THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Tuesday, December 25, 2012

Dulang hantaran



Pertama kali, auntie nengok orang buat hantaran buah2an macam ni
dimana uncle ceduk gambar ni, entahlah
auntie nampak kat desktop auntie, terus buat n3 sebab unik
tapi kalau majlis auntie sendiri, memang auntie tidak akan
buat hantaran macam ini..sebab bukan cita rasa
auntie..

Buah2an dari dusun dan hutan

Nampak ada 4 macam buah dalam bakul tu

1.   Petai
Auntie memang suka buah petai..
rasenya semua status mak2 suka petai..

2.   Duku langsat ker dukong?
hik3 auntie tak tahu beza kedua2 buah ni
nampak sama, dua manis dan sedap

3.   Manggis
suka jugak manggis..masam2 manis

4.   Rambutan
batuk jika dimakan banyak

Kebiasaannya hantaran buah2an
Sejak zaman auntie kawin, sampailah sekarang
rata2 orang letak buah imported
apple, pear, anggur, kiwi dan lain2..
boleh tak letak jem dalam botol
atau buah2 dalam tin
sebagai ganti..boleh tahan lama kan? hik3x

Bila cakap pasal dulang hantaran
Sapa boleh bagi tahu kenapa dulang mesti nombor ganjil?
kenapa mesti ada manisan saperti kek, buah2, coklat?
Ermmm...cukup lah setakat pakaian sepersalinan
untuk bakal pengantin, bukan gitu?
sireh junjung + pinang dan kapur
terkulai layu, tidak ada siapa nak makan
pembaziran betul..
Huishhh..nanti ada orang
akan marah dengan auntie
sebab ini adalah adat melayu turun menurun kan?
~Biar mati anak jangan mati adat~

Terlalu banyak adat perkahwianan melayu yang menyalahi hukum
auntie tidak mahu huraikan..amat sensitif

Dua anak auntie masih belum berkahwin
mungkin juga tiga..jika rumah tangga anak lelaki auntie berakhir

Moga umur auntie panjang untuk melihat
kesemua anak2 kahwin dan bahagia..Aamiin


21 comments:

  1. Kreatif bakul hantaran tu dibuat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakcik Nur,

      Haah, memang kreatif

      Delete
  2. asmkm mak nani
    teringat pd saudara saya kawin dgn org kl. kawin senegeri asal but sedara saya nih beranak n besar di kl. cuma parentnya aje asal senegeri dgn menantu tapi lain daerah.
    sedara saya dan isterinya itu sama blajar ohbesi. sedara saya ni parent bertitle, jenis royal albert china etc. malah blh sedara saya mmg lebih grand
    kenduri..maklumlah org berada dan bertitle.tapi
    taktahulah apa perasaan maknya bila segala dipehak sana buat ala kadar walimah almaklumlah
    bapa pengantin imam. mana lah banyak duit nak buat grand..


    tapi best masa pegi nikah verybasic.tak membazir.
    meja dan kosi dibuat dari buluh.
    but we all enjoy ..pergi sana. anyway mak bapa blah
    sana simple tapi org alim.

    anyway best hantaran buah durian sebiji, manggis rambutan etc..lagi enjoy.after all sedara dan.abgnya duduk ohbesi lama so buah impot tak pandang ..enjoy lagi diaorg makan buah tempatan kita.

    bila dok msia mmg tgk rasa biasa biasa. tapi once duduk.kat ohbesi takpandang sgt buah impot. rambutan etc juga yg dipandang..
    btw 15 butir mata petai dah kopek kecut ada dalam16 hinggit lepas convert.

    anyway, yg penting mereka ikhlas. ikut kemampuan keluarga.
    pihak perempuan alim dan baik. syg perkahwinan putus setelah ada anak dua. tapi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Waramatullahi Wabarakatuh Nor,

      Terima Kasih sudi kongsi citer perkahwinan grand vs simple.
      Bagi maknani, kenduri kendara ikut kemampuan, jangan sehingga berhutang piutang selepas kenduri.
      Sedih dan kesian pula bila tahu pasangan tak panjang jodohnya..dan anak jadi mangsa setelah perpisahan ibu dan ayah..

      Delete
    2. salam maknani,

      bapa pd sedara senyapnje. pak pak sedara yg lorat. mak pd sedara senyap je. i guessed yg hadir suma belah kami suma tiada org luar. so tak terasa..
      lagipun dia tak. berani lebih anak dia ni joined daawah.so ikut je la..
      tapi balik kl..list tetamudia....grand..

      mereka bercerai rujuk dan bercerai. campurtgn sedara punya mak. isteri
      sedara...she is
      a gd woman.baik nasihat kan kami. yg jr
      belajar pilih course apa semua. advice
      with
      best interest at heart. orang pandai. humble.. dgn mak dia biasa ckp pesan utk
      kita org adik adik

      rasanya dia civil servant so dah very senior pangkat dia.bertudung labuh.

      sedara silelaki kawin cerai. kawin cerai. anak satu cerai. entah... mmg dia goodlookg. tapi tak tahh la..

      tis was 19tahun dulu.

      wasalam

      Delete
  3. sambungan..
    takpe maknani..you can be modern in yr approach..think the best for the future.of yr children but still within sunnah..

    wasalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maknani pun sambung reply..hik3x

      tq for the good advice, I'm not very modern anyway, just being moderate and simple in every aspect.

      Delete
    2. hahaha..i guessed practical in approach.

      tapi pada saya kalau diberi hantaran seperti di atas its ok pon. its not demeaning at all.terima dengan ikhlas. dan tiada buruk sangka. hihihi. pastu buat sambal tumis petai. my fav. benda kat atas tu suma my feveret
      petai dah kupas adalah15 kecik dn kecut dari siam harga bila convert. kat msia berpapan petai..manggis 4butir ada dlm16-20rm. tapi dlm mungkin dah kebaton.
      duku dokong takde.rambutan klu nasib 6biji 15 $baik beli mutan tin siam. stengah harga beli6biji.

      hik hik...

      wasalam

      Delete
  4. Assalamualaikum Auntie

    bagus hantaran macam tu...
    kalau satu bakul penuh dgn petai pun baik..he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Warahmatullahi Wabarakatuh atuk,

      Haaah, betul, semua petai lagi okay..hik3x

      Delete
  5. Salam Nanie,

    Kak Ani juga terpegun kejap tengok gambar hantaran ni di blog Nanie.

    Sebenarnya sebelum ni kak ani dah tengok gambar ni d FB anak saudara kak ani yang berada di Dungun beberapa minggu lalu.

    Menurut apa yang dicatitkan di FB dia tu katanya, ini adalah hataran kawannya, Walahhuwa'alam mereka bergurau atau apa.

    Pada kak ani juga rasa tak sampai hati nak buat macam ni.

    Semoga nanie sihat selalu yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali KK,

      Besar kemungkinan suami nani ambil kat fbook juga. hik3x

      Tulah, nani pun rasa yang sama, takut yg sok sek nanti

      Terima kasih doakan kesihatan nani

      Delete
  6. Kak semua dalam bakul tu memang sedap untuk dimakan tapi macam tak best pulak bila diletak petai...bukan apa kita orang melayu ni sensitif kang tak pasal2 ada pra sangka macam mentang2 anak aku orang kampung petai di bagi nya buat hantaran...niat kita baik tapi disalah tafsir dah madi lain pulak.

    Tak sabar nak bermenantu tapi Wan masih belum jumpa sesiapa lagi....agak nya dia tak pandai ngurat kut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sharifah,

      Betul tuh, bila kita nak jadi lain pada lain, nanti lain pula anggapan orang.

      Bukan Wan tak pandai ngorat tapi belum sampai jodoh. Inshaa Allah, adalah nanti tu, dont worry.

      Delete
  7. Salam buat kak Nani...
    betullah tu..
    kenapa yg pompuan kena bagi lebih pulak kan?
    hahahahaha adat yang kita boleh ubah kerana ianya bukannya hukum atau rukun dalam pernikahan, kan?
    Agaknya waktu saya terima menantu semuanya dah dipermudahkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali Rahmah,

      hehehehehe tulah pasal, pompuan kena bagi lebih kat lelaki tapi dah menjadi tradisi, nak buat macam maner..

      Mudah2an, bila sampai masa Rahmah nak dapat menantu di permudahkan segala urusan.

      Delete
  8. x pernah jumpa hantaran unik mcm ni :) banyak pengaruh hindu saya rasa dlm adat istiadat orang melayu kita kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Eliss Mie,

      Betul, melayu memang suka ikut cara bangsa asing. Orang kampung masih cara lama, orang bandar pula
      sekarang ni dah ikut2 cara barat pulak, ada flower girls, pengantin di iringi dengan bagpipes lah..segala lilin2 dipasang macam2 lagi..

      Delete
    2. salam again maknani.

      serious kawin melayu pon pakai bagpipes ?? Ya Allah.malunya...mcm takde identiti budaya sendiri.
      org putih yg barat pun takde nak copy scottish punya tradisi. malah mereka jaga pride mereka. melainkanlah mereka kawin dgn org scot.
      ckp pasal terikut ikut west punya culture iyola ramai skrg letak anak nama sound very the omputih or unsur unsur western.
      cth nama mikael, danish..
      cam nama danish namaa ni nama nabi. tapi for org denmark hambabi depa yg famous nama danish. nama ada yg unsur ya hudi pun ada.cam natasha
      saya lihat ramai mak yg sgt berbangga anak dia kawin omputih. ada tu terus jadi omputih. ada tu maintain diri dia but tak imposed pd anak sendiri dan laki dsbnya.
      saya ada lihat generasi yg dididik sedemikian. atau ada didikan tapi dah dikelilingi sedara mara yg k-afir. iman takdapek diwarisi..bila kawin ikut lakinya ugama.bila mak mati anak kena baca will camna nak di uruskan mayat mengikut kehendak si mati.anak anak terputus dari ugama ...semua sbb konon embrace western..camni la..1st gen si mak/bapa agaama kitaa. 2nd gen terkontang kanting. esp kalau duduk di negara berkenaan.3rd gen ...apa.apa..

      kalau nak tengok kaum kita yg suka terikut ikut ni...tgk je sepupu kita kat philipine. asalnya sama serumpun.satu agama. dtg penjajah conquistador mereka yg lemah iman ikut masuk dan amik budaya.so bila tgk perangai buruk maaid danlelaki negara tu terikut perangai omputih....

      Delete
    3. sambungan
      menurut kawan yg buat research sejarah dia org philipine.ckp nama manilantu asalnya perkataan arab..smuanislam.tapi ramai yg ikut budaya penjajah dengan rela.tu yg tiba tiba muka coklat nama lopez.connexion, fixacion,constancion,imelda, estrada....padahal dulu nama cam kita.tipah, ali, bedah, mohd etc. zaman tuk moyang mereka.but
      they really like their new identity and

      bangga..tu yg gaya hidup mereka

      kebaratan as ugamanbaru mka nevr stop them. org philipina mana minum air..mereka
      minum air coke....cara hidup
      u--s-a.
      so skrg kalau kita takjaga apa yg kita ada terikut ikut mentality mengagungkan agenda barat..habis la...

      ok la...

      maafzahir batin
      wassalam

      Delete
  9. sy x ikut adat pn kak..sy ikut agama aje..hantaran nombor yg same,xde snding,utuk tgkap gmbar dgn kluarga.sirih junjung pn xde.
    ikut agama baru best..lega.sbb lgsg x membebankan kluarga di sblah lelaki dan perempuan.kalau ikut adat,da bnyak yg sy x kna..

    ReplyDelete

Pada yang terbuka hati utk tinggalkan komen disini..
Didahului dengan ucapan Ribuan Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...