THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Friday, March 30, 2012

Sifat Pemaaf


PEMAAF antara sifat luhur yang perlu ada dalam diri setiap Muslim. 
Banyak ayat al-Quran dan hadis. menekankan keutamaan sifat itu. 
Ia juga disebut sebagai sifat orang yang hampir di sisi Allah.
Allah berfirman yang bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, 
Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat 132).
Diakui bukan mudah untuk menjadi seorang pemaaf. 
Sikap negatif yang menjadi lawannya iaitu pemarah sentiasa berusaha menidakkan wujudnya sifat pemaaf.
Bayangkan apakah tindakan spontan kita jika ditipu, dihina, dikhianati, dikecewakan dan perkara lain 
yang tidak disenangi?
Sudah tentu perasaan marah akan menguasai diri dan diikuti pula dengan tindakan berbentuk lisan dan fizikal.
Kadang kala, perasaan marah juga disebabkan persaingan untuk mendapatkan sesuatu.
Dalam keadaan itu, pesaing dianggap sebagai musuh yang perlu diatasi dengan apa cara sekali pun. Punca itu boleh merebak kepada fitnah, ugutan dan tindakan fizikal secara kekerasan.
Emosi manusia mudah terpengaruh ke arah melakukan tindakan yang pada pandangan logik adalah sepatutnya.
Apatah lagi jika hasutan syaitan berjaya menguasai diri. Tindakan marah melampau dan diikuti pula dengan tindakan fizikal bukanlah jalan menyelesai masalah atau untuk menunjukkan siapa yang benar.
Jika diteruskan niat melakukan tindak balas atas kemarahan itu, mungkin ada tindakan yang mendatangkan keburukan hingga melakukan pembunuhan.
Sebagaimana yang kita dengar pelbagai kes tidak masuk akal berakhir dengan tragedi pembunuhan menyayat hati.
Sebagai makhluk yang lemah dan sentiasa melakukan kesilapan, berdoalah kepada Allah supaya hati kita sentiasa dilembutkan serta dipermudahkan untuk menghulurkan kemaafan sekali pun kita berada di pihak yang benar.
Apa yang mendukacitakan, ramai kalangan isteri atau suami, ibu atau bapa terlalu berat untuk memaafkan kesilapan pasangannya dan kesalahan anak-anak mereka.
Mereka memiliki sifat keras hati dan tidak mahu mengalah apabila berada dalam situasi genting. Malah, ada yang sanggup bersumpah untuk tidak mengampunkan dosa dan kekhilafan sekali pun diminta berkali-kali.
Sikap negatif seumpama itu jika dibiarkan berleluasa dalam keluarga hanya membawa kepada pecah-belah dan anak-anak menjadi mangsa perceraian.
Rasulullah adalah contoh terbaik kerana sifat terpuji terserlah pada diri Baginda yang tidak pernah menunjukkan rasa marah hatta jauh sekali menyimpan perasaan dendam dalam hati.
Biar pun pelbagai cara dilakukan orang kafir dan Yahudi yang mengguris perasaan Baginda.
Antara kisah paling masyhur berkenaan sifat mulia Baginda adalah diracun seorang perempuan Yahudi.
Walaupun sahabat iaitu Bisyir bin Barra meninggal dunia selepas memakan daging kambing diberikan perempuan itu.
Namun Rasulullah tetap memaafkan kesalahannya malah berdoa kepada Allah supaya diberi petunjuk dan hidayah hingga akhirnya beliau memeluk agama Islam.
Saidatina Aisyah berkata: “Rasulullah tidak pernah memukul sesiapapun, baik kepada isteri Baginda mahu pun pembantu Baginda, kecuali ketika berperang di jalan Allah. Dan Baginda tidak pernah membalas sedikit pun kepada sesiapa yang menyakiti hatinya, kecuali dalam perkara larangan Allah.”(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Anas menceritakan: “Ketika saya tengah berjalan bersama Rasulullah dan pada ketika itu baginda tengah mengenakan selimut tebal dari Najran. Seorang Arab Badwi mengetahui hal itu lalu menariknya dengan kasar sambil berkata: ‘Hai Muhammad, serahkan padaku harta Allah yang kamu miliki. Maka Rasulullah pun tersenyum dan Baginda pun memakbulkan permintaan orang itu.” (Hadis riwayat Muttafaq Alaih).
Tiada ubat paling mujarab merawat penyakit hati melainkan dengan berlapang dada, memberi kemaafan secara ikhlas dan mengembalikan ketenteraman, ketenangan serta menambahkan khusyuk ketika beribadat.
Orang yang mudah memaafkan kesalahan orang lain, yakin dan percaya bahawa setiap keterlanjuran yang berlaku adalah ujian Allah. Mereka tidak terbelenggu dengan rasa marah berpanjangan. Pemaaf adalah mereka yang mulia di dunia dan akhirat.


Thursday, March 29, 2012

Perubatan Yang Di Lalui

20/3/2012 jumpa orthopedic
huhuhuhu..tangan kanan auntie kalau dah genggam,
bila buka tangan, jari hantu tak boleh buka, melekat
tapak tangan dan jari2 auntie sentiasa kebas2

Jadi, doktor kata nak buat small operation
di jari hantu pada 9/4/2012 pukul 9 pagi..
huhuhuhu first time buat hiris menghiris,
dalam hidup..rase nyilu bila memikirkannya..

Semalam adik uncle yang sakit kena santau
nak berubat menggunakan rumah auntie sebab Ustaz tu
duduk berhampiran rumah auntie.
tak tahu pun ada ustaz yang boleh berubat

Lepas Isyak mereka sampai berdua saja
Emmm....auntie tak lah duduk kat situ
auntie adap lappy tengah tengok2 status FB
auntie hanya kerling2 ajer sekali sekala
nampak mereka berbual2..

Uncle gamit2 auntie suh duduk sebelah dia
Auntie geleng2 kepala tanda tak mahu..
auntie segan sebab tak ada perempuan
semuanya lelaki tapi uncle gamit lagi..

Auntie pun joinlah sama..
duduk2..
Ustaz tu tanya macam maner rasa badan
bila sakit..auntie pun citerlah..
Bisa2, lengoh, lesu dan kebas2..hilang pendengaran,
jalan terhoyong hayang, kepala tergeleng2
Kesemuanya sakit2 ni  dah tiga tahun
dah rasa tak tertanggung lagi badan ni
tapi selagi ada nyawa, selagi itulah auntie
teruskan amanah Allah sebagai hambanya, isteri dan ibu
Pernah cuba berubat secara traditional dan perubatan islam?
tanya ustaz tuh
Macam2 kaedah sudah dari KL sampai lah ke Johor
Utara dan Pantai Timur ajer belum sampai
Dah ribu2 duit keluar tapi hasil masih sama
Belum ada izin Allah lagi untuk pulih..kata auntie
Ada yang kata kena sampuk, ada yang kata saka

Nak citer2 sikit dalam n3 ni..


Perubatan yang auntie lalui :

  • tukar chip komputer di kepala melalui pembedahan batin

hahahahah kepala auntie sekarang ada chip baru tau. Ustaz yang buat ni kata sebab chip kepala yang lama dah rosak sebab tuh lah kepala auntie macam orang parkinson tergeleng2 dan terhangguk2.
Ustaz tuh ada 7 bradik ada di merata negeri,  bersepai2 utk berubat orang. Yang auntie dah pergi adiknya di Melaka dan Abangnya di Johor. Adik betulkan saraf dan abangnya tukar chip kepala.
Kelakar betul soalan auntie pada ustaz tuh sebelum menjalani pembedahan batin tu..
Kalau tukar chip baru..data lama ada lagi tak? takut nanti saya tak kenal suami dan anak2 selepas pembedahan..(Maklumlah chip baru, data mesti kosong kan? unless ustaz tuh upload data2 lama..hahahahaha) (bantainya dia pakai chip secondhand, mesti  data2 orang lain..mampus auntie jadi karektor entah aper2..hahahhahahah)
Ustaz tuh tak jawab hanya tersenyum..
Ishhhh...auntie serius dia boleh tersenyum..


  • Mandi 3 hari di air terjun, buang pakaian yang dipakai supaya penyakit hanyut sekali dengan arus sungai.  

Ustaz ni pula kata auntie kena sampuk dan ada juga saka..Kena mandi limau, kena mandi garam kasar, kena alin telur, kena lumur badan dengan asam jawa. Kata ustaz ni nak ubatkan auntie sampai baik, dia ikhlas nak nolong tapi dia charge uncle duit pengeras yang tinggi dari uncle. Uncle tak bagi tahu auntie masa tuh sampai lah dia menghilangkan diri tak datang2 lagi..
Auntie berubat dengan ustaz ni tahun lepas sebelum bulan puasa. Kata ustaz tuh dia nak bagi auntie dengar lagu Hari Raya Saloma. Dia tak tahu yang auntie inginkan dan merindui pendengaran  untuk mendengar AZAN bukannya lagu2..


  • Mandi dengan ramasan daun bidara

Ustaz yang ni pula kata diatas kepala auntie ada Jin. Jin  bertenggek..sebab tuh tengkok auntie sakit, pikul Jin yang dah gemuk..
Dia suruh cari daun bidara, auntie tak pernah kenal  daun tuh seumur hidup..di Melaka ada nama tempat Tanjung Bidara..adakah pokok bidara disana? jadi auntie googles kat maner nak dapat pokok dan daun bidara, macam maner rupa?
Huishhhh...result yang auntie dapat :  time Rasullulah lagi daun bidara digunakan utk perubatan utk pesakit2 sihir. Daun bidara juga dipakai ketika mandi kan mayat.
Mana auntie dapat daun bidara kat KL? Kawan auntie saorang ustazah ambil kat masjid bangsar kata nya
memang ada ditanam sebatang pokok bidara disitu, dah besar pokok tuh..jadi dia lah berikan daun2 tuh kat
auntie.
Berubatlah auntie dengan ustaz tuh..
Senang ajer perubatan nya, ramas2 daun bidara dalam air jampian nya utk 7 hari mandi

Nasihat dari ustaz tuh, Minum lah banyak2 air ZamZam. Auntie pun belilah yang ada dijual dikedainya, harga sebotol kecil rm10
Air ZamZam auntie beli berapa botol dah tak ingat tapi auntie memang suka minum air ZamZam, semua tahu kan? Zam Zam memang air mineral yang terbaik dimuka bumi ini.
Auntie tak ulang lagi jumpa ustaz selepas tuh..

  • Acupunture

Buat treatment selama 3 bulan, improved lah sikit tapi kena ulang2..so auntie dropped ajer

  • Urut Badan

Yang ni hanya untuk merilexkan urat saraf satu badan, auntie buat kat Bkt Bintang setiap bulan

  • Urut Sendi

Yang ni pula auntie buat juga masa mula2 sakit dulu, masa auntie berwheel chair selama 6 bulan, bekas cikgu dari Pahang, dia memang dah jadi sahabat kami ketika dia urut uncle kena stroke sampai uncle baik tanpa mengambil upah. Hari2 dia datang utk urut uncle. Bila dia tahu yang auntie on wheel chair dia datang membantu auntie sampai lah auntie boleh berjalan.
Perubatan dia bukan urut tapi cucuk dgn jari di setiap sendi2..memang bisa2 bila dia sentuh.

  • Perubatan Moden/Sains

Yang tinggal hanyalah perubatan moden dengan Orthopedic, ENT, pada setiap 3 bulan sekali
Physio selang seli hari pada setiap minggu, ni pun dah terhenti sekejap sebab auntie amat2 sibuk sekarang..

Jadi perubatan dengan ustaz ni auntie akan citer dilain n3..
InshaAllah





Wednesday, March 28, 2012

Berdua Saja



Tetiba malam tuh uncle ajak makan luar
Auntie tak sihat nak masak
Jadi uncle lapar ajak makan kat
mamak kedai tepi rumah auntie
Auntie kata tak nak ikut kalau pergi
kedai mamak sebab selalu nya
masakkan mereka dari pagi hingga malam
asyik perangat2 kalau kurang kuah
mereka tambah air panas, dah lah kari
cair, dah kurang kick..hihihihi
Pernah kena sayur dia basi
Kalau auntie ke mamak pun
pagi, tengahhari saja
kalau malam pun makan roti canai,
tosei dan capati jadi pilihan

Jadi auntie sarankan masakkan tomyam
panas2 dimasak dan dihidang



Uncle punya nasi goreng USA dan air teh O ice limau
Auntie punya ladna kuey teow extra sayur dan air suam



Uncle order kerang bakar
Yang sampai kerang rebus..
Boduss..


Perangai auntie suka kopek kerang banyak2 dalam sos cicah
baru makan tak terputus2..hihihihi


Wah! sekarang teringat nak makan somtam pulak..
krupp, krupp, krupp
bila kunyah kerabu betik muda..
Ishhhh...sedapnya..
Nakkkkkkkkk...Bila boleh dapat?

Citer ni citer basi
tapi makanan superb..
Di Kerisek di AU2

Siapa Punya Hadiah?

Nama cucu ku lintang pukang
hadiah dari pejabat Khairul
Ishhhhh....

Walaubagaimana pun auntie ucapkan ribuan terima kasih
pada contributors...
Tuan Faizal, Puan Wong, Melissa, Fizah, Naduah dan Afiq
Hanya Allah yang membalas budi mereka
kerana sudi juga mereka bagi hadiah
untuk hari jadi tahun pertama cucuku..




Apa dalam nya?
auntie tak tahu sebab Khairul bawak balik Melaka
Dengar kabar beg gallas..

Tuesday, March 27, 2012

Tak Rasa Malu Kalau Dah Sakit

Uncle ajak melawat adik lelakinya yang kena santau
Dan juga isterinya yang akan ke Umrah
Badan auntie tak berapa sihat ketika itu
Namun auntie gagahkan juga untuk
mengikut permintaan suami sebab uncle dah
inform adiknya yang kami akan datang
melawat malam tu..

Selepas solat maghrib, kami kerumahnya
siap isi perut dulu dirumah, tak mahu berlapar
mana lah tahu, kang kalau dah berbual berjam2
sudah tentu auntie gelisah jika kelaparan

Memang betul pun, yang dihidang
keropok, muruku dan air mineral
syukurlah sekurang2nya tekak tak kering..hihihihihi

Auntie pun tak bawa aper2 sebagai buah tangan
Uncle beritahu pun secara mengejut dah malam
Dengan keadaan auntie yang tak sihat, auntie
tidak minta uncle untuk singgah di supermarket..
untuk membeli aper2 sebagai buah tangan..
Memang rasa tak seronok tanpa buah tangan
auntie diajar  oleh parents auntie, kalau berjalan
rumah orang mesti bawa makanan...
rasa kekok bebenar bila menziarah tanpa aper2..

Sampai dirumahnya, adik uncle yang buka pintu
Isteri dan anak2nya tak de, keluar pergi makan malam
Uncle berbual2..auntie hanya banyak berzikir
mood kurang untuk berinteraksi




Memang kesian bila tengok keadaan adik uncle
yang terkena santau angin
Dah tak de rupa dia..
merah menyala dan bengkak2 kulit muka hingga ke kaki.
Tergaru2 gatal dikepala,  dan lengan
ada kala dia selak2 kain untuk garu peha dan betis
Kalau batuk pasti berdarah, Badan rasa bisa2, sejuk dan panas
hingga jari2 dia perit...kata nya

tengok secara kasar..macam beruk perangai nya
Gitu lah kehendak orang yang menyihirnya..katanya

Auntie kata dah jumpa dengan pakar kulit tak?
sebab auntie nampak macam ALLERGIES atau ENZYME
Katanya sudah..pakar kulit kata dia tak boleh kena
matahari..Ohhhhh...macam2 ujian
kalau macam tuh fikir auntie sesuai lah kalau
duduk di Iceland dan Greenland
negeri yang sejuk2 melampau..tapi tak juga
sebab dia tutup aircond malam tuh..
katanya sejuk pun dia terasa menyucuk2 sampai tulang..
Aduhhhhh...memang pelik lah

Tidur pun tak lena kata nya..
gatal dan bisa melampau
hingga doktor bekalkan ubat tidur..

Maaf auntie ada gambar dia dengan uncle
yang diambil malam tuh
tapi auntie tidak mahu masukkan dalam ni
tak sampai hati nak letak sini sebab bukan
macam muka dia..huhuhuhuhu

Mentara unlce berbual dgn adiknya tuh
Dua orang kakak2 uncle sampai dari Melaka
kereta dipandu oleh Fitri anak kakak uncle
yang kedua..


Kiri kakak sulung 
Kanan kakak kedua uncle

Isteri dan anak2 adik uncle balik dari makan malam,
Bila adik bradik bertemu mereka berbual2 rancak
dan auntie minta kebenaran nak baring
badan dah tak tahan sakit sangat2 dah..
Jadi auntie pun baring lah kat depan tv mereka
walaupun tv terpasang, tak de hal sebab pendengaran
auntie tetap sunyi sepi ajer..so lelaplah auntie kat situ

Terlampau sakit sekejap bangun sekejap baring
memang tak tentu rasa..ada kala auntie memanggil2
uncle untuk picit2 badan sampai terlelap balik


Auntie tak sedar yang auntie tidur sambil duduk..
nakal betul uncle, ambil gambar masa nih

Auntie terjaga dari tidur terus ambil tasbih dan zikir 
memang tasbih selalu disisi auntie
uncle selalu menasihati auntie supaya pakai jari ajer tapi
auntie masih suka pakai tasbih..entah mengapa?
memang itulah amalan auntie..
Ya Rahman, Ya Rahim
Permudahkanlah Perjalanan Ku Dunia Akhirat


Muka Blurr baru bangun tidur

Bila terjaga auntie menangis minta nak balik sebab dah lewat malam
Dah pukul 1 pagi dan perut terasa lapar sangat2..

Balik auntie minta uncle singgah kedai mamak, 
pekena capati sekeping dan air suam
Uncle kata kat auntie masa makan malam tuh..

Kakak I kata pada I..
Terbalik pulak
patut isteri jaga suami
tapi ni tidak, suami pula jaga isteri

Mashaallah..
Pertikai Ketentuan Allah ker? kata auntie pada uncle
Auntie tak bertanya kakak yang mana kata begitu
Dan juga auntie tak simpan/ambil hati
Cuma nak rakamkan saja disini
supaya dapat kita iktibarkan bersama

Walaubagaimana pun auntie bahagia
dan bersyukur pada ilahi
sebab suami auntie amat2 menyayangi auntie
dengan belaian kasih dan sayang yang tak terhingga
tanpa jemu..
sebab uncle saja yang tahu
semasa ia sakit kronik selama 3 tahun 
semasa dia stroke 2 kali, semasa dia menjalani 
pembedahan jantung..
memang bertahun2 auntie bersama2 nya bertahan

auntie bersabar menempuh ujian2 ketika itu
kamilah sekeluarga yang menjaga uncle
bergilir2..tiada siapa yang lain

Jadi jangan lah sekali2 mempersoalkan nya..
Hidup sebagai suami isteri 
dimana bahagianya?
bila sama2  menempuh ujian Allah swt,
Sakit, Kewangan, Perempuan, Jejaka, anak2 dan
macam2 lagi..

Auntie tempuh semua itu..
Yang tinggal hanyalah KEMATIAN
Siapa dulu?
Isteri atau Suami?

Allahu Akbar..hanya kau yang Maha Mengetahui

Monday, March 26, 2012

Kena Hati2 Bila Pilih Warna

Pagi tadi minum teh tarik dan cream crakers 3 keping
Pukul 9.30 pagi lapar lagi..
Jenguk peti sejuk ada lebihan sambal sardin
potong kentang dadu2kan dan rebus
bila empuk auntie masukkan dalam sambal sardin
Kulit puff brand kawan ku dah berbulan2 beli
tapi tak teringin nak buat aper2..
so tadi auntie kepit jer inti sambal sardin+kentang
sapu telur kuning, masuk dalam oven
Siap dlm 10 minit

Ohhhh...makan sekeping ajer
kenyang sudah


Badan auntie kurang sihat
Demam, selsema, bisa2 badan dari
hujung rambut hinggalah hujung kaki..
Sakitttttt....dah masuk dua minggu
kejap okay kejap datang balik..huhuhuhu
benar lah kata orang2 tua dulu2
kalau baring lebih2 pun badan akan lesu..
Gitu lah auntie rase sekarang
sakit dibawa baring.. bertambah lesu bila bangun
nak buat kerja tak terdaya rasa nya
tapi apa kan daya? Kena juga bertahan
kerja2 routine tetap kena buat
basuh baju, jemur baju dan iron baju
bila lapar masak, bukan untuk diri sendiri sahaja
tapi untuk suami dan juga anak2..
bilakah tugas isteri dan ibu berakhir?
Rasanya bila tutup mata adalah jawapan nya

Auntie tetap bersyukur sebab masih boleh
membuat kerja2 ringan..moga Allah swt
kekalkan kekuatan tenaga dan semangat auntie
Tidak mahu terlantar dikatil..
Jauhilah keadaan begitu
sebab tidak mahu menyusahkan orang2
yang dikasihi dengan beban 'membela' auntie

Seminggu sudah
Kami agak sibuk berulang alik ke rumah
arwah mak sebab renovation works dah habis
nak kena periksa apa yang siap dan apa lagi
yang perlu di perbetulkan lagi,
dah tuh nak buat pembayaran terakhir..
macam pahat dengan pemukul
suh buat satu, satu dia buat

kata auntie maner yang ada hairline cracks di
dinding tolong tampal dengan white simen
emmm...ada yang dibuat ada yang dia tak buat,
auntie kena jerit jugak baru dia faham,
Ishhhh...bodoh betul

Uncle tak mahu berkomunikasi dgn mamat indon tu
Yang si pekak juga kena jerit2, jeling2..huhuhuhuhu

Accessories bilik air yang dibeli di Ikea
oleh anak auntie spt tempat letak sabun tiga tingkat
cermin muka, dan penyidai tuala.
Tak tahulah, mereka ni pergi sekolah ke tidak..
boleh mereka pasang terbalik?
Ada gambar kat kotak tu, ikut ajer lah..
Ishhhh...nasib lah boleh pakai lubang yang dah ditebuk
kalau tak memanglah hodoh..

Penyangkut tuh sepatut nya kebawah

Dah di perbetulnya semalam
uncle dah bagi duit pembayaran akhir tapi uncle
tahan Rm 500 utk 3 bulan kalau2 ada kebocoran
bila musim hujan nanti. Dan dia setuju dan faham..
Alhamdulillah..

Dah 3 hari Peeja, Khairul dan tunangnya mengecat siling
Khairul, PG tolong mulai malam ni nanti sbb weekend
Khairul balik Melaka.
Memang sebuah rumah perlu di cat
dr siling, dinding, bingkai pintu dan pintu2..


Auntie dera mereka buat sendiri
sebab duit dah belasan ribu keluar buat reno
Nak mengecat pun ribuan ribu juga
so buatlah sendiri..hahahahahaha
entahlah brapa hari mereka nak ngadap
kerja2 mengecat tuh..hahahahaha


Wah..Peeja pilih cat putih utk bingkai pintu
dan daun pintu
Dinding dapur wet and dry -  putih
Auntie agreed with white

Dinding living, dining dan bilik2 - Olive green
Ishhh...auntie suruh basic colours beige tapi
dia buat muka dan berkata.

mama ni kaki kontrol betul
suka peejalah nak colour aper..
peeja yang nak duduk

Aah, suka kau lah..jgn besok2
silap pilih, di katalog nampak cantik
bila disapu didinding jadi warna
tah aper2..hati2
cat bukan murah..
mama biasa jual cat masa kerja dulu
mama tahulah..

Selamat menyudahkan kerja2 mengecat
anak2..
mama dan  papa dah beralih untuk
kerja2 majlis perkahwinan pula..














Friday, March 23, 2012

** SABAR ITU PERLU SETIAP MASA **



Salam Jumaat pembaca sekalian..
Yang menunggu hari Jumaat untuk n3 auntie, saperti biasa auntie sedut dari email yang ada dlm simpanan auntie..
Selamat Membaca..

*********************************************************************

Sabar... satu perkataan ringkas yang memberi impak yang besar pada diri manusia. Sifat sabar ini berjaya 'memandu' tindakan manusia dalam kehidupan seharian. Adanya sifat sabar ini membolehkan ramai manusia hidup dalam keadaan aman damai seperti sekarang.
Dengan sifat sabar ini, seorang guru mampu terus menjadi seorang guru walaupun berhadapan dengan ragam pelajar yang bermacam-macam karenah.
Dengan sifat sabar ini, seorang ibu mampu membesarkan anak-anak yang ramai walaupun ketika kecil, anak-anak biasanya sangat nakal dan tidak mendengar kata kerana mereka masih tidak mengerti kata-kata ibunya.
Dengan sifat sabar ini, hubungan persahabatan terus berkekalan walaupun kadang-kadang dalam bersahabat, kita selalu diuji dengan sikap rakan yang mengundang rasa kecil hati.
Dengan sifat sabar ini, ramai manusia telah berjaya menjadi orang hebat kerana berjaya melalui pelbagai kesusahan ketika menuntut ilmu.
Dengan sifat sabar ini juga, suami dan isteri terus bahagia menjalani kehidupan walaupun setiap pasangan biasanya akan diuji sepanjang berada di alam rumah tangga. Kata orang, 'sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'.
 Cuba kita bayangkan situasi dimana sifat sabar ini sudah tidak ada langsung dalam diri manusia, walaupun sekelumit.
Tanpa sifat sabar, bilangan guru akan berkurang kerana ramai orang yang tidak sanggup lagi menjadi guru untuk melayan karenah pelajar yang kadang-kadang mengundang rasa marah dan sedih di hati.
Tanpa sifat sabar, anak-anak kecil akan membesar dalam keadaan yang tegang tanpa kasih sayang kerana tidak ada lagi sifat sabar dalam diri ibu bapa dalam sepanjang membesarkan anak-anak kecil yang masih tidak mengerti.
Tanpa sifat sabar, hubungan persahabatan tidak lagi seindah yang dirasakan sekarang kerana setiap orang tidak dapat bersabar lagi dengan sikap rakan masing-masing dan tiada lagi sifat sabar dalam diri yang mendidik hati berlapang dada dan saling memaafkan.
Tanpa sifat sabar, tiada lagi lahirnya orang-orang hebat kerana semua orang tidak sanggup menghadapi kesukaran ketika belajar dan berputus asa saat-saat diuji dengan kesukaran.
Tanpa sifat sabar, alam rumah tangga tidak akan bertahan lama kerana tiada lagi sifat sabar dalam diri pasangan masing-masing untuk bertolak ansur antara satu sama lain.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya. (Surah Al-Ma'aarij:ayat 5)
Ya, saya suka ayat ini. Ketika sedang menahan marah dan menahan sedih, ayat ini benar-benar memberi motivasi kepada saya. Bagaimana Allah memerintahkan kita untuk bersabar, malah bersabar dengan kesabaran yang baik.
Sememangnya dirasakan sabar ini merupakan sesuatu yang sangat perit sehingga kadang-kadang hati kita mengeluh.
Asyik sabar je, penat dah sabar ni!"
Kita tidak perlu fikirkan lagi, mengapa kita bersabar dan berapa kali kita bersabar dalam hidup ini kerana saya ingin mengajak anda melihat apa yang dapat kita peroleh dari sifat sabar ini.
Apabila kita bersabar, kita sebenarnya dianugerahkan satu rasa yang tidak semua orang mampu merasainya, iaitu rasa ketenangan. Ketenangan ini bukan semua orang mampu merasainya melainkan orang-orang yang menjalani kehidupan mengikut apa yang Islam anjurkan.  Percayalah dengan sifat sabar ini, dalam keadaan tidak sedar kita telah menyelamatkan banyak hubungan persahabatan daripada terputus, dengan sifat sabar ini kita boleh hidup aman damai seperti sekarang, dengan sifat sabar ini kita menjadi dewasa sehingga kini. Lihatlah betapa besarnya impak sabar untuk menjadi kehidupan harmoni.
 Untuk anda yang sedang diuji, dalam hati ini hanya ada dua pilihan, sama ada nafsu ataupun iman. Jika menang nafsu, maka kalahlah iman, jika menang iman maka musnahlah nafsu.Kita yang perlu menilai dan memilih. Apabila diuji, kita mahu memilih nafsu untuk terus marah, atau kita memilih pilihan yang paling tepat iaitu iman dan sabar. Lihat pada impaknya, jika kita memilih untuk marah, hati kita akan dikuasai rasa marah yang menghilangkan rasa tenang, malah boleh jadi kita bertindak diluar batas fikiran kita yang akhirnya memberi kesan negatif pada kehidupan kita ketika itu. Namun, jika kita memilih untuk bersabar, insyaAllah kita diberi ketenangan untuk membantu kita mengambil tindakan yang tidak memburukkan lagi keadaan.

Saya bagi satu contoh yang mudah. Ditakdirkan anda terpaksa menjalani kehidupan dengan seorang rakan yang sangat pentingkan diri sendiri. Setiap tindakannya pasti memberi kebaikan pada dirinya dan kita sentiasa menjadi mangsanya. Setiap perbuatan dan kata-katanya sentiasa membuat kita berkecil hati. Disini, anda hanya ada dua pilihan, memilih untuk terus bersabar dan bertahan sepanjang anda menjalani kehidupan dengannya, atau anda memilih untuk bermasam muka dengannya akibat sakit hati yang menguasai diri. Jika anda memilih untuk bersabar, anda mampu menjaga keharmonian persahabatan dengannya, namun jika anda memilih untuk bermasam muka, pastinya memberi kesan yang tidak baik dalam hubungan persahabatan itu sendiri.
Namun sahabat, perlulah kita ingat bahawa kita ini manusia, kita bukan malaikat untuk terus menjadi sempurna di mata orang lain. Sabar manusia itu ada juga batasnya dan kadang-kadang orang yang paling banyak bersabar, sekali dia 'meletup' huru-hara jadinya. Oleh itu, perlunya fungsi kita meletakkan diri kita ditempat orang lain. Malah jika kita jenis yang pentingkan diri sekalipun, sebelum bertindak, kita perlu berfikir bagaimana rasanya jika kita berada ditempat orang yang teraniaya itu.
Sebelum kita bunuh orang, cuba kita bayangkan diri kita menjadi orang yang dibunuh itu.
Sebelum kita melemparkan kata-kata yang mampu mengguris hati orang lain, cuba bayangkan diri kita yang dilemparkan kata-kata itu.
Jika kita mampu meletakkan diri kita ditempat orang lain, saya yakin manusia tidak akan menzalimi sesama manusia lagi.
 Sabar itu bukan perlu pada waktu-waktu tertentu sahaja, tetapi ia perlu setiap masa dan dimana jua kerana hidup kita tidak pernah lari dari diuji dengan pelbagai jenis dan bentuk ujian. Teruskan langkah dalam kehidupan ini tanpa menoleh ke belakang lagi, kerana di depan sana ada syurga menanti kita. Cubalah memahami untuk diri kita difahami, cubalah bertolak-ansur, supaya orang lain juga mudah bertolak ansur dengan kita. Janganlah sentiasa mencari salah orang lain, supaya orang lain tidak mencari salah kita.  Nasihat ini untuk diri saya sendiri, dan juga untuk kamu wahai sahabat.



Wednesday, March 21, 2012

SEMUA DITENTUKAN ALLAH ADALAH BAIK

Citer sedutan dari email yang auntie terima..
Saja2 nak share citer ni dengan readers auntie..
Mudah2an kita faham akan apa yang tersirat
dalam segala ujian dari Allah untuk diri kita

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ini adalah petikan dari buku "Bila Allah menduga kita" karya Syed Alwi Alatas...
mari kita sama-sama merenung sejenak...

Ibnu Taimiyyah bercerita tentang seorang menteri yang selalu menjawab ‘baik’ setiap kali ditanya pendapatnya tentang sesuatu. Suatu hari menteri ini menghadiri acara makan malam bersama Raja. Ketika sedang memotong buah, Raja dengan tidak sengaja telah mencederakan jari telunjuknya sendiri. Pisau yang dia gunakan untuk memotong buah telah menyebabkan jari telunjuknya terpotong dan merasa kesakitan. Raja pun bertanya bertanya kepada menteri yang duduk di sebelahnya tentang kejadian yang baru saja dialaminya.

“Baik wahai Raja” jawab menteri itu tanpa keraguan.
“Apa? Kamu katakan ini baik?” Raja terperanjat dengan jawapan itu.
“Ya wahai Raja. Itu baik.” 

Raja sangat marah dengan jawapan itu. Mana mungkin jarinya yang luka parah seperti itu dianggap menterinya sebagai hal yang baik? Maka dia pun memerintahkan menteri itu ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Kemudian Raja mengunjungi menterinya di penjara dan bertanya padanya, “Sekarang, apa pendapatmu tentang keadaanmu sendiri, masih mahu berada di dalam penjara seperti ini?”

“Baik wahai Raja” jawab menteri itu tanpa ragu-ragu.

Mendengar jawapan itu, Raja menjadi semakin marah dan segera meninggalkannya dan segera meninggalkan menterinya sendirian di dalam penjara. Dia merasa menterinya itu sangat bodoh dan keterlaluan dalam memberikan pendapat. Beberapa hari kemudian, Raja pergi berburu di dalam hutan dan ditemani menterinya yang lain kerana menteri yang biasa menemaninya telah dipenjarakan. Mereka pun berangkat dengan kuda menuju ke hutan. Oleh kerana menteri yang baru tidak biasa dengan cara Raja menunggang kuda, akhirya dia tertinggal jauh di belakang. Mereka terpisah dan Raja sendiri akhirnya sesat di dalam hutan. Bukan hanya tersesat, raja juga ditangkap oleh sekumpulan penyembah berhala yang tinggal di dalam hutan tersebut.

Raja tersebut ditahan oleh para penyembah berhala dan mereka menetapkan Raja sebagai korban untuk berhala mereka. Mereka melakukan upacara selama tujuh hari dan pada hari ketujuh mereka membawa Raja ke tempat persembahan. Saat Raja sudah siap untuk dikorbankan, mereka melihat jari telunjuk raja terpotong, lalu mereka ragu untuk mengorbankan Raja.

“Kita hanya mempersembahkan yang terbaik dan sempurna pada berhala kita” kata ketua suku yang memimpin upacara tersebut. “Orang ini jari telunjuknya terpotong, jadi dia tidak layak menjadi korban”. Dengan itu, mereka melepaskan Raja tersebut dan beliau kembali ke kerajaannya dengan perasaan yang gembira. Selang beberapa hari peristiwa itu, Raja teringat akan kata-kata menterinya yang telah membuatnya marah ketika jarinya terpotong.



Dia segera ke penjara dan berkata kepada menteri itu, “Apa yang kamu katakan waktu jari saya terpotong memang betul. Itu memang hal yang baik”. Lalu dia pun menceritakan apa yang dialaminya hingga dia akhirnya selamat dari ancaman kematian. Menteri itu berkata, “Saya berada di dalam penjara ini juga baik kerana jika saya pergi dengan Raja pada hari itu, saya juga pasti turut tertangkap. Tentu saya akan dijadikan korban kerana anggota tubuh saya lengkap dan tidak ada yang cacat”.

Maka Ibnu Taimiyyah menutup cerita ini dengan mengatakan, “Semua yang ditetapkan oleh Allah adalah baik" 




Bermakan2 Sambil Bermesra

Ramai tak ada di rumah malam tuh
Yang ada hanya Khairul dan Zeity

Jom makan malam diluar kata auntie pd uncle
Uncle boleh saja..hihihihihi

Baru nak menateh blaja alam rumahtangga

Zara Sofea tak reti duduk diam


Pandai duduk diam dlm kerusi baby

Dah pandai tenong makanan daddy 
(Laksa Asam)

Auntie tanya sedap ker Zara? Nak ker Zara?
Dia sentil kan lidah dia sambil gerakkan kiri kanan
tanda sedap..Huishhhh dah pandai dia..
Tak caya klik besar gambar

Uncle makan chicken chop
Zeity pun sama macam uncle punya
Auntie mee hoon goreng tomyam
auntie makan separuh..pass over kat Khairul
bukan tak sedap..nak diet konon
tapi setakat 20 hari dah berlalu
rase badan dah ringan tapi badan masih tombam
belum ada aper2 perubahan..hihihihi

Orang buta, Orang Pakistan singgah meja
Orang buta hulur tangan tanda nak duit
Yang tak buta hulur tissue
Dua2 pakai cantik, tudung bawal

Orang Pakistan jual barang2 kecil2..
Auntie nengok suka..
tawar
dan beli..

Jap ni nak ambil gambar apa yang auntie beli
pada malam tuh
Kamera tak de uncle pinjam
bawa ke mahkamah pagi ni
Kes besar tuh..
berjumpa kawan2 lama dier seramai 400 orang
tapi tak kesemua hadir
ada juga yang dah meninggal..
ada yang sakit
ada yang duduk pendalaman

Nanti2 auntie citer kes besar ni..hihihihi





Friday, March 16, 2012

Cari Door Gifts

Semalam gi Jalan Chow Kit lagi,
Nak gi cari door gifts..
Bila dah sampai kesitu
Jalanlah sepanjang2 Jalan Raja Bot
Tak beli pun, sajer2 nak tengok rege
At the end beli buah2an dan kropok malinjo
Kenal tak kropok malinjo?

Kropok ini dari buah malinjo
Orang Msia sebut buah belinjau
Kena rebus dulu dah tuh di ketuk2 dan di jemur
Imformasi dari googles..
entah betul atau tidak..
Wallahualam..

Buah Belinjau Muda - Mr Googles 

Rupa dah di goreng  (Mr gooles)

Dalam rumah auntie hanya auntie dan Noy jer suka
Yang lain2 kata kropok pahit

Sedap lemak dan pahit sikit sikit jer pada tekak auntie
Auntie beli setengah kilo ajer
RM 8 hinggit..

Nanti2 nak beli kropok lain2
macam2 kropok ada kat situ..

Awal-Awal Agama Mengenal Allah

Rasulullah SAW berjuang selama tiga belas tahun di Makkah. Itulah masa Rasulullah berdakwah dan mengumpul pengikut-pengikutnya. Mula-mula secara sembunyi-sembunyi dan kemudian secara terang-terangan. Dalam masa tiga belas tahun itu, Rasulullah hanya `membawa Tuhan` kepada para Sahabat dan memperkenalkan para Sahabat kepada Tuhan.

Dalam majlis yang rasmi atau tidak rasmi, dalam majlis keramaian, apabila berjalan-jalan dengan para Sahabat, malahan pada setiap masa dan ketika Rasulullah menceritakan tentang Allah dan hari Akhirat. Tentang kebesaran, kesucian dan kekuasaan-Nya. Tentang kasih sayang, keampunan dan belas ihsan-Nya. Tentang kuasa dan iradah-Nya dan tentang segala-gala sifat yang ada pada Tuhan.

Segala sifat-sifat Allah itu sangat-sangat dihayati oleh para Sahabat hingga mereka menjadi cukup kenal dengan Tuhan. Bukan setakat tahu, tetapi cukup kenal. Mereka menjadi orang-orang yang arifbillah. Hati-hati mereka cukup hampir dengan Tuhan, cukup sensitif dan peka dengan Tuhan. Mereka cukup terangsang dengan kebesaran dan keagungan Tuhan.

Akhirnya jadilah para Sahabat, orang-orang yang sangat cinta dan takut kepada Tuhan. Dalam hidup mereka, Allahlah yang menjadi perkara utama. Allahlah yang bertakhta di hati-hati mereka. Ramai di kalangan Sahabat yang menjadi mabuk dengan Tuhan kerana terlalu sangat takut dan rindunya. Perasaan mabuk, takut dan cinta ini sangat kuat dan mendalam hingga adakalanya hati-hati para Sahabat tidak dapat menanggung bebannya. Ada Sahabat yang terus mati kerana mengingatkan kebesaran Allah. Ada yang mati apabila ada orang menyebut nama Allah. Manakala yang jatuh pengsan dan tidak sedarkan diri lebih ramai lagi. 

Bila disebut nama Allah, gementar hati-hati mereka. Namun dengan hati yang begitu mabuk dan rindu pada Tuhan, mereka tidak mempunyai jalan atau cara untuk melepaskan perasaan mereka. Mereka tidak ada cara untuk berhubung atau berinteraksi dengan Tuhan. Maka terpaksalah mereka menanggung dan memendam rasa mabuk dan rindu itu. Mereka seolah-olah orang yang begitu dahaga tetapi tidak mendapat air untuk diminum.

Mereka seperti orang yang tersangat lapar tetapi tidak ada apa untuk dimakan. Mereka seperti orang yang sangat rindukan Kekasih Agungnya tetapi tidak dapat bersua dan bertemu untuk memuji-muji dan meluahkan segala perasaan yang terpendam dan terbuku di hati. Allah biarkan sahaja mereka jadi begitu.

Hanya pada tahun yang kesebelas, baru berlaku peristiwa Israk Mikraj. Jadi, hanya pada tahun kesebelas baru datang perintah solat. Itulah satu hadiah yang tersangat besar yang Allah kurniakan kepada para Sahabat supaya mereka dapat berinteraksi dan berhubung dengan-Nya. Supaya mereka dapat melepaskan segala perasaan rindu dan dendam yang selama ini mereka tanggung. Supaya mereka dapat mengadu, berbicara, berbisik-bisik dan meminta-minta kepada Tuhan. Supaya mereka dapat meluahkan segala isi hati mereka dan bermanja-manja dengan Tuhan.

Sungguh solat itu satu kurniaan yang amat besar bagi para Sahabat. Ia ibarat air di kala dahaga. Ia ibarat makanan di kala lapar. Ia ibarat pertemuan dengan kekasih yang sangat dirindukan. Solat menjadi buah hati Rasulullah dan para Sahabat. Solat adalah kerehatan mereka. Rasulullah SAW pernah bersabda: "Sembahyang adalah penyejuk mataku." Baginda juga pernah menyuruh Sayidina Bilal r.a. untuk azan dengan berkata: "Wahai Bilal, berilah kerehatan kepada kita semua!"

Demikianlah kedudukan solat di hati Rasul dan para Sahabat. Tidak hairanlah mereka tenggelam di dalam solat. Mereka `mikraj` di dalam solat. Tidak hairan juga, ketika solat, mereka lupa tentang dunia ini dan segala isinya sama ada yang berupa nikmat mahupun kesusahan dunia. Mereka asyik dan masyuk dengan Tuhan dalam solat.

Sayidina Ali k.w. lantaran khusyuknya di dalam solat, tidak terasa apa-apa ketika dicabut anak panah dari betisnya. Solat mereka yang sebeginilah yang telah menjadikan mereka peribadi-peribadi agung. Agung keimanan mereka. Agung keyakinan mereka dan agung akhlak mereka. Allah kurniakan kepada mereka 3/4 dunia dan semua bangsa bernaung di bawah kekuasaan mereka. 

Mereka membawa kedamaian dan keselamatan. Mereka penuhi dunia ini dengan keadilan dan kebahagiaan. Di sini kita sungguh-sungguh dapat melihat pendidikan Rasulullah, awaludin makrifatullah. Awal-awal agama mengenal Allah. Para Sahabat dikenalkan kepada Allah hingga mereka menjadi orang-orang yang arifbillah, iaitu orang-orang yang sangat takut, cinta dan rindu kepada Allah dan orang-orang yang mabuk dengan Allah. Dalam keadaan begitulah baru mereka diperintah bersolat dan menegakkan syariat Allah yang mana keseluruhan perintah syariat itu diturunkan di Madinah itu hanya memakan masa 10 tahun, berbanding memperkenalkan Tuhan selama 13 tahun di Makkah.

Orang-orang yang menegakkan syariat Allah di Madinah itu sebenarnya ialah orang-orang yang takut, cinta dan mabuk dengan Tuhan. Orang-orang yang arifbillah. Hanya orang-orang seperti ini sahaja yang mampu menegakkan syariat Allah. Yang mampu memperjuangkan agama Allah. Yang mampu berkorban ke jalan Allah. Itulah kelemahan umat Islam hari ini. Setakat tahu tentang Tuhan. Setakat ada ilmu tentang Tuhan. Setakat alimbillah. Tuhan masih di akal, belum di hati. Belum ada rasa bertuhan. Belum ada rasa kehambaan. Jauh sekali rasa takut rindu dan cinta pada Tuhan. Lebih-lebih lagi belum mabuk dengan Tuhan.

Dalam pada itu, mereka disogok dengan solat dan syariat. Disuruh dirikan solat. Disuruh tegakkan syariat. Diperkenalkan hukum hudud dan sebagainya. Orang yang belum kenal Tuhan dan orang yang tidak ada rasa takut dan cinta pada Tuhan, tidak akan mampu mendirikan solat dan menegakkan syariat. Kalau pun mereka berbuat, ia secara terpaksa. Buat kerja secara terpaksa memang pahit, sakit dan perit.

Sukar untuk istiqomah. Kenapa tidak dibawa Tuhan kepada mereka? Kenapa tidak perkenalkan Tuhan kepada mereka? Kalau manusia betul-betul kenal Tuhan, mereka tidak akan dapat mengelak diri dari jatuh cinta dan rindu kepada-Nya. Mereka tidak akan dapat mengelak diri dari mahu berbakti kepada-Nya untuk merebut cinta dan kasih sayang-Nya.

Bagaimana boleh kita tidak sayang dan tidak jatuh hati kepada Allah yang begitu berbakti, begitu menjaga, begitu mengawasi dan memenuhi segala kehendak dan keperluan kita. Yang penuh kasih dan belas kasihan kepada kita. Yang menyayangi kita lebih dari ibu kita sendiri. Yang menjaga kita siang dan malam tanpa rehat dan tanpa tidur. Yang tidak pernah melupakan kita. 

Marilah kita kembalikan manusia kepada Tuhan. Marilah kita perkenalkan Tuhan itu kepada manusia supaya manusia kenal akan Tuhan. Kerana awal-awal agama mengenal Tuhan. Selagi kita belum kenal Tuhan, selagi itu kita belum mampu untuk beragama atau untuk menegakkan agama. Mengenal Tuhan itu tidak cukup sekadar tahu tentang Tuhan atau tahu tentang sifat-sifat Tuhan secara ilmunya, tetapi ialah merasakannya di hati.

Hati rasa bertuhan, hati merasa Tuhan sentiasa melihat, hati merasa Tuhan itu Maha Mendengar, hati merasakan Tuhan itu berkuasa berbuat apa saja kepada makhluk-Nya, hati merasakan Tuhan itu pengasih dan penyayang yang sentiasa mencurahkan rezeki kepada makhluk-Nya. Setelah hati ada rasa bertuhan, secara automatik hati akan dipenuhi rasa kehambaan, iaitu rasa lemah, rasa berdosa, rasa bergantung kepada-Nya. Hati rasa takut dan cinta dengan Tuhan sepertimana yang dirasakan oleh para Sahabat yang dididik oleh Rasulullah lebih 1400 tahun dahulu. 






Taubat.

Setiap manusia wajib bertaubat, samada mereka sedar mereka telah melakukan dosa atau mereka yakin mereka tidak melakukan dosa. Kerana pada hakikatnya setiap manusia melakukan dosa tanpa disedari, kecuali Rasul-rasul  dan Nabi-nabi mendapat pemeliharaan Allah Ta'ala.

Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bersabda:

“Setiap anak Adam (manusia) mempunyai salah (dosa), dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah mereka yang bertaubat.” [HR. at-Tirmidzi dan Ibnu Majah]


Taubat bagi dosa-dosa yang dikerjakan dengan sengaja adalah berbeza dengan taubat yang dilakukan atas perkara-perkara yang tidak disedari atau disebabkan kelalaian.

PERKARA2 YANG WAJIB TAUBAT PADANYA

1. Maksiat zahir/dosa2 disebabkan anggota zahir – seperti meninggalkan solat, puasa, zakat , tidak mencegah kemungkaran, derhaka kepada ibubapa, berzina, membunuh, berkata dusta, mengumpat, memfitnah, menzalimi mkhluk Allah dan banyak lagi.



2. Maksiat Batin /dosa2 yang disebabkan oleh gerak hati – seperti ria’ dalam amal, ujub, takabbur, jahat sangka kepada Allah, jahat sangka sesama manusia dan lain-lainnya yang tersebut didalam kitab Tasawwuf.


SYARAT2 DAN ADAB BERTAUBAT

1. Segera menghentikan maksiat/perlakuan dosa tersebut. .

2. Menyesal dengan penyesalan yang benar atas maksiat/dosa2nya.

3. Berazam sungguh2 untuk tidak mengulangi lagi perlakuan maksiat tersebut selamanya

4. Jika dosa2 tersebut dengan haq Tuhannya maka wajib menggantikan segala yang tertinggal. Umpamanya tertinggal solat, puasa dll.

5. Jika dosanya sesama manusia selain mohon keampunan Allah wajib pula mengembalikan haknya. Maksudnya adalah :

i) Jika pernah menzalimi, memfitnah, mencaci, menyakiti, menuduh tanpa hak, mengumpat dll maka wajib berjumpa dan memohon maaf daripadanya.

ii) Jika pernah mengambil harta tanpa hak, maka wajib dikembalikan atau diganti dengan yang sama atau di minta halal.

6. Ikhlas. Taubat yang mempunyai maksud kepentingan duniawi tidak diterima.

7. Taubat dilakukan pada masa diterima-nya taubat. Masa diterimanya taubat adalah:
I) Sebelum saat sakaratul maut (sebelum nyawa sampai halkum).
Ii)Sebelum Matahari terbit dari barat (tanda besar Qiamat).



DOSA2 YANG TIDAK DISEDARI

Seseorang wajib bertaubat atas semua dosa2 yang dilakukan dengan penuh kesedaran, samada dosa kecil ataupun dosa besar. Disamping itu ada lagi dosa2 yang kita lakukan secara tidak sedar, atau disebabkan kelalaian.

Diantara dosa2 yang tidak disedari adalah :

1. Tidak berzikir kepada Allah/ lalai dari mengingati Allah.

2. Tidak mensyukuri ni'mat Allah.

3. Tidak menunaikan hak manusia.

Dan banyak lagi yang berlalu tanpa disedari. Dengan demikian wajib bertaubat berterusan walaupun kita merasakan kita tak berbuat dosa. Pada hakikatnya kita sentiasa dalam dosa tanpa disedari.

CARA-CARA MELAKUKAN TAUBAT INI

1. Lazimkan Solat Taubat
2. Membaca Istighfar berulang2 dan banyak2 umpamanya 100 kali tau lebih.
3. Lazimkan Sujud taubat.



TANDA2 TAUBAT DITERIMA

Sesungguhnya adalah hak mutlak Allah Ta’ala samada mengampuni atau tidak hamba2Nya. Walau bagaimanana pun, Jika seseorang melakukan taubat dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan dengan menitiskan air mata penyesalan, maka sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dosa2 hambaNya walau sebesar dosa sekalipun.

Seseorang yang telah bertaubat sungguh2 akan merasai dalam dirinya beberapa tanda taubatnya diterima. Tanda2 ini kebanyakannnya dirasai oleh hati dan ada juga tanda2 zahir yang dapat diperhatikan :

1. Hatinya akan merasai ketenangan dan kelapangan yang tidak dirasai sebelumnya. Kerana seseorang yang bertaubat dengan taubat Nasuha, adalah seperti seorang yang tidak berdosa. Hatinya telah disucikan oleh Allah Ta’ala. Maka yang tinggal dalam hatinya adalah cahaya keimanannya.

2. Hatinya cenderung dan kuat keinginannnya untuk melakukan amal ibadat kepada Allah Ta’ala serta berbuat amalan kebajikan yang lain kepada manusia seperti bersedekah dll.

3. Anggota tubuh zahir dan batinnya di abdikan untuk mengikut petunjuk Allah.

4. Hatinya sangat membenci ma’siat serta perbuatan kufur kepada Allah Ta’ala.

5. Hidupnya penuh kedamaian. Walaupun rezekinya sedikit tetapi memadai serta mencukupi bagi kehidupannya.

Moga kita semua termasuk yang mendapat keampunan Allah Ta'ala.

Tangisan Keinsafan Pembersih Dosa

Bangun dan sujud pada tengah malam adalah amalan Rasulullah serta para sahabat.

Saidina Abu Bakar al-Siddiq adalah seorang sahabat Rasulullah SAW yang amat penyedih. Apabila beliau membaca ayat Allah, air matanya tidak dapat dibendung. Hatinya begitu lembut, sensitif dan cepat tersentuh. 

Saidina Umar pula suka mengingatkan dirinya terhadap hari perhitungan. Ketakutan sentiasa menguasai hatinya. Wajahnya diguris bekas aliran tangisan yang terus-menerus mengalir mengingat hari perjumpaan dengan Allah kelak.

Ketika dalam keadaan sakit tenat yang membawa kepada kematiannya, beliau berkata, kepada anaknya Abdullah bin Umar: "Letakkan pipiku di atas tanah." Abdullah melarang dengan lembut sambil berkata: "Wahai ayah,bukankah itu akan membuatmu semakin sakit?" Umar berkata lagi: "Aku tidak peduli, letakkan aku di atas tanah, celakalah aku jika Tuhanku tidak merahmati aku!"

Tangisan adalah ubat bagi hati yang keras. Ia mendatangkan cahaya dan  membersih daripada kekotoran dosa, manakala berlebihan tertawa dan bersenda gurau membawa kepada kelalaian, mengeraskan hati dan mengeruhkan kesuciannya.

Rasulullah SAW suatu ketika bertemu sahabat yang tertawa sambil  bergurau. Baginda SAW bersabda maksudnya: "Jika kamu semua mengetahui seperti apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan banyak menangis dan sedikit tertawa."



Ada beberapa alasan mengapa orang beriman perlu menangisi dirinya. 

a) Dia tidak tahu qada dan qadar atas dirinya.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibu 40 hari air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama 40 hari lagi, kemudian menjadi seketul daging selama 40  hari, kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan roh kepadanya dan dituliskan empat kalimah iaitu rezekinya, umurnya, amalnya, celakanya atau bahagianya. Maka, demi Allah yang tidak ada Tuhan selain-Nya, sesungguhnya seseorang mengerjakan amal ahli syurga sehingga  tidak ada jarak antaranya dengan syurga itu melainkan sehasta, kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu ia pun mengerjakan amal ahli
neraka maka masuklah ia ke dalamnya. Dan seseorang mengerjakan amal ahli  neraka sehingga tidak ada jarak di antaranya dengan neraka kecuali sehasta. Kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu dia pun mengerjakan amalan ahli syurga maka masuklah dia ke dalamnya." (Hadis
riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Siapakah yang boleh menjamin nama kita termasuk dalam senarai ahli syurga? Tidakkah hal itu petanda bahawa kita tidak berkuasa menolong diri sendiri? Letakkanlah diri kita sentiasa dalam keadaan cemas, takut  dan harap kepada Allah. Caranya dengan banyak menangis dan memohon pertolongan-Nya.

b) Menangislah kerana ingat terhadap malam pertama di alam kubur.

Siapakah yang menjadi teman untuk seorang pengantin yang memakai helaian kafan? Ditinggalkan sendirian menanggung nasib, meratapi kepergian orang yang menghantar ke kuburnya. Jangan pergi! Mana anakku, isteri dan saudara mara yang dulu mengasihiku? Semua hartaku, siapa yang
menghabiskan segala jerih payahku selama ini? Lubang itu terlalu sempit, tempat cacing dan ulat menggigit-gigit.

Malam pertama di sini sungguh berat ditanggung sendiri. Ada malaikat yang datang membawa urusan amat penting. Persoalan yang bukan senda gurau kekasih pada malam pengantin. Bahkan, gertakan yang mengecutkan hati dan kekerasan yang memadamkan kegembiraan.



Siapakah yang mahu menolong aku, menemani dan membela diriku? Di mana sembahyang, puasa, haji dan sedekahku? Datanglah selimuti aku daripada kepedihan seksa ini. Di mana bacaan al-Quran, zikir dan kelembutan lidah  yang pernah mengeluarkan kata-kata yang baik?

Datanglah semua segala kebaikanku dari atas kepala, di sebelah tangan, di kaki, di seluruh tubuh badan yang kaku dan pucat ini.

Siapakah yang sanggup membela jika bukan amal salih di dunia. Mayat itu  menangis di perut bumi, menyesal mengapa dulu ia tidak menangis ketika bersimpuh di atas bumi?

c) Menangis kerana ingatkan hari perhitungan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Orang yang muflis di kalangan  umatku ialah: Seseorang yang datang pada hari kiamat dengan pahala sembahyang, puasa dan zakat. Tetapi, dia pernah mencaci si polan, menuduh si polan, menumpah darah si polan dan memukul si polan. Maka
akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi sehingga apabila habis pahalanya, sedangkan belum semua terbayar, maka akan diambil ganti dari dosa orang itu dan dibebankan kepadanya dan dia dicampakkan ke dalam neraka kerananya." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Ingatlah keaiban diri yang terlalu banyak untuk dihitung, jangan sibuk menyebut aib orang lain. Semua orang di sekeliling kita tidak dapat menolong kecuali amal ibadat yang dilakukan dengan keikhlasan. 

Bilakah saat dan ketika paling tepat untuk kita menangis supaya lembut hati yang keras oleh hawa nafsu yang dituruti? Pada tengah malam yang dingin, bangun dan berdiri tanpa diketahui oleh manusia yang asyik bermimpi, sujud dan doa yang panjang, bacaan al-Quran dan zikrullah juga istighfar.

Amalan ini menjadi kebiasaan Rasulullah SAW dan sahabatnya serta menjadi ikutan orang salih yang mahukan ketenangan jiwa pada akhir zaman ini. Ubati kegelisahan, tekanan dan kesakitan jiwa dengan menangis, solat dan zikrullah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...