THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Wednesday, November 21, 2012

Wedding DiLaman Pengantin

Sehari selepas wedding kat Dutchess Place
wedding kat Laman Pengantin, Taman Melawati
Jemputan dari kaum kerabat Kedah arwah mak auntie

Auntie sebelum pergi ke wedding tu
badan amatlah tak sihat, nak ikutkan memang tak berdaya
nak pergi....auntie telan painkiller dan mohon kekuatan
untuk gagahkan badan utk jemputan kesitu

Malam tuh hujan mencurah2
Auntie bergerak lepas Isyak
sebab jemputan dari 7:30 malam hingga 10:30 malam
dan bukan seated wedding...jadi its 'free and easy' wedding

Alhamdulillah, dapat parking depan entrance
hujan pula mula berhenti, hanya renyai2 tapi uncle dan auntie
berpayung bila menuju ke khemah

Auntie tak pernah sampai diLaman Pengantin sebelum ini
Ohhhhh... 2 biji rumah bungalow
(Kiri dan Kanan rumah, ditengah2 halaman lapang)
halaman dipenuhi oleh khemah2 mengiikut tema
lantai batu block berwarna, tak becak walaupun hujan
dekorasi keliling rumah ada tanaman bunga2 berlampu neon
dinding pagar ada air terjun, memang cantik lah

Wedding ni adalah bagi kedua2 pihak pengantin
perempuan dan lelaki
Jadi kami disambut oleh dua tuan rumah malam tu
Jemputan auntie adalah dari pihak pengantin lelaki



Kerusi kosong sebelah auntie, nampak tak payung auntie selitkan kat reben kerusi..
sebab payung auntie tidak ada cangkuk..hik3x


Kalau klik view besar gambar ni, nampak senyuman auntie,
senyuman plastik, senyuman orang menahan sakit.
ramai sedara mara auntie duduk khemah lain, tapi
auntie tak larat sangat nak gi cari mereka...



Malam tu pihak keluarga pengantin pasang bunga api..
Pommmmp...Pommmp..Prapppp..Prapppppp
auntie dapat dengar......sayup2..bunyi saperti jauh..


Meja hadiah, masa uncle tangkap ni, belum ramai jemputan datang
masa auntie nak balik dah penuh meja hadiah ni..Alhamdulillah

Pengantin datang dengan paluan kompang dan selawat nabi
dan juga ada silat pengantin

Pakaian para silat pengantin malam tuh

Kata uncle, ni ketua jurusilat sebab pakai selempang


Nampak tak lantai  batu block berwarna, maka tak ada becak 
walaupun hujan mencurah2...Alhamdulillah


Sessi Merenjis dari ibu dan bapa pengantin lelaki





Pandangan jauh auntie, apa yang difikir di majlis ni?
Auntie dalam keadaan badan yang amat sakit tapi fikiran sedih menusuk2
ttg perkahwinan anak auntie, Khairul yang hanya baru 3 tahun, sedang
dilanda ujian yang hebat..
Terlintas dikepala auntie,
ada perempuan yang single masih belum bertemu jodoh
ada pasangan yang dah bertahun berkahwin tapi belum ada zuriat
ada suami yang tak bertanggung jawap terhadap isteri dan anak
tapi mereka hidup dengan kesabaran dan bersyukur..
Apakah terjadi pada nasib anak lelaki auntie?
Suami yang penyayang, bertanggung jawab hinggakan
dia komit 2 insurance yang dibayarnya bulanan
untuk pembelajaran anaknya utk kemenara gading
ada saving account untuk anak lagi..
Sudah ada zuriat, anak perempuan yang sempurna sifatnya dan sihat
Dimana syukur mu wahai insan2? Kenapa 'mereka' memisahkan
kasih sayang anakku dengan isteri dan anaknya?
Ya Allah..kau leraikanlah pedih dan pilu yang anak ku dan isterinya hadapi
Kau berikan lah 'hak suami' yang telah Allah swt salurkan dalam hukum syarak
Darah yang mengalir dalam badan anakku, adalah dari darahku jua
Siksa batin anak ku, terasa oleh ku sebagai ibu..
Pedihhhh...Ya Allah...Pedihhhhh


Makanan yang dijamu pada para jemputan
Uncle yang ambilkan untuk auntie dari meja buffet

Ada dua beg kertas sebagai door gift

Dalam beg kertas berisi Muffin Strawberies (dah habis dimakan)
dan kepit kuku mini

Gambar pasangan pengantin dari dekat

Do’a untuk Pengantin Baru
“Barakallahu laka wa baraka ‘alaik, wa jama’a bainakuma fi khair”
Mudah-mudahan Allah memberkahimu, baik ketika senang mahupun susah dan selalu mengumpulkan kamu berdua pada kebaikan”
(HR. Abu Daud, Tirmidzi dan Ibn Majjah)

Pernikahan merupakan salah satu rahmat Allah yang sangat besar dalam hidup seorang insan.. Perkongsian dua hati dan merupakan salah satu cara bagi seorang anak Adam untuk mencapai matlamat bahagia hingga ke Syurga.. Kerana dengan pernikahan ini, segalanya adalah pahala.. Betapa luasnya rahmat Allah dalam memberi kasih sayang kepada hamba-hambaNya... Berbuat baiklah kepada pasangan dan bersabarlah dengan ujian... 

Doa auntie untuk suami ku yang ku sayangi
Ya Allah..sebagai mana suami ku mengucup dahi ku ketika pernikahan ku,  berilah kesempatan untuk nya dan aku mengucup dahi antara kami semasa terbujur jasat ketika kematian..
dan temukanlah kami di syurga mu Ya Allah..

Aamiin

20 comments:

  1. kesian ayol..
    sabar jelah kak...
    semoga mereka yang memisah tu diberi taufik dah hidayah ..
    nak ulas panjang kat sini tapi tak perlah...

    ReplyDelete
  2. Salam kak Nani...sedihnya saya membaca n3 ini,cuma apa yang saya nak katakan kak Nani banyak bersabar, serahkan semuanya kepada yang Maha Esa.

    ReplyDelete
  3. salam Auntie, InsyaAllah semoga kemelut yang melanda rumahtangga anak auntie akan berakhir dengan kebahagiaan...auntie jaga diri and banyak bersabar ya. love u

    ReplyDelete
  4. Kami baru sekali menghadiri majlis perkahwinan di Laman Pengantin tu. Sebelum bulan puasa tempoh hari semasa sepupu saya kahwinkan anak keduanya.

    Nak naik tu agak tegak. Teringat menolak kerusi roda arwah emak masa tu.

    ReplyDelete
  5. Sedihnya prenggan yang last tu :(,sedih dan syahdu

    ReplyDelete
  6. Semoga rumahtangga Khairul dapat diselamatkan. Kesian dengan dia suami isteri dan Zara Sofea.

    ReplyDelete
  7. Salam auntie,

    Dari haritu mcm tertanya2 apa yg dah berlaku pada ayol...kt blog peeja pun ada terbaca mcm ada somthing happnd pada ayol...tapi takut nak tanya...bila baca entry auntie ni,dah terjawab segala tanda tanya...kita sama2 doa semoga ada cahaya kembali utk mereka...auntie jgn putus berdoa ya...mungkin ada hikmah atas segalanya...salam

    ReplyDelete
  8. Auntie, kuatkan semangat.. Allah test nak tengok tahap iman dan sabar... Kalau fikir2 sangat nanti CikMa risau Auntie boleh sakit pula.. Banyak2 berdoa tengah malam Auntie, mana tahu satu detik tu ada Allah makbulkan...

    ReplyDelete
  9. Makchaq pernah baca pasai Laman Pengantin ni, tapi belum pernah dapat jemputan kenduri di sana.

    Makchaq doakan kemelut yg melanda rumah tangga Ayol segera berakhir dan Ayol dan Zeity berbahagia sehingga ke syurga..

    ReplyDelete
  10. Salam aunty.
    Turut simpati dgn abg ayol.
    Semoga keadaan akan pulih jadi lebih baik.
    Btw, doa aunty sgt mengharukan. Sedih.

    ReplyDelete
  11. salam akak. apa khabar kak? lama tak jengah sini. ingt saya lagi kak?

    ReplyDelete
  12. Auntie, jom kita doakan ramai2. Mudah2an mereka bahagia. Auntie jangan banyak sangat memikir masalah ni takut Auntie makin tak sihat. Semoga semuanya berakhir dengan baik, insyaAllah. Amiin :)

    ReplyDelete
  13. hurm..sedih pulak entry kali ni..mohon auntie bersabar dan suya doakan yg baik2 tuk family auntie

    ReplyDelete
  14. Salam auntie,

    Auntie tu jangan banyak sangat berfikir, nanti kesihatan terganggu. Semoga semuanya berakhir dengan baik. Take care auntie.

    XOXO

    ReplyDelete
  15. Aunty fira doakan semua yang terbaik untuk anak-anak aunty ok, insyallah, mereka akan bersatu satu hari nanti....

    ReplyDelete
  16. Kenapa isteri ayol tak berbuat apa2 aunty? Pelik pulak saya rasa..bukankah tempat isteri disisi suami..?

    ReplyDelete
  17. salam auntie..
    dalam tawa ada duka...
    berdoa dan terus berdoa...doa ibu amat makbul..
    Allah menenggelamkan bukan untuk melemaskan...ia untuk mensuci dan menaikkan darjat....
    inilah hakikat kehidupan..
    dalam musibah ada hikmah...In shaa Allah.

    ReplyDelete
  18. salam,

    sedih i baca nukilan aunty ... aunty teruskan berdoa...doa ibu adalah doa yang dimakbulkan...jika apa yang berlaku bukan seperti yang kita harapkan, maka itu adalah yang terbaik yang Allah tentukan untuk kita. Semoga anak aunty lebih tabah. Dan semoga Allah membuka hati 'mereka' yang menyebabkan kekusutan ini berlaku, semoga mereka sedar bahawa apabila seorang anak perempuan dinikahkan maka dia sudah berpindah amanah daripada kedua ibu bapa kepada seorang suami...itu telah ditetapkan.

    Aunty, dont be sad.

    ReplyDelete
  19. Ai doakan semua yg terbaik utk family auntie.. :(

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...