THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Tuesday, January 31, 2012

Memanjakan Diri


Citer2 ni dah di ceritakan di N3 anak kat sini
tapi  n3 ni versi auntie..hehehehehehe

Asalnya nak gi Carrefour atau JJ ajer nak tukar
tali jam dan repair barang kemas Peeja tapi anak2
nak bawa ke KLCC
Auntie pun dah lama tak kesana
suka sangatlah..

Dapat tempat parking senang dan dekat
Masuk Habib dulu nak repair rantai dan
gelang. Ended up repair rantai dan tolak gelang
ambil cash....auntie kata kat Peej ambillah
cash tuh buat belanja2 dia..tapi dia masih
belum ambil rasa nya..asyik sibuk ajer.

Punya lah bersabar dan berperang nafsu
masa berada selama lebih kurang satu jam di Habib tuh
Memang kalau nak ikut nafsu, nak
saja membeli tapi auntie 'Zikir' dan 'Zikir'
Alhamdulillah,  auntie tidak terjebak
menghabiskan ribuan ringgit..huhuhuhu
Sebab duit memang nak digunakan
untuk perkara2 lain bukan utk barang kemas..
hahahahaha...auntie ketawa kemenangan dlm hati

Keluar dari Habib, anak2 bawa makan2 kat Dome
Auntie tak bawa kamera, gambar2 auntie ambil
dari n3 Peeja..
Jom layan..
Makanan pilihan auntie petang tuh..


Espresso single shot


 Minestrone Soup 


Beef Pie


Bersama Noy (anak bongsu)

 Tudung labuh

Siapa tak kenal anak ketiga auntie ni? 
Blogger lurus bendul..hehehehehe



Dah habis makan2 tuh ke kedai jam nak tukar tali
tapi tak de..hehehehe keluar
Dalam hati nak jugak sambar jam tapi
anak2 kata tak payahlah.. mama dah ada 2 jam buat aper lah nak lagi..
Amboi! nasihat Finance Manager tak bertauliah si Peej sambil jeling2
kat auntie

Auntie pernah menyuarakan kat Noy yg auntie nak sangat perfume
yang uncle belikan masa auntie muda2 dulu
memang auntie rindu sangat bau nye
YSL - Opium
kata Noy counter YSL susah nak jumpa
kat Airport dan Kuwait pun tak ada..
tapi terjumpa pulak kat KLCC..
so singgah lah..dan bertanya

Aduhhhhh...pengsan auntie nak pilih yg maner satu
memang kalau boleh semua nak borong
tapi bila fikir yg kat rumah pun ada beberapa botol lagi, 
beli satu sudahlah..



 Mencium Tester Strip bermacam2 aroma

 Sempat Bergambar sambil menunggu 
resit dan voucher

Muka gembira 'terbeli' perfume baru
hehehehehehe

Dapat pouch beg free

Emmm...Noy tanya,  nak beli aper lagi mama?

Auntie kata..
Sudahlah..kang habis duit mama terbang kang, mama jgn
di layan, memang laju jer nak menyopping..jom balik..

Ishhh...mama belilah baju2..kata Noy

Mama bulan ni jer dah tempah jubah 7 helai tau
semua belum siap lagi..kata auntie

Alah mama tu jubah, ni blouselah
blouse baggy2..kata Noy
Emmm...bolehlah tengok2 ajer, bawak
mama gi Total Woman dah lama tak kesitu.. kata auntie

Tak,  kita gi kat Flow kata Peeja
kat situ memang banyak blouse baggy2..

so kesitulah kami..


Berpimpin tangan sebab auntie mula terhoyong hayang
bila dah penat berjalan

Tengok punya tengok..
sangkut juga 3 helai..huhuhuhu

Auntie malas nak snap gambar baju2
yang dibeli..nanti2 bila pakai auntie snap



Ada address kat paper bag tuh


yougotcurves? 
auntie dah tak de curves..hahahahaha

Settled kat situ, Noy suruh beli kasut

Kasut?

Mama dah ada 1 black yg pakai ni,  pun masih cantik
2 Brown untuk gi dinner/kenduri pun masih elok

Alahhhh...bila last mama beli kasut?
semua tuh mama beli dah 3 tahun yg lepas..kata Noy

Yea tapi semua masih baru sebab mama pakai pun
sekali sekala saja

Mereka heret jugak auntie ke kedai kasut
Cepat process nya sebab auntie 
pakai brand Snowfly ajer 




Menghabiskan duit memang laju
Dalam masa 3 jam..boleh hangussss gaji kerani sebulan
tapi tak perlah..kita manjakan diri setahun sekali
Memang auntie menyopping selalunya bulan January
untuk merasa kemanisan dividen/bonus ASB

Auntie rasa seronok berjalan dgn anak2 tapi
uncle tidak bersama kali ni..
terasa kosong dihati tanpa dia menemani..




Monday, January 30, 2012

Nak Balik Dah

Auntie menulis N3 ni dengan perasaan sebak
Yea walaupun dah seminggu berlalu
masih terasa sayu lagi..

NurZara Sofea dan menantu auntie datang masa cuti CNY
yang panjang baru2 ni. Mereka berada di rumah auntie hari
Sabtu, Minggu, Isnin dan Selasa dah masa untuk
berpisah...huhuhuhu

Besan auntie datang dari Melaka
menjemput anak dan cucunya
Terima Kasih kerana bersusah payah datang
Mereka faham auntie memang tak sihat untuk
menghantar mereka.

Ohhh yea auntie lupa nak citer,
anak auntie kena bertugas di Kedah, Perlis
dan Langkawi hari Rabu hingga hari Ahad
maka tak dapatlah Khairul hantar isteri dan anaknya
balik ke Melaka

Jom tengok gambar2..
Gambar pertama, jelingan nya pada auntie yg berdiri
di depan pintu bila auntie memanggil nama nya dengan
suara yang amat2 mendayu dan sayu..sambil air mata
auntie meleleh2 ketika tu
Ishhhh...kenapalah auntie amat2 sedih bila nak berpisah



Gambar kedua, auntie sekali lagi suara sebak tergigil2
minta lambaian nya..

Gambar ketiga
Auntie terpaku depan pintu, kaki tak boleh nak melangkah
menghantar mereka ke kereta
terlalu sedih..
Gambar keempat,
auntie masih tercegat depan pintu
tu sebab tak de gambar auntie
dimana2 ketika ni


Gambar kelima dan keenam,
Auntie lawan perasaan sayu, sedih
kuatkan kaki melangkah depan gate
nak mengintai wajah cucuku
sekali lagi sebelum hilang dari pandangan



Bye2..sayang
hingga dapat peluk cium lagi cucu dan menantu ku

Ya Allah..permudahkan lah urusan kami sekeluarga
Amin

Sunday, January 29, 2012

Bergembira Bersama Sikecil

Puas kami bermain dengan NurZara Sofea
masa di KL masa cuti CNY
Pandai dia sekarang..tersenyum, tersengeh
muka serius
Ishhhh...betul2 terpaut hati tengok
gelagat2 dia dalam gambar2 terbaru..

serius 


 
gelak dekah2

 
Auntie Noy gembira bila anak buah gembira

siapalah ngagah dia

Auntie bawa cucu jalan2 rumah jiran
Jiran auntie tu suka budak2
Bagus betul, cucu auntie tak nangis
kawan auntie minta nak dukung dia
tapi sebab tak kenal maka Zara
menolak..kalau lama sikit auntie
pasti mesti dia mahu..InshaAllah









Bila Upload gambar2 cucu malam ni
rasa nak terbang ke Melaka, peluk dia..hehehehehe
Tak perlah bulan depan
InshaAllah, Tok Mama dpt jumpa lagi bila nak sambut
Party Setahun

Saturday, January 28, 2012

Riang Ria

Hari Sabtu, ada yg kerja, ada yg cuti
Auntie tidak ada beza, bila dah pencen
hari2 adalah hari cuti, cuma kerja2 rumah
jer yang tak boleh nak pencen..
Hari ni hari Pasar Tani, auntie baru jer balik

Keluar kul 8:30 pagi bersarapan pagi
di Restauran Diva, nun atas Bukit Setiawangsa
Restaurant yang makananan nya berbagai menu
dan sedap,  dah lama tak kesitu, pagi ni teringat
Boleh auntie tak bawa kamera..
tak per ari auntie citer2 tanpa gambar, n3 ni

Roti canainya tak serupa kedai mamak,
memang roti canai kampung dengan kuah dal
dan sambalnya
Nasi Dagang, Nasi lemak berlauk, lontong, beehoon goreng
mee goreng, nasi goreng, macaroni goreng, ubi kayu rebus
dan beraneka kuih muih..
Lauk2 pun ada kalau nak mkn nasi putih..
Aduh...terlampau banyak
Punyalah banyak makanan terhidang, pilihan auntie
roti canai telur bawang dan nescafe tarik
uncle juga makan yg sama cuma air uncle teh ice
hehehehehe
sepiring kuih - ketayap dan keria
(uncle yg makan auntie tidak)

Selepas sarapan auntie dan uncle pergi
ke pasar tani..
biasa nye beli ikan, udang, sotong
daging dan ayam..ulam2 sikit
sayur mayur selalunya uncle
beli kat giant every 3 days
Kalau beli semua sekali gus memang
tak de sebab nak keluar seminggu
Nak lah juga jalan2 ke supermarket..hehehehehehe

Kalau pergi ke pasar tani Setiawangsa
mesti jumpa kawan2 bukan sorang
kadang2 sampai 5 orang sekali gus
tidak termasuk spouse..
Mesti berpelukkan..

Ohhh..tadi auntie beli pokok kesum
dengan pokok selasih..Rm 5 hinggit sepokok
entah kali yg keberapa dah beli
asyik lah mati, memang dua2 daun ni
auntie suka pakai dalam masakkan
Nak cuba lagi tanam, harap2 tak mati kali ni..huhuhuhu

Dah kul 11:30 tghhari, nak punggah barang yang di beli
dalam trolley kecil ke freezer, dah tuh masak aper
entahlah..bila dah kedapur baru terpancar idea..
hehehehehe


Semalam lunch auntie masak dan makan

 Bahan yang ada dalam peti sejuk utk pecal

Sambal pecal kering 
yang diberi oleh Sharifah Rosidah


Ikan goreng jacket (cincaru)

 Sambal Belacan super pedas

 Ikan sepat pekasam 
Yang di beri oleh Mak Dr Jonet

Masak lemak bogel cili padi
tak bubuh terung sebab dah ada pecal 
tak nak overdose sayur for one meal..hehehehehe


Auntie cuma sentuh dan makan
Nasi panas2, ikan pekasam dengan sambal belacan
Boleh tambah lagi sesenduk..fuhhh memang sedap dan berselera
bila ada ikan pekasam

Pecal auntie meratah kemudian berasingan 

Dah kena berhenti menulislah dan kul 11:58 hehehehe
nanti busuk pula ikan dlm trolley tuh

Auntie ucapkan kpd semua readers auntie
Selamat Bersuka Ria di hujung minggu
Auntie pun nak bersuka ria juga..
tapi dihati bukan di luar..
Alhamdulillahhhhh...
Hati ini riang ria dan tenang..




Friday, January 27, 2012

Hukum Menggunakan Perfume Alkohol








Satu lagi auntie ambil dari email untuk readers pada Jumaat ni

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Perfume/Kosmetik Beralkohol
Perfume/kosmetic beralkohol merupakan masaalah baru yang tidak ada pada masa
Rasulullah saw, maka dalam mengambil hukum para ulama menggunakan ijtihad.
Berdasarkan penjelasan dari :
1. Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia
2. Lembaga Fatwa Al-Azhar
3. Majlis Muzakarah Panji Masyarakat
4. Fatwa Syeikh Sya'rawi rh
Hukum menggunakan Perfume kosmetik adalah boleh, tidak haram dan tidak najis

Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia mengenai hukum alkohol.

Alkohol terdiri daripada berbagai bagai bahan kimia iaitu Ethanol dan Ethyl alkohol, Bothanal dan lain2 lagi. Dalam minuman keras ethanol, ialah bahan yang menyebabkan mabuk dan ia merupakan bahan yang terbanyak sekali di campurkan

1) Setiap minuman arak mengandungi alkohol bukan alkohol itu dari arak. Alkohol dan proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak maka hukumnya tidak najis dan tidak haram diminum

2) Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan arak samaada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disulingkan adalah haram diminum

3) Minuman yang dibuat bukan untukdijadikan arak atau bukan yang memabukkan dan tidak sama caranya
dengan proses arak adalah halal diminum

4) Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan halal dimakan.

5) Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah dimaafkan.

Menurut kitab"AlFiqh Al-Muzahibil ar'baah " dalam bab "An najasat juzu 1, Alkohol yang dimasukkan ke dalam minyak wangi untuk menahan minyak wangi agar tahan lama atau untuk menaikkan roti adalah boleh.

Bersandarkan kepada kenyataan ini boleh dikiaskan kepada penggunaan alkohol dalam minuman ringan.

Jawatan kuasa fatwa telah memberitahu bahawa alkohol ialah nama yang digunakan di dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai senyawa (OH). Dua jenis alkohol yang paling baik ialah
1. Methyl alkohol (Methanol) atau alkohol (kayu)
2. Ethily alkohol (Ethanol) atau alkohol biji-bijian.

Methyl alkohol (methanol) tidak digunakan untuk minuman kerana ia merupakan racun yang kuat, manakala ethly alkohol digunakan sebagai campuran di dalam minuman keras.

Penyediaan alkohol boleh dibuat melalui dua cara, iaitu:
a. Penyediaan dalam makmal
b. Penyediaan dalam industri. 
Alkohol amat berguna sebagai bahan aktif dalam minuman, makanan dan ubat-ubatan dan sebagai bahan pelarut seperti untuk kosmetik dan minyak wangi.

Pada umunnya alkohol adalah bahaya dan beracun ia ada daya pembunuh dan memabukkan serta merosakkan anggota tubuh badan. Arak adalah memabukkan dan ia adalah haram seperti sabda nabi S.A.W
"Semua yang memabukkan berarti arak, dan setiap arak adalah haram." (Riwayat Muslim
Dan Umar pun mengumumkan pula dari atas mimbar Nabi, "Bahwa yang dinamakan arak ialah apa-apa yang dapat menutupi fikiran." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Lembaga Fatwa Al-Azhar berpendapat bahawa alkohol itu tidak najis manakala arak tetap najis. 
Setelah membincangkan perkara ini dengan panjang lebar maka jawatankuasa mengambil keputusan bahawa minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan arak adalah haram. Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak
najis dan boleh di makan.

Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandugan alkohol adalah boleh dan dimaafkan.

Hasil muzakarah Majlis Muzakarah al-Azhar Panji Masyarakat
(Islam dan masalah-masalah kemasyarakatan, terbitan pustaka panjimas, Jakarta, tahun 1983, hal. 427):

MEMAKAI ALKOHOL DAN MINYAK WANGI
Mengenai alkohol di dalam minyak wangi, telah majelis terangkan. Bimbingan pribadipun telah menguraikannya pada Panjimas yang baru lalu. Hukumnya tidak haram. Memakai minyak wangi, malah disunatkan. Namun sekedar tambahan bagi saudara, Majelis terangkan jualah, sepanjang Majelis ketahui, yakni:
Alkohol, adalah sebangsa gas cair (fluida). 

Gas mempunyai sifat:
- Kemampuan berpindah tempat dengan kecepatan yang besar dan mempunyai tenaga kinetik tinggi. Energi kinetik akan menaik, bila temperatur menaik (dinaikkan).
- Campuran molekul-molekul gas, adalah merata. Molekul gas bergerak bebas ke segala arah dalam garis lurus dan tidak hilang energinya, akibat tubrukan antara sesama molekul tadi itu.
- Menempati volume yang lebih besar, dibandingkan dengan zat padat atau cair dalam berat yang sama.

Oleh kerana sifat-sifat yang diterangkan di atas, maka setetes minyak wangi, yang telah beremulasi dengan gas (dalam hal ini alkohol yang dicairkan tadi), maka bau wangi itu ikut dibawa sebar dengan cepat dan ruang sebar (volume sebar)nya pun sama dengan ruang alkohol tadi yang mempunyai energi kinetik: Ek=1/2 mv2.

Pendapat almarhum Syeikh Sya'rawi rh di dalam Anta tas'al Wa Islam tujib.:

Soal: Apakah memakai perfume yang mengandungi alkohol haram hukumnya?

Jawab: Memakai perfume yang mengandungi alkohol halal hukumnya. Alkohol menjadi haram jika diminum untuk bermabuk-mabuk.

Jika ia dipakai untuk tujuan baik, contohnya untuk bahan bakar, hukumnya tidak haram. Alkohol tidak najis. Ada beberapa negara Islam melarang import Eau'De Cologne yang mengandungi alkohol. Misalnya disalahgunakan untuk diminum dan bermabuk-mabuk.

Wanita boleh memakai perfume hanya di dalam rumah sahaja. Jika keluar rumah, dilarang memakainya. Sebab, dapat mengundang perhatian lelaki dan memberi rangsangan. 


Kesimpulan :
Berdasarkan penjelasan di atas, dapat kita fahami bahawa alkohol yang terdapat di dalam perfume adalah suci dan boleh dipakai untuk mengerjakan sembahyang tanpa ragu-ragu lagi

Bersedekah Tanpa Wang

Salam Jumaat readers auntie,
saperti biasa hari jumaat auntie sedut
email yang ada dalam inbox auntie utk
di kongsi bersama..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Assalamualaikum

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi : “Setiap yang baik itu sedekah.”

Terdapat banyak cara yang boleh kita lakukan untuk bersedekah. Sedekah bukannya dikira berdasarkan nilai wang semata-mata, bahkan skopnya lebih luas.

Setiap kata-kata yang baik dikira sedekah.

Setiap langkah menuju solat itu sedekah.

Hatta senyuman itu juga diambil kira sebagai sedekah.

Nah, terbuka luas jalan untuk kita melakukan sedekah.

Pendek kata, segala amalan kebaikan yang kita buat, ganjaran pahalanya sangat besar.


Ketika solat, kebanyakan orang akan memakai songkok atau kopiah. Ada segelintir yang tak memakainya. Pemakaian songkok atau kopiah pun dikira sebagai perkara ma'ruf jika dilakukan. Terkadang kita selalu memandang remeh akan hal ini. Solat tanpa kopiah atau songkok pun dikira sah. Namun, lagilah cantik kalau kita sempurnakan zahir kita dengan amalan ma'ruf ini agar kita mendapat ganjaran sedekah yang dijanjikan.

Selain itu, mendahulukan kaki kanan ketika memakai kasut. Ini juga dikira sebagai yang ma'ruf. Nampak memang sangat mudah. Mulakan kaki kanan dahulu ketika memakai kasut. Apabila nak menanggalkan kasut pula, keluarkan kaki kiri dahulu. Sebabnya ? Supaya kaki kanan berada lagi lama di dalam kasut berbanding kaki kiri. Ini sebagai satu bentuk penghormatan kepada kaki kanan. Persoalannya, pernahkah kita fikirkan ini semua dan melakukannya ?

Bahkan masuk ke masjid dengan kaki kanan dahulu disertai doa masuk masjid, juga antara adab yang harus menjadi amalan yang boleh menambah sedekah kita.

Kalau difikir-fikirkan, segala aktiviti harian dalam hidup ini, semuanya dikira sebagai sedekah sekiranya kena cara dan aturannya.

Boleh jadi, sekecil-kecil amalan yang kita buat, dipandang tinggi oleh Allah. Kita fikir benda tu nampaknya kecil dan remeh. Tapi di sisi Allah, siapa yang tahu. Kita pun tak dapat menilai amalan manakah yang kita buat, yang diterima oleh Allah.

Kerana setiap yang baik itu, dianggap satu bentuk sedekah yang ternyata sangat menguntungkan kita jika diamalkan. Sekecil-kecil amalan itu, mungkin sebesar-sebesarnya di sisi Allah.

Jadi, janganlah kita memandang mudah pada segala bentuk amalan yang baik itu. Selagi dikurniakan kesihatan yang baik, berlumbalah melakukan amal kebaikan. InsyaAllah ada sahamnya di akhirat kelak...

Thursday, January 26, 2012

Kunjungan NurZara Sofea ker KL

Cuti panjang CNY menantu ambil kesempatan
datang KL bawa anaknya NurZara Sofea

Ooooiii! gembira nya tak terhingga dapat
bersama dengan cucu..
Dah cerdik..pandai buat gaya
bye2 bila di suruh..
bertepuk amai2 bila kita menyanyikan
Tak meragam, elok jer tersengeh2
Mummy nya pandai jaga
time mandi, time susu, time makan
dan time tidur dijaga rapi..

Alhamdulillah..bulan depan setahun umurnya
Birthday celebration di Melaka
InshaAllah kami akan keMelaka

Nampak jer kamera mesti dia senyum


Tok Papa nak juga nak bergambar dgn cucu

Ikut gaya hindustan ker?








comot baru habis makan malam
Cucu lambat tumbuh gigi..
Cucu lambat berjalan
dan cucu juga lambat bercakap
tak per cu..
slow2 yea..ikut suratan takdir..
Allah yang menentukan segala..




Kunjungan Warga Asing


hehehehehehe title tipuan..
sekali sekala buh tajuk gempak sikit

Kandang Kucing auntie dikunjungi tupai
Dah dua minggu uncle lepaskan
Hannan dan Yoki dari kandang
Saja nak kan mereka rasa bebas

Bila dah nak maghrib pandai
si Hannan dan si Yoki balik
sebab lapar dan haus..
pintu kandang memang terbuka luas

Anak auntie terpandang ada tupai
dalam kandang sedang makan
makanan kucing..
cepat2 dia ambil kamera dan snap pic







Dari mana asal datangnya si tupai tuh?
kat taman pun boleh membiak?
Tak de pokok buah2an, makanan kucing pun jadik..
Ishhhh....


Wednesday, January 25, 2012

Jagung

Anak kawan auntie bagi jagung
yang dibelinya di Sq Buloh

Auntie masakkan bubur dan rebus
Jemput keluarganya minum petang..
Seronok bila dah ramai2..



Kata kawan auntie,
buburnya tak manis dan tak tawar
secukup rasa, kalau ada pulut lagi lah sedap makan
bersama bubur jagung tuh
Tak teringat pula auntie nak kukus pulut
sedangkan beras pulut memang ada..
Tak per lain kali kita buat lagi
hehehehehe


penat auntie ambil tudung dalam bilik
nak bergambar konon tapi satu gambar pun tak de
Nampak sikit jer, auntie sedang betul kan tudung..
Uncle sibuk dgn cucunya NurZara Sofea
yang juga sampai dari Melaka ketika itu..hehehehehe


Auntie kurang sihat asyik bisa2 badan 
Nak demam tapi tak demam
Alhamdulillah..dapat juga layan kawan
dengan bubur dan jagung rebus..





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...