THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Friday, April 27, 2012

Sejarah awal Dajjal

DAJJAL. 


Inilah "Manusia Iblis" pertama ciptaan Izazil laknatullah. Dajjal adalah manusia yang berhati Iblis. Bapanya dan ibunya adalah berketurunan Turki dan Mesir.  Mereka berasal dari sebuah kampung kecil bernama Rablah. Kedua-dua ibubapanya itu adalah merupakan adik beradik seibu sebapa. Mereka bersekududukan tanpa nikah dan apabila orang kampung mengatahuinya, mereka berpakat menghalau mereka dari kampung tersebut. Mereka berpindah ke kampung pendalaman bernama Samiri dinegeri Mesir. Pekerjaan bapanya mengambil upah menjaga ternakan dan membersihkan kandang ternakan juga membelah kayu api.


Setelah beberapa ketika tinggal didalam rumah tumpangan milik seorang peladang, maka teringinlah mereka untuk mendapatkan anak. Setelah berusaha sedaya upaya isterinya itu tidak juga mengandung maka Isterinya telah bermunajat memohon supaya diberi petunjuk. Maka satu ketika bermimpilah sang isteri akan bertemu dengan seorang abadi kaum mereka (Izazil telah menyerupai dan menjelma sebagai orang abadi itu). Ia disuruh memohon pertolongan disebuah kuil jauh dihujung kampung itu. Sang Isteri telah menceritakan akan mimpinya itu dan keesokannya juga mereka berdua mencari akan kuil itu. Akhirnya mereka telah bertemu dengan kuil tinggal yang kecil dihujung kanpung itu sama seperti mimpi isterinya yang didalamnya terdapat sebuag patong anak lembu. Mereka berdua pun membersehkan kuil itu dan memulakan upucara memuja dan memohon pertolongan dewa patong anak lembu itu. Setelah beberapa kali memohon tetapi tetap begitu juga. Maka mereka pun berhenti dari memohon. Tidak berapa lama isterinya bermimpi lagi supaya melakukan persetubuhan sewaktu dia datang bulah (didalam haid) didalam kuil dan dihadapan patong anak lembu itu.


Maka ia pun menceritakan pekara mimpinya itu kepada suaminya dan apabila sampai waktunya mereka pun melakukan seperti ydng disuruh didalam mimpi isterinya itu (Izazil yang perintah). Tidak berapa lama maka mengandunglah siisteri, tetapi kandungannya itu sangat besar dan lama iaitu 13 bulan. Semasa isterinya sarat mengandung bapanya meninggal dunia. Tinggallah sang isteri seorang diri. Dalam masa yang sama berita akan mereka ini sampai pula ketelinga tuan punya ladang itu. Ia terpaksa menghalau keluar ibu yang sarat mengandung itu kerana takutkan oeang kampung yang sedang mencari mereka. Mereka dicari untuk dibunuh kerana mengikut kata sami puak mereka yang keluarga ini akan mendatangkan musibah besar didunia ini. Itulah sebabnya orang-orang kampung sentiasa mencari keluarga ini. Ibunya pun pergi kekuil kecil untuk melahirlan anaknya disitu. Setelah melahirkan anaknya ia pun meninggal dunia dengan keadaan tumpah darah yang banyak dan kandungannya yang sangat besar pula, itulah sebabnya wanita itu meninggal dunia sejurus melahirkan. Bayi ini sangat pelik, ia cacat sebahagian angotanya, bersisek kulitnya seperti ular, berkepala besar, matanya kena jangkitan dan buta sebelah kiri. Ia hanya tidur sahaja selama 55 tahun dan dimasa itu ia telah dipelihara oleh Malikat Jibril dengan diberi susu lembu sahaja atas perintah Allah swt. Sewaktu dialam tidurnya, Malikat Jibril as telah pula mengajarkan ilmu-ilmu hikmah kepadanya tampa mengatahui bahawa budak itu dipelihara oleh Izazil. Ini adalah permintaan Izazil kehadrat Allah yang juga dimakbulkanNya.


Setelah seberapa tahun maka tempat persembunyaian Dajjal telah diketahui oleh orang kampung. Mereka berpakat untuk membakar saja kuil itu. Dajjal telah diselamatkan oleh Malikat Jibril as dan diletakkan dibenua Antartik didalam sebuah gua dan ditambat dengan rantai kaki dan tangannya kerana takut ia melarikan diri pula jika sedar dari tidurnya. Dikala ini Izazil pula telah menjelma menjadi ular besar dan memberinya makanan dan air minuman yang dimasukkan terus kedalam mulutnya. Apabila umurnya telah sampai 55 tahun dia pun sedar seperti manusia biasa. Pekara ini telah diceritakan oleh Jibril as kepada Nabi Musa as. Nabi Musa as telah menerimanya bekerja menjaga kuda dan membersehkan kandang kuda Nabi. Tetapi Dajjal bukan bekerja sahaja, dia selalu mengintip perbualan Nabi Musa dengan Nabi harun juga perbualan Nabi bersama Jibril as. Ia selalu mengikut dari belakang akan Kuda Nabi dan apabila disatu ketika Jibril as mendatangkan nabi Musa sedang berkuda, kesempatan itulah yang diambilnya untuk mengutip pasir tempat tijak kaki kuda Malikat Jibril as dan disimpannya. Ia juga selalu memerhatikan tingkah laku pengikut-pengikut dan bantahan-bantahan yang mereka limparkan kepada Nabi Musa as.


Apabila Nabi Musa as pergi bermunajat selama 40 hari dibukit Tursinar, peluang ini diambil oleh Dajjal as Samiri menunjukkan belangnya. Dia telah berucap dihalayak kaum nabi Musa as iaitu bani Israil supaya mengumpulkan semua emas yang mereka ada untuk menunjukkan kepada "Tuhan" Nabi Musa as. Setelah mereka kumpulkan emas itu maka diberikan kepada Dajjal. Emas itu telah ditempa menjadi patung anak lembu yang dimasukkan pasir bekas tempat tijak kaki kuda Jibril as yang disimpannya dulu. Patong itu diletakkan dihadapan puak dan kemudian dengan mentera yang diajar oleh Izazil. Tiba-tiba patung anak lembu itu berkata-kata mengaku dialah "tuhan" nabi Musa as. Kaum bani Israil yang selama itu mencari-cari tuhan Nabi Musa telah berpaling dan menyembah patong anak lembu emas itu. Sekembalinya Nabi Musa dari Munajatnya, beliau dikatakan sungguh marah akan perbuatan as Samiri, beliau juga memarahi Nabi Harun yang tidak dapat mengawal keadaan itu. Maka Nabi Musa as memohon berkata-kata dengan Allah. Diadukan semua peristiwa itu kepada Allah swt. Perbuatan Nabi Musa meninggalkan kaumnya kepada jagaan Nabi harun telah ditemplak. Seharusnya Nabi Musa meninggalkan kaumnya dibawah jagaan Allah swt kerana Dia adalah tempat sebaik-baik yang Memelihara dan Menjaga. Kenapa Nabi Musa beri kuasa penjagaan itu ditangan manusia yang lemah yang tidak berdaya menjaganya ?


Nabi Musa as telah memohon ampun kehadrat Allah swt serta memohon agar Dajjal as Samiri ini dipisahkan dari kaumnya dan seluruh manusia selama-lamanya hingga hari kiamat. Kemudian permintaan Nabi Musa as telah diperkenankan oleh Allah swt. Maka Nabi Musa as dan Malikat Jibrai as telah menangkap Dajjal as Simiri dan di sumbat didalam penjara Nabi Musa as iaitu di Lautan Qauzum bersama-sama Hamman dan Firaun. Sesetengah riwayat ahli tafsir menyatakan bahawa lautan Qauzum itu terletak ditengah-tengah laut Merah di Mesir iaitu dibahagian yang paling dalam. Tetapi ia dirasakan kurang tepat. Riwayat yang lain pula mengatakan ia terletak di Lautan Atlantik. Rasanya ini lebih tepat kerana disitu juga telah Izazil ciptakan sebuah pintu Alam Jin seperti di Bermuda Traingel yang boleh menyedut apa saja yang lalu dan cuba untuk melintas dipermukaannya. Pintu Alam Jin ini merupakan sebuah Kerajaan Jin tempat untuk memenjara roh-roh manusia yang berjaya mereka tanggkap dan mereka-mereka yang kafir, sesat dan Islam yang mengikut telunjuk mereka sewaktu hidupnya serta yang menjadi sahabat dan khadam mereka. Manusia-manusia ini apabila mereka mati semua roh-roh mereka akan disumbat disini dan tidak boleh keluar, menjadi hamba abdi mereka membuat senjata-senjata canggeh untuk perang akhir zaman nanti. Telah juga diriwayatkan bahawa Allah swt telah memberi pelepasan kepada Dajjal sehari dalam setahun kepermukaan bumi. Maka peluang itu dimanafaatkan secukupnya dengan membuat huruhara kerosakan besar dimuka bumi seperti berlakunya gempa bumi, letupan gunung berapi, tsunami, ribut taufan, ribut salji, puting beliong hingga menyebabkan kematian manusia beratus ribu, berpuluh ribu jiwa yang melayang dan ditanggkap oleh balatenteranya, diheret dan disumbatkan didalam penjara mereka itu. Kerosakan yang berlaku dikepulauan Hyaiti beberapa bulan lalu adalah salah satu dari tindakan Dajjal untuk mengambil roh-roh kafir untuk menjadi hambanya di penjara alam Jin itu.



Dajjal as Samiri telah juga diriwayatkan pernah hadir dihadapan Nabi Isa as sewaktu zaman Nabi Isa as masih hidup didunia dahulu. Ia hadir untuk membuat pertarungan dengan Nabi Isa as tetapi telah ditolak dan disuruh bersabar menunggu masa dan ketika yang telah ditetapkan Allah swt kelak. Begitu juga semasa zaman Nabi Muhammad saw. Diriwayatkan pada satu ketika semasa Nabi bersama-sama sahabatnya sedang duduk berbincang, tiba-tiba dia muncul dan memperkenalkan dirinya dan mengajak Rasullah saw untuk bertarung. Syadina Omar yang merupakan seorang Sahabat yang sangat garang telah menghunuskan pedangnya dan lantas hendak dipancung kepala Dajjal disitu juga. Beliau telah ditahan oleh Nabi sendiri dan menerangkan hanya Nabi Isa as saja yang boleh membunuh Dajjal, Dajjal tudak akan mati ditangan sesiapa kecuali Nabi Isa sahaja. Nabi saw telah menyuruhnya bersabar menunggu masa yang telah dijanjikan Allah swt untuk mereka bertarung kelak, maka berundurlah Dajjal. Jika pun Syadina Omar berjaya membunuhnya disitu, Nabi bersabda, hukuman qisas akan dikenakan kepada Sahabatnya itu kerana membunuh tampa sebab yang membolehkan ia dibunuh mengikut Hukum Syarak. Jadi tiada gunanya untuk dia dibunuh dikala itu.

Wednesday, April 25, 2012

Sungguh Berhati Murni

Semalam auntie tinggal sensorang di rumah
Semua keluar..masing2 ada hal
Auntie tak kuasa nak ikut
sekurang2nya boleh lah juga buat kerja2 ringan
mengemas lemari dan cabinet
Auntie kunci pintu depan sebab..

Jiran sebelah rumah dah berpindah dan
rumahnya disewakan rm1,800 sebulan

Yang menyewa orang Sudan berkulit hitam
Baru 2 malam lepas mereka masuk
Aduhhhhh...memang tak pernah duduk
dan bercampur dengan bangsa kulit hitam
Maka auntie rasa risau dan sentiasa mengunci pintu

Lepas solat zohor auntie kedepan rumah dan
mata terpaku di kerusi ..
Ada acar buah..


Terus kehairanan..
Bila masa agaknya Khairin hantar?
Siapa sambut? Aduhhhh..banyak dan berat
memang boleh tampung 1,000 tetamu
maka auntie biarkan saja disitu
balik anak2 auntie atau uncle nanti bolehlah
bawa masuk kerumah

Ribuan Terima Kasih pada Rin
Moga Allah pelihara Rin dan melipat gandakan rezeki

Khairin adalah silent reader blog auntie
tak pernah berjumpa..
Khairin sponsor acar buah untuk wedding anak auntie
Ya Allah..sungguh berhati murni orang nye
saudara mara pun tak bersusah payah macam tuh

Khairin email auntie akan hasratnya nak bagi acar buah
kami beremail beberapa kali
Boleh auntie lupa nak minta alamatnya
untuk kad jemputan kawin
Aduhhhh...punya lah benggong auntie ni
Nak hantar pun dah terlewat sangat
Memanglah auntie dah jemput melalui email
tapi auntie risau, takut2 Rin tak tahu lokasi
majlis kawin
So..auntie invite dia ke majlis akad nikah
since dia dah tahu rumah auntie.
masa tuh boleh lah auntie bagi kad kawin nanti..
huhuhuhu..

Uncle suruh auntie scan kad wedding tuh
tapi masaalah nya printer dah di cabut wayar2
dan di bawa atas..
auntie memang tak larat nak naik keatas..

Auntie amat2 bersyukur pada Allah swt
kerna ramai yang menyayangi auntie
walaupun auntie tidak kenal mereka

Alhamdulillah..




Tuesday, April 24, 2012

Beras Sampai Tepat Pada Masa

Office lama auntie hantar sekampit beras
Sungguh terharu..Syukur Alhamdulillah
Yang hantar kerumah beras tu ,
wakil dari Human Resource, Nina


Katanya  dari Koperasi kami
Auntie memang ahli koperasi tuh
tapi pelaburan auntie
terlalu sikitttt...tak pernah tambah
sejak penubuhan nya


Auntie ucapkan ribuan terima kasih
kpd Pengerusi dan ahli2 jawatan kuasa
Auntie tidak dapat senaskah laporan
sejak berhenti, jadi auntie tak tahu siapakah
pengerusinya, adakah yang baru atau masih
yang lama.


Wahhh...Nina suruh auntie tambah pelaburan
sebab dividennya unbelievable..
Dia akan inform auntie bila dibuka untuk
tambah pelaburan pada September nanti..

Tak tidur malam auntie memikirkan
sungguh bertuah employees syarikat tu
dengan adanya Koperasi yang memberikan
ganjaran sebanyak itu,
tidak ada di mana2 institusi kewangan.
Akan ku labur to the max amount..hihihihihi
InshaAllah

Rezeki tak kemana kan?
Jika ada umur panjang dapatlah auntie rasa
imbuhan nya nanti pada tahun depan..
InshaAllah







Sunday, April 22, 2012

Hanya kasih dan sayang terpahat dihati ku

Semalam dari pukul 11 pagi sampailah 7 malam
Buat door gift 1000 bags..
Jemputan di buat oleh uncle kapada
Rakan2 taulan untuk membantu menghulur tenaga

Jiran auntie Juita
datang bawa satu bekas cold sandwich
Auntie lupa nak ambil gambar tapi
gambar ni auntie ambil di fbook dier..


Ni sepiring, yang di bawa nya bekas besar
Puas auntie makan..hihihihihii sodappppp

Kawan2 extentera
Mej (B) Azmi dan isteri Yati
Anak2 perempuan nya 3 orang
Mereka bawa tapai pulut

Mej (B) Zahir dan isteri Mazwan
Anak perempuan nya Mas Ernie dan suaminyia Wan Shahrir
Anak bungsunya Sofia
Mereka pula bawa kuih kacang kolei dan talam keladi

Kawan2 anak ku Peeja
Dr Jonet dan adik perempuannya
Jonet bawa telur grade AAA dua papan
dan nenas 3 biji yang dibeli dari Segamat

Nysa
Huda dan Ice

Dua pupu uncle suami isteri
Mohamed dan isterinya Tengku Badariah

Ahli keluarga
Uncle, Peeja, bakal menantu
dan Noy..

Ada juga yang dijemput tapi tak muncul
tak per, mungkin mereka ada hal

Pembahagian tugas2 semalam..
Membuka lipatan kotak
Keluarkan glassware dan mengelap
Memotong dan Mengikat reben
Menyusun goodies dan glassware dlm kotak
Lastly kerja2 berat,  orang lelaki menyusun yang dah siap
dalam kotak besar, terus angkat dan susun di porch..

Ruang tamu auntie kecil
Aduhhhhh...bila dah tersusun2, sampai nak jalan pun sempit




Auntie bercadang nak masak sendiri makan tengahhari
Auntie pergi ke pasar tani pukul 8 pagi semalam
beli karipap yg dah siap digoreng
beli kuih muih frozen untuk digoreng
beli ikan, daging dan ayam
sayur2 pula auntie beli ulam2 ajer..

Bila auntie kedapur nak masak
semua kata tak payah, beli ajer nasi ayam
atau nasi campurrrr...
mulanya auntie bersetujulah
lalu auntie duduk join mereka buat goodies
bila bosan melanda, tak tahu aper
yang mereka bualkan, aper yang mereka
tawakan..huhuhuhuhu
auntie rase sedih dalam hati..
tak dapat bermesra dengan mereka..

Auntie angkat punggung terus kedapur
Buatkan air sirap 2 jug besar, kopi hitam pekat dan manis
hantar mugs, air mineral dan karipap yang auntie beli
di pasar tani..

Maka bermulalah sessi memasak..
semua sibuk buat goodies
jadi auntie masak sensorang..
Menu yang paling senang, ringkas dan cepat..
Nasi putih
Ayam kari pullay 2 ekor
goreng ikan bawal hitam 3 ekor (potong kecil2)
goreng tempe
Sambal belacan
Sambal tempoyak
Ulam raja dan selom
Telur dadar..

Siap dan sangat puas hati bila
semua makan..kecuali sorang saja
entah kenapa?? malu? kenyang?
biarlah auntie tak nak sebut
jawapan ada dlm dirinya sendiri..
Dan ada juga yang makan second round
bila terasa lapar lagi..
Alhamdulillah..

Penat, letih dan lesu sesudah memasak
auntie hilang bila auntie rasa amat gembira
menjamu tetamu2 yang datang untuk menolong..
of coz auntie telan pain killerlah..
hihihihihihi

Tersusun2 bertingkat2 dlm rumah dan
luar rumah..dan juga dlm kereta
Petang2 nanti PG dan bakal menantu
akan hantar kotak2 tu di rumah Peeja
kena juga hantar kesana
sebab hari sabtu ni
hari nikah..tak kan rumah penuh kotak2..





Dalam kereta pun dah penuh satu load
sedia untuk di 'exportkan'..hahahahahah
tapi auntie tak ambil gambar sebab cuaca
amat terik hari ni

Alhamdulillah..
doorgift settled

Yang tinggal
Nak isi telur emas dlm bunga pahar
Cucuk bunga manggar
Decorate artificial flower untuk center pieces
Kerja2 ni sekejap ajer..no hal punya..
Malam minggu boleh buat di dewan
masa MC dan band buat rehearsal
Persiapan meja2 makan, meja beradap
pelamin dan walkway..
Auntie akan kesana nanti..nak nengok
tapi tak boleh dengar..huhuhuhu (sobs)

Uncle dah booked 3 bilik tidur VIP
dalam Kem Wardieburn tu
untuk bermalam disitu, jika penat
auntie boleh landing kat situ..
Alhamdulillah..kemudahan yang ada
di Kem Wardieburn

Bersyukur pada Ilahi kerana
uncle bekas tentera..

Pada rakan2 taulan ku dan juga
sedara2 ku yg banyak membantu

Ribuan Terima Kasih dari ku
di atas kerjasama yang tak dibalas..
Hanya kasih dan sayang terpahat dihati


Friday, April 20, 2012

99 LANGKAH MENUJU KESEMPURNAAN IMAN




Salam Jumaat,

Untuk panduan kita bersama..



01. Bersyukur apabila mendapat nikmat; 

02. Sabar apabila mendapat kesulitan; 

03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program; 

04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan; 

05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan; 

06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan; 

07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan; 

08. Jangan usil dengan kekayaan orang; 

09. Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang; 

10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan; 

11. Jangan tamak kepada harta; 

12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan; 

13. Jangan hancur karena kezaliman; 

14. Jangan goyah karena fitnah; 

15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi 
kemampuan diri. 

16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram; 

17. Jangan sakiti ayah dan ibu; 

18. Jangan usir orang yang meminta-minta; 

19. Jangan sakiti anak yatim; 

20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar; 

21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil; 

22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid); 

23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu; 

24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah 
di masjid; 

25. Biasakan shalat malam; 

26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah; 

27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat; 

28. Sayangi dan santuni fakir miskin; 

29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah; 

30. Jangan marah berlebih-lebihan; 

31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan; 

32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah 
karena Allah; 

33. Berlatihlah konsentrasi pikiran; 

34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah
maaf apabila karena sesuatu sebab tidak 
dapat dipenuhi; 

35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan 
iblis/syaitan; 

36. Jangan percaya ramalan manusia; 

37. Jangan terlampau takut miskin; 

38. Hormatilah setiap orang; 

39. Jangan terlampau takut kepada manusia; 

40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala; 

41. Berlakulah adil dalam segala urusan; 

42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah; 

43. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala; 

44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran; 

45. Perbanyakkan silaturrahim; 

46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam; 

47. Bicaralah secukupnya; 

48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya; 

49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu; 

50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur; 

51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin; 

52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga; 

53. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan 
tidak berlebihan; 

54. Hormatilah kepada guru dan ulama; 

55. Sering-sering bershalawat kepada nabi; 

56. Cintai keluarga Nabi saw; 

57. Jangan terlalu banyak hutang; 

58. Jangan terlampau mudah berjanji; 

59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar 
bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara; 

60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak 
bermanfaat seperti bercakap-cakap yang tidak 
berguna; 

61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh; 

62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan 
beristighfar; 

63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu; 

64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita; 

65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas 
kejahatan dengan kejahatan lagi; 

66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan 
pendiriannya; 

67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita; 

68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan 
sesuatu pilihan 

69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka 
yang mendapatkan kesulitan. 

70. Jangan melukai hati orang lain; 

71. Jangan membiasakan berkata dusta; 

72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan 
mendapatkan kerugian; 

73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab; 

74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan 
dan kesungguhan; 

75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita 

76. Jangan membuka aib orang lain; 

77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, 
lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita; 

78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang 
arif dan bijaksana; 

79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah 
dilakukan; 

80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong 
karena kaya; 

81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk 
agama,bangsa dan negara; 

82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan 
orang lain; 

83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara; 

84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata 
apa-apa; 

85. Hargai prestasi dan pemberian orang; 

86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan 
dan kesenangan; 

87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang 
bersangkutan tidak menyenangkan. 

88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai 
dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita; 

89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fisikal 
atau mental kita menjadi terganggu; 

90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan 
bijaksana; 

91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang 
dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita; 

92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain 
terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat
menyebabkan orang lain terhina; 

93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang 
menyangkut teman kita sebelum dipastikan 
kebenarannya; 

94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan 
kewajiban; 

95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh 
keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan; 

96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang 
diluar kemampuan diri; 

97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan 
tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan; 

98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan 
kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan 
kerosakan; 

99. Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan 
jangan kaya dengan memiskinkan orang.

Wednesday, April 18, 2012

Jam Loceng?



Auntie hilang pendengaran selama hampir empat tahun

Jam loceng tidak lagi berguna untuk auntie..

Macam maner bangun subuh?

'Diri' gerak 'diri' dan kelopak mata berkerja sama untuk tercelik buka...

Alhamdulillahhh..

Adah kuasa lain telah melenakan ku sampai tertinggal subuh hari ni?
Syaitan?
Pills?

Sedih dan kesal..
bila terjaga sudah pukul 7:30 pagi

Anak2 dan suami yang di harap
Tidak berlaku hari ni..
mereka membiarkan auntie tidur lena..

kenapa boleh berlaku?
Kesiankan auntie sebab auntie sakit?
Kata mereka auntie tidur berdengkur
??????

Macam maner nak elakkan jadi begitu?
Tidak bergantung pada ehsan sesorang untuk
menggerakkan 'diri' ini?

Ohhhh...diri jangnlah mengjauhkan diri

















Monday, April 16, 2012

Dapur tak berasap

Terlalu penat dan terlalu sakit
dah makan berbiji2 pil tahan sakit
dah seminggu dah..
masih sakit2..bayangkan sakit urat
yang tak boleh dibaiki lagi, walaupun
makan ubat dah bertahun2..macam2
pil neuro..huhuhuhuhu

Mula rasa bosan, rasa nak henti jer
makan ubat2,
macam tak berkesan lansung, dah makan
ubat doktor dah hampir 4 tahun...

Bila sakit2 badan auntie banyak baring ajer
Dapur pun tak berasap
Pagi tadi, Noy buat breakfast
terima kasih..

Ini baru kejap jiran
bagi sepiring bilis kacang berlada
sebab auntie masukkan status FB
baru jerang nasi, belum masak lagi..
Nak makan nasi pun belum kering..
Nak pulish juga n3 ni, kawan auntie
duduk sebelah auntie sambil nonton tv..hahahahaha

emmm...kerja2 untuk majlis kawin
masih belum siap..
beg kertas perlu di buka dari lipatan
dan masukkan goodies
1,000  packet menunggu untuk dibuat
entahlah bila boleh siap

Bunga2 center piece berhajat nak pakai
bunga fresh tapi disebabkan ada perhimpunan
pada 28/4/12 auntie tukar pada bunga reben
dan bunga kering..
Rancang nak ke bandar pada subuh 28haribulan
untuk membeli fresh flower tapi memang akan
banyak roadblock, auntie tak kuasa lah..

Begitu juga bunga hantaran, semua pakai
bunga reben ajer..
Ishhh...menyusahkan dan rosak perancangan
tak perlah..redha

Auntie berhenti dulu
sebab kawan ada kat sebelah tunggu..hihihihihi
mungkin nasi pun dah kering tuh..
Bismilllah..
nak makan..
jumpa lagi..
InshaAllah..





Friday, April 13, 2012

Jenis KASYAF Dan Tingkatannya

Dalam ini kita boleh rungkaikan ilmu ini kepada beberapa definisi dan jenis-jenis kasyaf.
Perkataan kasyaf sering digunakan dalam perubatan islam.apakah ia benar-benar kasyaf?


Definisi Kasyaf


Apakah itu kasyaf? Kasyaf secara definisi mudahnya ialah kebolehan melihat atau mengetahui perkara ghaib atau perkara alam ghaib, iaitu perkara yang tidak nampak dengan mata kasar.


Lain-lain definisi kasyaf ialah,


Kasyaf bermaksud terbuka, yakni terbuka tabir pemisah antara hamba dengan Tuhan. Kasyaf juga bermaksud Allah membukakan seseorang supaya mampu melihat perkara yang tidak dapat dilihat orang lain.


Definisi kasyaf dari sudut sufi dan tassawuf pula ialah, terbukanya tabir hijab yang selama ini menutup pandangan kepada alam lain. Telah dikatakan bahawa hijab yang menutup antara kita dengan Allah ada 70 ribu hijab, manakala hijab yang menutup antara Allah dengan kita adalah tiada. Allah akan membuka hijab-hijab ini satu persatu jika kita berusaha menghampirkan diri kepada Nya.


Jenis Kasyaf.


Saya membahagikan jenis kasyaf seperti yang berikut;


a) Kasyaf Haq.- Merupakan kasyaf pemberian dari Allah, di mana Allah telah membuka tabir baginya untuk melihat atau mengetahui perkara yang ghaib. Kasyaf jenis ini adalah kasyaf tanpa adanya keterlibatan makhluk jin. Biasanya kasyaf jenis ini ada dua keadaan dimana;


- Kasyaf tanpa diminta- iaitu Allah memberikan kebolehan kasyaf kepada seseorang yang tidak meminta untuk menjadi kasyaf. Allah berkuasa memberikan apa-apa kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya.


- Kasyaf yang diminta- iaitu Allah mengabulkan permintaan seseorang yang ingin kasyaf lalu Allah menjadikan orang tersebut kasyaf. Kebiasaannya para mukasyafah (orang-orang yang kasyaf) di jalan ini telah melalui riadah-riadah kerohanian yang telah diijazahkan oleh guru mereka melalui jalan tarekat atau tassawuf. Kebiasaannya juga, mereka tidaklah bertujuan untuk mencari kehebatan dan kelebihan dunia tetapi ingin Ma’rifatullah (mengenal Allah), dan mencapai tahap keimanan yang paling unggul.


Tahap-Tahap Keimanan Yang Dimaksudkan Adalah.


1) Ilmul Yakin = Keyakinan berdasarkan ilmu.
2) Ainul Yakin = Keyakinan berdasarkan penglihatan.
3) Haqqul Yakin = Keyakinan yang Haq tiada bergoyah lagi.
4) Kamalul Yakin = Keyakinan sebenar yang hakiki.


Walaubagaimana pun, kasyaf yang diberikan oleh Allah adalah boleh jadi kerana Allah menyukai kita, atau juga Allah ingin menguji kita dalam bentuk pemberian kasyaf. Namun kita hendaklah menganggap ia sebagai ujian supaya tidak
timbul sifat riak, ujub dan sombong dan diri kita.


Oleh itu, bagi menjaga pemberian Allah, dan bagi menjaga diri dari tercemar dengan sifat mazmumah, para Mukasyafah Haq kebiasaannya akan mematuhi etika seorang kasyaf / etika mukasyafah iaitu:


- Merahsiakan bahawa diri seorang kasyaf- kecuali kepada orang yang paling dipercayai sahaja. Dan jika terbongkar sekalipun bahawa dirinya kasyaf, hanya mendiamkan diri, tidak menjawab “ya” dan tidak menjawab “tidak”.
- Merahsiakan segala keburukan orang yang “terlihat” olehnya
- Yakni tidak menceritakan keburukan orang lain. Dengan kata lainnya “menjaga aib orang”.
- Menjaga rahsia alam- iaitu tidak sewenang-wenangnya menceritakan apa yang dilihatnya secara kasyaf dengan sebarangan melainkan kepada orang yang paling dipercayai, atau mereka yang ahli dalam bidang ini sahaja.


b) Kasyaf Bathil.- Merupakan kasyaf yang diakibatkan oleh kehadiran makhluk jin dalam tubuh seseorang itu. Tidak kira samada orang itu ada gangguan, seperti asyik atau saka, atau pernah mempelajari ilmu tertentu yang ada keterlibatan jin yang boleh menyebabkan dia kasyaf.


c) Kasyaf Awal Bathil – Merupakan kasyaf yang pada awalnya sahaja kasyaf bathil tapi bertukar menjadi kasyaf tanpa jin. Ini kerana, jin yang menyebabkan seseorang itu kasyaf telah keluar tapi orang tersebut masih lagi mempunyai kebolehan kasyaf. Ini disebabkan mata dalamnya telah terbuka tanpa ditutup. Ibarat jin keluar bilik tapi tidak tutup lampu.


Kategori Kasyaf.


Ada mereka yang mengkategorikan jenis-jenis kasyaf seperti yang berikut;


a) Kasyaf Mata- Kebolehan melihat alam ghaib.
b) Kasyaf Telinga- Kebolehan mendengar alam ghaib.
c) Kasyaf Hati/ Mata Basyirah- Kebolehan mengetahui sesuatu yang tersembunyi.
d) Kasyaf Ladunni- Kebolehan mendapat ilmu secara terus dari Allah.


Saya pula menambah lagi kategori kasyaf seperti berikut;


e) Kasyaf Rasa- Kebolehan “merasa” alam ghaib, dan apa-apa yang berlaku di alam tersebut. Biasanya kasyaf jenis ini saling berintergrasi dengan lain-lain jenis kasyaf yang juga ada pada orang tersebut.


Peringkat-peringkat Orang Yang Mulai Kasyaf


Kebiasaannya, orang yang mulai kasyaf akan melalui peringkat-peringkat yang berikut;


Peringkat Pertama- “Tahu”- Pada peringkat ini, seseorang itu menjadi tahu akan keberadaan atau kejadian alam ghaib.
Peringkat Kedua- “Rasa”- Kemudian, dari peringkat tahu menjadi peringkat rasa, orang tersebut mulai merasai keberadaan dan kejadian alam ghaib.
Peringkat Ketiga- “Dengar”- Kemudian dia akan mulai mendengar bunyi-bunyi yang berasal dari alam ghaib. Bunyi yang mulanya kedengaran sayup-sayup sahaja, kemudian akan meningkat kejelasannya dari masa ke masa.
Peringkat Keempat- “Nampak”- Kemudian beliau akan mula ternampak lintasan-lintasan imej di fikirannya, beransur-ansur akan mulai pandai menggunakan “penglihatan dalam” dan mulai nampak bayangan-bayangan dan bentuk, kemudian pergerakan, kemudian imej bergerak yang kurang jelas, kemudian imej bergerak yang jelas. Akhirnya imej bergerak yang jelas dan terang.


Setiap orang yang mulai kasyaf berbeza, ada yang melalui peringkat-peringkat yang telah disebutkan tadi dengan cepat, manakala ada yang lambat pula. Ada juga yang hanya mendapat sejenis kasyaf sahaja (contohnya hanya kasyaf telinga). 
Walau apa pun, ada hikmahnya dan sebab musababnya yang Allah sahaja yang tahu.


Pencahayaan Pandangan Kasyaf


Kadangkala, mereka yang menggunakan pandangan kasyaf melihat seolah pandangan mereka di “filter” oleh suatu warna. Ini adalah pencahayaan pandangan kasyaf, atau juga dikenali sebagai “backlight” imej yang dilihatnya. Ialah terbahagi kepada beberapa tahap dan warna;


1) Hitam/ Gelap: Perlu lebih lagi amalan.
2) Biru: Tahap Siti Fatimah.
3) Hijau: Tahap Rasul.


Ada satu tahap yang mesti dielakkan iaitu;


4) Merah: tahap syaitan. Perlu memperbetulkan semula niat amalan.


Kebiasaannya, kasyaf yang mempunyai “backlight’ merah adalah kasyaf bathil yang biasa digunakan oleh bomoh-bomoh. Kasyaf sebegini perlulah dielakkan penggunaannya kerana ada kehadiran jin yang membantu penglihatan kasyaf tersebut.


Melihat Jin, Boleh atau Tidak?


Barangkali anda pernah mendengar penyataan ini;


“Barangsiapa yang mendakwa dirinya mampu melihat jin, maka kami akan mengganggap syahadahnya terbatal kecuali beliau seorang Nabi”.

Ini sebenarnya adalah pendapat Imam Syafie. Akan tetapi, Imam Syafie juga adalah seorang yang kasyaf. Jadi mengapakah beliau mengeluarkan pernyataan begitu?

Ini tidak lain adalah kerana, dengan tegasnya Imam Syafie berkehendakkan para mukasyafah menjaga etika seorang kasyaf, agar “tidak mendakwa diri mampu melihat jin”. Ini adalah untuk menjaga keharmonian masyarakat umum, yang agak kurang memahami hal-hal sebegini. Pernyataan Imam Syafie itu bukanlah bermaksud, hanya seorang Nabi sahaja yang mampu melihat jin, kerana boleh jadi orang yang bukan Nabi juga boleh jadi mampu melihat jin atas pemberian Allah kepadanya.

Mari kita lihat pula satu peristiwa yang terjadi kepada Rasulullah, iaitu peristiwa Rasulullah di ganggu ifrit ketika
solat;

“semasa solat berjemaah, tiba-tiba para sahabat terkejut melihat Rasulullah membuat aksi mencekik sesuatu sambil berkata “Auzibillahi min ka” (bermaksud, “aku berlindung dengan Allah dari mu”), lalu Baginda melepaskan cengkaman tersebut. 

Selesai solat, para sahabat bertanya kepada Rasulullah apakah yang telah berlaku? Lalu Rasulullah menceritakan “ifrit (atau syaitan, ada pelbagai versi cerita ini), datang kepada ku dengan membawa obor untuk membakarku, lalu ku tangkap ia dan mencekik ia. Ingin sahaja aku mengikatnya di tiang, agar kalian dapat melihatnya dan menjadi permainan anak-anak kecil, lalu aku teringat doa saudaraku Nabi Sulaiman, lalu ku lepaskan ia”.

Kita perhatikan ayat “…agar kalian dapat melihatnya”, bermaksud Rasulullah tidak melarang kita untuk melihat jin, kerana Rasulullah tidak dapat menghalang pemberian kasyaf oleh Allah yang berkuasa memberikan apa sahaja yang dikehendakiNya kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Cuma apa perlu dijaga dan diperhatikan adalah etika seorang mukasyafah, itu sahaja.

Ps: Ramai juga di antara sahabat Rasulullah yang di izin oleh Allah untuk melihat jin, bahkan ada juga yang sehingga dapat bergelut dengan jin, menangkap jin mencuri kurma, melihat jin terbakar dek kerana Ayatul Kursi dan sebagainya.


Wednesday, April 11, 2012

Rasa Auntie DiSayangi

Rezeki datang lagi..
Anak siber facebook hantar biskut tart nenas untuk auntie
Kami tak pernah berjumpa, tapi
selalu berhubung dan berinteraksi melalui
messages di facebook..
Dah lama kami berkenalan di facebook,
dia rajin dan selalu menanya kabar auntie..

Auntie ambil gambar2 dari galeri dia
rajin sungguh dia membakar biskut
lepas balik dari kerja, memalam dia
start buat sebab nak bagi auntie biskutnya..
terharunya auntie sebab bersusah payah
dia membuat...


Cantik dan Cermat buatan nya


Berbalang2 mungkin utk kawan2 yang lain, 
mungkin untuk ibu mertua atau ibunya sendiri

Dia sampai rumah auntie pada pukul 8mlm
Uncle kata ada orang nak jumpa, dah ada depan gate
heheheheheh auntie memang selalu bagi no phone uncle
kalau ada aper2 hal, maklumlah, auntie sejak dah hilang
pendengaran memang dah jarang benar jengok hphone.
kadang2 sampai berhari2 sms baru auntie perasan.

Anyway, jumpa lah dia depan gate
Wahhhh..cantik orangnya..
Kami bersalaman, dia hulur beg kertas
yang berisi balang biskut
Auntie pelawa masuk rumah 
katanya suami nya menunggu dlm kereta
tak perlu masuk..
Auntie pula menghulurkan kad jemputan
Majlis Perkahwinan anak auntie
InshaAllah bertemu di Majlis Perkahwinan nanti
katanya..
Hahhhh..ni auntie punya

Rumah auntie memang 'hantu' biskut tart nenas
baru jer dua hari dah separuh balang jalan..hehehehehehe




Erni Shareena Azman


Ada lagi sorang yang sebenarnya anak siber auntie hantar barang2
makanan tapi belum sempat auntie ambil gambar..
orang2 dalam rumah dah ngappp..

Dia Juga selalu menanya kabar auntie melalui messages di
facebook..


Keropok2, asam2 nun jauh dari Kota Baru, Kelantan..
Kebetulan pula masa tu dia datang ke KLumpur, jadi dia ambil
kesempatan untuk berjumpa auntie.


Azah Azahar

Bertuah sungguh rasa diri ini bila disayangi oleh
anak2 siber..

N3 ni diakhiri dengan ucapan ribuan terima kasih pada
anak2 siber ku..


Moga mereka di pelihara dan dalam perlindungan Allah swt





Tuesday, April 10, 2012

Wedding

Dah ada dlm draft
Ayat2 dan Publish ajer

Wedding anak perempuan
kawan uncle sama2 masuk tentera dulu
Sekarang sama2 dah bersara awal
Dia kontractor yang berjaya
Uncle pesara sepenuh masa
Auntie kenal dia dan isteri bila ada
aper majlis tapi tak mesra sangat

Makan nasi beriani,
Daging Kicap
Kambing Ku
rma
Ayam masak merah
Dal dan papadom

Air..emmm sirap kot
dah lupa, dalam gambar pun
tak nampak sebab pakai gelas melamin
pemanis nye
cendol, rojak buah, kuih akok dan teh tarik





Dewan yang sama
dimana majlis perkahwinan anak auntie pada hujung bulan ni nanti

Mata kenyet2 sebab spec mata hilang
Nak keluar kejap..tempah satu
Ishhh..masa ni lah spec nak hilang..
duit lagi..

Majlis Pertunangan

Hujung minggu lepas
Sedara perempuan auntie talipon uncle
Minta tolong jadi spokesman untuk rombongan
pertunangan anak lelaki nya..
Uncle bersetuju dgn permintaan nya
sebab kesian, dia saorang balu,
dan tidak ada lelaki dlm family terdekat
Bila auntie ingat2 betul lah..
Ayah, abang even ipar2 laki2 semua
dah meninggal..

Tapi uncle pula pass tugas tuh pada
sepupu dia yang kebetulan berada di KL
datang dari Batu Pahat..

Uncle bukan aper..dia kadang2
orang tak biasa memang tak leh faham
apa yang dia nak katakan
sebab ada setengah2 perkataan dia tak terang
'Slurred speeches' sejak kena stroke

Pada mulanya auntie memang tak nak ikut
badan tak berapa nak sihat
Uncle minta temankan juga sebab itu adalah
sedara arwah mak auntie belah perlis
auntie telan pain killer 2 biji sebelum bergerak

So malam tuh kami mengiringi lah
rombongan tuh

Kami berjumpa di Station Minyak
untuk menanya details untuk sepupu
uncle berbincang nanti..
Biasalah, soalan2 wajib
Berapa dulang hantaran
Berapa duit hantaran sebagai persetujuan
Berapa lama tempoh
Jika ada perbalahan/putus tunang
Nak double ker atau rite off ajer

Uishhhh..bila sampai depan rumah
orang ado2 di Taman TAR, KL rupanya

Auntie memang tak dapat dengar lansung tapi
auntie nampak sepupu uncle buat intro
memperkenalkan siapa dirinya
siapa auntie dgn ibu pihak lelaki

Kita tengok gambar ajerlah yea
dan bercerita dari situ..
tapi sian uncle, bila dia jadi photog
gambar dia sendiri tak ada

Masa mula sampai, bersalaman

Dulang2 dah tersusun atas sapra
5 dulang dr lelaki dan 7 dulang dari perempuan
Yang disable duduk atas kerusi..hihihihi

Wakil  spokesman pihak lelaki

Yang berbaju batik tuh ibu dan bapa 
pihak perempuan

Auntie difahamkan, Ini rumah Opah nye..
yang berjubah hitam tu

Dulang2 hantaran

Ada terselit gambar uncle yang berbaju batik biru
(auntie ambil gambar dr fbook)

Sarung Cincin

Dengar kabar part time model

Sesi dah selesai menyarung cincin
uncle ambil dari jauh ajer



Sesi mereka snap gambar2

Dah selesai dgn bacaan doa selamat
Amin, Amin dan Amin

Makan time pulak..hihihihi
Juadah..lupa nak snap
Lontong dan lodeh
Sate dan kuah kacang
Nasi putih, sambal tempeh ikan bilis kentang
Ayam masak merah kot (tak ingat)
Air oren
Pembasuh mulut
Som2 dan kek

Sedang kami menjamu selera
Ada group muzik sampai
semua dah tua2 belaka
First time auntie hadir majlis pertunangan 
siap ada group  muzik...
tadi ada berdoa dan
Amin, Amin dan Amin
disambung pula dgn
Quando, Quando, Quando
to enjoy beyond compare..
Minyak ngan air tak campur kan?
So lets enjoy
But as for auntie I am out..
thank Allah as i am the chosen one




Sepupu uncle memang 'kaki nyanyi' dan boleh main alat musik
lepas makan jer, terus pegang mike..hihihihih
untuk pengetahuan readers auntie
sepupu uncle ni ayah kepada Maulana AF8

Auntie sedang berbual dengan ibu kpd pihak lelaki
Kami di luar perkarangan taman


Yang berbaju batik tuh exhubby Opah


Berbual2 dan bergosip2 lagi auntie..


Ada swimming pool sebelah meja auntie
Auntie kata kat sedara auntie,
Nani memang angan2 nak rumah yang ada swimming pool
sampai dah dekat nak mati, bayang swimming pool pun
tak ada dalam life nani..hihihihihi

Pak Cik2 yang tak reti nak balik..
sepupu uncle pulak lepas nyanyi satu lagu,
sambung berlagu2 dia menyanyi..dah lupa
darat..hihihihi
Auntie punya lah malu, kenapalah
kami (group lelaki) masih tak angkat kaki lagi  utk
beransur balik
Rupa2nya, mereka (antara sedara auntie dengan Opah
dah kenalan lama)

Padanlah dah tak segan duduk sampai lewat malam..
Auntie ikutkan ajerlah..walaupun rasa tak selesa
Kerana badan tak sihat, auntie minta
air suam, telan pain killer lagi 2 biji
Tunggu ajer lah mereka
'enyoy2' sampai puas


Nyanyian dari anak opah 
(yang baju kuning)

Mak perempuan bergambar semeja dgn auntie

Uncle sentiasa di sebelah auntie
Dia lansung tak join group PakCik2 tuh
Nampak mereka menghentak2 kaki ikut alunan musik..
khayal dengan santapan telinga
Entahlah, mungkin jiwa uncle dah tak ada dengan lagu2 lagi
atau mungkin kerana auntie tak sihat 
atau mungkin dia nak dengar gossip auntie dgn sedara2 auntie..
hahahahhahaa

Mereka ajak auntie duduk dalam untuk lihat tanpa dengar
Ishhhhh...nak buat aper? lihat tanpa dengar?
Kata auntie, kalau dulu, jgn kan lihat, dan dengar, mungkin
ayun2 badan lagi..ikut irama musik
(masa muda2lah)

Auntie bisik di telinga uncle, 
Nak balik, Nani dah sakit badan dan penat
nak rehat sebab dah amat jauh malam

Tak tahulah auntie group2 tuh berakhir pukul berapa?


Gambar Kano dan Selina Pasqual (tengah2)
yang melansungkan pertunangan mlm tuh
(gambar dr facebook, auntie cilok)

Moga tempuh pertunangan selama setahun dari tarikh malam tuh
berakhir di jinjang pelamin..
InshaAllah..
Tahniah kpd kedua2 ibu dan  sorang bapa.

Sunday, April 8, 2012

Antara makanan yang suka dimakan



Makanan ringan yang suka auntie makan..
California Rolls kalau jumpa mesti beli
tapi kalau sushi king punya kurenggg sedap



2 peket kacang parang rebus tuh auntie sorang jer bedal..


Kalau ke JJ mesti beli Tako Tao dan california roll
Uncle pun suka..
Auntie beli dan makan kat JJ foodcourt
Uncle order ABC


ABC bodoh..sebab tak cukup bahan..


Kerana tak cukup bahan maka auntie makan tak habis


ni n3 lama, gambar2 ni dah ada dalam draft, auntie ayat2 kat sikit publish ajerlah

Kalau anak2 bertanya mama nak aper dari JJ..
Memang california rolls dua ketui dan kacang parang sepeket
adalah pesanan auntie..hihihihihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...