THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Monday, December 24, 2012

Rezeki Ku DiPagi Hari Dari Allah



Pukul 7:30 pagi, inject insulin
Sarapan kentang lenyek mayo dan satu mug nescafe
makan ubat, kedepan rumah
tujuan menyiram pokok dan kemas daun2 kering

Hari mengangkat sampah oleh DBKL di kawasan perumahan auntie

Isnin, Rabu dan Jumaat
Sampah dalam rumah, hantar diluar rumah 
dilakukan malam sebelum hari kutipan
itu kerja uncle, memang dah routine...
sampai bila? Entahlah....

Rumah di sebelah kiri auntie

yang kosong selama 6 tahun 
Rumah Kerabat Pahang
Fully furnished - funiture dan juga barang2 elektrikal  
(aircon 4 buah, mesin basuh, fridge) 
dan segala mak nenek semua ada
kiranya penyewa hanya perlu bawa beg pakaian ajer
memang tuan rumah balik sekali sekali bila
datang ke KLumpur..kunci rumah itu
dengan kami selama ini, tolong jengok2

Dah disewakan beberapa hari sudah

Rasa lega bila dah ada penghuni
Rumah aunti di apit, 
Iiran berbangsa melayu di kiri
dan jiran bangsa Tasmania dikanan
Alhamdulillah...

Auntie menyapu dan pungut daun2 kering
sampai kerumah jiran kiri dan kanan
masukkan dalam plastik 
Jengok letter box jiran baru
hik3..letter box yg dah kopak
melopong tak ada daun pintu 
penuh dengan katalog2 jualan
auntie kutip dan masukkan dalam plastik beg i

Tetiba..ada budak bangsa india berdiri
dibelakang auntie..terkejut jap
tapi auntie tahu, dia bekerja dengan syarikat
pengangkutan sampah..sebab tshirt oren
dengan bertulis nama syarikat

Anak2 auntie melarang auntie keluar
dari pagar rumah, maklumlah kan auntie
hilang pendengaran dan tak kuat, 
memang membahayakan, jika berlaku apa2
Auntie memang jenis degil, suka buat kerja2
diluar pagar..huhuhuhu 
pokok2 bunga dalam pasu diluar
memang auntie keluar untuk siram pagi dan petang
auntie juga dinasihati anak2 jgn pakai barang2 kemas
Yes, yang tu auntie ikut, memang badan auntie kosong
tanpa dihiasi barang kemas bila dirumah..
Besar kemungkinan, auntie akan jual apa yang ada
dah tidak mahu lagi..dah tak berguna lagi pada auntie..
masa menunjuk2, konon banyak duit bila berbarang kemas
dah tiada.. auntie dah tua..kesedaran datang
Alhamdulillah....

Okay, citer budak india tadi
dia berdiri rapat depan auntie
dia bercakap sesuatu pada auntie
selalunya auntie akan nengok bibir
bila orang bercakap dan InShaa Allah auntie akan faham...
tapi kali  ni, auntie tak boleh nak faham
Ishhh..takut pun yea..
Degil kebetulan auntie ada pakai gelang dan cincin emas
halus jer pun tapi auntie takutlah juga
sebab masih awal, tiada sesiapa kat luar
dalam hati, aduhai..janganlah budak ni nak
apa2kan auntie..

Auntie buat isyarat tangan,
yang auntie tak boleh mendengar..
dia terus juga bercakap..


Auntie beredar berjalan untuk masuk kepagar rumah
dia mengikut belakang auntie..
Eeeee...takut..
auntie toleh..dia bercakap lagi
rupa2nya dia tanya ada sampah lagi ker?
dalam rumah...memanglah ada, sampah kering
kotak2 dan botol2 mineral
auntie suruh dia tunggu situ, cepat2 auntie kunci gate
huhuhuhuhu..

Dia datang tepi gate, berkata sesuatu lagi
kali ni, agaknya dia tahu auntie takut
dia melemparkan pandangan kesian pada auntie
saperti anak melihat seorang ibu yang tua..
auntie dapat rasakan kasih dari raut wajah budak tu
Dia akhirnya, dia angkat tangan kanan
membuat bahasa isyarat nak minum

Auntie bertanya dengan dia nak air ker?
Dia menganggukkan kepala..
Auntie suruh dia tunggu situ sambil auntie
masuk kedalam dan mengambil sebotol air mineral 

Tiba2 auntie terasa bergetar dalam hati..
Allah telah menghantar sesaorang untuk meminta minum 
dipagi hari didepan rumah auntie..

Alhamdulillah..auntie menghulurnya sebotol air mineral
dia mengambil sambil mengeleng2kan kepala 
cara saorang india mengucapkan berterima kasih 

Allah Maha Penyayang..
kerana memberi peluang untuk auntie bersedekah..
bergenang air mata auntie masa menaip ni
Yea..bersedekah tidak menggunakan duit


Dari Abdullah bin Amr bin Asr r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w ber sabda : 
Barangsiapa memberi makan saudaranya sehingga kenyang dan memberi minum sehingga hilang dahaga, maka Allah s.w.t akan menjauhkannya dari api neraka jahanam sejauh dua parit. 
Dan jarak antara dua parit adalah sejauh perjalanan lima ratus tahun.
[Hadis Riwayat Hakim]


16 comments:

  1. Assalamualaikum kak nani..
    Walaupun dah baca tajuk.. Tp suspen juga saya baca..
    Hihihi pandai kak nani menulis yg ada unsur2 suspen...kikikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Warahmatullahi Wabarakatuh,

      Yea ker Rahmah, akak secara kebetulan sebab apa yang ditulis memang berlaku macam tu..hik3x

      Delete
  2. Allah hu robbi... Auntie amat peka pada semuanya. Benar bersedekah tanpa sedar dia dihantar tanpa di duga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie,

      Haah, tulah, pada akak sedekah adalah untuk bekalan

      Delete
  3. Auntie jangan keluar sorang2 bahaye tuh,kalau nak sapu,sapu kat dlm gate jer,Alhamdulillah dapat India tu air ye auntie syukur rezeki die..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Jija,

      hik3x, bila dah habis menyapu dalam gate, mata liar nengok luar gate sepah2, tu yang bukak gate..sapu, sapu dan sapu, bila perasan dah jauh dari rumah sampai halaman jiran.
      Nasib tak pakai T shirt alam flora..mcm kerja dgn DBKL lah pulak..hik3x

      Delete
  4. kdng2 kita ada niat nak membantu tp dunia zaman ini membuatkan kita berfikir 100 kali.apa2 pun moga niat baik dibalas baik ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Irfa,

      Wah, kenapa banyak sangat berfikir sampai 100x? hik3x
      Sedekah jangan fikir banyak2, pada siapa, ugama apa, berbentuk apa, berapa nilai
      yang penting keikhlasan.

      Delete
  5. Kadang-kadang susah nak agak kan? Ada orang muka manis cakap lembut pun tetiba buat jenayah pada kita. Tapi orang yang kita ragui pula, sebenarnya tak la seburuk yang kita sangkakan. Alhamdulillah, moga tiada apa yang berlaku pada Auntie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam azieazah,

      Ermm..memang zaman sekarang terlalu ramai penjenayah..
      Alhamdulillah, tiada apa2 berlaku semalam..huhuhuhu

      Delete
  6. Assalamualaikum Auntie

    Alhamdulillah
    tak terjadi apa2
    malah membuat kerja amal pula
    moga Hadis itu menjadi kenyataan untuk Auntie

    ...betul juga kata anak2 Auntie tu...berhati2 yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Warahmatullahi Wabarakatuh,

      Emmm...baru jap menyapu lagi hari ni, tapi tak pergi jauh
      depan gate ajer..takuiit auntie.

      Delete
  7. Akak bahaya tu kak buat kerja diluar kawasan rumah.....nasib baik budak tu bukan budak jahat, agak nya dia kehausan....tu yang dia mintak air dengan akak....dapat juga akak pahala bersedekah dipagi hari kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sharifah,

      Alhamdulillah atas rezeki semalam, memang tak pernah pengangkut sampah mintak apa2 selama 20 tahun akak duduk sini.

      Delete
  8. salam aunty
    sya suspen baca td last2 sya sedih pulak..sbb ketakutan yg aunty alami
    semoga aunty dilindungi selalu dari bahaya di luar kawalan

    ReplyDelete
  9. Salam kembali Siti,

    Inshaa Allah, auntie akan beringat2..terima kasih atas doa

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...