Followers

Saturday, December 8, 2012

Demam2 Ke Pasar Tani

Auntie demam selsema tapi tak meleleh..
Badan sakit2 tapi sebab peti sejuk tak ada ikan
gagahkan badan utk cari ikan dipasar tani.

Alhamdulillah..cuaca panas pada pukul 10:30 pagi
berpeluh2 auntie, sampai tudung basah..
betul kata orang kalau berpeluh badan rasa ringan



Tiger balm dan tasbih 
sentiasa dalam poket auntie kemana2.


Ermmm...auntie lapar sebenarnya sebab tak lalu makan
semalam dan pagi tadi hanya makan roti kosong
pagi ni masih belum makan apa2
so auntie beli kuey teow goreng kuali besar Rm 2.50 sepeket
dan sebelahnya gerai satay...

 Dah makan separuh
Dalam peti sejuk ada kuey teow yang belum digoreng
badan tak sihat nak kedapur

Beli tak banyak, daging 10 dan ayam 10
nasi impit 3, org tu sedekah 1
Secucuk  Rm 0.60 nasi impit Rm 0.50 satu

Ikan auntie beli ikan sardin (tak pernah beli selama ini)
Entah..goreng garing2 sedap kot..
Ikan bawal dan kelisi dan sotong Rm 59 ajer, penjual
bagi discount, uncle bayar Rm 50
Daging siap suruh penjual tu hiris2 untuk auntie
Ayam tak beli sebab ada seekor lagi dalam peti sejuk

Sayur beli 2 batang lobak putih ajer, kat rumah banyak lagi
sayur mayur..

teringin makan ubi kayu bila nengok ada kat gerai sebelah
sayur..
Beli sikit untuk sarapan besok..anak2 suka cicah
sambal tumis ikan bili
Halia, serai dan limau nipis beberapa biji

Singgah kedai pokok bunga
beli baja dan racun siput

Nak balik nampak durian..
Beli durian Tekah dari Pahang sekilo Rm 6..3
biji..Rm 32.00
belum tahu lagi nak buat aper petang ni..
badan sihat buatlah apa2
kalau tidak makan mentah ajer

Dalam keadaan tak sihat gagahkan juga
Habis juga tiga keping duit kertas..hik3x
Gitulah..kehidupan
duit duit duit
tapi hari ni..satu peminta sedekah tak ada
bercuti kah mereka????


7 comments:

  1. Rajin Kak Nanie ke pasar tani. Macam2 juga yg dibeli tu.

    Kami tak ke sana pagi ni sebab ada program tadabur di surau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam YB,

      Nak ikutkan bukan rajin pun, sebab memang suka beli ikan kat pasar tani dah kenal penjualnya.

      Delete
  2. Betul tu auntie, saya kalau tak keluar peluh, mmg badan rasa letih, berat semacam...

    Ikan sardin mmg wife saya ada beli...goreng pun sodap!

    Zaman sekarang ni auntie, bawak RM100 nak shopping barang pasar, senang aja habis..huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam DZ,

      Betullah, zaman sekarang segala benda mahal..
      Nasib ada income, kalau tak memang kena balik kampung tanam jagung..hik3x

      Delete
  3. ikan sardin sedap dibakar mcm tu je dalam kuali (daun atau foil), letak garam dan lada sikit
    makan dengan sambal kicap pedas pedas... terangkat auntie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Julie Anne,

      Ohhh..yea ker? Foil ada, nanti auntie cuba..TQ for the idea.

      Delete
  4. Dalam beg saya pun sentiasa ada tiger balm dan seretide inhaler, cam ni lah kalaumada asthma kemana mana kena bawak ubat.

    Saya pun suka ikan sardine di goreng...sedaaap nya.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...