Followers

Wednesday, December 5, 2012

Dua Majlis Perkahwinan Dlm Sehari

1/12/2012 (Sabtu) ada dua wedding
Satu di KLumpur dan satu lagi di Kajang

Wedding di Kuala Lumpur dulu yang kami pergi
di Dewan Besar Tun Razak, Menara Yayasan Tun Razak
Jalan Bukit Bintang, KL

Jemputan dari kawan rapat uncle masa dalam tentera
dari Regular Intake Ke 16 (Squadmate)
Lt Gen Dato' Muhamad Effendi & Datin Sri Hany Lubis

Kami bergerak dari rumah dalam hujan renyai2 pukul 1 lebih
Auntie tak pernah pergi dewan tu sebelum ni
Cantik dewannya, amat selesa dan parking pun senang
Amboi, sebelum auntie dapat duduk
memang ramai kawan2 ex tentera yang auntie jumpa
berpelukkan mesra..
semua tahu keadaan auntie yang dah tidak boleh
mendengar lagi...ada juga yang minta alamat
untuk menziarah auntie dirumah..

Masa auntie sampai pengantin sedang makan beradap


Uncle pimpin auntie suh duduk, 
mentara dia berbual dengan kawan2..



Second shot dari uncle sebagai photog auntie..hik3x 
sebenarnya nak ambil gambar pelamin dibelakang auntie



Dewan yang besar boleh muat seribu jemputan..


Ishhhh...third shot tengah tunggu makanan sampai ke lutut..hik3


Lauk pauk dari Felda katering (D'Saji)
Rendang Daging Tok
Ayam masak merah
Ikan sweet sour
Dalca
Acar Rampai
Papadom
Nasi Minyak
Air Oren dan Teh Tarik


Lauk uncle tiga macam ajer yg dia ambil

Apa lah..uncle tak ambil gambar meja buffet
macam2 pemanis mulut ada
bubur kacang hijau
karemel, bermacam2 kek, kuih2 melayu dan buah2an
tapi auntie tak mahu makan pemanis sebab nanti nak
pergi wedding di Kajang pula
takut sengkak perut pulak nanti..


Khairul pula jadi photog gambar auntie dan uncle kali ni..



Apa menung tuh??


Quartet Nasyid


Pelamin


Kek 


Shahrulkamal dan Dr Mulyani
(Dr adalah puteri Dato' Effendi)

Ayah Pengantin Perempuan
Dato' Effendi tinggi orang nya..hik3x 6 footer
(Pernah served as Military Advisor to our present Prime Minister
formerly Defence Minister)

Ibu Pengantin Perempuan 
(Datin Sri Hany Lubis)
(Amboi, muka auntie bam bam lah)



Door gift - Telur pindang, kerepek bawang, 
booklet doa dan zikir, kalender 2013
mug dan cupcake

Majlis perkahwinan ini yang akhir buat kawan uncle
ketiga2 anaknya telah berkahwin

Moga pasangan berbahagia hingga keakhir hayat..Aamiin

Pukul tiga kami rushing ke Kajang untuk majlis yang kedua pula
Hujan lebat selebat lebatnya dalam perjalanan..




7 comments:

  1. Uncle Borhan nampak stedy macam orang muda jer gayanya. Heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam AA,

      Uncle Bob pakai baju baru tu..hik3x

      Delete
  2. Alhamdulillah untie masih ada kekuatan untuk meraikan kawan2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam JunAina,

      Alhamdulillah..mohon kesihatan bertambah pulih dimasa hadapan

      Delete
  3. Alhamdulillah dalam sakit2 tu.....dapat juga akak menghadir kan diri ke Majlis kahwin anak kawan2 lama...saya suka tengok akak gembira bila bertemu kawan2 lama begitu juga dengan abang Bob.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sharifah,

      Memang seronok dapat jumpa kawan2 lama, memang akak kalau masih boleh larat pergi, akak akan pergi. InshaAllah

      Delete
  4. Bila tiba cuti sekolah ni biasalah ramai yg buat kenduri kahwin. Kalau ada dua majlis yg tak berapa jauh mcm yg Kak Nanie pergi tu, masih bolehlah kita gagahi. Kena tempatnya jauh2, adalah yg terpaksa tak dapat pergi.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...