THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Wednesday, February 29, 2012

Dont you ever be a spoiled brat..

Kenderaan Pertama buat cucuku NurZara Sofea
Dapat hadiah pada hari jadi nya yang pertama

Dari Tok Wan Melaka


Walaupun kaki tak sampai lagi tapi dia tetap suka nak duduk
sebab ada ajer orang rajin nak tolak/sorong basikal tu
kedepan dan kebelakang..hehehehehehe

Dari Daddy 

Kereta pulak tak payah kayuh2, ada remote kontrol, 
hon kete pun ada tapi lagu2lah.. 

Harijadi pertama daddynya dulu2 kete juga
hadiah dari uncle
Jadi anak auntie nak juga hadiahkan anaknya kete 



Anak auntie yang pertama 
bergambar dengan kete hadiah uncle


NurZara Soffea baby pertama sebagai anak buah dan cucu
dalam keluarga auntie dan besan di Melaka..
Punyalah jadi kesayangan kami semua..

Gambar2 terbaru dia..







Dont you ever be a spoiled brat..





Monday, February 27, 2012

Sambar Menyambar

Hari Sabtu lepas kot
cadang nak pergi Carrefour
tukar baju yang uncle beli 2 helai hari tuh
satu size betul, satu lagi terkecil lah pulak
kata sipenjual kedua2nya free size
Emm...kena jumpa balik dan tukar
Mesti boleh kan?,
sebab bukannya murah jubah tuh
kalau tak boleh memang auntie nak amok kat situ.. heheheheh
dah lama tak buat perangai macam tuh..
kalau dulu2 memang auntie garang,
sejak berumur 40an hingga sekarang 'amok'
dah tak de dlm kehidupan auntie lagi
Sampai kat situ auntie suruh uncle handle dulu
auntie nak nengok, kalau tak berjaya
baru auntie masuk campur..hehehehehe
Elok jer sipenjual kenal uncle dan sipenjual suruh
auntie ambil yang baru untuk pertukaran
Wahhhh...stok baru sampai. rambangnya mata,
uncle pulak suh beli sehelai lagi Ishhhh..tak nak..
Tujuan adalah nak tukar bukan beli lagi..
Alhamdulillah..dpt kontrol nafsu
auntie pilih warna kelabu, hitam dan putih (corak abstract)
Uncle tanya taknak beli tudung untuk matching jubah?
pakai selendang2/tudung2 yang ada dlm lemari kata auntie

Singgah Deli France minum petang

Hot for auntie, Cold for uncle

Chicken Lasagna for auntie, Sandwich and cold salad for uncle
(Baru perasan uncle punya semua menu cold )

Dah selesai minum petang auntie masuk ke supermarket
cari barang2 putus dalam peti sejuk




Aduhhh..bukan tuh saja
bila berjalan bahagian elektrik,
nampak blender, ambil satu
berjalan kat bahagian komputer
nampak hp printer, scanner & photocopy (3 in 1)
murah, ambil satu..
nak tunggu pergi Low Yatt? entah bila?
Harap2 bila dah ada scanner
bolehlah auntie sambung citer2 episodes
yang dah lama terbengkalai..huhuhuhu

Auntie kata kat uncle udah2lah jom balik
sebelum lebih banyak sambar2 menyambar berlaku
hehehehehe

Keluar dari supermarket masuk Nagoya
nak cari kain baju melayu uncle dan anak2 auntie
untuk majlis kenduri bulan empat nanti..
Ada sampel/contoh warna yang Peeja bagi
tapi satu kedai pusing..tak ada
heheheheheh kepala dah settng nak gi Gulatis lah tu..

Keluar dari Nagoya masuk kedai depan Nagoya
kedai bunga, nak tengok2 bunga pahar
berlambak2 bunga pahar reben
yang dipamerkan..tak menarik minat aunte
mungkin kepala dah setting
nak pakai bunga dip gamak nya
emmm...tak per membeli sekejap jer kan
nanti2 pusing2lah lagi tempat lain.
Auntie ended up beli batu2 dan labuci utk
jubah auntie..hehehehehehehe

Terus balik tak singgah pun Gulatis..
Lain kali sajerlah..

Balik rumah Peej bebel tak beli kain baju melayu
Kenapa beli blender bodoh ni? tanya dia
Yang ada tuh blender benda2 pedas
Kan ada fruit mixer dah? kata dia
Alah..mama tahu, fruitmixer ada
tapi ni nak blend daun pandan lah..
Dia geleng kepala..
Ishhh...mama yg masak dan duduk dapur
suka hati mamalah..hehehehehe

Dalam hati auntie kan...
Tak leh gaduh2 dengan dia ni sebab dialah
yang akan auntie minta tolong pasangkan
printer baru tuh...
hahahahahahaha..
Kalau dia tak de mood nahas auntie..

Helpppppppp....


Friday, February 24, 2012

MALAIKAT JAMIN MELINDUNGI ORANG BERSELAWAT

Salam Jumaat semua readers auntie..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


APAKAH kita tidak cinta kepada Rasulullah SAW?
Malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang yang berselawat ke atas Rasulullah saw..

Baginda bersabda bahawa Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail telah berkata kepada baginda.

Berkata Jibril: "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak 10 kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.”

Berkata pula Mikail: "Mereka yang berselawat ke atas kamu, akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.”

Berkata pula Israfil: "Mereka yang berselawat kepadamu, akan aku sujud kepada Allah dan aku tidak akan mengangkat kepalaku hingga Allah mengampuni orang itu.”

Izrail pula berkata: “Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh nabi-nabi.”

Fadilat berselawat ke atas Nabi :

Allah mengampunkan dosa mereka yang berselawat ke atas Rasulullah saw 

Berganda-ganda rahmat yang dilimpahkan Allah kepadanya.
Tempat yang berhampiran Nabi Muhammad, pada hari kiamat kelak di mana saja Baginda berada.

Keutamaan beroleh syafaat khas daripada Nabi Muhammad saw pada hari kiamat.

Doa selawat malaikat yang sentiasa berselawat kepadanya selama dia berselawat kepada Nabi Muhammad saw

Jaminan terpelihara dan terselamatnya daripada segala apa yang mendukacitakan dan membimbangkannya daripada perkara dunia dan akhirat.

Habuan yang menyelamatkan dia daripada ditimpa keburukan yang menimpa orang yang tidak berselawat kepada Nabi Muhammad saw



Wednesday, February 22, 2012

Nak rehat dulu

Auntie belum mahu bercerita lagi..
Badan dan fikiran tak sihat sejak balik dari Melaka
Tekak kering dan kesat
Telinga berdenyut
Kepala berat
Mata kenyit sebelah sebab auntie gosok (gatal2 pulak)

Baru sudah makan tengahari
Asam Rebus Bendi
Sambal belacan
Telur Dadar
Ikan goreng bawal

Telan panadol lagi..
Tunggu Zohor..
dah tuh nak baring balik
Siksa kalau badan tak sihat

p/s :  Belum sempat jawab email dr reader auntie lagi, nanti2 auntie balas yea


Monday, February 20, 2012

Pertama Kali Rasa

Entahlah, tak tahu dan tak pernah tengok buah ni

Ada pokok tepi rumah adik ipar di Melaka
katanya buah Laici tapi tak rupa buah laici pun
auntie tengok..
Macam buah limau nipis rupanya..
Pokok nya dan daunnya macam pokok rambutan

Auntie kalau buah memang semestinya nak rasa


Auntie kupas..

Basuh..

Dah rupa laici


kopak dua..memang rupa laici
Rasa nya tak manis..lemak2 gitu
Uncle tak nak rasa sedikit pun..
Dia kata rupa pelik
Auntie makan enam biji..
hehehehehe

Badan auntie ni masih penat..
Memang dah selalu auntie perasan
Kalau balik kampung mesti badan auntie sakit2
So citer ringan2lah dulu..
Nak rehat sehari dua..
Nak pulihkan tenaga..

Friday, February 17, 2012

Contribution Utk Majlis HariJadi Cucu





Keluar rumah untuk beli barang2 cucu
nak sambut birthday party di Melaka
Genaplah setahun umur Nur Zara Sofea

Auntie nak beli sweets, choc, wafer dan
cumi jelly.

Auntie juga berhajat nak belikan cucu
baju untuk majlis tuh.

Jadi dah berjanji dengan besan jgn beli
baju, biar auntie uruskan.

Uncle ajak gi Chow Kit untuk beli segala
sweets tapi auntie ajak
ke Carrefour ajer..dekat
dari rumah auntie.

Emm..bila dah kesitu lain yang difocus
baju cucu tapi lain yang disambar...
baju cucu tak de yang menarik kat situ
tak pasal2 sangkut
baju utk auntie 2 pasang..
Semua salah uncle sebab dia yang lebih2
suruh beli..
Sebab dia suka, auntie pun setuju ajer..
Serius auntie tak bercadang lansung
nak beli baju

Dah tuh masuk dlm supermarket
beli segala benda yang nak dijadikan
goodies utk birthday party tuh

Selesai kat situ..
Makan tengahari, perut dah lapar
sebab tak tahu nak makan aper
kami makan di Foodcourt ajer


Auntie punya nasi  goreng butter
Uncle punya nasi paprik


Senyum adalah satu sedekah..
maka senyumlah auntie bila uncle nak ambil gambar

Settled kat Carrefour
Auntie teruskan ke JJ Wangsa Maju
Memang focus kat Love Lace
Noy dan Peeja suruh kesitu
kata nya baju2 baby utk majlis 
cantik2 kat situ

Jadi teruslah kesitu,
Tak nak merayap2 kat tempat2 lain
nanti terbeli lagi benda2 yang tak penting

Memang cantik2 baju kat situ, terus sambar
satu helai baju, kasut, stokin dan headband
matching kesemuanya..heheheheh suka sangat 

Aiiii...uncle ajak makan lagi?
Tak kenyang tadi kata nya..
Ishhh..auntie memang heran sebab
selalu uncle tak kuat makan
Jadi singgahlah kat OldTown White Coffee


Memikirkan aper? dah tak ingat

Kuey Teow Soup



Curry Mee utk uncle
Aiii..maner gambar brown bread?


Satu set pakaian di Lovely Lace -  Off white pilihan auntie 

Kasut

Stokin

Headband

Baju 

Cantik dan lembut lace tuh

Terus balik lepas makan
Sampai rumah
anak2 kata cantik pilihan mama
mesti NurZara Sofea looks beautiful like a princess..

Malam lepas Isya' mereka siapkan peket2 goodies

Sweets yang auntie beli kat Carrefour

Kerahan tenaga bertiga
auntie tak tolong lansung sebab kepenatan

Auntie Noy belikan mainan2, belon2, topi, topeng dan plastik bungkusan
Yang tak de,  belon buih sabun.
Auntie kata tak per lah dulu
sebab mesti Zara belum pandai utk itu
nanti kalau party dua atau tiga tahun baru lah kita beli
kata auntie

Hasilnya dapatlah...
80 bungkus 







Jangan lupa ambil belon helium yang ditempah esok ..


Moga Majlis Berjalan Lancar esok..



Selamat Menyambut Hari Jadi  Setahun
Cucu ku..


Semoga ada manfaat.



Biasa hari Jumaat auntie copy paste email yang ada
untuk panduan kita bersama..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Minggu lepas saya ada terbaca sebuah buku tentang memberi salam, dalam buku tu ustaz Zawawi citer tentang sunnah Rasulallah s.a.w.
Antaranya tentang bab memberi salam.
Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam
dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh"

Beri salam - assalamualaikum"
Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam assalamualaikum pada ZIZAH ye" contoh lerr...
Bukannya : "Kirim salam kat ZIZAH ye"

Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Semoga ada manfaat.

"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"
Maksud singkatan " A'kum"

Untuk renungan bersama :
Janganlah kita menggantikan perkataan
"Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan.
Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan
"As Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna
shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang
Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang
bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.
Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan
dia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.

Wednesday, February 15, 2012

Jumpa Corsage Yang Sesuai

Memandangkan badan letih dan lesu..
Takyah lah auntie cerita panjang2 utk n3 ni
Sikit2 berpandukan gambar2 yang ada..

Keluar rumah nak cari bunga pahar dan lain2
Pergi ke Semua House Tingkat teratas
kata kawan auntie
kesitulah kami pergi..


Corsage untuk auntie dan uncle..
main sepit ajer..atas sikitlah sister!

Pilih corsage untuk 'Penanggah'

Ehhh..dulu2 kena lipat duit kan?
Tengoklah nanti auntie kena fikirkan..hehehehehe

Yeay! dah jumpa yang sesuai dgn tema majlis
auntie beli 30 set..

Bunga Pahar..tak syantek pada mata dan hati
Anak auntie kata dia tak kisah
macam maner pun tak per..
Nampak nya auntie kena cari lagi kedai lain
Auntie Beli  bunga gubahan 
Pinang, Gambir dan Kapur 
untuk sireh junjung

Beli bunga murah2 nak buat bebola bunga gantung
Pandai ker buat?
Ahhh! cuba jer! hehehehehe


Gambar Mr Googles


Banyak lagi yang belum di beli
Uncle ajak gi beli kain baju melayu
tapi auntie mengeleng2 kepala..
Nanti2 bila senang dan sihat keluar lagi..kata auntie

Sebelum balik makan2 dulu 
Kat Kopitiam Station


Uncle punya Kuey Teow Kongfu
Air Tembikai

Auntie punya nasi goreng
Air Mineral

Muka kepenatan

Semangat berkobar2 tapi tenaga tak da..
Moga auntie panjang umur untuk menguruskan
majlis perkahwinan puteri auntie..

p/s :

Penat juga bila window2 dan reckie2..

Penat punya pasal, kaca mata auntie hilang entah kemana..
Terselit kat maner tak tahulah..
Ishhhh...

Tuesday, February 14, 2012

Dah Lama Tak Kesitu


Teringin nak ke Pasar Chow Kit
Masa kecik2 dulu, arwah abah
selalu bawa auntie ke pasar tu
kenangan tu masih terpahat

Hari Khamis yang lalu
Auntie dan uncle kesana

Parking memang susah lah
tapi terjumpa yang bayar
rm 4 ringgit sekali masuk
emmm...kat situlah uncle parking
Alhamdulillah..dekat dgn pasar

Wahhhh...buah2 punya lah murah
Anggor seedless sekilo rm8 ringgit?
sedangkan auntie beli kat
supermarket sepeket rm 8 ringgit
tak sampai suku kilo..
Buah delima 4 biji rm10 ringgit?
Kat pasar malam rm 5 ringgit sebiji
Apple merah kecil2 yang ranggup
28 biji rm 10 ringgit?
Wahhhh! auntie pun boronglah..
Alhamdulillah..Memang murah..quality pun baik

Auntie ajak uncle masuk kedai yg beratap
zink dalam pasar
Dalam tuh ada kedai kain, kedai plastik2
kedai bunga, kedai sweets, jeruk2
dan macam2 lagi..

Auntie beli pembungkus goodies utk majlis
kawin anak auntie..dapat yang cantik
200 keping sepeket dengan harga rm24
dari rm 36 ringgit..
Pandai tak auntie tawar? hehehehehe
So auntie beli 5 peket utk seribu goodies
Dah settled packet goodies..

Uncle ajak masuk kedai bunga
auntie tengok punya tengok bunga pahar
tak ada yang berkenan
Nanti dulu kata auntie, nak cari
tempat lain dulu..hehehehehhe

Punya lah uncle teruja bila masuk
kedai gula2 dan jeruk2 dan kedai kerepek
memang murahlah dari beli kat supermarket
tapi auntie dan uncle tak beli sebab
tak bawak trolley
Kesian kat uncle kena bawak banyak2
berat lah nanti..
Kata uncle..kita datang lagi
bawak trolley, boleh borong

Peluh uncle mencurah2 sebab
dia dah biasa dengan kedai2 berhawa dingin
kena dengan kedai beratap zink yg hanya berkipas
yg seperti tak berkipas..(angin panas yang berputar)
hahahaha kesian dia..

Banyak juga kedai makan bila nak menuju
ke tempat parking kereta
Jadi uncle ajak minum dulu..
Kami pun masuklah kedai yang hampir
dikereta kami..


Air Batu Campur Special (ABC)
untuk uncle dan auntie

Punya lah seronok bila nampak 
2 scoope of ice cream sebagai topping


Manis tuh..dah lupa ker 
awak tu ada kencing manis

Dah minum, uncle nak makan pulak
bila dia terbaca menu ada mee udang
emmm...order jer lah..
Ada 2 ekor udang besar 


Auntie punya
Sup ekor dan nasi putih

Dah makan kami kereta
Ada saorang bengali yang dah agak berumur
umur lebih kurang 60 'an menegur uncle
lepas tuh uncle pula kata sesuatu dengan dia
Kemudian auntie nengok dua2 tergelak2..

Siapa tuh? Kenal ker? Apa yang sampai tergelak2?
tanya auntie

Ohhh! I tak kenal dia, 
Dia sapa I..kata uncle

Dato' banyak beli barang kah? tanya bengali tuh

Jadi I pun jawablah..
Sikit2 saja..Tan Sri..

Tulah dia ketawa besar..bila I sahut dia
sebagai Tan Sri..kata uncle

Ishhhhh...macam2 lah you ni
boleh lawak2 pula dengan orang tak kenal
kata auntie..

Ehhhh...dia yang tegur I
tak mengapalah..apa salahnya
Dia pun dah tua..bagi dia sukalah..

Auntie berkata dalam hati

Lemparan senyuman yang ikhlas
dari hati yang bersih akan terpancar 
wajah kemesraan

Itulah uncle dari muda sampai lah sekarang..


Monday, February 13, 2012

Makan2 lagi

Teringin nak jumipa kawan lama
Itu satu, tapi yang keduanya
teringin nak makan masakkan dia

Auntie kenali perempuan ni
bila auntie dan uncle sewa pejabat
di Ukay Perdana awal tahun 2008
Masa tuh auntie buat persiapan sebelum
bersara. Auntie cadang buat trading.
Itulah kepakaran yang ada pada auntie
bekerja selama 35 tahun.
Contact supply ada dan ready customer
pun ada..
Kita merancang..Allah menentukan
Auntie jatuh sakit pada November 2008

Sejak sakit auntie dah tak ke pejabat tuh lagi
Auntie dah sewakan pejabat tu kat kawan uncle
Fully furnish tapi auntie masih ada satu bilik lagi
Bila teringin auntie jenguk sekali sekala
Emm..dalam masa terdekat auntie bercadang
untuk let go semua..memang auntie tidak lagi
menaruh harapan utk berurusan berniaga
setelah 3 tahun kesihatan auntie tidak ada
perubahan utk pulih saperti sediakala

Berbalik pada cerita kedai makan perempuan tu

 Dia berniaga dikaki lima depan pejabat
auntie. Betul2 kat tangga turun naik
pejabat auntie.

Mulanya rimas juga kenapalah perempuan ni
berniaga kat situ..memang tak sesuai
tapi bila kami bekerja hingga lewat malam
auntie order dan mereka boleh hantar makanan di pejabat..
heheheheh senang lah amat
Sejak tuh, lunch dan dinner auntie
memang main order dan kami makan2
dipejabat..(punyalah malas nak kekedai dia)
Memang masakkan dia amat sedap pada
selera auntie..memang penuh kedai dia..

Pada suatu malam, minggu sudah
Auntie minta uncle bawakan ke kedai dia
nak  makan masakkan dia..
Memang terkejut sebab kedai dia
dah tutup...dah tak da kat situ
dah berpindah..
Wah! dah sewa dua tapak kedai
Dari 3 pekerja dah ada 17 pekerja
Hebat betul..dengan modal RM10 ribu
dua bulan dah pulang modal balik
Betullah..masakkan dia bukan saja
kena dengan selera auntie malah
penduduk di Ukay Perdana..

Kami bertiga, Auntie, Uncle dan Peej
Kami pilih tempat dan order..
Perempuan tuh memang kat dapur memasak..
Auntie nak makan dulu, jumpa dia kemudian nanti
hehehehehehe

Muka tunggu makanan

Peej sound suruh auntie senyum 
tapi senyuman auntie tak menjadi.
Senyuman Uncle comel jer..

Len Chi Kang Uncle

Teh O asam boi terbaik 
 auntie punya 

Kerang Rebus
Appetizer dulu

Kangkong Belacan

Sambal Daging Petai

Ikan Siakap Steam

Telur Dadar

Signage kedai dia..

Bila dah sudah selesai makan,
Auntie bangun dari kerusi
Uncle bertanya..Nak kemana?

Nak cari Mek..
Rindu kat dia : kata auntie

Tak payahlah..ramai orang ni
memang dia busy memasak tuh.: .kata uncle

Nani nak jumpa juga sekejap pun tak per.: .kata auntie

Baik2 jalan tuh, lantai licin kat dapur.: kata uncle

Baru auntie jalan beberapa tapak..
Auntie nampak Mek keluar dari dapur..
Bila dia nampak auntie, terus kami berpelukkan..

Kata Mek :  dia baru ajer dua tiga hari sudah
dia bercakap dengan suami dia..
Manalah kakak dan abang dah lama tak makan
kedai dia..
Alhamdulillah...kata orang2 tua 
Umur kakak dan abang panjang
Tak sangka dapat jumpa kakak lagi..

Dia pimpin tangan auntie kemeja untuk jumpa
uncle dan anak auntie..
Kami berbual panjang..
tapi auntie suruh dia masuk kedapur sebab
nanti ramai akan menunggu lama utk masakkan dia

Siapa Yang Berusaha
Dia Pasti Berjaya
Dengan Izin Allah Jua..
Alhamdulillah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...