari dengan bendi
sambal belacan dan goreng ikan sepat masin
Itu ajer menu hari ni
Alhamdulillah..uncle makan sambil thumbs up berkali2
dan geleng2 kepala
heran auntie..
Kenapa thumbs up dan geleng2 kepala tuh?
Sedapppp..berselera, katanya
Ishhhh simple macam tuh pun sedappp ker?
Ada combination ikan sepat dan sambal
sedapppp ler! kata nya..

Semalam auntie ada menghadirkan diri
di majlis gathering blogger kat rumah Dato LF
tapi auntie belum lagi boleh buat N3,
badan dan kepala belum cukup sihat lagi..
Nanti2lah dulu..tak kemana citer2 dan gambar2 tu
ada umur, rezeki sihat, InshaAllah auntie update

seronok bila bertemu kawan2 siber
lupa akan hati yang pilu, terobek hampir sebulan sudah..
ermmmm...luka dah kering tapi parut masih ada..
sekarang auntie sedang tunggu, lihat dan bersabar
apa kah tindakkan seterusnya dari orang2 yang
membuat penganiayaan terhadap keluarga auntie..
pelik mereka boleh hidup dengan cara sebegitu
menegakkan benang yang basah


Wahai Tuhan yang Maha Pemurah
Terangilah diri ku dengan nurimanmu
Hanya kau tempat ku berserah
Semoga diampuni segala dosa ku
Lenyapkanlah kedukaanku,
Tunaikanlah hajatku
Ya Allah
Tuhan pemberi rahmat

Aamiin



Saturday, September 22, 2012

Bunga Rimba



Wahhhh....auntie feeling meeling pada hujung minggu..
Spider salah satu band yang auntie minat masa muda2 dulu
 Selamat Berhujung minggu semua...

Ku kehilannganmu kasih
Ku terbayang kenangan nan silam
Kau penuh kepalsuan diri
Dikau hanya pandai permainkan cinta
Tiada gunanya lagi
Bila kau pentingkan diri
Pedihnya hatiku ini
Tinggalkan ku sendiri sepi
Kau ku sangka permata cinta
Anggapkan yang sempurna
Rupanya ku salah duga
Kau jangan sampai terlupa
Kau hanyalah bunga rimba

Akhirnya layu jua
Kau kan kecewa
Tiada gunanya lagi
Bila kau pentingkan diri
Pedihnya hatiku ini
Tinggalkan ku sendiri sepi
Kau ku sangka permata cinta
Anggapkan yang sempurna
Rupanya ku salah duga
Kau jangan sampai terlupa
Kau hanyalah bunga rimba
Akhirnya layu jua
Kau kan kecewa

Friday, September 21, 2012

Untuk Kita2 Para Isteri2



Sedutan dari Mr Googles untuk kita2 para isteri

terutama anak2 perempuan ku dan menantu perempuan ku
  *********************************************************

TANDA2 ISTERI DERHAKA

Kita jangan keliru, apabila wanita disebut sebagai isteri, bukanlah untuk merendahkan taraf wanita itu. Ia adalah sebagai suatu jaminan hak supaya mereka itu dipelihara, dilindungi dan dibela dengan baik oleh suami.
Seorang isteri tentulah mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap suami. Tanggungjawab ini adalah suatu perkara yang serius dan tidak boleh diabai-abaikan. Isteri yang mengabaikannya senang mendapat laknat dan dikhuatiri termasuk ke dalam kategori isteri derhaka.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha bermaksud:


"Aku pernah bertanya kepada Baginda: "Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya". Kemudian aku bertanya lagi :"Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya."

(Riwayat Bazar dan al-Hakim)
Dalam sebuah hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud: "Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya."
(Riwayat Tirmizi dab Ibnu Hibban)

Jika ada para isteri yang tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada suami dengan sebaik-baiknya, dan menganggap tanggungjawab terhadap suami itu hanya membebankan dan menyusahkan dirinya, maka isteri yang sedemikian itu dikhuatiri termasuk di dalam kategori isteri yang menderhaka atau nusyuz.
Apakah ciri atau tanda isteri yang derhaka itu? Ini perlu diketahui semata-mata untuk dijadikan langkah waspada agar para isteri terhindar daripadanya. Berikut diketengahkan antara ciri atau tanda isteri derhaka:


Tidak mensyukuri kebaikan yang dilakukan suami

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ditanya: "Mengapa demikian ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup."
(Riwayat al-Bukhari)
Dalam hadis yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda bermaksud:

"Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Baginda menjawab : "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya."

(Riwayat Muslim)
Ibnu ‘Asakir pula menyebut: "Apabila seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya."


Menyakiti hati suami

Isteri yang suka menyakiti hati suami akan menerima balasan buruk sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: " Seorang wanita menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu berkata: Janganlah kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu, kerana dia (suami) itu disampingmu hanyalah sebagai orang asing yang akan berpisah denganmu menuju kami."
(Riwayat Ibnu Majah)


Puasa sunat tanpa keizinan suami

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: "Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat, jika suaminya ada dirumah, serta tidak dengan izinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Keluar rumah tanpa izin suami
"Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali."

(Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat)


Meminta cerai daripada suami

Sabda Rasulallah sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud:

"Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syara’ haram baginya bau syurga."

(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)


Isteri yang tidak menunaikan hajat suami

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:

"Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi."

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikian sebahagian daripada ciri-ciri atau tanda isteri derhaka dan balasan buruk yang akan diterima di akhirat nanti. Semoga ianya akan memberikan manfaat dan kesedaran bagi kita semua, khususnya kaum isteri.


seperti di dalam hadis ini:
Dari Ibnu Abbas r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:”Diperlihatkan (Allah) kepadaku akan neraka.. Ketika itu kulihat kebanyakan isinya terdiri daripada perempuan-perempuan kafir.” Baginda ditanya oleh seseorang:”Apakah mereka kafir kepada Allah?” Jawab Rasulullah, “Mereka kafir kepada karib (suami) dan (tidak tahu berterima kasih) atas kebaikan (yang diterimanya). Biarpun engkau telah berbuat baik kepadanya sepanjang masa, kemudian dilihatnya daripadamu sedikit kesalahan sahaja, lantas ia berkata:”Saya tidak pernah melihat kebaikan darimu sedikit pun!” 



Tugas seorang isteri di samping harus taat kepada Allah SWT hendaklah taat kepada suaminya. Sekiranya kedua-dua tugas ia dapat dilaksanakan dengan baik, maka syurgalah baginya. Sabda Rasulullah: "Jika seorang perempuan telah sembahyang lima waktu, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya pasti ia masuk syurga dari berbagai pintu yang dikehendakinya." (Riwayat Ibnu Hibban) 

Sebagai perempuan atau wanita yang bergelar isteri, kita mempunyai satu kewajipan yang besar dan penting terhadap suami. Sebelum kewajipan lain dilaksanakan, kewajipan terhadap suami harus didahulukan. Manakala bagi lelaki mereka pula mempunyai kewajipan yang amat besar terhadap ibunya. Sejauh kemampuannya, ia perlu memenuhi setiap kewajipan terhadap ibunya, kerana itu kewajipan yang mesti dilaksanakan. 

Rasulullah bersabda: "Wanita yang taat terhadap suaminya, diminta ampun oleh burung di angkasa, ikan-ikan di dalam air, malaikat di langit, matahari dan bulan, selama wanita itu ada dalam kerelaan suaminya. Dan setiap wanita yang derhaka kepada suaminya, maka kepadanyalah laknat Allah, malaikat dan manusia semuanya. Dan setiap wanita yang bermuka masam pada suaminya, ia adalah dalam kemurkaan Allah Ta'ala sampai ia (wanita/isteri) bersenda gurau dengan suaminya dan ia meminta kerelaanya. Dan setiap wanita yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, malaikat melaknatnya hingga ia pulang." (Riwayat Al Bazzar). 



Kebanyakan isteri telah lupa atau alfa, dengan tingkah lakunya terhadap suaminya. Mungkin bagi seorang suami terpaksalah mengalah, tetapi sekiranya hati suami terguris walau sedikit sebesar zarah pon dia tidak menunjukkan dengan memek mukanya , tidak berkata dengan lidahnya. Maka azab api nerakalah bagi si isteri ..Berdosa. Ucapan terima kasih perlulah ada di tujukan kepada suami bagi menghargainya , menyenangkan hatinya, atas pemberiannya yang ikhlas kepada isteri tercinta walaupon kecil pemberiannya. Janganlah kamu menidaknya, atau mengabaikan pemberiannya. Kerana pemberiannya adalah satu keikhlasan kasih sayang dia terhadap diri kamu yang di cintainya.



Oleh itu, berterima kasih kepada suami amatlah penting. Ini telah di suruh dari zaman Rasulluah lagi, dan azabnya api neraka bagi isteri yang derhaka, tidak taat pada suami dan tidak berterima kasih kepada suaminya.
Apa yang perlu di buat adalah seorang isteri hendaklah taat pada suami dan jadilah isteri yang solehah.



Mudah saja,  untuk masuk syurga bagi seorang isteri adalah ;

1. Taat pada SUAMI , ikut dan buat apa yang di suruh nya selagi tidak bercanggah ngan syariah agama.
2. Melakukan segala suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya.

3. Menjaga amalannya, tingkah lakunya dan sikapnya.



Perlu dan wajib tahu 

Anak perempuan bila dah berkahwin bukan lagi hak ibubapanya sebaliknya dah berpindah menjadi milik suami dan ibu bapa mertuanya

Berbeza pula

Anak lelaki walaupun dah berkahwin hatta bercucu cicit sekali pun, tanggung jawapnya terhadap ibu bapanya tidak pernah lupus tarikhnya...

Muliakan lah mertua, terutama ibu mertua, sesaorang anak perempuan bila sudah berkahwin dan seorang isteri perlu mengutamakan ibu mertua berbanding ibu sendiri. Bukan untuk menafikan hak ibu yang melahirkan tapi memuliakan mertua akan memudahkan tanggung jawab suami terhadap ibu bapa nya.

Apabila seorang isteri memuliakan ibu bapa mertuanya, mudahlah suami meneruskan tanggung jawabnya terhadap ibu bapanya








Thursday, September 20, 2012

Muncul Juga Akhirnya

Salam semua..

Auntie kembali setelah hampir sebulan menghilang diri
Kenapa auntie menghilangkan diri?
Few reasons actually..


  • Sakit terlalu kerap kebelakangan ni

  • Bila datang mood, ada jer orang pakai lappy, tercegat sedang galit pakai berjam2

  • Ada yg tak suka dan rimas bila auntie aktif berfacebook dan berblogging 

  • Mental harassment dengan perangai2 orang yang pentingkan diri, sehingga merosakkan impian, harapan dan hak 

Reasons pertama dan kedua boleh lagi di adjustkan
tapi reasons ketiga dan keempat, memang terluka dan terguris hati
dan akan terus..terguris dan terguris sampai bila???

Jadi auntie pun berfikir dan berfikir
Nak jaga hati *dia, auntie berhenti menulis?
kenapa auntie biarkan *dia merampas hobby auntie?
Apa salah auntie punyai hobby menulis ?
Auntie bukan nya ada menyakiti sesiapa?
note : (*dia - orang luar)

Akhirnya, auntie mengambil keputusan...
untuk terus menulis..dan menulis..dengan izin Allah swt 

Harap yang berkenaan baca dan tidak terasa hati
Ini lah hobby auntie..yang mengisi lapang auntie

Auntie dah ada followers 700++ 
Belum lagi yang tak register as followers
yang suka membaca citer2 auntie...
Kannnnnn???? Hik3x

Nanti2 auntie muncul lagi okayyyy
InshaAllahhhhh..

Auntie akan sentiasa beringat2 pada diri sendiri
untuk tidak menjadi seorang :

perosak jiwa raga 
pemusnah harapan dan impian 
pemutuskan kasih dan sayang

demi kepentingan diri semata2

Orang2 yang selalu mementingkan dirinya tidak akan memikirkan kepentingan orang lain sebaliknya
akan sanggup berbuat apa sahaja asalkan hajatnya tercapai..

Dalam hal ini kehidupan kita bukanlah bersandarkan kehendak hawa nafsu tetapi ia perlu kepada semangat
kasih sayang yang menenepikan segala unsur peribadi yang menjadikan seseorang itu lupa diri, lupa hukum hakam.

Seharusnya apa apa sahaja yang dilakukan hendaklah bermula dari niat yang betul dan ikhlas

Kita semakin matang setiap hari kerana usia semakin meningkat, jadi belajarlah untuk menerima pendapat dan keinginan insan lain. 

Walaupun kita kurang selesa dengan hal tersebut selagi ia tidak melanggar batasan syarak.

Jika sudah melanggar batasan syarak maka wajiblah kita untuk menegur.
Bukan niat hanya menegur dirinya tapi niat menegur diri kita sendiri supaya kita sentiasa ditingkatkan....

 Iman dan taqwa.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...