THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Thursday, December 20, 2012

Air Mata DiPasar Tani

Sabtu yang lalu ke pasar tani,
Pagi tu cuaca mendung
Auntie pergi pukul 10 pagi
Gerai pertama mesti gerai ikan,
Auntie beli ikan cencaru, Ikan kembong
bawal dan sotong dalam quantity yang lebih
dari selalu untuk tujuan bbq ikan sebab nak gi picnic..hik3x
Sementara menunggu pekerja bangla membuang perut ikan
auntie dan uncle keluar dari khemah gerai..
supaya tidak menghalang orang lain untuk memilih dan
membeli ikan, memang ramai tiap2 minggu di gerai tu

Tiba2..talam yang penuh berisi ketam..jatuh terbalik
sebab kaki besi pengalas talam roboh..
Huishhhh...berpuluh2 ketam berterabur..
Nasiblah auntie dan uncle dah beredar dari situ
Kalau tidak mahu kaki auntie ditimbuni ketam2 tuh..
tapi air hanyir tu terpercik juga di baju uncle dan auntie..
errrkkkk...
habis keharuman coco chanel auntie, bertukar hanyir..hik3x

Bila dah ambil ikan dan bayar
kami pergi ke gerai ulam2
auntie nak beli daun kesum dan ulam raja

Sedang pilih2..kawan perempuan auntie
menegur auntie..
kami bersalam dan berpelukkan..
dah lama tak berjumpa..

Aduhai, kisah sedih membuatkan
air mata auntie mengalir bila
dia menceritakan kisah dia..
Yea..auntie memang saorang yang penyedih
Air mata mudah mengalir..tak kira dimana2..

Kawan auntie tu dan anak2nya (3 org) dihalau keluar rumah
oleh suaminya ketika itu..
sekarang bekas suaminya dah pun kawin dan menduduki
rumah tersebut dengan isteri barunya...

Selama tiga tahun,  naik turun mahkamah untuk mendapatkan
harta sepencarian..
Dia tidak bekerja semasa kehidupan suami isteri
dulu..tapi bekas suami nya bergaji besar,
kereta kedua yang dipandu kawan auntie pun
kereta mewah, baby merc masa dulu
tapi sekarang menapak jalan kaki setelah dihalau tu..
Nasib ada simpanan maka dia menggunakan
duit tu untuk khidmat guaman..
sebab dia tahu akan hak nya dan anak2nya

Kami berbual dalam khemah ulam2..
Hujan pula dari renyai2 dan mencurah2..
tak boleh nak kemana2, tersekat disitu..
Dia ada terdengar akan berita ttg anak auntie
dari kawan katanya..
Uncle pula menceritakan kisah Ayol secara
ringkas padanya termasuklah si penjual
gerai..mereka kata tak masuk akal
perkara mudah boleh jadi rumit..

Nak lawyer tak, boleh lah saya rekomen kan
tanya kawan auntie

Tak mahu akak..
Pada habiskan duit kat lawyer untuk meroboh masjid
baik akak spend duit tu buat masjid baru..kata auntie

Pada auntie
Biarlah, dari awal isterinya buat hal mengingkari
permintaan suaminya untuk berpindah keKL..
Terpulanglah pada mereka...dah hampir empat bulan
masih berkeras dengan keputusannya
tak mahu keKLumpur

Kami berserah pada Allah swt
Ada jodoh,
Isteri dan Anaknya kembali kepangkuan suami dan daddynya
Jika tidak, berakhir lah Istana Kasih dan Sayang antara tiga insan
Suami, Isteri dan Anak..
Kesian anak auntie teraniaya,
difitnah dari orang yg tak berhati perut...amat zalim
dia kehilangan 2 insan yang disayanginya
Anak auntie seorang yang amat tinggi kesabarannya
dari kecil hingga lah dewasa
tak pernah tinggikan suara pada sesiapa saja
Sebagai suami pulak tak pernah tinggal tanggung jawab
nafkah isteri dan anak, sampailah sekarang
tak pernah naik tangan, malah jentik pun tidak pada isteri dan anak
Isteri dia pernah buat pengakuan di facebook..
Auntie copy and paste..



Mmbirthday my hsband
·          
·         http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-ash4/186245_1814583799_1493123955_q.jpg
Nanie Nms Kan mama dah kata awal2 lagi masa merisek,Zeity Azila dapat Ayol adalah anak yang amat baik, tinggi budi bahasa dan amat bertanggung jawab terhadap keluarga..tak yah ada cemburu kerana he is one woman man. Alhamdulillah..
·         http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-ash4/371816_100002510640346_519798697_q.jpg
Zeity Azila alhamdulilah zeity brsyukur dpt hsbnd mcm ayol..btl ckp mama smuenye ade pade die..bbudi bhasa,penyayang..smpai kn fmly blh ibu or babah ke smue ckp die budi bhase n baik orngnye..hrmat org tue..sstngah org die main lnggar je..


Dimanakah syukurnya sekarang??

Tak tahulah kenapa mereka tidak pandang
akan nilai anak auntie miliki..

Mungkin ada hidden agenda?
Hanya Allah swt saja yang mengetahuinya..

Wahhhh...dah jauh dari cerita kepasar tani..
Auntie bersalaman dengan kawan auntie
masih hujan tapi redah dan terus balik rumah
Ishhh...berbual dan mengalir air mata hingga
tak beli benda2 keperluan lain2..

Dirumah, simpan apa yang dibeli
dalam peti sejuk
Bersihkan cencaru dan kembong,
lalu auntie panggang gunakan foil
Buat air asam, lemak nenas dan ikan kering kurau
bendi dan kobis rebus,  buat ulam2
(lupa pulak ambil gambar)

Auntie suruh uncle talipon Pija
mintak masak nasi dan goreng telur dadar..
Kami nak berpicnic rumah dia
makan reramai..sudah tentu berselera..
Alhamdulillah...
Inshaa Allah nanti auntie sambung lagi..
citer weekend dirumah Pija.





44 comments:

  1. sedihnya auntie..banyak dah dgr kisah suami halau isteri lama sbb isteri baru.tapi penyudah hidupnya takkan senang pun

    suka dgn family auntie yg sgt rapat dan uncle nampak romantik sgt ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Irfa,

      Memang sedih bila berlaku penceraian. Memang Allah benci perceraian.

      Keluarga auntie amat menitik beratkan kasih sayang antara kami anak beranak..Alhamdulillah

      Delete
  2. Salam Kak Nanie... hidup manusia ni macam2 dugaankan kak...dpt suami baik... isteri buat hal...dpt isteri baik pulak suami yg buat hal... tapi segala2nya adalah ketentuan Allah...apa yg terjadi ada hikmahnya...saya amat yakin ttg itu...

    Sebagai ibubapa dan sahabat... kita hanya mampu memberi nasihat yg baik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali Anie,

      Betul, berbagai2 dugaan dan ujian yang berlainan pada setiap individu dan keluarga.
      Memang benar, setiap ujian ada hikmah. Akak juga nampak itu.
      Sebagai ibu bapa kita seharusnya tahu hukum yg telah Allah gariskan untuk panduan.

      Delete
  3. Assalamu'alaikum Kak Nanie...

    Allah ada perancangan yang lebih baik buat Ayol yang mungkin kita tak tahu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Warahmatullahi Wabarakatuh,

      Mudah2an, akak sentiasa doakan yang terbaik untuknya

      Delete
  4. Membaca entri ni buat saya termenung sejenak...sesungguhnya saya tidak tahu apa yg harus saya katakan sekadar mendoakan yg terbaik untuk kawan kak nanie serta anak kak nanie!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Norhaizan hakim,

      Terima Kasih doa yang dipanjatkan utk keluarga akak.

      Delete
  5. Assalamualaikum,
    masa saya baca entri ni...kat luar hujan gerimis. Di hati banjir melimpah, di pipi turut basah.

    Allah uji hambaNya ikut kemampuan mereka. Moga2 kita tabah ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Warahmatullahi Wabarakatuh,

      Yea ker, sayu sampai menangis.
      Inshaa Allah, kami harungi ujian ini dengan redho

      Delete
  6. Harap Abg Ayol, Aunty sefamili tabah ye. Semua yg terjadi kat kita telah ditetapkan ALLAH.. Ada Hikmah disebalik kejadian. Apa yg kita buat kat org akan berbalik pd kita jugak kan. Bace post sis peej pasal ni jgk, Ya ALLAH smpi berdarah2 idung mulut sume n darah tinggi sgt ye.. Erm.. Aunty bagi la dia minum air jus Apple hijau+carrot+belimbing. Takyah letak gula. InShaaAllah.. Tekanan tu akan turun.. Bahaya kan klu darah tinggi ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Labuchee,

      Terima kasih atas recepi minuman untuk abg ayol, pernah juga auntie dengan jus buah macam tu boleh stablekan darah tinggi.
      Inshaa Allah auntie buatkan nanti.

      Delete
  7. Sedih Ai baca ni auntie -____-"

    Semoga ayol, auntie & family diberi kekuatan & semoga semua yg terbaik utk family auntie.

    luv u...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ai,

      Memang sedih apa yang terjadi.
      Terima kasih atas doa Ai

      Delete
  8. Kita doakan yg terbaik buat kawan kak nanie dan buat anak menantu kak nani..Begitulah hidup ini, macam2 dugaan harus di hadapi. masing2 ada bahagian masing2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hani,

      Terima Kasih atas doa, memang benar, setiap individu diuji

      Delete
  9. tersentuh rasa hati ini membaca setiap baris yang auntie karang sampai menitik air mata saya. saya pulak berlaku sebaliknya dengan kisah anak auntie. di halau suami ketika saya mengandung hampir 3 bulan dan beranak 1. takpelah berdoa dan berusaha sebaik mungkin untuk pertahankan apa yang kita bina. Insha Allah tuhan akan berikan yang terbaik. sesuatu yang berlaku pasti ada sebab dan hikmah yang tuhan janjikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam fifie,

      Kami sekeluarga redha, apa yang terjadi pasti ada hikmah.
      Fifie auntie juga sedih, fifie pernah melalu masa yang sukar.
      Moga kita tabah dgn setiap ujian dari Allah

      Delete
  10. Dear Aunty,

    Ramai dalam dunia ni tak menghargai apa yang ada depan mata. I think aunty and uncle parents in law yang sangat baik dan susah nak cari yang understanding macam ni.Dan saya kenal dua anak aunty, so saya tahu anak-anak aunty baik-baik hati semuanya.

    Takpelah aunty, kalau orang tak appreciate ayol,somebody else better will, Tuhan tu tak kejam kan?:)

    One day i pray that you and your family will see zara again.

    Tak payah pening kepala aunty, serahkan pada Dia sahaja.

    Hugs

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Chics ku sayang,

      Betul, ramai yang tak tahu bersyukur, mudah saja melupai akan nikmat yang Allah tentukan rezeki dan jodoh, seharusnya setiap perkahwinan yang direstu oleh ibubapa dijaga dengan baik. Setiap pasangan mesti tahu sememang nya ada ujian dalam perkahwinan.

      Ayol amat tenang orangnya jika kita tengok, pernah auntie bertanya pada dia..
      Macam maner kau boleh 'cool' ajer?
      Mama..didalam hati pedih mama, tapi tak kan nak nangis.
      Biarlah ayol nanges dalam hati supaya mama tidak susah hati nengok ayol bersedihan setiap hari.

      Kata Ayol, dia tidak mahu rebut2 pasal Zara..biarlah

      Kami berserah pada Allah, apa yang terjadi selepas ini

      Delete
  11. Allah tu Maha Adil dan Maha Mengetahui auntie.. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Saya doakan yang terbaik buat auntie sekeluarga. Harap Ayol tabah menghadapi ujian ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cikpuanmuda,

      Terima Kasih atas doa.

      Mudah2an setakat ini Ayol hadapinya dengan tenang, cuma bacaan darah tinggi nya yang membimbangkan

      Delete
  12. Ya Allah kesian nya kawan akak tu....durjana betul bekas suami nya ya kak.

    Saya tak paham apa lagi yang manusia ni hendak kan kak.....dapat yang baik pun tak bersyukur dan saya pun tak paham dengan isteri nya takut dengan ibu sampai sanggup menderhaka dengan suami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sharifah,

      Memang kesian apa yang terjadi pada kawan akak itu.

      Manusia banyak ragam, ada yang positif ada yang negative..Dah sememang lumrah dunia begitu.

      Delete
  13. Semua dugaan yang didatangkan dapat meningkatkan darjat sekiranya kita sabar dan semakin dekat denganNya..
    makchaq doakan yang terbaik untuk Ayol dan kawan kak Nanie.. dan semoga kesihatan kak Nanie semakin baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam makchaq,


      Aamiin
      Terima kasih atas doa2 tersebut..

      Delete
  14. salam maknani,
    pesan pd ayol buat sembhyg hajat minta dilapang dan permudahkan dijauhkan hasad. buat istikharah minta petunjuk jln didepan smoga dia boleh buat keputusan kekal atau .....

    berdoa supaya mana yg jahil tu dapat diterangi nur.

    kata orang tua tua ikan cencaru toksah makan kalau sakit badan bisa bisa. lain lain ikan pari, kambing dan sekaumnya.wallahualam
    take care semua dan salam buat semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali Nor,

      Betul, ayol memang sedang lakukan, Alhamdulillah..
      Ayol dah tabah dan berserah dengan redha.

      Haah, maknani ni pasal makan semuanya nak bedal tiada pantang tapi dalam quantity yang sedikit.
      Tak macam arwah maktok tak cuit lansung, amat berpantang dalam hal2 pemakanan.

      Terima Kasih kerana sudi menasihati abg ayol dan maknani.

      Delete
    2. salam maknani,
      dr saya di sini pesan klu cholestrol tinggi atau ada high blood pressure mkn telur 1 biji seminggu.
      tu pun pesanya poach. tapi mmg betul hilang sskit kepala. mayong kepala bila cholestrol tinggi.
      sedihnya sampai gitu sekali abg ayol mengalah nk memujuk. sedih saya mendengarnya.

      ok mak nani n abang ayol jaga diri dan kesihatan. maknani bila rass pening pening tu potong celery sepokok carot 3,4batang. nak sedap
      beli kacang kuda rebus 1mug blend dgn bawang putih 4 ulas.letak sesudu dua tahini.gaulkan.perah lemon. a bit of salt to taste.jadi la humus. drizzle dgn olive oil.
      so boleh mkn sayur spt celery, karot timun colek dgn humus ni. healthy.
      celery elok utk. org yg ada tekanan tinggi.
      hope maknani jaga kesihatan. mak nani ada tugas penting ie: tunggak keluarga. abg ayol uncle needed you.

      salam jumaat buat maknani dan keluarga.
      rabbir assir walla tu assir

      wassalam

      Delete
    3. Salam kembali sekali lagi Nor,

      Ya Allah, sungguh murni keperihatinan Nor terhadap kesihatan abg Ayol dan MakNani, terharu sangat.

      Terima Kasih bebanyak atas nasihat dan kata2 semangat utk kami sekeluarga.

      May Allah swt bless u the same dear..Aamiin

      Delete
  15. agaknya dia taknak pindah klsebab takut kena buat kerja rumah agaknya. entahlah....

    ReplyDelete
  16. Salam,

    Setiap kerja dilakukan utk suami adalah ibadah dan pahala ganjarannya...

    Kenapa perlu takut?

    Kata ayol memujuk pada isteri nya,

    masak nasi dan goreng telur mata, 6 hari dlm seminggu pun, dia tidak akan komplen, hanya 1 hari dalam seminggu saja masak lauk apa2, jadilah..

    Jangan risau saya tidak mahu membebankan isteri saya, saya cuma mahu isteri saya, anak saya disamping saya.

    Sedih auntie, bila ayol citer kat auntie macam tu..
    sememangnya ayol tidak cerewet makan...dan memang dia jenis tidak banyak songel..
    memang bertuah siapa dapat bersuamikan ayol..dia seorang yang amat penyayang.

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum aunty..

    I've been thru a hard divorce thingy.Selama 7 tahun berkenalan,berhenti kerja untuk bersama dia,menjaga kakak dia yang OKU,sanggup mengikat perut kerana tak cukup duit,mintak duit dari keluarga saya kerana kekangan kewangan,berikan duit downpayment untuk rumah dan kereta,belikan segala keperluan dia dari waima bahagian dalam sekali,...tapi apa yang saya dapat auntie? dia buang saya disaat saya berada seorang diri di Terengganu tanpa ahli keluarga...yupe..demi dia saya sanggup berikan apa sahaja..kerana saya tahu dia dan keluarga bukan orang yang senang..saya banyak mengalah dengan apa jua keperluan saya kerana saya nak lihat dioa dan keluarga hidup gembira..tapi keluarga dia cerca saya dengan panggil saya "orang kafir"..pada saat masjid dihiasi dengan cahaya ramadhan..rumahtangga saya hancur kerana perempuan lain..
    Now saya redha..walaupun saya terpaksa bangun pagi setiap pagi buat nasi lemak but am happy at least..coz am with my family..they are my backbones..i rather lost those ppl yang tak appeciate me dari losing my own flesh and blood ..
    I know how does it feel aunty..my mum setiap malam telekung tak pernah kering..sentiasa basah dengan airmata..but both of us redha dah..
    Nak tuntut?hmmm biarlah ..walaupun saya berhak..tapi jika berkeras dan masih x bagi apa yg dituntut buat apa..saya serah semuanya pada Allah dengan apa jua jenis balasan yang akan dia terima..
    Buat Ayol one day akan ada jugak pelangi yang muncul..just be strong!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Warahmatullahi Wabarakatuh Sabrina,

      Sedih auntie baca pengorbanan yang telah diberi tapi tidak ada penghargaan dari mereka. Moga apa yang sabrina lakukan mendapat rahmatNYA. Aamiin.

      Memang ibu sentiasa mendoakan yang terbaik utk anak2nya, selebihnya Allah yang maha mengetahui apa yang telah direncanakan untuk setiap individu.

      Inshaa Allah, harapan kami pelangi akan muncul utk Ayol yang teraniaya.

      Terima Kasih Sabrina.

      Delete
  18. saya ikuti kisah auntie dan peej dari dulu..dan saya boleh nampak ayol ni seorang yang macam mana..mr .cool..semoga ada cahaya dalam rumahtangga mereka..tabah nya hati seorang suami dan bapa...sedoh abca auntie...auntie pun seorang ibu dan ibu mertua yang baik di mata saya..semoga Allah berpihak pada keluarga auntie..amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mimy,

      Terima Kasih dari membaca blog auntie dan peeja, mimy tahu akan keadaan kami sekeluarga.
      Sememangnya Ayol is an extra ordinary person, he is so cool, never in his prayers to blast his wife or parents in law for what has happened. Really..he is great and kind.

      Terima Kasih atas doa mimy. Aamiin.

      Delete
  19. Harap auntie n family banyakkan bersabar. Insyaallah ade hikmahnye tu.
    I've been through almost the same situation. More worst I think.
    But, Alhamdulillah..Allah itu sentiase adil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam AkUfiZa,

      Terima Kasih atas nasihat utk mami.
      Auntie juga doakan semoga fiza dalam peliharaanNYA.

      Delete
  20. salam auntie.. sorry auntie, macam nak nangis.. serius..! lebih lebih lagi teringatkan budak comel tu, lepas ni tak dapat la saya tatap wajah si comel tu.. banyakkan saba ye auntie dna keluarga, semuanya dugaan dariNYA. Dia nak menguji.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali HaNa,

      Memang kami menangis dan masih menangis, sedih kerana ada manusia macam tu didunia ini, dan auntie tidak sangka, mereka membuat begitu, sanggup memfitnah Ayol.

      Setakat ini ujian ini, kami lalui dengan redha.

      Delete
  21. salam aunty yg manis...
    sya baca entry dan sya sambung baca di bahagian komen
    sya bergenang airmata
    sedang sya terpaksa berpisah dgn suami hampir 1 thn ++ dah terseksa dirasa..dihati sedih rindu gundah segala rasa ada
    berpisah dgn anak anak yang meningkat remaja, berpisah dgn suami
    semuanya kerana terpaksa
    mahu saja sya mohon bantuan orang atasan
    biar pertukaran sya diluluskan kadar segera
    agar kami dapat berkumpul sebagai satu keluarga..melihat anak anak di depan mata
    sya faham rindu suami terhadap isteri
    rindu suami terhadap anak anak
    rindu isteri pada suami dan merindui
    segala galanya

    moga ada kesudahan yang baik kisah ayol isteri dan si comel mata hati mereka
    berdoa dan bertawakal
    semoga setiap yg berlaku ada hikmah serta seribu kebaikan untuk keluarga aunty...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali kasihibu,

      Memang apa yang terjadi pada kami adalah kisah sedih. Anak yang belum mengerti apa2 jadi mangsa.

      Siti cubalah mohon dgn surat dan jumpa dengan orang atasan dan merayu, cubalah, mana tahu mungkin ada pertimbangan dari mereka setelah setahun lebih berjauhan dengan suami.

      Terima kasih atas kata2 semangat dan doa yang siti ajukan pada kami sekeluarga. Aamiin


      Delete
  22. salam anty..
    berat bahu memandang, berat lgi bahu yg memikul..semoga Ayol tabah..tiap dugaan yg datang ada rahmat disebaliknya..Paham sangat perasaan anty, sedih tengok orang buat anak kita mcm tu..like my mom, dia mana bley org buat anak dia..even my dad sekalipun, bila marah2 ke kitaorg ni dia yg lelebih sentap sedih..

    ReplyDelete
  23. menitis airmata saya baca entry auntie ni.semoga Allah kurniakan yg terbaik untuk auntie sekeluarga.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...