THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Tuesday, July 31, 2012

Hari Kesembilan

Juadah berbuka pada hari kesembilan

Anak bungsu membantu didapur
Alhamdulillah,
Auntie masak..
Paru goreng
Sambal tumis udang petai
Sayur campur
telur dadar


Begedil beli,
sambal goreng bilis
dan sambal tempoyak di beri oleh kawan auntie
tapi hari ni dia tak berbuka dengan auntie
sebab anak2 buah nya berkumpul ramai2 berbuka kat rumah dia



Kali ni uncle beli otak2, popia basah dan murtabak daging dan ayam
semua kuih pedas2 ni auntie suka

Kuih manis pula
talam ubi, talam lapis dan tepung pelita
Air laici dua tin..

Alhamdulillah..

N3 ni kali adalah N3 yang terakhir
berbuka dengan gambar2 juadah
Auntie tak nak ambil lagi gambar2 hidangan berbuka
nanti auntie akan  bercerita dengan penuh
semangat tanpa bantuan gambar..
Macam maner? okay tak?
hihihihihi

Monday, July 30, 2012

Hari Kelapan

Hari Kelapan jatuh pada Hari Sabtu
Bermakna anak auntie Khairul dah keMelaka
dengan family isterinya disana.

Pasangan anak auntie Peeja dan Ben
berbuka dengan mertuanya
so tinggal lah kami berempat branak saja
dan jemputan tetap kawan auntie,  Juita Zen

Uncle tiba2 terasa nak jemput dua pupu
dia berbuka dengan kami
pada auntie no hal
lagi ramai lagi meriah..
bukan kah gitu??
Tapi auntie jamu berbuka lauk2 belilah

Kalau dulu2 memang auntie dan uncle
amat rajin menjemput kawan2 berbuka dirumah
memang auntie masak...All dishes tau
kini..no strength

Agaknya hari2 seterusnya dalam bulan ramadhan
auntie nak ukur makanan diParam jerlah

Bila nak masak, terasa penat
memang dalam sinki dah berendam
bahan2 dari peti sejuk sejak pukul 1 tghhari
tapi bila tiba pukul 3 petang, auntie mesti
rase nak pengsan bila berdiri lama2 didapur

Hari kelapan tu
ada lah satu, dua macam yg auntie larat masak
selebihnya lauk beli..

Nanti kita tengok gambar2,  aper yang auntie masak
dan apa pula yang uncle beli..

Emm...Uncle beli dua jenis agar2
untuk memulangkan pinggan jiran kami

Agar2 pelagi dan agar2 kastad

Jom go through pemanis2
yang dibeli oleh uncle

Auntie tak ikut membeli, so segalanya
ikut selera uncle..
of coz dia juga terfikirkan
selera anak2 dan isteri tercinta..hihihihihi


Popia Goreng


                                                               Pulut Inti dan Karipap sardin kentang




Onde2 dan berbagai jenis kuih2 kukus

Macarons - Noy beli kat KLIA

Tart nenas - uncle beli kat giant
boleh tahan sedap gerk!

Kurma, Kismis, Peach dan Tin

Makanan Berat Pula..

Dua macam sambal 
belacan dan tempoyak
ulam kacang botol dan petai


Tiga macam masak lemak cili api
nenas ikan kering
rebung daging
telur itik belimbing


Rendang Limpa Tok
Huishhh..ni favorite auntie



Pajeri Terung dan 
sambal tumis ikan bilis petai

Bubur lambuk kg baru
Auntie tak makan nasi lansung tapi bubur lambuk saja pada malam tuh


Yg kat bawah ni auntie masak
2 macam ajer

Tempe masak jawa dan kari ayam kentang kering



Masakkan tempe tuh arwah mak mertua auntie yang ajar
Uncle suka makan tapi anak2 tak reti
Auntie suka juga tempe tu sebab rasanya lemak2 dan pedas

Dengan hidangan diatas meja tuh dapatlah
dapat menjamu selara kami berbuka
seramai 7 ahli (ada tiga jemputan malam tu)

Alhamdulillah...



Sunday, July 29, 2012

Hari Ketujuh Pilihan Uncle

Uncle nak jenjalan di Param
nak beli lagi kuih muih
dan beberapa lauk kegemaran dia

Jadi auntie kata tak yah lah auntie masak
kalau dah nak beli lauk
So dapur tak berasap dan auntie dapat berehat

Emmm...uncle pergi sensorang
Auntie benar2 tak larat nak ikut
Hasil nye..

Kuih popia basah
talam kukus, cara berlauk, onde2, pulut inti pedas dan manis

Lauk pauk pula mengalahkan orang negeri sembilan
tapi uncle dilahirkan dan dibesarkan di Masjid Tanah, Melaka
sempadan NSembilan, memang bertutur dan tekak masakkan
negeri sembilan..hihihihihi
sampai 4 jenis lemak cili api yang dibelinya
Ikan kembong salai, siput sedut, telur itik dan daging salai




Sayur pucuk manis, pajeri terung dan rendang limpa tok

Semuanya selesai..
Alhamdulillah..

Perasan tak?  dah beberapa kali unce beli lemak telur itik
daging salai dan pajeri terung..
sebab lauk2 ni kedai yang sama
memang sedap..

Lagi pun auntie tak pernah usaha untuk masak
lauk2 macam tuh...hihihihi tak reti
macam maner telur itik boleh jadi cantik,
seketul lonjong macam tuh? comel jer..
sedap pulak bila ada buah belimbing buluh tergolek2
rasa masam2..

Hoiiiii...terkecur auntie dibuat nya..
hihihihihi

Saturday, July 28, 2012

Hari Keenam Anak Balik dari Kuwait

Tak larat badan ni, tapi masak juga sebab anak bungsu nak balik
dari Kuwait setelah berada disana selama sebulan setengah..
Dia akan dpt berbuka dirumah kata nya..
Aduhai, dia minta auntie masakkan Asam Pedai Cair
dan Ikan jaket goreng garing
Walaupun simple tapi berat pada auntie dgn badan yang tak sihat

Lebih kurang pukul 1:30 uncle balik dari pasar
gi cari ikan jaket dan kacang bendi yg auntie pesan
tapi satu trolley dia borong,
Auntie tak masuk kedapur lansung
untuk menyimpan apa yang dibelinya dari pasar
biarlah dia yang buat pelan2
nanti auntie kena berdiri untuk memasak pulak
uncle memang ada kesabaran menyimpan barang2
dalam peti sejuk tapi susunannya hancusss lah
kalau auntie nak masak kena punggah balik
Dimana ikan? ayam? daging semua bertindan2..
hihihihi

Kus semangat, padat peti sejuk
Paru, udang, daging, ayam dan ikan2..
siap dengan santan fresh berpeket2

Menangis auntie..sebab auntielah juga yang kena
memasak nanti..
Demi Allah..auntie dah tak larat bulan puasa ni
kenapalah suami auntie tidak faham atau buat2 tak faham?
Auntie rasa ni adalah satu penderaan pada auntie...
Betul2 Menangis auntie depan peti sejuk..

Emmm...dengan doa dan istigfar auntie mulakan
memasak untuk...
anak yang akan pulang
suami dan anak2 yang berselera, pandai makan
dan masih sukakan masakkan auntie
Alhamdulillah..

Penat nak citer panjang2...
layan lah gambar2
diambil oleh uncle yang kelaparan berpuasa
gamaknya..
gambar2 tunggang langgang..
hehehehehehe
Kuih frozen mentah yg di beli oleh Khairul diopisnya
auntie goreng jer sbb tak nak simpan lama2 dlm peti sejuk

Kurma fresh Ajwa 
yang di bawa balik oleh Noy dr Kuwait


Agar2 cendol yg diberi oleh jiran auntie


Kuih lopez dibelli oleh Khairul


Kuih ketayap 
juga di beri oleh jiran yg sama


Roti John dan Popia dibeli oleh Khairul 
Semua yang di belinya di Kampung Baru


Murtabak Ayam dan Daging
di beli oleh PG
Karipap frozen auntie yg goreng

Air sirap bandung kegemaran keluarga
pada setiap ramadhan

Masakan auntie pada petang tuh..
yang di minta oleh anak bungsu
dalam facebook di wall auntie
sehari sebelum dia balik
dari Kuwait..hihhihihi

Asam Pedas Cair Ikan Merah dan bendi

Rendang Daging

Sambal Tempoyak, Sambal Belacan, 
Ulam kacang botol dan petai
Ikan Jaket goreng garing dan tenggiri asin

Ramai dan penuh rakyat masa berbuka malam tuh hihihihi
Peeja & Ben pun balik, kawan auntie (Juita)  juga ada

Seronok kami makan sambil berborak dgr citer2 Noy
di Kuwait..
Alhamdulillah..

Katanya cuaca panas meletop
kalau pecahkan telur dlm kuali
hulurkan ditingkap..telur tuh boleh masak..








Friday, July 27, 2012

Hari KeLima masak lagi

Hari dah masuk hari ketujuh kita berpuasa
Alhamdulillah, dengan izinNya dpt auntie
berpuasa.

Ya Allah..sakit dan gigil2 badan auntie bila
setiap kali selepas berbuka..
Lazimnya, air seteguk dua, dan kurma
auntie berbuka..
Air panas jadi amalan dan pilihan nescafe
auntie belum pernah lagi minum ais
ketika berbuka
Auntie selalunya makan kuih pedas dulu,
sekarang kuih2 manis auntie tak berapa gemar
kalau teringin sangat baru auntie makan.

Ramadhan tahun ni  auntie rasa amat
gembira sebab auntie ada kawan berbuka
dirumah. Dia seorang balu, dan kesemua anak2nya
tinggal diluar negara, jadi sebelum bulan puasa lagi
Auntie dah pelawa dia berbuka puasa dirumah
sehinggalah dia akan mengerjakan umrahnya
minggu depan.
Alhamdulillah..

Auntie cuba masak lagi
amatlah simple..

Semua gambar2 auntie yang snap
Emm...malas nak pakai spec
main tembak ajer..
hasil nya..
semua gambar tunggang terbalik
hihihii

Kuih kemboja 
dibawa oleh kawan auntie


Kuih Peria 
(lebihan semalam, auntie panaskan atas nasi)


Puding Roti - buat sendiri
(nampak tergaring tapi tak hangus..hihihihi)

Kuah Kastad..
Ishhh main tembak 
dah lah jadi too bright..
nampak sudu ajer


Sirap Bandung +cincau+selasih


Tempoyak Kacau (Udang+Terung)

Kawan auntie yang berbuka puasa tuh
bagi sebekas tempoyak mentah dari kampung
tu lah maka dua tiga hari, auntie membega2 masak
masakkan bertempoyak..
Sedapppp, berselera sikit

Kari Ikan Bawal + White Turnip


Bawal Goreng


Mee Goreng
(setengah bungkus ajer)

Uncle tak sentuh mee goreng tuh
sedangkan dia yang suka sangat mee goreng
auntie makan sesenduk, kawan auntie juga
sesenduk ajer..
Anak2 memang baham nasi, memang dia orang
tak suka mee kuning..
Dlm hati auntie berkata2..
Sayangnya, siapalah nak makan?

Alhamdulillah, selepas terawih
auntie ada tetamu 
Kawan yang dah lama tak jumpa

Anak auntie yang buat air kopi O kaw
hidangkan pada tamu tuh

auntie hanya larat untuk bersembang2
nak menapak dua tiga langkah pun dah tak larat

Wahh..dia suka mee goreng kata nya
hehehehe Alhamdulillah
uncle dan dia perabiskan  mee tuh

Bersyukur tidak ada pembaziran..


Thursday, July 26, 2012

Hari Keempat Cuba Memasak Sendiri

Uncle minta auntie masak
untuk berbuka pada hari keempat..
teringin masakkan auntie lah tu
hihihihihi


Terfikir juga dihati 
Aduhai..kalau hari2 biasa
auntie memang tak miss memasak
tapi bulan puasa ni,
Emm...memang tak larat bila
sakit bisa2 badan dan lemah
sepanjang hari..
Sememang dah jadi amalan harian
bila sakit jer, auntie akan telan pain killer..
legalah sikit sekejap
tapi bila bulan puasa,  tanpa pain killer
emmm...bayangkanlah..sakit yang di tanggung..

Tak perlah, barang2 kat peti sejuk pun padat
kalau tak masak, nanti rosak pulak
tak sanggup auntie buang ke tong sampah

Slow2, sorang2 auntie masuk dapur pukul 3:30 ptg
Jengok2 aper yang ada dlm peti sejuk..
untuk siapkan hidangan berbuka hari keempat..


Hasil nye..


Sayur goreng Jawa 
(Kacang panjang+karot+tempe+ tahu+soohun+udang)

Kambing Black Pepper

Sambal Mentah Tempoyak + Timun Jepun


Kari Ayam + Kentang

Bubur Lambuk (uncle beli)

Cendol
Aduhai, kenapa handbag auntie pun interframe?


Bila dah penat di dapur
Auntie tak larat nak ambil gambar sendiri
auntie minta tolong anak auntie si Khairul snapkan 
Ishhh...gambar kuih muih dia terlupa gamak nya..

Tajuk N3 auntie lambat sehari kan? hihihhihi
tak perlah..orang tua slow2 ler

Hari ni hari yang keenam berpuasa
Anak bungsu auntie balik dari Kuwait
setelah kesana selama satu setengah bulan
menjalani kursus dan renew lesen penerbangan
Entahlah pukul brape dia sampai, 
mungkin sebelum berbuka puasa kot
dia siap pesan di facebook auntie semalam
suh masak Asam Pedas cair
dan ikan jaket goreng garing2 untuk dia berbuka

InshaAllah...dapatlah auntie dakap dan peluk cium dia
Rinduuuuuuu sangat2..






Wednesday, July 25, 2012

Berbuka Hari Ketiga

Emmm...tak larat lagi nak memasak
tapi laratkan juga ke Param untuk membeli
kalau nak ikut badan memang tak kuasa
nak keluar rumah tapi auntie risaukan
uncle beli yang melalut2 dan membazir
maka auntie beli aper yang patut saja

Auntie masih berlegar di tempat yang sama
di Param AU2
parking senang dan tak sesak dgn manusia
bergesel badan.

Peminta sedekah berderet
Orang buta dengan alunan nyanyian,
ada yang cacat kaki, cacat tangan
dan ada ibu memangku bayi
Mungkin lumayan hasil tadahan
kole yang mereka goncang2 berisi
duit2 siling pada bulan ramadhan?
Auntie perasan bila mereka dapat
dari sesiapa duit kertas
mereka akan simpan dalam poket
yang tinggal hanya duit siling dlm kole..
Strategy merekakah itu?
Moga yang menghulur ikhlas bersedekah
dan yang menerima benar2 orang2 yang
memerlukan..
Wallahualam

Okaylah..pilihan auntie petang tuh

Cara berlauk Rm 2, Akok Rm 2 dan pulut inti pedas dan manis Rm 2

Putu piring Rm 2, kuih bakar Rm 2 dan talam gandum Rm 2

Total kuih muih Rm 12

Lauk pauk pulak

Salai daging dan kentang masak lemak cili api Rm 5


Batang keladi masak asam rebus Rm 2


Kerabu perut Rm 2


Pajeri Terung Rm 2


Sambal tumis ikan bilis petai Rm 3


Pegedil Rm 3, Ikan Bawal berlada Rm 8, (sekor Rm 4)
Ikan goreng bawal kosong tuh auntie goreng
sendiri..hihihihi sbb takut yg beli tuh manis

Total spend on lauk pauk Rm 25

Alhamdulillah..auntie bersahur tak payah masak
cuma panaskan ajer yang tak habis dimakan 
dua ekor ikan bawal berlada, 
balance lemak daging salai dan sambal tumis bilis petai
Nasi panas2..
Air Teh O wangi cap masjid

Tunjuk2 lagi ker? untuk hari Keempat nanti?





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...