THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Friday, June 29, 2012

MENANGIS

Lahirnya keinsafan dan dari keinsafan bederainya air mata.
Dari deraian air matalah gugurnya dosa, dengan gugurnya dosa
maka sucilah jiwa. InshaAllah

Bagaimanakah untuk kita menjelmakan perasaan  ini
dalam jiwa kita? Tidak ada jalan lain lagi kecuali kita
memikirkan kembali perkara2 berikut :

Kematian yang akan menempuhi kita dan kubur yang
sedia menunggu kedatangan setiap yang hidup.
Bagaimana pula dengan soal Mungkar Nakir di kubur
yang akan menyoal dengan setiap dosa yang kita lakukan?
Dan adakah kubur kita akan menjadi kancah daripada
kancah api neraka atau menjadi taman dari taman Syurga?
Sekiranya kubur menjadi kancah api neraka, mampukah
menghadapinya dengan 70 hasta dai kuku malaikat
Mungkar Nakir itu?
Mampukah kita menghadapi ular ular sebesar anak
lembu dengan sekali patukkan sahaja sakitnya akan kita
rasai selama 70 tahun?
Mampukah kita menanggung sengatan kala jengking yang
sepitnyanya sebesar batang kurma?
Sedangkan tidak seorang pun dari kita akan melepasi
kematian dan kenyataan kubur yang sedang menanti

Jika pemikian kita selalu di arah untuk memikirkan
perkara yang disebut di atas InshaAllah ketakutan
akan menjelma

Hari Akirat ialah hari terakhir bagi alam ini.
Kegoncangannya begitu dahsyat sekali. Ketika itulah
kita akan diheret ke padang mahsyar untuk di hisab,
seluruh perbuatan kita lakukan sama ada baik atau jahat
akan di pertimbang oleh Allah s.w.t

Sekiranya kejahatan kita mengatasi kebajikan kita sendiri,
dimanakah kita ketika itu?
Sekiranya ke neraka, mampukah jasad mu mendukung api
yang dibakar seribu tahun hingga menjadi hitam lalu dibakar
lagi hingga menjadi putih spt debu arang.
Tenaga api melebihi 70 kali ganda daripada apa yang ada
di dunia.
Mampukah meminum nanah dan darah serta air2 bisa?
Mampukah makanannya adalah buah zakkum yang dipanaskan
berserta dengan duri2 yang tajam di mana akan menjerat semua
urat2 perut akan terburai. Urat perut yang terburai akan
di heret diatas tanah dan dipijak oleh sesiapa yang ingin
memijaknya.
Mampukah menanggung azab yang mengerikan itu?

Sekiranya kita merenung kematian dan bersama sama dengan
permasaalahnya serta akhirat dengan kesukarannya, InshaAllah
ketakutan dan kebimbangan akan dapat kita rasai, ketika
itu kita akan merasa INSAF dan akhirnya kepada tangisan
dan deraian airmata.

Ketahuilah bahawa, air mata keinsafan yang mengalir itu
dapat menyucikan jiwa manusia.
Ini dijelaskan sendiri oleh Nabi s.a.w. didalam hadis hadis
yang banyak, diantaranya ialah :-

1. Dari Ibnu Abbas :

Maksudnya : "Aku mendengar Rasullullah s.a.w. bersabda
dua jenis mata yang tidak disentuh oleh api neraka ialah
mata yang menangis kerana takutkan Allah dan mata
yang berjaga di jalan Allah s.w.t."

2. Maksudnya : " Tujuh golongan dilindungi Allah dibawah
lindungannya di hari yang tiada sebarang pelindung
(salah satu daripadanya) seseorang yang mengingati Allah
ketika keseorangan lalu mengalirkan air matanya"

3. Baihaqi meriwayatkan dari Al-Abas bin Abd.Mutalib r.a.
berkata
Maksudnya :
Rasullullah s.a.w. bersabda
" Apabila gementar seorang hamba kerana takutkan Allah
maka berguguranlah segala dosa-dosanya sebagaimana
berguguran dedaun dari pokok yang kekeringan"

4. Tarmizi meriwayatkan dari Abi Umarah dari Nabi s.a.w.
Maksudnya :
" Tiada sesuatu yang dikasihi Allah lebih baik dari dua wangian
dan dua kesan. Wangian air mata yang mengalir kerana takutkan
Allah dan wangian berupa darah yang menggalir kerana berjuang
dijalan Allah. Adapun dua kesan ialah kesan kerana menunaikan
fardu yang difardukan oleh Allah (iaitu solat berjemaah)"

Untuk menjelaskan lagi maka diceritakan beberapa contoh
perlakuan Nabi s.a.w. sebagai tauladan dan penghayatan
untuk kita bersama.

1. Nabi bertemu dengan Ibnu Masuud dan berkata :
"Bacalah untuk mu Al-Quran"
lalu Ibnu Masuud berkata :
"Apakah aku baca untukmu Al-Quran sedangkan
kepada engkau diturunkan"
Nabi menjawab, " Aku suka mendengarnya dari
orang lain" lalu Ibnu Masuud membacanya iaitu
surah An-Nisa sehingga sampai ayat 14 lalu Nabi s.a.w.
berkata " Cukuplah sekadar itu" lalu Ibnu Masuud
memandang wajah nabi, didapati pipinya dibasahi
dengan air mata.

2. Apabila Nabi s.a.w. menceritakan tentang api
neraka seorang lelaki dari Habsah menangis
teresak di hadapan Nabi.
Tiba2 datang Jibrail lalu bertanya kepada Nabi,
"siapakah yang menangis itu? Baginda menjawab,
"Lelaki dari Habshah dan aku mendoakan baginya
kebaikan"
Maka berkata Jibrail " Sesungguhnya Allah berfirman :
"Demi kekuasaanKu dan ketinggian di atas Arasy, Tidak
menangis satu mata dalam dunia ini kerana takutkan Aku
melainkan Aku banyakkan ketawa untuknya di Syurga."

3. Abdullah bin Amru apabila mendengar Nabi bersabda :
"Sekiranya seorang ahli neraka dikeluarkan kedunia, maka
akan mati seluruh penghuninya kerana rupanya yang buruk dan
baunya yang busuk". Kemudian Abdullah menangis tersedu sedu.

KESIMPULAN :

1. Kita perlu menjadi orang yang banyak menangis dimuka
bumi bukan menjadi orang yang banyak ketawa yang akan
mematikan hati.

2. Menangis kerana takutkan Allah boleh menggugurkan
dosa hamba saperti gugurnya dedaun yang kering.

3. Mengingati mati dan permasaalah2 selepasnya ketika
berada dikubur disamping banyak mengingati akhirat dengan
azab dan sasaranya akan menolak untuk merasai takut dan
insaf.

4. Lihatlah Nabi dan sahabat2 dalam konteks menangis
kerana takutkan Allah agar menjadi pembimbing pada
jiwa kita bersama untuk merasai demikian.

Pengarang
Ustaz Haji Othman Hj Ibrahim
B.A. Al-Azhar (Usuluddin)



Thursday, June 28, 2012

French Of The Day

Pagi2 selepas subuh auntie lapar sangat
Tak tahu nak makan aper utk sarapan
Tekak terasa nak makan beehoon Singapore
Alah..goreng putih tu..makan ngan kicap cili pedas
Fuhhhh..
tapi badan tak brapa ringan nak goreng
sakit2, lemah dan lenguh2..

Nampak ada roti kat dapur..
Nak cepat dan ringkas auntie
buat french toast
Alah roti celup telur tu
makan dgn sos cili/tomato/mayo/madu
bancuh 1 mug nescafe
Insulin..
Alhamdulillah auntie makan dengan sos cili
Settled.


Gambar googles 
tapi sebijik macam auntie buat pagi tadi
pakai roti High Fibre

Pukul 9:30 pagi, uncle nak keluar, gi Mahkamah
Peluk2, cium2 dan salam2..hhihihi
Sampai ke Tua auntie masih praktik lagi..
Mudah2an..hingga keakhir hayat

Auntie layan surfing the whole morning..
tak buat n3..kemas2 blog ajer
banyak auntie delete blog
dlm bloglist auntie, yg mana tak aktif
yg tak pernah say 'hello' atau tinggal jejak
yg block utk invitees saja, dimana auntie tak
terpilih..
Itu pun masih lagi berderet2 yg perlu di kemaskini
Wait till my mood comes again..InshaAllah

Badan auntie bila dah sengal2
datanglah 'menyinta' nak prepare masak untuk tengahari
tapi kalau lapar karang, nak makan aper?
Keluar sotong, fishball dan sayur mayur
letak kat sinki
cadang nak buat tomyam satu mata cukuplah..
boleh hirup2 makan ngan nasi atau beehoon

Uncle balik dari Mahkamah
Cepat pulak dia balik
Kes ditangguhkan hingga 30/7/12
Ishhh...dah dua kali tangguh
dari awal tahun lagi..
Hakim gi Umrah, Hakim ni,
hakim tu..
Wahhh...M'sia kekurangan Hakim ker?
Moga dipermudahkan kes ni, kes berat
yang melibatkan 404 pegawai tentera
yang teraniaya dari tahun 1971 lagi
Moga Allah permudahkan dan cepat
selesaikan..InshaAllah

Uncle ada pegang bungkusan ditangannya
dan pass kat auntie
Dia beli croissant tuna dan chicken kari
dari Delifrance
Kebetulan kan? French Food
Sarapan French Toast
dan lunch pula croissant
Alhamdulillah..







Croissant selalu ada di hotel2 bila bersarapan
Selalu nya kalau auntie bertour diluar negara
Auntie akan pack croissant, pisang dan air mineral
untuk naik van/bas bila keluar untuk sightseeing tour
hihihihi..bila lapar makan dalam bas


Sotong dalam sinki?
Emm..auntie masak juga TomYam..
I loike pedas2..spicy food
Lidah asian lah katakan...hihihihihi
Bila dah pedas2..perut jadi panas
akan meragam lah perut
tapi tak serik..masih suka pedas2..


Wednesday, June 27, 2012

Apa Yang Penting?

Hari Rabu tanpa kata2
Dah seminggu auntie tak berkata2..(menulis)
tapi hari ni nak berkata2..hihihi
Entahlah..mood hilang untuk menulis
tapi mood untuk membaca pula yg datang
so auntie nak cari buku lagi..

Auntie ajak uncle pergi ke
Jalan Tuanku Abdul Rahman
Masuk kedai buku..lama jugak
auntie kat situ
Auntie beli 3 buku
ranap 200 ratus kat situ
tapi buku2 tuh tebal boleh lah
auntie buat membaca sepanjang
bulan Syaaban dan Ramadhan nanti
Dah tu nak cari bahan2 menjahit
pergi ke SSF,


 Cari lace ela2..untuk jubah

 Apa hal tersengeh?


Entah tingkat brapa tah?
Perabut2 yang dibuat dari cermin
Punya lah cantik tapi fragile
kalau diketuk mesti sumpek atau pecah
tak mahal, kalau ikut nafsu, nak jer auntie beli
Akhirnya Akal yang menang..hihihihi

Kat situ, Auntie beli tempat gantung kunci2 ajer
untuk anak, seratus lebih ajer..
harap dia bayar balik..hahahahaha
bergurau yea sayang Peej


Budak lelaki kat belakang auntie tu
amatlah baik dan peramah
budak Sungai Petani, Kedah
dah kerja kat situ selama 4 tahun
kata nya nak balik kampung dlm masa
terdekat, duduk KL tak leh simpan duit
cost tinggi..Aduh! dah empat tahun baru tahu?

Nasir namanya..
dia teman uncle dan auntie ke setiap tingkat
kat SSF tu, ada 5 tingkat kesemuanya..
habislah kami tour setiap tingkat..
seronok auntie sebab ada dua orang escort
uncle dan nasir..yang amat penyabar
auntie kan lembab dan terkedek2..huhuhu

Bila dah capai macam2..
Nasir kata sebelum auntie bayar
auntie isi borang jadi member
bayar 20 ringgit ajer tapi auntie
boleh dapat discount utk kesemua barangan tu
Alhamdulillah..uncle isi borang..
dan total bill rm 300++ ajer

Bila ke Jalan TAR
banyak kedai borong
baju2 blouses, jubah, tudung dan kain ela


Ramai perempuan yang berumur sebaya
dgn auntie membeli belah kat situ..
terasa amat tersentuh..
bila salah sorangnya sedang
membelek2 dan terus beli
Rasa kesian..mereka membeli kain2
semeter RM 5 ringgit..bila mereka berlalu
dari situ, saja2 auntie ramas kain2 tuh
ingin tahu fabrik nya..
Kenapa murah sangat?

Emm...
Pilihan masing2..
Quality or Quantity?

Auntie jatuh katogari quality dan quantity
masa kerja dulu..huhuhuhu
Bila dah tak kerja, baju tergantung2 dalam
almari..
walaupun dah give away, masih ada lagi
yang tak berpakai..Ishhhh
memang ikut nafsu ketika itu..


Auntie memang dah nekat tak mahu
membeli apa2 untuk pakaian lagi
Auntie akan pakai apa yang ada
walaupun Hari Raya nak menjelang
InshaAllah

Bukan masa untuk auntie mengikut fesyen lagi..
Pakaian auntie adalah menutup aurat, kemas dan selesa
Corak dan Warna sudah tentu diutamakan dulu

Itu yang penting..


Monday, June 25, 2012

Rindu2an




Love is missing someone
whenever you're apart,
it hurts ♥


Zara yang jauh dimata tapi dekat dihati...




Noy yang berada di Kuwait sehingga Ramadhan..
Selamat menjalani kursus dan berjaya dlm peperiksaan


Friday, June 22, 2012

Balasan bagi golongan yang tidak tahu bersyukur


Salam Jumaat readers..
Email dalam simpanan auntie utk di kongsi bersama
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ADA empat kategori manusia di akhirat iaitu 
1)  orang yang berjaya di dunia dan tidak berjaya di akhirat, 
2)  orang yang tidak berjaya di dunia dan tidak berjaya di akhirat, 
3)  orang yang tidak berjaya di dunia dan berjaya di akhirat dan 
4)  orang yang berjaya di dunia dan berjaya di akhirat. 
Mungkin ramai yang terpedaya dan hanyut ketika hidup di dunia. Hanyut dalam kelalaian dan kemewahan. Itu yang ditakuti Rasulullah SAW iaitu Baginda Rasul takut umatnya diuji dengan kemewahan. Sebab itu dalam apa juga keadaan, sama ada mewah atau susah kita hendaklah bersyukur kepada Allah.
Negara kita diizinkan Allah untuk menikmati keamanan, keharmonian, hasil ekonomi dan kestabilan politik yang begitu lama. Tidak ada lafaz yang mengesankan melainkan rasa syukur dan terus bersyukur atas nikmat yang diberikan-Nya.
Persoalannya, adakah kita benar-benar bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah? Malah kita perlu merasa bimbang dan takut, setelah sekian banyak menikmati rezeki kurniaan Allah yang kita gunakan sekiranya kita tidak tergolong di kalangan hamba-hamba yang bersyukur.
Allah memberi amaran keras terhadap mereka yang tidak tahu bersyukur atau tidak mahu bersyukur, dengan amaran azab yang dijanjikan. Lihatlah apa yang sudah berlaku kepada kaum terdahulu supaya menjadi pengajaran kepada kita.
Kaum Ad, umat Nabi Hud diberi tanah yang subur untuk dijadikan ladang pertanian. Rezeki mereka melimpah ruah, tetapi kerana tidak bersyukur dan bertindak melampaui batas, Allah menurunkan angin puting beliung yang memusnahkan kampung dan harta benda mereka. Kaum Thamud, umat Nabi Saleh dianugerahkan kekayaan dan kemewahan hidup, tetapi kekayaan menjadikan mereka bangga dan menyombong diri. Mereka tetap tidak bersyukur dan tidak beriman kepada Allah. Akhirnya Allah menurunkan halilintar yang kuat dan gempa bumi yang dahsyat menyebabkan kaum itu mati bergelimpangan.
Kaum Lut di Sodom pula diberikan Allah kehidupan yang sangat mewah. Kemewahan ini juga menyebabkan mereka lupa peringatan Allah dengan bertindak keterlaluan iaitu melakukan hubungan sejenis. Bumi kaum Nabi Lut diterbalikkan dan penempatan mereka musnah ditimpa hujan batu berapi.
Begitu juga dengan kisah kaum Nabi Syuib dikenali sebagai Madyan. Mereka bermewah hasil daripada perniagaan yang menjadi budaya hidup tetapi terkenal dengan sikap menipu dalam timbangan dan sukatan. Mereka ingkar amaran Allah dan akhirnya mati dalam gempa bumi yang dahsyat. Kaum Nabi Nuh juga tidak pernah bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan. Sebaliknya segala ajaran yang dibawa oleh Nabi Nuh menjadi ejekan mereka. Mereka ingkar dan enggan menurut apa yang diajarkan oleh Nabi Nuh, termasuk anak dan isterinya. Akhirnya Allah menurunkan banjir besar dan kaum itu lenyap dari muka bumi.
Sesungguhnya nikmat yang dikurniakan Allah kepada manusia tidak terhitung banyaknya termasuk nikmat kesihatan. Apabila badan dan akal fikiran seseorang mukmin sihat, maka kehidupan mereka akan bahagia dan sejahtera. Mereka akan bekerja dan berusaha dengan penuh semangat, lebih berdaya saing serta hasilnya akan terus meningkat. Pembinaan sahsiah, pengukuhan kualiti insan dan kerohanian, perlu ditunjangi dengan akidah dan keimanan kepada Allah SWT.
Selain daripada keimanan yang boleh menjadi benteng kukuh, pembinaan sahsiah atau peribadi seseorang itu, perlu dihiasi dengan akhlak atau sifat terpuji seperti sabar, reda, merendah diri dan sebagainya.
Namun hakikatnya manusia mudah lupa dan senang alpa dengan nikmat yang diberikan Allah untuk menguji sejauh mana keimanan manusia. Sejarah Bani Israel boleh dijadikan bandingan walaupun pernah menjadi bangsa yang dimuliakan Allah. Namun kerana terlalu leka dan lalai dengan nikmat yang Allah kurniakan, mereka bertindak melampaui batas yang Allah tetapkan.
Firman Allah yang bermaksud: “Wahai Bani Israel, ingatlah akan nikmat-Ku yang telah Aku anugerahkan kepadamu dan (ingatlah pula) bahawasanya Aku telah melebihkan kamu atas segala umat. (Surah Al-Baqarah, ayat 47).
Mereka, yakni puak Yahudi dan Nasrani ini telah hanyut dengan nikmat Allah sehingga mereka lupa diri dan menjadi sombong dan angkuh. Daripada Abu Sa’id Al-Khudri berkata: “Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Kamu akan mengikuti jejak langkah umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya: “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?” Nabi SAW menjawab: “Siapa lagi kalau bukan mereka.” (Hadis Riwayat Muslim)
Sepatutnya kita menerima nikmat dan pemberian Allah dengan penuh syukur di sebalik kegembiraan yang terpancar itu. Allah mengurniakan nikmat keamanan, nikmat kesenangan, nikmat ekonomi yang melimpah, terhindar daripada bala bencana gempa bumi, banjir, puting beliung dan kemarau dan banyak lagi. Sedangkan Allah tidak pernah lalai daripada mengingati kita. Allah sering memperingati kita atas kelalaian kita mengingati limpah kurnia-Nya. Allah teramat mengasihi dan menyayangi kita lalu diberikan peringatan sebelum terlambat.
Firman Allah yang bermaksud: “Wahai manusia, ingatlah akan nikmat Allah kepadamu. Adakah pencipta selain Allah yang dapat memberikan rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Tidak ada Tuhan selain Dia; maka mengapakah kamu berpaling (dari ketauhidan)?” (Surah Fathir, ayat 3)
Antara wasiat yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW kepada Muadz bin Jabal: “Aku berwasiat kepadamu wahai Muaz, janganlah engkau meninggalkan doa setelah solat dengan doa: “Ya Allah berilah pertolongan kepadaku untuk sentiasa mengingatimu (zikir), dan mensyukurimu (syukur), serta beribadah dengan baik kepadamu.”( Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan An-Nasai’e)
Syukur kepada Allah bererti kita mengingat segala nikmat yang telah kita terima daripada Allah SWT dan menampakkan-Nya (tidak melupakan-Nya), manakala lawan bagi syukur ialah kufur, yakni melupakan nikmat Allah dengan menutup akan nikmat itu. Syukur sangatlah mudah untuk diucapkan tetapi berat untuk diamalkan. Begitulah apa yang berlaku kepada kaum Saba yang pernah mencapai puncak kegemilangannya.
Firman Allah Allah di dalam al-Quran yang bermaksud: “Sedikit sekali daripada hamba-hamba-Ku yang bersyukur.” (Surah As-Saba’, ayat 13).




Wednesday, June 20, 2012

Suamiku Berfacebook

Bangun pagi amat sakit dan bisa badan auntie
selalu memang macam tuh lah..
walaupun cukup tidur dan makan berjaga

Routine biasa setiap pagi
Inject insulin..
Hari ni sarapan sekeping roti gardenia coklat dan nescafe
Telan ubat2 saraf dan pain killer
yg di issue oleh doktor pakar

Uncle kata bawalah berpeluh ke garden
dah banyak daun2 pokok bunga kering

Emm...auntie bukan nya tak berpeluh
memang berpeluh bila buat kerja2 dalam rumah
tapi elok jugalah dibawa berpeluh diluar rumah
sekurang2nya kena matahari utk beberapa jam

Alhamdulillah..beres mengendalikan daun2 kering
masukkan dalam plastik bag
Emm...berjangkit mengalih pasu2 bunga pula
bila dah alih pasu bunga
lantai yg berbekas, auntie berus dan simbah air

Kucing2 dalam kandang auntie
melonjak2 kena tempias air yg auntie spray lantai
Buka kandang tujuan nak bagi makan
Baju auntie tersangkut kat kandang..
Apa lagi..melompat keluar 4 ekor kesemuanya
Ishhh..dah 2 bulan baby2 kucing dalam kandang
sejak lahir, sekarang dah besar semuanya..
tak perlah..memang mereka nak bebas kot
tapi auntie tak tutup kandang, makanan, air dan
pasir ada dlm kandang kalau2 mereka
masuk balik..

 Gambar dari facebook tiga minggu sudah
comel kan? Baka kucing siam gamak nya

Baru seminggu ni ketiga2 kena kurap kat telinga
Auntie spray ubat kurap tiap2 hari
sekarang dah baik sikit

Aduhhhh..tercerita pasal kucing pulak
tak masuk tajuk n3..hihihihi

Okaylah..
Dah siap depan, auntie masuk dalam rumah
punya lah penat..Allah saja yang mengetahui..
Penat sampai tergigil2 dan terketar2..
lalu menangis mengadu kat uncle

Lahhh...kenapa you terlebih buat kerja?
Dahhhh...gi shower, pakai tabita
dan rehat kata uncle

Sambil jeling uncle..
Dalam hati auntie kata
sempat pesan suh pakai tabita pulak?
macam lah tabita boleh pulihkan tenaga
huhuhuhuhu...

Agaknya, auntie comot kot dgn peluh2
maka dia suh mandi dan pakai tabita supaya nampak
segar..hahahahahaha

Ada lebih kurang sejam auntie rehat
dah time masuk dapur pulak
nak masak untuk tengah hari

Emmm...tak terdaya rasanya nak masak
tapi entahlah..
auntie tetap masak juga

Gunting kacang buncis,
Kopek udang dan goreng
Sambal tumis sardin..
Dah lah, asal ada jer lauk yg boleh
dimakan untuk tghhari ni..

Kebelakangan ni auntie dah kurang buat n3
sebabnya?
Uncle dah sibuk dengan facebook
guna lappy auntie
Baru terbuka hati dia nak bukak account

PC ada sebuah kat landing area,
tak mahu pulak dia pakai,
Auntie pulak tak larat nak naik tangga
Ishhhh...kena alih kebawahlah jawab nya

Uncle sentiasa melekat jer dgn facebook
rupa2nya dia sibuk upload gambar2 lama
buat album dan pandai pula dia cari
kawan2 tentera dia..
Tak perlah..sekurang2nya dia dapat
berinteraksi dengan kawan2 tentera dia
yang duduk jauh dari KL

Bukan itu saja, auntie
punya readers pun ada jadi
frenz dia..hahahahhaha

Kata auntie pada uncle
If you are happy, I am happy too
coz kawan2 dia adalah kawan2
auntie juga

Mula2 uncle buat account facebook
auntie lah jadi sasaran nya
pantang nampak kelibat auntie
dia gamit suh ajar
nak upload gambar, buat album
hihihihi
sekarang dah independent dah..
tak gamit2 auntie lagi..

Alhamdulillah..


Tuesday, June 19, 2012

Bahan Mesti Ada

Entah bila masak menu ni dah lupa dah
Minggu sudah agaknya

Kenapa baru nak siarkan?
hehehehehehe sebab ada followers facebook nak resepi
Dah janji dalam facebook so lets try out

Sebenarnya auntie tak reti nak bagi
sukatan resepi dalam masakkan
harian auntie..
Maklumlah auntie orang lama
bahan main agak2 ajer..


Tom Yam Ayam

Paprik dalaman ayam (hati dan pedal)

Tahu lembut steam

Recepi Tahu ni yang followers mintak
hihihihi malulah auntie
sebab senang sangat
Jom kita layan

Bahan

2 sudu makan tepung jagung
3 sudu makan sauce tiram
1/2 sudu makan serbuk lada putih
3 sudu kicap manis
sedikit garam
1 sudu minyak zaiton
1/2 cawan air
Bancuh kesemuanya

Tahu lembut1 bekas
(ada dijual dipasar raya)
masukkan dalam pinggan ceramic
tuang bahan2 tadi atas tahu
dan steam selama 10 minit ajer
Dah siap taburkan bawang goreng 
dan hirisan daun sup dan cili

Makan panas2 sedappp

Bahan2  yang auntie bagi kat atas tuh
boleh juga kita pakai bila
goreng sayur..

Sawi kecil2 (tak yah potong)
celur dulu 
susun dalam pinggan
tumis hirisan bawang putih dua ulas
masukkan 10 udang hidup yg sedang 
atau udang kering 
curah kan bancuhan bahan dlm 
tumisan bawang putih tadi
kacau2 sikit bila dah nampak pekat
curah atas sayur..
taburkan bawang goreng


Kat dapur auntie
mesti ada bahan2 ni

Kicap
Cuka
Tauco
Tomato Sauce
Cili Sauce
tomato puri
Sos Tiram
Minyak Zaiton
Pati Ikan Bilis
Pati Ayam
Sos Ikan
Serbuk lada hitam
serbuk lada putih
garam dan kunyit
asam jawa dan asam keping
segala bahan tumisan utk
kari..bunga lawang, kulit kayu manis
etc..


 Sila abaikan dinding berminyak tu..



Daun2 pula ada ditanam
kesum, limau perut dan daun kunyit

bila bahan2 ada, mood nak
masak tinggi..
Auntie perangai tak suka 
nak masak kalau tak cukup..huhuhuhu

Janji nak bagi resepi dah tertunai, silalah cuba



Monday, June 18, 2012

Hadiah Lagi

Auntie terima poslaju
dari Puan Salina Abdul Kadir

Alhamdulillah..
Sejadah, tasbih dan serunding
Sejadah dan Tasbih tu ada wangian
bunga ros.
Lembut haruman ros tuh..
kata Salina, haruman tu adalah
baik untuk saraf2..

Yang pasti, memang auntie terasa segar
selepas solat subuh..Alhamdulillah

Auntie nak ucapkan ribuan terima kasih
walaupun baru seminggu berkenalan di
facebook Salina dah hantarkan hadiah
untuk auntie.
Katanya, dia silent reader blog auntie
selama ni.
Dan banyak yang dia belajar dari
penulisan auntie.
Memang itulah tujuan auntie, sama2 mengingat2kan
'diri' mencari jalan yang lurus.
InshaAllah

Macam2 dah auntie terima sejak
berblogging dan berfacebook dari
followers..
Amat2 bersyukur pada ilahi
rezeki mendatang dari kawan2 dan
anak2 siber..

Ya Allah, kau kekalkanlah
kasih dan sayang dihati pembaca2 ku 
Amin




Bungkusan dari Tumpat, Kelantan

Sejadah, Tasbih dan serunding

Uncle suka serunding tuh,
dia makan dengan nasi
Selalunya bila bulan Ramadhan auntie
akan beli serunding..makan dgn nasi atau roti
ketika sahur..

Sekali lagi auntie ucapkan ribuan terima kasih
pada Salina.
Moga Allah melipat gandakan rezeki..Amin

Friday, June 15, 2012

Tazkirah Jumaat - Mana satukah kita?


Assalamualaikum. 

(Dari IKIM) : 
Di kalangan manusia ada 2 jenis mata , mata lalat & mata lebah. 


Mata lalat : 


Cuba perhatikan jika lalat terbang di taman bunga yang indah , apakah yang ia perhatikan ? 

Lalat walaupun di taman yang penuh dengan bunga2 & pohon yang cantik , ia tetap akan mencari 

makanan yang kotor.

Mata lebah : 


Cuba perhatikan pula jika lebah terbang di kawasan pembuangan sampah, apa yang ia cari? 


Ia tetap mencari


bunga yang wangi untuk dijadikan makanannya.

Apa moral dari dua jenis keadaan ini?                                                                                                                                  



Apakah kita dari jenis mata lalat yang hanya mencari kelemahan orang lain ?                                                                         


Adakah kita mahu jadi seperti lalat, yang mencari makanan kotor ,                                                                                    


kemudian hinggap pula pada sajian manusia & kemudian      



membawa mudarat pada yang memakannya?


Atau kita dari jenis mata lebah yang sentiasa mencari kebaikan orang lain ?                                                           



Adakah kita seperti lebah 

yang meghasilkan madu yang dapat menjadi ubat penawar pada penyakit manusia ? 

Alangkah baiknya jadi seperti lebah , 



hanya mencari yang elok meskipun dalam keaadaan yang kurang elok. 

Sentiasalah bersangka baik.


Apabila bersangka baik , tutur kata , tindakan, 


segalanya akan menjadi baik. 

Marilah kita bersama-sama muhasabah diri.... 

Pesanan ini untuk diri saya juga. 



Wassalam.

Tuesday, June 12, 2012

Mati Akal

Kaki makan dah tak ada
dah kawin dah berpindah
Kuranglah korum sorang dalam rumah
Yang tinggal bukan tak kaki makan
Makan tapi tak ada feed back
sedap ker? masin ker? tawar ker?
makan ajer sampai habis dipinggan..
jenis tak tambah..
Uncle pula makan nasi sekali saja
dalam sehari, dia suka kuih muih
bubur dan roti jadikan meals yg lain..

Sejak kebelakangan ni
auntie tak berapa nak reti nak masak
bila kurang korum sorang, nonoy terbang
tak per lagi tak terasa
tapi bila 3 orang tak ada
Peeja pindah
Khairul balik melaka
Noy terbang..
Mati akal auntie, apa nak masak?
Banyak mana nak masak?
Kena adjust takut tak habis
makanan yang dimasak..

Contohnya..
Auntie goreng Kuey Teow
selalunya sebungkus setengah
sekarang sebungkus pun
tak habis..jadi auntie panaskan,
kami makan sampai kepetang
Bila malam, nak masak aper?

Kalau masak malam, kalau tak habis
tak kan nak  panas, makan utk sarapan pulak
Ishhhh...
Tak seronoklah..kalau masakkan
tak habis, auntie pula jenis tak suka
masakkan yang sama untuk meal kali
kedua..
hihihihihi auntie cuba masak sikit
rasa macam main pondok2 pulak..

Kesudahan nya auntie
jadi mati akal

Semalam auntie masak sambal tumis sardin
satu tin jer dan so hoon tumis air
Masih ada  lagi dlm periuk
petang uncle ajak kerumah peeja
so auntie pack lauk tuh bawak
kerumah peeja, tinggal kan dua ketul
untuk PG dan Ayol..
Alhamdulillah..pagi ni basuh periuk
kering kontang atas dapur
Ishhhh..anak lelaki,
tak tolong basuh bila lauk habis
dalam periuk..

Ni dah pukul 11:30 pagi
time untuk auntie kedapur
untuk masak tengah hari

Cadang Nak masak paprick  ayam..

Saturday, June 9, 2012

Belum ada rezeki

Uncle dah balik
dari Park Royal Hotel

Berita kurang enak yang dibawa
Anak buah tak berjaya dalam interviewnya

Kata anak buah, dia tidak berjaya
dalam dua perkara
Berjalan dan satu soalan saja

Pertama
Berjalan?
Macam maner lagi nak cantik berjalan?
Tak kan anak buah jalan kengkang, terhinjut2
atau mengetam..senget..hihihihihi
Cat walk dah di ajar

Kedua
Soalan

QPR awak tahu?
Auntie sendiri pun tak tahu apa itu QPR
Siapa tahu bila auntie mention nih?
sian anak buah auntie belum pandai kelentong lagi
mesti pandai kelentong masa interview
bukan aper..selalu nya kena berani berinteraksi
yang sebenarnya
auntie akan jawab macam gini
Ohhh..I am sorry, I did some research on
this company but I have not come across of
this word QPR
at least orang tuh boleh gek tahu yang
kita ada some knowledge ttg company tuh
dan ada interest buat research sikit.
Mungkin soalan lain akan menyusul
yang kita boleh jawab..hihihihihi

Orang laki2 mestilah tahu
sebab 80% semua suka bola
So QPR tuh ada kata pendek untuk team bola
QPR adalah Queens Park Rangers di White City London
yang di beli oleh company tuh

Baru auntie tahu bila uncle bagi tahu..
hihihihihihi

Tak per, satu pengalaman untuk anak buah auntie
sekurang2nya..
Bulan depan ada close interview kata
secretariat staff, cuba lagi lah..
tapi process dia berbeza..
harap2 anak buah auntie tak patah semangat
sian, sekarang dia sedang tidur berihat
penat minda tuh..
hiihihihihihi

Malam nanti lepas maghrib, uncle nak bawa
mereka makan malam
InshaAllah..




Mulut Masin

Hati auntie berdebar2..
Gelisah tidur dah dua malam..

Ishhh..masa menaip ni pun berdebar2 juga
Subuh2 tadi auntie siapkan air teh O
dan goreng kuey teow
Roti, butter,jem, peanut butter
yang sememangnya tersedia diatas meja

Kenapa auntie awal2 siapkan sarapan?
huhuhuhu..anak buah nak gi interview
di Park Royal hotel pagi ni.
Open interview utk Cabin Crew
Dah tiga hari dia datang dari Melaka
Noy bagi sedikit sebanyak pengalaman
untuk dia menghadirkan diri masa interview nanti
Persiapan awal penampilan, gaya berjalan
makeup dan pertuturan berinteraksi.
Alhamdulillah..bila dia turun dari tangga
pagi ni, cantik dan menarik
penampilan nya..

Kata Noy pada sepupunya
Kak Noy makeupkan dan temankan,
takut mata Kakak Noy tak leh buka
jer sebab balik pukul *** pagi..
tapi tak per, kakak Noy nak
temankan bagi semangat..

Auntie mencelah..
flight delay macam maner?
Ishhhh..mama ni! jgnlah cakap macam tuh

Cadang nya Noy nak temankan pagi ni
Schedule Noy terbang hari Jumaat, *** pagi dan balik KL
pukul ***pagi hari Sabtu (hari ni)
tapi flight delay
Noy terbang semalam
pukul *** malam ke Jakarta,
12 hrs delay dan dia akan sampai
rumah hampir tengahhari

Mama ni, dah berapa kali dah,
Noy tengok, masin nya mulut
kata Noy pagi semalam

Kenapa? tanya auntie

Betullah flight delay tau,
Noy tak boleh teman Khairiah, kata Noy

Aper pulak mulut mama masin
Salah tuh..kata auntie

Abis..Aper? tanya Noy

Itulah namanya ketentuan Allah..
Mama hanya ada 'gerak rasa' saja..
Fahamkan tuh, yea..
(dgn nada kasih) kata auntie pd Noy

Anak buah uncle nih baru jer 20 tahun

satu2nya anak perempuan adik uncle
Dia ada abang dan adik lelaki.

Pagi ni, Uncle, Ayah dan Ibunya pergi temankan
Auntie memang tak larat sebab auntie
pernah temankan Noy yang berjam2
untuk tunggu giliran dipanggil.
masa tuh auntie sihat.

Sama jer situasi dengan Noy
cuma ketika tuh Noy baru berumur 18 tahun
Maklum sajalah umur macam tu
mereka masih lagi ada perasaan gemuruh

Kenapa auntie nak kan anak buah
auntie jadi Cabin Crew?
Emmm..sebab lumayan gajinya
Dia ada potensi, ketinggian dan
berat badan cukup, manis perwatakkan
nya dan boleh bertutur bahasa Inggeris
so..cubalah..

Bila kata open interview,
memang ramai, berderet dan beratus2
candidate yang datang dari seluruh pelusok
negeri..

Auntie pesan..
Jangan rasa rendah diri, bila
nengok orang2 yang datang
memang cantik2 dan bergaya belaka
be confident, brace up, walk tall
and do not forget to smile and smile
Kita dah ikhtiar yang terbaik
Hanya Allah saja yang menentukan
sama ada dapat atau tidak..
Yakin dan redha
Jangan putus asa, umur masih muda

Auntie doakan moga Allah s.w.t. permudahkan
urusannya pagi ni..Amin

Friday, June 8, 2012

Taubat

Setiap manusia wajib bertaubat, samada mereka sedar mereka telah melakukan dosa atau mereka yakin mereka tidak melakukan dosa. Kerana pada hakikatnya setiap manusia melakukan dosa tanpa disedari, kecuali Rasul-rasul  dan Nabi-nabi mendapat pemeliharaan Allah Ta'ala.

Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bersabda:

“Setiap anak Adam (manusia) mempunyai salah (dosa), dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah mereka yang bertaubat.” [HR. at-Tirmidzi dan Ibnu Majah]


Taubat bagi dosa-dosa yang dikerjakan dengan sengaja adalah berbeza dengan taubat yang dilakukan atas perkara-perkara yang tidak disedari atau disebabkan kelalaian.


PERKARA2 YANG WAJIB TAUBAT PADANYA

1. Maksiat zahir/dosa2 disebabkan anggota zahir – seperti meninggalkan solat, puasa, zakat , tidak mencegah kemungkaran, derhaka kepada ibubapa, berzina, membunuh, berkata dusta, mengumpat, memfitnah, menzalimi mkhluk Allah dan banyak lagi.

2. Maksiat Batin /dosa2 yang disebabkan oleh gerak hati – seperti ria’ dalam amal, ujub, takabbur, jahat sangka kepada Allah, jahat sangka sesama manusia dan lain-lainnya yang tersebut didalam kitab Tasawwuf.


SYARAT2 DAN ADAB BERTAUBAT

1. Segera menghentikan maksiat/perlakuan dosa tersebut. .

2. Menyesal dengan penyesalan yang benar atas maksiat/dosa2nya.

3. Berazam sungguh2 untuk tidak mengulangi lagi perlakuan maksiat tersebut selamanya


4. Jika dosa2 tersebut dengan haq Tuhannya maka wajib menggantikan segala yang tertinggal. Umpamanya tertinggal solat, puasa dll.

5. Jika dosanya sesama manusia selain mohon keampunan Allah wajib pula mengembalikan haknya. Maksudnya adalah :

i) Jika pernah menzalimi, memfitnah, mencaci, menyakiti, menuduh tanpa hak, mengumpat dll maka wajib berjumpa dan memohon maaf daripadanya.

ii) Jika pernah mengambil harta tanpa hak, maka wajib dikembalikan atau diganti dengan yang sama atau di minta halal.

6. Ikhlas. Taubat yang mempunyai maksud kepentingan duniawi tidak diterima.

7. Taubat dilakukan pada masa diterima-nya taubat. Masa diterimanya taubat adalah:
I) Sebelum saat sakaratul maut (sebelum nyawa sampai halkum).
Ii)Sebelum Matahari terbit dari barat (tanda besar Qiamat).


DOSA2 YANG TIDAK DISEDARI


Seseorang wajib bertaubat atas semua dosa2 yang dilakukan dengan penuh kesedaran, samada dosa kecil ataupun dosa besar. Disamping itu ada lagi dosa2 yang kita lakukan secara tidak sedar, atau disebabkan kelalaian.

Diantara dosa2 yang tidak disedari adalah :

1. Tidak berzikir kepada Allah/ lalai dari mengingati Allah.

2. Tidak mensyukuri ni'mat Allah.

3. Tidak menunaikan hak manusia.

Dan banyak lagi yang berlalu tanpa disedari. Dengan demikian wajib bertaubat berterusan walaupun kita merasakan kita tak berbuat dosa. Pada hakikatnya kita sentiasa dalam dosa tanpa disedari.


CARA-CARA MELAKUKAN TAUBAT INI

1. Lazimkan Solat Taubat
2. Membaca Istighfar berulang2 dan banyak2 umpamanya 100 kali tau lebih.
3. Lazimkan Sujud taubat.


TANDA2 TAUBAT DITERIMA

Sesungguhnya adalah hak mutlak Allah Ta’ala samada mengampuni atau tidak hamba2Nya. Walau bagaimanana pun, Jika seseorang melakukan taubat dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan dengan menitiskan air mata penyesalan, maka sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dosa2 hambaNya walau sebesar dosa sekalipun.

Seseorang yang telah bertaubat sungguh2 akan merasai dalam dirinya beberapa tanda taubatnya diterima. Tanda2 ini kebanyakannnya dirasai oleh hati dan ada juga tanda2 zahir yang dapat diperhatikan :


1. Hatinya akan merasai ketenangan dan kelapangan yang tidak dirasai sebelumnya. Kerana seseorang yang bertaubat dengan taubat Nasuha, adalah seperti seorang yang tidak berdosa. Hatinya telah disucikan oleh Allah Ta’ala. Maka yang tinggal dalam hatinya adalah cahaya keimanannya.

2. Hatinya cenderung dan kuat keinginannnya untuk melakukan amal ibadat kepada Allah Ta’ala serta berbuat amalan kebajikan yang lain kepada manusia seperti bersedekah dll.

3. Anggota tubuh zahir dan batinnya di abdikan untuk mengikut petunjuk Allah.

4. Hatinya sangat membenci ma’siat serta perbuatan kufur kepada Allah Ta’ala.

5. Hidupnya penuh kedamaian. Walaupun rezekinya sedikit tetapi memadai serta mencukupi bagi kehidupannya.


Moga kita semua termasuk yang mendapat keampunan Allah Ta'ala.



(rujukan utama : Ihya Ulumuddin, Syarah Imam Nawawi, Ibnu Hajar, Al-Hikam, Sirrul Asrar)


Thursday, June 7, 2012

Kali Pertama Berpisah

Sejak anak auntie kahwin,
Ini lah kali pertama dia
balik tidur rumah dia
huhuhuhuhu

Sebelum dia bergerak malam pukul 11 malam
dia salam dan cium pipi auntie
Bila dia dah pergi barulah auntie
terasa sedih dan kesunyian
tambahan lah pula
uncle tak de dirumah
dia ada meeting
Anak2 lain keluar..

Masukkan status kat FB
nasib lah ada anak2 siber ada
yg rajin melayan auntie..huhuhuhu
Jom layan baca status FB


Nanie Nms
Tuesday
Tetiba feeling sad..huhuhuhuhu
 · 




Semalam uncle ajak auntie pergi rumah Peeja
dah pukul 10:30 mlm tapi auntie tidak pula
menolak..memang melonjak2 hati nak jengok dia..
hihihihihi

Anak buah auntie pula ada datang dari kampung
auntie bawa ikut sekali.

Sampai depan gate, auntie goyang2 rantai gate
sebab door bell belum install lagi..
Kesian, lama baru dia buka pintu, grill
dan gate, semuanya dia kunci..

Auntie tanya kenapa kunci semua?
Takutlah..tinggal sensorang..

hehehehhehe auntie gelakkan dia
Kami sembang2, dia buatkan air root bir
walaupun dah larut malam kami berais batu
memang kehausan sebab bahang panas
siang bawa ke malam..
Sambil mereka sembang2, auntie minta diri
sebab nak masuk bilik, nak rehat kejap
Aduhai, bukan nya kejap..
sedar2 dah subuh..
terus mandi dan solat
dah tuh bedebum balik

Pagi ni sarapan terlalu mewah
Nasi Lemak, donnut, karipap, pau goreng
dan air teh tarik
Insulin lupa bawak, auntie hanya minum
dan makan nasi lemak separuh ajer..
tak berani nak makan lebih2..

Auntie bawa berpeluh, perbetul pokok2
depan rumah dia
sampai sekarang dah pukul 2:30 ptg masih di rumah peeja
Aduhai, uncle tengah polish kereta lah pulak
bila nak balik ni? kalau ada insulin auntie tak
kisah, tidur lagi semalam pun tak per..hihihihihi

Ramalan cuaca kata 33 centigrade
dengan mendung dan hujan di sebelah petang
Mendung? Matahari terpacak kepanasan
hehehehehe
Nak mandi..nak solat zohor

Perut dah lapar balik..
Nak makan takut..
Ishhhh..




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...