Followers

Monday, December 3, 2012

Bela anak empat, tak pernah alami


Semalam terperanjatkan anak sulung auntie
Khairul darah keluar dari hidung
meleleh2 selama 20 minit
Adiknya Noy tuamkan ais yang dibalut dengan towel
Yang lain2 tercengang2,  auntie menangis2..
Selama menjaga anak2 dari kecil sampai dah besar
tak pernah mengalami macam tuh..
sementara auntie nangis2 sempat buat status kat facebook
2 doktor kawan facebook dan blogger, memberi nasihat online
Dr Hanie dan Dr Khairul Faizie... Terima kasih doktor2..

 Nampaak tangan adiknya Noy
memeluk tengkok abangnya..

masa ni dah kurang darah mengalir 
selepas dituam ais

Hari ni Khairul pergi check dengan doktor di HKL
anak auntie memang buat pemeriksaan setiap 2 bulan sebab
dia ada darah tinggi..sejak kebelakangan ni pula
dia memang  dalam keadaan stress.
Ramai kawan2 facebook kata panas dalam
Syukur darah berhenti bila dituam dengan ais..
nasib baik Noy ada belajar first aid dalam kursus penerbangan
dia tak panik..

Hari ni auntie rasa badan tak sihat
terasa lemah dan lesu
rasa nak demam pun yea..
sebab terperanjat dan risaukan kesihatan anak

Auntie bangun subuh dan terus baring semula
hinggalah uncle gerakkan pukul sebelas tadi..
untuk makan sarapan yang di beri oleh jiran,
Juita Zen, kawan auntie..terima kasih banyak2..


Nasi goreng yg masih panas dan kek sponge kukus


Uncle letak disebelah pembaringan auntie
Auntie tidur beralaskan comforter diruang tamu


Pagi ni memang tak prepare breakfast..tak larat..
diatas meja ada roti dan biskut creamcrackers
agaknya yang lain2 makan tu saja pagi tadi..

Ni dah masuk waktu zohor, nak makan apa
untuk tengah hari nanti...auntie tak larat nak masak
mungkin tanak nasi dan beli lauk



44 comments:

  1. assalamualaikum aunty sayang
    sya harap aunty sekeluarga berada di dalam keadaan yg sihat sejahtera di bawah lindungi dirahmati olehNya yang Esa..amin....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Warahmatullahi Wabarakatuh Siti,

      Terima Kasih atas doa, Aamiin.

      Delete
  2. Salam Auntie,

    Auntie pun kena jaga kesihatan juga taw :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali,

      Terima Kasih atas nasihat utk kesihatan auntie.

      Delete
  3. As salam kak nanie,
    Kesian kak nanie...rasa kesian bila baca smlm kak nanie nangges tgk Ayol berdarah hidung.apabila kite dah berumur begini ,bila tgk anak anak sakit gitu kita cepat panik dan rasa helpless kan?
    org org mula mcm noy tu mmg cepat dan tangkas menghandle situation.lagipun she is trained.nasib baik dia cuti..kalau tidak lagi gamat.
    kak nanie rasa tak sihat ni pasai tekejutz smlm kot.InsyaAllah Ayol pi cek-up dapat doctor beri treatmt yg bersesuaian.kak.nanie jgn susah hati...worry tetap worry tapi jgn terbawak bawak.jgn sampai kak nanie pulak tak sihat.
    Ayol muda lagi...he will be fine.
    u take care ya.kami duu'a kan yg terbaik utk K.N. sefamily.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Cicik Ann,

      Haah, nasib adiknya Noy ada, kami yg lain2 memang tak reti dan panik bila tengok darah.

      Terima Kasih atas nasihat dan doa. Aamiin.

      Delete
  4. Harapnya Khairul dah terus sembuh. Kalau ikut petua keluarga kakak biasa kena baring auntie. Kalau ada daun sirih pun boleh jadi penawar. Gulung dan sumbatkan pada lubang hidung. Bukan ketat-ketat sekadar syarat.

    Kesian auntie yg jadi tak sihat mungkin terkejut sangat. Moga cepat sembuh. Beli ajelah lauk kakak pun kadang macam tu juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera Kakzakie,

      Darah berhenti mengalir selepas dituam ais, Alhamdulillah.
      Auntie tak tanam sireh, daun kadok ade buat ulam2..huhuhu

      Haah, memang terkejut dan sedih.
      Auntie semalam masak juga kesudahnya. Sambal sardin dan lemak padi ikan kering talang+terung. Dua lauk ajer sampai kemalam.

      Delete
  5. rasanya sbb panas dlm tue auntie.. suruh dia minum air byak2 sikit.. sy dh byak kali gk kena tp bukan la selalu..masa sek rendah ada la 2,3 kali kena pastu dlm tahun nie pun ada kena 2,3 kali...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera yana,

      Mungkin juga.

      Oh yea ker? Yana jumpa doktor tak?

      Delete
  6. masa kecik2 dulu saya selalu jugak berdarah hidung, masa tu mak just masukkan daun sireh yang digulung dalam hidung. lepas tu darah mesti berhenti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera Eliss,

      Tulah, ramai kata daun sireh, kalau ada benih sireh auntie rasa nak tanam dalam pasu pun jadilah, buat ubat.

      Delete
  7. Kesian Ayol.. harap dia bersabar.. Kak Nanie pun jangan la fikir2 sangat..
    Makchaq doakan biaq dimudahkan jalan utk Ayol & Zeity kekal bahagia dan kak Nanie sekeluarga sihat sejahtera

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera makchaq,

      Dah suratan perjalanan kehidupan Khairul, walaupun dia insan yang mulia, Allah tetap uji.

      Delete
  8. jaga diri auntie.... sy doakan anak auntie cpat sembuh dan bebas dr sgala masalah yg melanda.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera CNain,

      Aamiin. Terima Kasih atas doa utk auntie dan sekeluarga.

      Delete
  9. Alahai...yelah, mesti le rasa cuak bila tengok anak berdarah mcm tu..

    Auntie pun take care ye. Ai doakan semua yg terbaik utk Auntie sefamily...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera Ai,

      Terima Kasih bebanyak ye Ai, doa dari insan yang juga sakit.

      Delete
  10. Assalamualaikum Auntie

    masa saya budak2 dulu ada juga darah keluarkat hidung...tapi sekejap ajer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Warahmatullahi Wabarakatuh atuk,

      Ramai juga yg pernah alami pendarahan dari hidung..huhuhuhuhu

      Delete
  11. syukurlah dah berhenti pendarahannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera gB,

      Syukur..Alhamdulillah

      Delete
  12. Kak macam yang saya komen kat fb, tahun lepas shamsul pun kena macam Ayol..hidung darah keluar menyembur nyembur penuh satu tuala good morning tu...saya dah kawin 29 tahun tak pernah langsung tengok kejadian begini tapi shamsul degil tak nak jumpa doktor, dia cuma tuam dengan ice jer dan darah pun berhenti dan sampai hari ni saya tak tahu apa penyakit nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera Sharifah,

      La Shamsul pun takut jumpa doktor ke? hik3x
      Seelok2nya bila dah berumur, buat basic check up.

      Delete
  13. Assalamualaikum,
    sabaQ ya auntie... jangan susah hati. Jaga kesihatan ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Warahmatullahi Wabarrakatuh anyss,

      Terima Kasih atas nasihat.

      Delete
  14. siannyer kat aunty n khairul.. mudah2an mak n anak cepat sihat dan tenang... amin3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera Ayu,

      Ermmm...auntie dah tua, sakit tak per, yg muda2 sakit, auntie kesian lah.

      Delete
  15. Assalamualaikum auntie...syafakillah buat ayol dan auntie biasalah hati seorang ibu.bila musibah melanda anaknya,hatinya pasti dirundung duka.....auntie kuatkan semngat,banyakkan berdoa moga anak auntie ayoltemui kebahagiaan yang diimpi dan auntie sekeluarga di bawah rahmat Illahi...doa ibu sangat mustajab..insya Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Warahmatullahi Wabarakatuh ummi khalish,

      Mudah2an gitulah..auntie sentiasa berdoa utk kesemua anak2 auntie, satu persatu.

      Delete
  16. Peribahasa
    orang memberi kita merasa memang kena pada situasi jiran kak nani ni...
    Alhamdulillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera Rahmah,

      Alhamdulillah, rezeki

      Delete
  17. asmkm maknani
    bagusnya hal ini ayol pegi pejabat ugama bhgn kaunselling utk mendptknn nasihat dan kaunsel semua pehak yg terlibat.malah bagi yg kurang ilmu hukum hakam ni mereka akan di terangkan.
    kmdian di kaunselling kn mereka lakibini away fr third party. thn third party juga di nasihatkan ikut syarak. gunakan khidmat ini. dah selesai hilang stress. yg isteri. kn ikut la klu tak dia telah ingkar.maka......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Warahmatullahi Wabarakatuh nor,

      Terima Kasih atas nasihat utk ke kaunselling.

      Ermmm...kami bertambah stress bila nasihat yg diberi hanya ala kadar, tiada penyelesaian.

      Delete
  18. asmkm maknani
    Majlis Agama Islam MelakaKompleks Islam MelakaBukit Palah, 75150 Melaka Pentadbiran & Pertanyaan: Tel : 06 - 283 7416 Tel : 06 - 284 9808 / 06 - 283 2077

    minta disambungkan ke bhgn kaunseling. buat apmnt.

    ayol pegi. kdian suruh pejbt ugama contact bini dia hadir. buat lAh ikut syarak smoga yv jahil dpt di terangkan.

    n

    wslm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Warahmatullahi Wabarakatuh nor,

      TQ for the advice, pasangan dah pergi ke Majlis Sulh pada bulan lepas, tapi isteri masih berpegang dengan keputusannya.

      Masih ingkar utk mengikut suami tapi anak auntie tetap memberi nafkah zahir bulanan (banked in) saperti biasa hanya batin sama2lah tanggung. Mereka masih sayang menyanyangi, rindu merindui, selalu berhubung melalui sms dan talifon.

      Pada bulan keempat si isteri boleh memfailkan penceraian, ikut hukum syarak dimana tiada nafkah batin dr suami selama empat bulan..

      Ketika itu pasrahlah...

      Anakku Khairul, Suami yang dianiayai..moga 'mereka' mendapat hidayah dan realise akan hukum dan laknat dari Allah atas perbuatan mereka, memisahkan suami isteri dan anak.

      Kesian, isteri keliru antara derhaka pd ibu dan ayah dan derhaka kepada suami, bertambah kesian ibu bapa mengheret anak mereka kejalan yang mungkar..

      Mereka tahu hukum hakam tapi bila hati dah gelap dengan keduniaan, hilanglah pedoman bila mendengar bisikkan iblis.

      Hanya Allah saja yang mengetahui hikmah disebalik apa yg berlaku...

      YA RAHMAN, YA RAHIM, YA KARIM..

      Moga umat2 Nabi Muhammad saw dibawah perlindunganNYA dari segala perkara2 mungkar..

      Delete
  19. Inilah untungnya ada ramai kawan blogger dan fb termasuk para doktor mcm Daddy Ziyyad dan Dr Hanie tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera YB,

      Betul..dengan berblog dapat ramai..Alhamdulillah

      Delete
  20. Salam auntie..

    Harap anak auntie dah sihat sepenuhnya..
    BP dia naik tinggi ke masa darah keluar dari hidung tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali Doktor,

      Anak auntie dalam medication for highblood, reading dia tinggi 180/130
      Kesian dia.

      Delete
  21. Selain mereka berdua, kita juga ada rakan blogger Dr Najwa dan Dr Singa.

    Syukur, tiada yang mudarat. Jaga kesihatan ya Auntie.

    ReplyDelete
  22. Salam Sejahtera AA,

    Ohhh...auntie tak pernah berinteraksi dgn kedua2 doktor tersebut, InshaAllah dlm masa terdekat auntie akan jalan2 keblog mereka.

    Terima Kasih atas nasihat AA utk auntie.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...