Dari Majlis Jemputan Perkahwinan yg pertama
menuju pula jemputan kedua
Dalam perjalanan hujan punya lah lebat,
sepanjang perjalanan dari KL ke Kajang
tapi sampai jer ke kawasan perumahan
cuaca cantik, kering...tak ada hujan setitik pun
Huishhhhh...betul2 rezeki tuan rumah
kalau tidak haru lah sikit..basah2 sana sini..
pengantin berarak dan berkompang semua kena berpayung
Alhamdulillahhhh...
Sampai di rumah Majlis Perkahwinan dah pukul 4 lebih
masih sempat lagi sebab jemputan sampai pukul 5 ptg
Bukan auntie ajer yg datang time macam gitu
ada lagi tetamu sampai selepas auntie
mungkin juga macam auntie dari kenduri yang lain
Jemputan Majlis kenduri ni dari ex opismate auntie
since way back in early 90's..lama dah kenal dia
dari dia bujang sampai lah sekarang dah anak 7 orang, hik3
Walaupun dah lama kenal, tiada hubungan darah
dia masih berhubung rapat dengan keluarga auntie
hampir setiap bulan dia datang visit auntie kat rumah
Auntie terasa amat terharu, berkali2 dia ajak kerumah
dia, kerana dia tahu auntie suka makan masakkan Negri9
lemak cili api..huhuhuhu
tapi auntie tak pernah sampai rumah dia..
Majlis kawin ni, anak lelaki nya yang sulung..
Muhammad Qayyum baru berumur 22 tahun
Auntie dan uncle mesti pergi utk jemputan ini..
dengan izinNya, auntie sampai juga..
Alhamdulillah..
Parking dekat dengan khemah
dah tak banyak kereta..
Alhamdulillah..
Auntie dipimpin oleh Ayol untuk berjumpa tuan rumah
Kuih muih yang dah 'kelisin' (habis)
Ayol tolong ambilkan utk Papa dan Mamanya
Auntie adap kuih dan jeruk2,
konon2 dah kenyang tak nak makan nasi lagi
Terfikir..rugi kalau tak makan,
tadi masa lalu kat depan buffet, ada nampak lauk yg berkenan..hik3x
Huishhhh...lauk pauk semua best2 yang dimasak sendiri
oleh kaum keluarganya dari kampung
Lemak cili api nangka + ikan kering
paceri nenas
Rendang Daging N9
Sambal tumis sotong kering
Ayam Masak Merah
Air Rut Bir
Pasangan Pengantin
Menantu seorang peguam - Norharyati binti Pawanteh
Uncle tak mau bukak kasut lah tu..tak mau masuk
Tak perlah..bukan auntie bayar pun uncle utk jadi photog..hahahaaha
Hahhhh...tu dia Ayah Pengantin jengah sebelah auntie..hik3x
Lepas jengah auntie, ayah pengantin heret tangan ibu pengantin
dapatlah bergambar dengan uncle sekali..
Kepada Ayah dan Ibu Pengantin
Encik Jeffri bin Ab. Jalil dan Puan Nor Azlian binti Abu Hassan
auntie ucapkan tahniah dapat menantu
Kami pun minta diri..
Alhamdulillah sampai rumah pukul 6 ++ sempat bersolat Asar
Ole2 dari Majlis Perkahwinan
Halwa Maskat dan bekas air
Moga pasangan pengantin bahagia menempuh alam perkahwinan..Aamiin

Assalamualaikum,
ReplyDeleteSemuanya pepel...cantik!
Nasib baik tak hujan...pi kenduri dlm hujan mmg besar cabarannya.
Salam Sejahtera anyss,
DeleteTak semua purple, pakaian pengantin kelabu
meriah :)
ReplyDeleteSalam Sejahtera Rapunzeel Cikilolo,
DeleteMajlis meriah tapi bagi auntie semua wedding auntie gi, adalah sunyi sepi kerana masaalah pendengaran.
Huh halwa maskat lama tak makan...masa kecik2 dulu rumah mak kalau tak ada halwa maskat memang tak raya lah....sekarang dah jarang jumpa pada musim raya.
ReplyDeleteSalam Sejahtera Sharifah,
DeleteHaah, susah nak jumpa halwa maskat la ni.
Selamat pengantin baru kepada kedua mempelai, semoga bahagia ke hujung nyawa kata orang sekarang.
ReplyDeletePada MM semoga diberikan Allah kesihatan yang baik.
Salam Sejahtera Kunang2,
DeleteTerima Kasih atas doa kesihatan utk saya..Aamiin
Salam,
ReplyDeleteAuntie...komen tak ada kena mengena pon senanya dengan entri.
Just nak gitau blog pija tak boleh buka la auntie.
Ada malware katanya... kot pija tak perasan. tatau nak contact beliau celah mana....
Salam kembali,
DeleteBlog peej Dah okay dah..
Salam kak Nanie...
ReplyDeletepersahabatan yang dah terjalin sekian lama memang indah...
tak boleh tidak memang kena pergi...
Salam kembali Rahmah,
DeleteHaah, gitulah rahmah, persahabatan akak dgn dia, lebih jauh baik dari saudara mara.
Sedapnya halwa maskat untie...
ReplyDeleteSalam Sejahtera JunAina,
DeleteSebenarnya auntie belum makan lagi halwa maskat tu..hik3x
Tema Purple yang menawan!
ReplyDeleteSaya suka tudung Auntie!
Salam Sejahtera AA,
DeleteAuntie tahu warna kegemaran AA adalah purple..hik3x
Tudung tu pertama kali auntie pakai, Noy beli dari Kuwait be berapa bulan yang lalu.
Salam...follow ur blog aunty!!
ReplyDeleteSalam Sejahtera Taty Hasbi,
ReplyDeleteTQ dear..welcome aboard.
Lepas satu jamuan kesatu jamuan. Kalau tak jaga nanti kena 'diet' pula! Tapi kalau dah sehat apa salahnya merai kan sahabat handai. Inilah satu satu nikmat hidup.
ReplyDelete