THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Friday, December 14, 2012

Siapalah Daku?

Salam Jumaat readers ku,
Hari ini 1 haribulan Safar tahun 1434 hijrah..
bermakna tarikh yang cantik untuk kalender islam
1/2/34 ...

Bulan Safar, 

Pada hari Rabu akhir bulan Safar tahun 11 Hijrah Nabi Muhammad s.a.w mulai sakit yang menyebabkan kewafatannya. Mengenai hal ini Syeikh Ahmad al-Fathani menulisnya dalam Badrut Tamam, katanya, "Maka pada hari Rubu' daripada akhir bulan Safar membala' dengan Nabi s.a.w oleh sakitnya. Maka demam ia dan sakit kepalanya yang maha mulia...". Mengenai hal ini juga di sebut oleh Syeikh Nawawi al-Bantani dalam karyanya berjudul Madarijus Shu'ud. Dalam riwayat yang lain bahawa pada hari Rabu akhir Safar juga Nabi Muhammad s.a.w termakan daging kambing yang di bubuh racun oleh musuhnya, yang akibatnya dirasakan setahun kemudian, yang mana menyebabkan kewafatan baginda s.a.w.

Dan adab wazifah bagi hari Rabu terakhir bulan Safar ialah membaca :
1) Syahadah (3x)
2) Istighfar (300x)
3) Ayatul Kursi (7x)
4) Surah al-Fil (7x)
5) terlebih afdhal pada petang atau siang hari Rabu terakhir bulan Safar tidak digalakkan keluar daripada tempat tinggal atau rumah (kecuali atas sebab mencari nafkah dan hal yang benar2 mustahak).


Sempena hari pertama bulan Safar ini,
Auntie nak catitkan..
berkenaan emails yang kebanyakkan auntie terima
dari silent readers blog auntie..
Auntie amat2 terharu..kerana ramai yang
mengatakan auntie bersifat keibuan yang penyayang..
ada diantara mereka yang tiada ibu,
ada ibu tapi mereka anggap auntie
saperti ibu mereka dan pada mereka,
auntie dekat dihati mereka, kerana cara auntie menulis
membuatkan pembakar semangat untuk mereka terus
kan kehidupan mereka yang dilanda berbagai2 ujian..
ada yang merujuk masaalah keluarga, ada yang bermasaalah dengan
penyakit dan ada juga yang bermasaalah dengan karier..

Menganggap auntie sebagai 'ibu' adalah penghargaan
yang amat tinggi pada auntie..
Ribuan Terima Kasih...

Mereka juga mohon auntie untuk terus menulis di blog ini...

Alhamdulillah,
Setakat ini, auntie balas kesemua emails mereka satu persatu
walaupun kadangkala lewat.
maklum saja keadaan kesihatan auntie tidak stable lagi
Bila orang menanya, nani sihat?
Ketika itu auntie akan melemparkan senyuman
tanpa jawapan..
Ermmmm...payah untuk auntie terangkan..
sebab tiada istilah 'sihat' dalam diri auntie..
badan auntie sentiasa sakit, ya sakit setiap hari
auntie pertahan kesakitan dengan pain killer..
walaupun terasa sedikit lega  tapi masih ada sakit
maknanya auntie selama ini, memang hari2 sakit
yang amat2 bisa seluruh anggota badan dari
kepala hingga kehujung kaki..
Walaupun keadaan macam tu dengan rahmat Allah swt
auntie dapat jua meneruskan kewajipan auntie yang diamanahkan
sebagai seorang Isteri dan Ibu

Mengapa agaknya readers sanggup kongsi akan masaalah
mereka pada auntie, sedangkan mereka tidak lansung
mengenali auntie secara dekat?
tapi auntie tetap akan menghulur nasihat kerana Allah..
Moga nasihat auntie boleh meringankan tekanan jiwa
sekurang2nya..
Setiap ujian pasti berat tapi hanya dengan doa dan redha
akan melegakan perasaan, disamping berikhtiar
untuk menyelesaikan masaalah.

Auntie sendiri pun ada ujian
tapi bagi auntie setiap ujian adalah suatu peringatan
dari Allah..
Ada hikmah sibalik setiap ujian..

Aku mencintai hari hari yang dilalui Ya Rabb,
atas sedih, senang, seru, kecewa dan banyak hal lain
yang mewarnai kehidupan ku..
Perlu mencari dan mengenali apakah hikmah disebalik segala ujian..
Titisan air mata akan melapangkan jiwa..
kehidupan harus diteruskan..

Semoga 'hati' ini selalu terjaga dan selalu bersama MU

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Karim, Ya Hayyu, Ya Qayyum


Aamiin



13 comments:

  1. Kalau la dekat ingin rasa hati g jmpa untie face to face...apa kan daya sy jauh d sabahh...salam syg utk untie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam QHQ,

      Tak mengapa, mungkin suatu hari nanti jika dengan izinNYA, kita dapat bertemu.
      Kalau datang keKL, pm auntie yea.

      Delete
  2. Salam aunty. Walaupun kita tak pernah jumpa, tapi melalui tulisan Dan kekuatan aunty buatkan saya lebih menghargai apa yang terjadi dalam hidup saya. Kita senasib dari segi kesihatan, tapi nasihat aunty buatkan saya kembali semangat, tq aunty sayang. - Chieda arifin-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali Chie,

      Yea, auntie masih ingat lagi kandungan message Chieda.
      Moga kita tabah dengan kesihatan kita macam ni.

      Delete
  3. insyaAllah. Allah akan sentiasa menjaga auntie. saya juga akan sentiasa mendoakan auntie. amin... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam gB,

      Terima Kasih atas doa yang dipanjatkan untuk auntie.

      Delete
  4. Salam MM,

    Selamst menyambut kedatangan bulan Safar.

    Akak doakan Nani diberikan Allah kesihatan dan kesabaran.

    Tiba2 hsti terasa sayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali KK,

      Aamiin atas doa KK.

      Kenapa KK tetiba sayu?

      Delete
  5. Salam Kak Nanie
    Makchaq suka baca post2 kak Nanie dari kisah zaman dulu sampai sekarang.. memang rasa sangat mengenali dan menghormati walaupun baru sekali kita berjumpa.. tulisan yang iklas dari hati memang senang nak menyentuh hati orang yang membaca..

    Pengalaman/kisah hidup dan kegigihan menghadapi dugaan yang dipostkan di sini memang banyak yang boleh dijadikan pedoman/panduan dan teladan..

    Makchaq doakan kak Nanie sihat2 saja.. tapi bila dah makan pain kiler tu jangan la kuatkan diri sangat.. sakit tu masih ada hanya kita tak rasa.. kalau kita gagah jugak lepas tu lagi la bisa sakitnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali MakChaq,

      Terima Kasihs sudi baca penulisan akak..hik3x gembira akak.

      Memang salah satu asal tujuan membuka account blog sebab nak share dengan readers pengalaman akak dari dalam perut ibu hingga lah sekarang, cuma akak masih tertanggung lagi menceritakan pengalaman masa muda..hik3x terhenti sekitar tahun 80'an. Memang ingin sambung tapi disebabkan kesihatan kurang baik, akak tangguhkan.

      Haah, betulah bila makan pain killer, seharusnya berihat tapi akak jenis tak reti duduk diam, ringan jer badan, mulalah cari kerja kat rumah..

      Delete
  6. Sebelum ni just jadi silent reader..suka baca entri2 auntie..arini 1st time beranikan diri muncul menyapa auntie. Assalamualaikum..salam perkenalan, auntie. Auntie mmg seorang yg baik..penyayang..semoga kebahagiaan sentiasa mengiringi kehidupan auntie sekeluarga..

    ReplyDelete
  7. As-salam kak,

    Personaliti akak tu lah yang membuat kan akak disukai....sebab tu ramai yang meminta nasihat dari akak walaupun tak mengenali akak, saya sendiri pun berasa sangat bersyukur dapat mengenali akak dan menjadi sahabat akak apa lagi akak sebaya dengan arwah kakak saya yang di masa hidupnya adalah teman paling akrab selain menjadi kakak saya.

    ReplyDelete
  8. ASM akak, Moga terus diberi kekuatan untuk menjadi 'pendengar' dan pemberi pandangan. BTW akak makan ubat tahan sakit jenis apa. Berhati-hati jika akak makan jenis non-steroidal anti-inflammatory contohnya indomethacine kerana jika terlalu kerap boleh mengganggu fungsi buah pinggang. Cuba cara alternatif seperti massage, heat therapy, physio etc. ;)

    ReplyDelete

Pada yang terbuka hati utk tinggalkan komen disini..
Didahului dengan ucapan Ribuan Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...