THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Thursday, May 31, 2012

Batal Pertemuan Untuk Hari Ini

Selepas subuh tadi uncle pesan
pukul 11:30 pagi kita pergi
Petaling Jaya (PJ) nak jumpa kawan auntie
Dia talipon uncle nak bawak auntie makan
nasi kandar di PJ

Sehari sebelum nikah anak auntie Peeja,
kawan auntie tuh datang rumah auntie,
sebab dia tak dapat hadir pada hari reception nanti.
Anak buah dia pun kahwin pada hari tersebut
di Kelang.
Setalah hampir 4 tahun tak jumpa, memang
auntie amat gembira...maklumlah dah kenal dia
17 tahun yang lalu..macam2 kenangan manis
dan pahit kami lalui..hehehehehe
Dia berkerja dengan syarikat jubin,
supplier kpd syarikat perumahan tempat auntie
berkerja dulu.
Auntie pulak kalau ada jer kawan2 lelaki masa
berkerja dulu mesti auntie kenalkan dengan uncle
jadi hampir keseluruhan kenalan auntie, uncle kenal
hehehehehehehe
Perangai auntie memang susah nak makan belanja
suppliers waktu tengahhari sebab rasa singkat masa
bila kena drive out from office to KL town yang
sesak, akhirnya masuk office pukul 3 petang..
a good employee will not take office time for
pleasure purposes..
eventhough it is part of business activities
So menjadi pilihan untuk makan malam, sambung
dengar lagu di lounge2..hehehehehehe
Bila makan malam, memang auntie heret uncle..
buat peneman..so no cemburu...hehehehehehe
At times auntie tak mahu uncle ikut sebab
auntie nak bawa my staff, mereka juga part of
the team too..
sweet memories..

Sekarang masing2 dah bersara, dia ada buat
business tapi auntie tak dapat nak pasti
apa yang di buat sekarang..hihihihihi
tak silap auntie perkapalan kot..
susah betul auntie nak berinteraksi
dengan pendengaran pekak macam ni..
memang frust sebab banyak cerita2 yang
terlepas... huhuhuhu

Perbualan kami banyak berkisar
pasal family, anak2 dan cucu
Dia pulak baru saja dua hari balik dari
umrah..jadi banyaklah sentuhan pada

amalan harian untuk merapatkan/mendekatkan
diri dengan yang Maha Esa..
Dia agak terkejut bila auntie buka
cerita yang auntie telah belajar pada
awal tahun 90'an lagi bab2 itu
dan auntie tahu aper yang dia nak sampaikan
Alhamdulillah...
jalan yang sama, amalan yang sama

Pukul 9:30 tadi auntie kata kat uncle yang
auntie tidak sihat, badan terasa amat bisa2
dan auntie minta maaf sebab auntie rasa
tidak mahu berjumpa hari ni
Alhamdulillah..uncle pula faham akan
keadaan auntie...yang perlu baring dan rehat

Uncle yang sebenarnya nak bawa
dua pupu uncle untuk kenalkan dengan
kawan auntie tu..ada business talk sikit
jadi kalau dah mereka berbincang sambil
makan2 tu mungkin akan melibatkan
masa at least 2 jam..
Ishhhh...mesti auntie akan gelisah dan resah
dalam restaurant tuh..

Ni dah pukul 10: 30 pagi
Dah dua jam auntie makan ubat pain killer
masih lagi bisa2..memang auntie tak boleh
nak teman uncle..
Uncle sedang bersiap2 nak keluar rumah dah
auntie terangkan kat uncle macam maner nak
pergi ke Jalan 222 di Petaling Jaya
harap2 uncle tak tersasar dan sesat
mereka akan berjumpa disana..

Moga pertemuan mereka hari ini dapat
berkat dari Allah swt..Amin



Tangan nya yang menunjukkan 'Hati'
Berzikir dengan disertai rasa kehadiran Allah swt di dalam qalbi yang
telah sepenuhnya dikuasai oleh Haq









Tuesday, May 29, 2012

Tanah Terbiar

Balik kampung baru2 ni
Uncle singgah tengok tanah dia
di Alai..

Tanah ni, dihadiah oleh bapa
mertua auntie kpd anak2nya
seramai 8 orang, masing2 dapat
suku ekar

Pesanan arwah abah, siapa buat
rumah dulu, dialah yg dapat
tanah depan mengadap jalan raya
malangnya kesemua anak2 dah beli
rumah di taman2..

Selebihnya seramai 6 orang adik2
uncle di beri tanah di Tedung, juga
suku ekar sorang..
hebat arwah bapa mertua auntie
berkerja sebagai guru besar dan
arwah mak mertua sebagai guru
sekolah rendah
dapat membeli tanah untuk anak2nya
seramai 14 orang setiap satu

Pernah auntie bertanya pada arwah
macam maner dia boleh beli
tanah2 tersebut?

Dia sacrifice tidak pakai kereta sehinggalah
dia pencen, dpt imbuhan gratuity barulah
dia pakai/beli kereta..
Dia hanya pakai motorsikal kuasa tinggi
Aduhhhh...hebat

Triumph (mr googles)
motor seakan2 motor arwah
auntie kena cari gambar arwah bergaya depan motor dia


Kata uncle, dia adalah anak sulung mereka
maka unclelah yang selalu dapat membonceng motor ni
Uncle, bila arwah abah dan arwah mak nak keluar rumah
selain dari mereka nak pergi mengajar..
dia nak ikut, bila tak bagi dia akan kejar motor sambil
menangis2..arwah abah dan arwah mak kesian,
maka kendung jugalah uncle bersama2..
anak2 lain tak berani..hihihihihi
sebab arwah abah sangat tegas dan garang orangnya


Bila hujung bulan dapat gaji
arwah abah akan sewa teksi sapu kampung
bawa anak2 makan di restaurant2 dibandar diMelaka
Ingat auntie teksi sapu Hj Ganas nama gelarannya
masa auntie mula2 dirisek oleh keluarga uncle
mereka datang ke KL dgn teksi sapu tu..
huhuhuhuhu

Alfatihah kpd kedua2 arwah..


Berbalik citer pasal tanah
Entah bilalah auntie nak naikkan rumah..

Auntie nak buatkan rumah yg sedang2 ajer
tapi dihalang oleh uncle sebab kami bukannya
nak duduk kat situ, hanya nak
singgah sekali sekala shj

Kalau dirikan rumah, mestilah
kita nak keselesaan
mestilah ada elektrical products
washing machine, kipas, periuk nasi dan
sebagainya..

Emm...sekarang kan ramai
penyangak2..menjadi target mereka
jika rumah kosong berminggu2
kata uncle..
tapi memang betul pun
memang terjadi di kampung tuh
pasang pagar dawai, habis dicabut

Nak tanam pokok buah2an?
monyet dan biawak bersarang kat situ
Ishhhh...


Ada dekat 30++ batang pokok kelapa, 
tapi hasil nya dikutip oleh jiran2 disitu
tapi 2 batang kelapa dah ditebang orang
kenapa?? uncle kata dia tak tahu?

Jalan kecil yang diwakafkan 
utk kampung di belakang tanah


Penghujung tanah ada anak sungai

Siapa pula buat longkang kat situ?

Emm..kata orang dulu2 kalau pencen nanti
balik kampung tanam kacang atau jagung 
hihihihihi
Ni tidak, dah pencen pun masih duduk di KL
Uncle dari dulu tidak bertujuan utk balik kampung
tulah sebabnya dia beli rumah diKL
masa kami beli rumah tahun 1980'an dulu dengan harga
rm110 ribu shj sekarang Wowww..dah boleh jual rm600++
Tak menyesal beli sebab anak2 semua 'cari makan'
di KL, semua dengan auntie..

Tapi auntie faham,
adalah reality kehidupan, anak perempuan
ikut suami jika dah berkahwin.
Nasib anak auntie peeja, suaminya kerja KL
jadi tak lah auntie berjauhan dengan nya
walaupun dia akan berpindah dalam masa
terdekat ni...taman tuh tak jauh dari
rumah auntie
Boleh jumpa hari2..heheheheheh

Any suggestions nak buat aper dengan
tanah tuh?


Monday, May 28, 2012

Semua Bakar2

Hari Khamis yang lalu auntie balik kampung lagi
tapi kali ni tidur rumah adik ipar di Tedung
Pertama kalinya auntie tidur rumah dia..
Auntie tidur 2 malam
hari sabtu lepas sarapan auntie dah
balik ke KL
Alhamdulillah..auntie amat selesa

Auntie balik kampung sebab uncle nak
berubatkan auntie dengan Ustaz Najif
Auntie ikutkan ajer, kata nya
berubat secara islam, solat hajat selama 7 malam
Kata ustaz tuh, kalau ada perkara2 ghaib yg tak elok,
benda2 tuh akan bertemu dengan dia..
Emm...auntie diberi air untuk mandi, minum dan
sapu pada badan yang sakit2

Honestly speaking, I dont know whether it works
or not coz auntie hari2 makan pain killer
without pain killer..auntie will be in bed
lying down with pain..huhuhuhuhu
But somehow, dalam kesakitan, hati auntie feel tenang dan ceria..
Alhamdulillah..

Wahhhh...auntie nak makan lagi ikan bakar
nak bawak family adik ipar ni pula kali ni
nak bukak table lagi..hihihihihi
tapi adik ipar auntie tak ikut
sebab dia nak menolong hiris daging malam tu
ada jiran yg nak buat kenduri kawin hari sabtu
jadi kami pergi tanpa Tok Sidang
Uncle bawa kami ke Alai lagi
kali ni di kedai Ala...Kassim
di sebabkan malam tuh adalah
hari Jumaat malam sabtu
tak ramai dan padat macam
malam minggu..
So Service laju..
So happy..hihihihihihi


Auntie amat gembira...
terserlah dimuka




Anak2nya..Khairiah dan Ajang (nama timangan manja)

Pilihan malam tuh udang, ikan jenahak
sotong dan kerang
heheheheheh  sedang makan baru 
auntie teringat nak snap gambar.
Auntie suruh Khairiah (anak buah snapkan)


Udang bakar

Jenak bakar
fresh dan sedap 

Kerang rebus

Sotong goreng tepung

Otak2 

Fresh Orange

Nasi lemak

Jelly kelapa..
Sedang makan2..Tok Sidang kata
dia on the way nak join kami..
Alhamdulillah..


2 pasangan yang erat keluargaan nya
menempuh perjalanan hidup dgn tabah

o
Pasangan yang masih utuh kasih sayang

Ala... Kassim

Kami makan tak habis..
Adik ipar suruh bawak balik
kerang, otak2 dan sotong tepung

Puas hati makan
Memang sedap dan murah
hanya rm90 saja

Wah, kalau balik kampung
auntie nak makan lagi
tapi kat Muara Duyung pulak..
InshaAllah


Friday, May 25, 2012

Rezeki Bagi Yang Beriman

Salam Jumaat pada semua readers auntie yang sayang auntie
Mudah2an kita faham apa yang disampaikan..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.” (Surah al-A‘raf ayat 96)

Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan memberi rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan sesiapa berserah diri kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya. Sesungguhnya Allah melakukan perkara yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah menentukan tiap-tiap sesuatu.” (Surah al-Talaq ayat 2-3)

Kedua-dua ayat ini menerangkan mengenai janji Allah SWT menambahkan lagi rezeki kepada orang yang beriman dan bertakwa kepada-Nya. Sumber alam akan tumbuh, berkembang serta semakin bertambah-tambah jika penggunanya beriman dan bertakwa kepada Allah SWT.

Rezeki yang bertambah dari Allah SWT inilah dikatakan rezeki yang barakah (berkat). Al-Raghib al-Asfahaniy dalam al-Mufaradat fi Gharib al-Qur’an menyatakan barakah bermaksud berkembang dan bertambah.

Kunci utama untuk mendapatkan rezeki barakah dari Allah SWT ialah iman dan takwa. Keimanan kepada Allah SWT adalah kebebasan daripada memperhambakan diri kepada hawa nafsu dan sesama manusia manakala ketakwaan ialah melakukan segala perintah dan meninggalkan larangan-Nya.

Sebenarnya ketakwaan dapat mengawal segala kegiatan manusia supaya tidak melakukan tindakan keterlaluan, liar, menyeleweng, sombong dan angkuh. Bukan setakat itu, malah orang bertakwa akan dikurniakan tambahan rezeki oleh Allah SWT tanpa disedari dan diketahui.

Diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas, ‘Awf bin Malik al-Asyja‘iy datang menemui Rasulullah SAW dan berkata: “Anakku ditangkap musuh, manakala ibunya sangat sedih dan gelisah. Apakah perintah Tuan ke atasku? Rasulullah SAW bersabda: “Aku perintahkan supaya engkau dan isterimu memperbanyakkan mengucap: “La hawla wala quwwata illa billah”. Lalu isterinya berkata: Alangkah eloknya apa yang diperintahkan Rasulullah SAW kepadamu.

Pasangan suami isteri itu pun memperbanyakkan bacaan. Pada suatu masa, ketika musuh sedang lalai, anaknya yang ditawan musuh itu dapat melepaskan diri. Dia lari dengan membawa seekor kambing yang dirampas dari pihak musuh.

Sebaik saja ‘Awf bin Malik al-Asyja‘iy melihat anaknya membawa balik seekor kambing, beliau segera pergi menemui Rasulullah SAW dan memberitahu hal itu. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Makanlah ia (kambing itu).”

Peristiwa itu menunjukkan Allah SWT akan menganugerahkan dua kenikmatan kepada orang yang bertakwa dan beriman kepada-Nya. Pertama, Allah SWT memberi jalan penyelesaian bagi sesuatu kesusahan hidup. Kedua, Allah SWT memberi rezeki yang tidak disangka.

Selain iman dan takwa yang menjadi kunci pertambahan rezeki, Allah SWT akan menambahkan rezeki kepada orang yang sentiasa bersyukur.



Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahkan nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.” (Surah Ibrahim, ayat 7)

Sebenarnya barakah tidak hanya terhad dalam bentuk pertambahan rezeki kerana ada juga barakah yang tidak berbentuk pertambahan rezeki tetapi tetap mencukupi. Rezeki yang sedikit jika digunakan sebaik-baiknya akan membawa kebaikan, ketenangan serta kecukupan.

Jelaslah kekayaan yang terpuji atau hakiki adalah kekayaan jiwa. Maksud kekayaan jiwa ialah sentiasa merasa cukup dan puas dengan harta dianugerahkan Allah SWT. Malah tidak mempunyai keinginan dan bersikap tamak untuk menambahkan lagi harta kekayaan.

Muhammad Syukri Salleh dalam buku Tujuh Prinsip Pembangunan Berteraskan Islam menyatakan rezeki yang barakah membawa kepada rasa cukup, puas, sejahtera dan bahagia. Sesiapa dikurnia rezeki sedikit tetapi barakah lebih baik daripada rezeki banyak tetapi tidak ada barakah.


Thursday, May 24, 2012

Dari Orang Yang Sama

Auntie buat pesanan sirih junjung utk dua2 pihak
dan bunga pahar pada Norhana, orang yang sama

Masa mencari2 bunga pahar di merata kedai
untuk barang2 perkahwinan, selama berminggu2..
mata auntie dan hati tak lansung dapat memilih
yang betul2 suka..
sebab
hati auntie memang dah focus kat bunga dip untuk anakku Peeja

Wahhhhh...mahal kemain bunga  dip yang dah siap
Kat semua house adalah dua tiga macam, harga paling murah
rm 6.50 sebatang tapi quality, terlalu teruk
bunga dan daun nipis macam kulit bawang, pasti mudah koyak..
Masa mencari2 tuh kata anak auntie, beli jer aper2
dia tak kisah..tak yah bunga2 dip bagai..

dia dah penat, nak mudah dia kata
macam tuhhh..Ishhhhh

Dua tiga hari selepas tuh, jenuh auntie googles
mencari siapa yang boleh auntie buat tempahan
Banyak juga auntie email
tapi tunggu beberapa hari, tak berjawab
ngadu pada Peeja..

Hahhhh...itu tandanya, mama beli jer
yang dah siap kat kedai tuh..kata dia

Tak nakkkkk kata auntie
Tak paham ker?

Dua tiga hari selepas tuh dia pun kata
ada kakak readers dia boleh buat
nanti Peeja buat appointment untuk mama
nengok sample2..rumah dia pun dekat jer

Belum nengok lagi auntie dah suka dapat berita
tuh..
Bila sampai masanya, datang lah Norhana tuh
Amboi punyalah cantik sample2 yang dibawanya
auntie berkenan sangat2, mula lah menanya
harga..kussss semangat memang lari jauh dari budget
auntie..berbelas2 ringgit
memang budget auntie tak masuk akal untuk bunga dip
hahahahahhahaha..rm 4 hinggit x 100 btg jadi rm400

Auntie pun kata kat dia, auntie suka sangat yang satu ni..
Bunga lily berkonsep emas
di sebabkan bunga nya besar maka auntie perlu
lima puluh sahaja..
memandangkan auntie perlu lima puluh batang
bolehlah upkan satu pahar jadi rm 8 ringgit
come back to the same budgetlah..

Rezeki auntie dan peeja
Norhana tuh kata dia hadiah separuh rege
memang dia tak leh buat harga rm8 sebenarnya
sebab konsep emas..
rege barang2 tema emas memang mahal
katanya..
Alhamdulillah...punyalah auntie seronok
Seminggu kemudian dia hantar email untuk
sample yg dah siap..

Auntie setuju, dan dia terus siapkan 50 batang lagi
2 minggu kemudian dia hantar bunga pahar tuh
settled payment with rm400 shj..Alhamdulillah
Emmm...auntie beli kelonsong telur emas
rm 2 ringgit sebiji, masukkan potpuri dlm kain net
dan telur, sangkut, siaplah bunga pahar ..








Dah tuh sireh junjung..
Memang cadang  nak buat sendiri
tapi memikirkan ada perhimpunan bersih
auntie tak nak ambil risiko
Peeja tempah kat Norhana
Alhamdulillah..dia setuju dan akan hantar
ke masjid terus pada hari pernikahan nanti






heheheheheheheh tanda apprreciation
Norhana bagi auntie souvenir selepas perkahwinan peeja..
TQ so much..
kalau ada majlis perkahwinan utk anak2 yang lain
auntie akan berurusan lagi..InshaAllah



bunga dip hitam dan reben silver berbakul hitam
Cantik sangat

Berhenti citer dulu
sebab auntie akan balik kampung petang ni
tapi tak lama besok dah balik KL
sebab hujung minggu ada wedding di ShahAlam

Kalau boleh memang auntie tak kuasa nak balik tapi di paksa
oleh uncle..huhuhuhuhu
Badan memang tak sihat..

Tuesday, May 22, 2012

Tenangkan jiwa kamu

Bila auntie tutup pintu utk komen pada anon
Baru tenang hati sebab ramai malah kesemua
komen masuk positif dan membina..
Lama lah juga ada mahu 2 tahun
seronok berinteraksi dengan readers auntie
yang ikhlas, yang periang, yang membuat
auntie happy dengan doa2 yang baik2

tapi
dah dua tiga hari ni..

Ada manusia yang berjiwa JIN
kenapa auntie kata JIN
sebab 
tak cukup berani nak tunjuk wajah nya
JIN ni jelajah blog auntie dan tinggalkan 
komen kat n3 lama
Komen macam 'puaka'
JIN ni Perasan dia bagus
JIN ni Sangka dia pandai serba serbi
JIN ni Pandai berdakwah

Persoalan nya kenapa nak
sibuk2 di blog auntie?
Tak cukup itu, dia juga tinggalkan
komen di blog anak auntie
Siapa kamu?
Takut nak tunjuk diri?
masih belum berani pada diri
sendiri?
Berselindung di balik bayang2?
Tenangkan jiwa kamu..
Jaga mulut dan lidah,
jari2 yang menaip
dan hati kamu
Berani kerana benar, bukan lempar batu
sorok tangan..

Jangan nanti di padang mashyar tak kenal wajah 
sendiri...

readers auntie klik kat
SINI
Gambar dipilih sebagai lelaki
penulisan nya macam perempuan

Seronok ker?
Memperbodohkan auntie yang dah tua ni?
Yang dah berumur lima puluh tujuh tahun ini?
Macam2 pengalaman hadir dalam kehidupan auntie
Auntie sudah cukup untuk menilai baik atau buruk
sudah masak dengan susah dan senang
Dah berkahwin, dah beranak dan dah pun bercucu
Dah merantau dalam dan luar negeri
Tak pernah ketandusan kawan2 dan sedara mara
Auntie ramai kawan beribu2..
Yea!
dari yang miskin dan kaya raya
Yea!
kalau 1 kem tentera ada 2 ribu penduduk
bayangkan lah, kawan yang ada bila uncle
bertugas berkem2 semasa dlm khidmatnya
dan tidak ada dlm pengalaman auntie
yang auntie pernah cari 'pasal'

Tidak pernah auntie ada rasa iri hati
dengan berkawan dgn yang kaya raya
yang senang lenang..
malah auntie bangga dapat berkawan
dan kekalkan persahabatan
Kawan2 auntie ramai yang berkereta mewah
Bentley, Porshe dan lain2..
mereka hadir di perkahwinan anak auntie
Ada yang duduk di luar negeri,
yang berkali2 ajak auntie bercuti kesana
tapi rezeki kesihatan auntie belum diizinkanNYA lagi..
mereka amat2 menyayangi auntie
Kenapa mereka hadir di perkahwinan anak auntie?
Kenapa mereka sayang auntie?
Siapalah auntie?

Auntie tidak ada apa2..

Yang di kenal pasti,  auntie tidak menyusahkan orang
tidak menyakiti orang..tahu adab berkawan
Alhamdulillah..

Yang pernah jadi pembantu2 kami
yang berpangkat rendah ketika dlm tentera dulu
sentiasa mendoakan kesejahteraan kami
Malah mereka selalu menalipon menanya khabar
bukan kah itu tanda nya
sayang di balas dengan kasih?

Tenangkan jiwa kamu

Jangan sekali2 cuba nak berat2kan perasaan
orang yang sedang menanggung sakit
Kerana doa orang sakit makbur dengan izin Allah

Auntie banyak berdoa untuk diri dan keluarga
tidak mahu dan tidak akan mendoakan yang tak elok

Ya Allah..
Pada 1 Rejab hari ni
Hamba mu ini mohon
Kau hapuskanlah dosa2 ku
Bersihkanlah diri ni dari dosa2 ku
sebelum pulang menemui mu
Permudahkanlah sakratul maut ku
Kau tetapkan lah iman ku
Kau salutilah kegembiraan pada keluarga ku
Kau lindungilah keluarga ku ke jalan yang lurus
Kau hampirkan insan2 yang penuh kasih sayang
di sekeliling ku, jauhilah hasad dengki 


Amin


Monday, May 21, 2012

Bukan Malas Yea!

Hari ni turun kan kurten, basuh dan jemur...
Memang auntie tak sampai,  tinggi kan?
auntie jolok2 dengan kayu mob..hihihihihi
Bila dah bogel tingkap2 tuh, ternampak habuk
huhuhuhuhu dah jadi kerja kena sapu sawang2 pulak

Pilih kurten lama, serba putih
masukkan dawai2 untuk gantung
iron sikit2 dimana ada kedutan
minta tolong PG sangkutkan
Fuhhh..penat yg amat2
Perut lapar.. dah pukul 12:30
Masak sambal tumis sardin
Telur rebus
Timun dan hirisan bawan besar buat ulam2..
Bukannya malas tapi dah terlalu penat..

Dalam rumah ni  semua suka sardin
maka dia orang makan ajer tanpa komplen..hihihihi

Bila lah pulak nak tukar alas meja makan
dan runner coffee table dan kabinet console
Nanti2lah..

Auntie kerinduan uncle..
Dia balik kampung pada sabtu yg lalu
sampailah hari ni, belum balik2 lagi..
Rasanya sejak auntie sakit, dah tiga tahun lebih
Ini lah kali kedua auntie tak bersama2 uncle
Yg pertama awal tahun lepas dia ke Umrah

Uncle lansung tak sms auntie..
berkali2 auntie check h/pon
ada one miss call dr dia
dah tuh dia call Peeja dan kata dia rindu auntie..
Ishhh...malu lah pulak, bila dia sampaikan rindu dia
melalui anak..hihihihihi

Auntie sebenarnya malas betul nak menulis
entahlah..sejak lepas kenduri
macam2 auntie berfikir untuk dua lagi anak
auntie yang belum kawin.,
Siapa dan bilakah?
soalan yang selalu...auntie terfikir
Auntie hanya boleh berdoa agar
kedua2 anak auntie akan bertemu
dengan pasangan yang sesuai
keluarga yang baik2
saudara seislam yang penyayang
Terutama sekali yang bersopan santun
Kalau boleh nak
'settlekan' sebelum auntie 'pejam mata'
Amin

Ishhh..berhenti dululah..
terasa kering tekak ni,
nak buka tin longan
semalam dah makan setin lychee
emmm....heaven bila panas2 kena
air buah2an


Friday, May 18, 2012

.: Suka Hati Akulah Nak Buka Tudung!:.

Assalamualaikum semua,
Hari Jumaat lagi, 
memang auntie ambil petikkan hal2 agama utk buat n3 
pada tiap2 hari Jumaat...InshaAllah

Jom baca yang ni..


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


Apa hal!? apa korang ingat aku buat, hak aku naper nak sibuk, apasal nak rasa marah plak?
suka ati aku lah.. aku nak pakai, kejap nak buka,
ada aku kisah apa korang nak cakap,..
kubur asing2, tak payah nak ajar apa aku nak buat,
tu urusan aku dgn Tuhan, korang jaga kubur sendiri..


Assalamu'alaikum...
eemm.. ko nak buka tudung yek...


ok jer, tak ada hal, rasa? eh tak ada rasa mendalah, bukan kepala aku kepala kau.. kau yang nak pakai ke tutup ke..hak kau. betul2 aku pun tak ada hak nak larang kau, ha . lagi betul tu urusan kau dengan Tuhan, yelah, jaga kubur sendiri ye tak?


tapi...


aku cuma nak kasi tau je ni. tak ada niat nak menegur tak ada niat nak melarang jauuhhh sekali nak mengajar,. aku pun tak ada sijil layak jadi cikgu, jadi ni tahap2 macam sembang2 je lah kiranya ye...


gini, memang hak kau 100%, tapikan kau pernah dengar tak pasal hak pesan berpesan, alah yg dalam Al Quran tu, tak silap aku gini bunyinya


"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan melakukan amal soleh dan saling menasihati dalam kebenaran, dan saling menasihati dalam kesabaran." ~ Al-Ashr 1-3


Jadi, cuma pesanan je ni kat kau. memang kubur tu hak kau seorang, tak ada kongsi-kongsi, kalau ada pun sok esok kau mati satu liang lahad dengan orang lain, pakej kau, dia tak dapat. gitulah adilnya Allah bagi kat kita


kalau nak lawak, aku cakap gini je ye,.. bukan apa, alah. sok-esok kalau kubur kau sebelah kubur aku, takut bisinglah, maklumlah, kita ni kalau menangis, meraung kena balun, bukan sikit-sikit anak tekak kita menjerit, kot nanti malaikat beduk kau, aku tengah tidor ke, bising sikit, aku tak leh nak rehat, sebab tu aku bagitau ni, kubur asing pun, sebagai jiran, aku tak nak lah kau bising, aku pun peningkan....


ha ah satu lagi, bukan apa, bila kau kata orang lain tak akan kena soal, silap sikit, pasal gini, kalau aku tahu kau nak terjun lombong, aku tak tolong selamatkan kau, esok kau datang kat aku, kau leh dakwa aku tak tolong kau, jenuh gak aku nak jawab depan Allah pasal apa aku tak tolong ingatkan kau tudung tu wajib. elok-elok kot aku boleh lepas, kantoi pula.. ye tak


jadi sebab tulah sekarang ni aku bagi tau je, alah bagi tau je, kau tak usah pula terasa hati ke marah ke, ye tak. aku tak kisah kau nak buat apa pun, betul. cuma tulah bagi tahu je. bab lain, apa yg termaktub dalam Quran, apa yang Baginda sabdakan, aku rasa kau lebih tau kot dari aku, sebab kau pun bukan calang-calang orang aper..
Kau lulusan tinggi lagi dari aku, kerjaya bagus, gaji 4 angka tu, rumah cantik, kenderaan baik, solat pun Alhamdulillah tak tinggal aku tenguk,mengaji tentu kau dah khatam, bab sedekah aku perati kau ni memang pemurahlah, syukur. jadi tulah kan, memang senang nak cerita dengan kau, tak payah panjang berjela-jela. kau tahu banyak perkara.


cuma betullah, apa kau cakap dari mula, kau ada hak, kubur pun asing. tapi aku ada tanggungjawab, aku ada tugas, aku wajib bagitau. sekali lagi bagitau. bukan dakwah-dakwah.. eh tak, b a g i t a h u je. kau fikirlah semula ye.


oh ye, masa fikir tu, lebih baik kau buat masa kau lepas solat, pasal masa tu kau masih pakai telekong solat, kau tenguklah wajah kau yang cantik tu depan cermin, bersih je, pastu kau fikirlah sambil-sambil kau bayangkan, kalau lah aku mati ..


bukan apa, bila kau kata, yang orang lain tak ada hak nak tegur larang tu. betul lah, aku setuju tu, tapi kau agak-agak, kalau kau mati suk, orang lain yang tak ada hak nak tegur larang kau jugalah yang akan kena urus jasad jenazah kau, tak ada lagi orang mati, mandi sendiri, jalan gi tanah kubur, korek sendiri dan masuk, kambus sendiri, semua 'orang lain' yang tolong uruskan.


Jadi,.. bilamana ada kesilapan kita, orang tegur, tahulah kita sebenarnya orang lain ada hak keatas kita!.
eh. tak apalah, aku nak balik dulu, kau fikirlah ye apa yang kita sembang-sembang ni...kalau sekarang kita tak mahu bertudung, akhirnya nanti kita akan ditudungkan juga, itulah sehelai dari atas sampai kebawah, sebelum masanya sampai, mulakanlah, kepada yang suka bertudung macam chipmore, fikir2kanlah semula ya.


kat FB pun...ramai suka begitu, gi keje pakai tudung, gi jalan tak bertudung, tangkap gambar muat naik yg tudung dan tak bertudung.. mamcamana tu? aku pun tak berapa paham, maklumlah aku tak ditempat kau, aku tak tahu matlamat kau apa, macamana, untuk apa,kenapa...kau je yang tahu jawapannya


tudung sekarang pun lawa-lawa, macam-macam jenama ada, boleh pilih, tak apalah, sebelum sampai peringkat nak bertudung labuh, mula sikit-sikit, mudah-mudahan kalau nawaitu kita kerana Allah, Insya'Allah lembut hati tu, sok nanti mesti kau leh sarung tudung labuhkan, lah ni mulalah dulu, jaga tudung tu ye.


cuma aku berpesan kerana kasih dan sayang, kalian semua hebat-hebat belaka,jadi bawalah kehebatan itu hingga kesana,.. Insya'Allah,pasti kalian lebih bahagia.

bukankah itu yang selama ini kita cari.B A H A G I A!.. malah ada yg bunuh membunuh, sihir mensihir, berdendam kesumat sebab merebutkan bahagia ni lah,.. tak kan kau tak tahu, jadi matlamat bahagia yg mana kau betul2 nak. kat sini ke kat sana ke.
.



ha, dah cukuplah ye, aku dah sudah pun, panjang bejela pun tak guna, sikit-sikit cukuplah, kau orang yang hebat, sekali lagi.. hebat!...


balik dululah ye...


Assalamu'alaikum



Thursday, May 17, 2012

Terasa Kehilangan Anak2 Bila Dah Besar..

Semalam lepas Asar, auntie ke Carrefour
nak repair jam dinding yang auntie beli
masa auntie kanak2, duit belanja sekolah
yang auntie simpan dalam tabung ayam
Citer2 ni ada kat sini hehehehehe


Pendulum dah tak nak bergerak, dah buruk sbb hampir 47 tahun jam ni
tak tahu lah boleh repair ke tidak sebab tokey cina tuh
suh tinggalkan seminggu utk dia check..

Lepas berurusan di kedai jam, auntie dan uncle masuk ke supermarket
beli barang2 putus..
angkut ni dan itu...
wohhhhh...bila dikaunter pembayaran,  ranap lah 300 ratus lebih..
Ishhhhh..tak per barang makanan bukan enjoy2 macam dulu
berkarok sefamily sampai 500 ke 600 ringgit sebulan
Berhenti aktiviti karok bila auntie jatuh sakit...
kan ker ada hikmah tuh..tak delah berjimba2 
menghabiskan duit..hihihihi

Auntie seperti biasa nak makan bila keluar..
hihihihihi
tapi makan ringan2..
Rojak dan teh tarik halia

Muka tersenyum, sedangkan badan sakit 
tapi lega bila makan pain killer, dan sakit balik bila dirumah

Abu Suffian namanya..masih single

Adik uncle masih di KL sejak kawin Peeja tempuh hari
Banyak dia menolong auntie dan uncle ketika berada di KL
Dia lah drive kami kehulu hilir
Dia buat perniagaan nya sendiri, ada kedai gunting dikampung,
hujung minggu ni, balik lah dia..

Selepas menyopping di Carrefour tuh
Kami balik terus sebab dah hampir masuk magrib
Di rumah, pasangan pengantin, Nonoy dan Dr Jonet
bersiap2 untuk pergi bercutian

Isteri yang membetulkan beg galas suami nya..


Pada mulanya sisuami bergambar malu2..

Uncle suh si suami letak tangan dibahu si isteri..
hihihihihi

Gambar dari belakang
Beg masing2 sungguh berat 
tapi Peeja punya barang2 share dgn suami nya 

Gambar dari depan
Orang nak bercuti lah katakan
semua ketawa riang gembira
tapi auntie huhuhuhuhu
seperti biasa sedih2..

Sempat uncle bergambar dengan menantu nya
Mak Aii..ketinggian uncle hanya 
mencecah bahu menantunya Ben

Terasa juga di hati nak pergi bercuti2..
tapi mengenangkan keadaan auntie yang sentiasa sakit
maka niat terpaksa di tunda dulu..huhuhuhu
Berapa lama lah agaknya auntie terpaksa menahan sabar
tiket penerbangan international dah tiga tahun,  auntie dan uncle
let go..Ishhhh...sayang nye..
Belum ada rezeki kesihatan yg sihat untuk makan angin


Wednesday, May 16, 2012

Makan Ikan Bakar Di Crystal Bay, Alai, Melaka

Balik kampung weekend yang lalu
Nak melawat isteri sepupu uncle
yang dah koma di ICU Hospital Besar Melaka

Moga Allah permudahkan urusan Kak Roslah
yang dah koma selama 10 hari masa auntie
melawat tuh..
Tak bergerak lansung..muka, kaki dan tangan
sembab, membengkak, entah auntie tak bertanya
mengapa...

Asal demam selama 2 minggu dan tak baik2/pulih
bila kena fit (sawan) keluarga nya panggil
ambulance utk dibawa ke Hospital

Uncle dan Auntie bercadang tidak bermalam di kampung
nak balik terus ke KL
tapi knowing uncle yg selalu tidak pegang janji
auntie pack juga baju untuk bermalam..
Betul juga sangkaan auntie, kami bermalam di
tedong rumah pusaka yang diduduki oleh
satu2nya adik perempuan uncle..




Bila tak jadi balik, uncle plan nak makan ikan bakar
memang dah lama benar, auntie tak makan ikan
bakar di Melaka..so kesana lah kami
di Crystal Bay, Alai, Melaka

12 adults and 6 children..
so bukak 4 meja bercantum
Masa nak order tuh, uncle bertanya
auntie nak makan aper
auntie cuma kata..
Orderlah apa2 pun, nani makan ajer
tapi jgn lupa order sayur kangkong belacan,
my favourite..

Muka auntie memang ketat malam tuh
sebab setiap kali travel badan auntie
buat hal..sakit yang amat2
tapi makan punya pasal
gagahlah juga ke situ
Pasangan suami isteri

Gerai No 2 beralas sapra merah
Kata anak buah auntie, gerai sapra biru
penuh, kat situ paling sedap..

Anak ketiga, Jiejah anak buah auntie
yang juga rajin menulis citer2 
kisah anak2 dia di blog..


Satu2nya puteri dlm tiga beradik..hihihihi masam muka, 
entah nak aper tak tahulah auntie..

Hah, gambar yg ni baru tersenyum

Orang Penang balik bercuti masa Peeja kawin
anak sulung Mak Laila

Yg  tengah2 tuh lah Mak Laila, 
sedang pegang cucu lelaki dia, Darwisy 

Uncle rasa seronok bila buka meja
untuk keluarga Mak Laila, kesemua anak2nya
dan cucu2nya ada malam tu..
cuma suaminya saja yang kurang sihat
tak ikut..jadi jaga di rumah..hihihihihi

Ibu yang cantik dan anaknya yang comel

Nasrullah namanya

Auntie dah mula nak makan otak2..
masih panasssss lagi

Hah, sebab otak2 tu panas 
maka uncle tiup2 dulu sebelum makan
hihihihihi

Jika kanak2 ada bantal busuk, 
Adawiyah ada baby bear busuknya
kemana saja mesti dibawanya..



Auntie tak menyabar asyik toleh arah 
ke kedai tunggu masakkan siap


Lambat benar siap, 
muka ketat tunggu minuman masih tak tiba

Adawiyah masih menghisap jari 











Pasangan ni tak dapat datang masa wedding peeja,
sebab dia terlibat standby sebab 'BERSIH  tapi kotor tuh'
Alhamdulillah..dia tak aper2..










Muka nakal, orangnya pun nakal

Nasi lemak yang tak brape nak power..

Sambal juga tak power


Kami makan dengan asyik hingga larut malam..
Kesian budak2..mesti mereka dah ngantuk

Ikan siakap bakar dan masak tiga rasa, sotong tepung, kupang berlada, otak2, jelly kelapa,
3 jug air juice orange dan tembikai
Amat mewah tapi amat murah
hanya RM170
tapi suami anak buah auntie, Nawi
hulur RM50 pd uncle..hihihihi
dia tak mahu uncle bayar penuh..

Kalau di KL memang tak dapat harga macam tuh
makan bertiga pun dah RM90 kata uncle..
Alhamdulillah..

Kolestrol tolak tepi..
Sakit badan tolak tepi
auntie makan 2 bungkus nasi lemak..
1 jelly kelapa
dan 3 otak2, 6 kupang
sayur dan ikan2 yg fresh tu
kenyang sampai tengahari..
Alhamdulillah..

Kalau auntie ke Melaka nak makan lagi..
hihihihihi


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...