Followers

Friday, November 16, 2012

Wedding at Dutchess Place

10/11/12 Jemputan Kahwin
di Dutchess Place, Ampang
Jemputan seated, pukul
8 pm arrival of guests
8:30 arrival of pengantin
9.00 dinner

Lepas solat maghrib
auntie dan uncle kesitu
dalam hujan yang agak lebat
Anak sulung auntie payungkan kami kekereta

Dutchess Place dekat dari rumah auntie
tak sampai 10 minit dah sampai
parking Alhamdulillah,
betul2 depan entrance
Nak keluar kereta kami disambut
dengan 2 orang berpayung
sorang uncle dan sorang lagi auntie
Dalam hati auntie masa menatih2 berjalan
aduhai lantai licin dan basah, selalunya berpaut
lengan uncle, tak kan auntie nak paut
lengan budak lelaki tuh
Jadi auntie pun jalan pelan2 dan hati2

Ada registration table
Kami ditempatkan di meja 11
bersama2 pegawai2 tentera yang dah bersara
Oh yea Jemputan Kahwin ni
dari kawan uncle Tengku Zainal Abidin
sama2 army dengan uncle masa muda2
dia seorang peguam

Wedding bertema Hijau dan Merah Manggis


 Meja signing of guest book


Dewan boleh accomodate 700 pax
Auntie diffahamkan
Jemputan 500 pax @rm 100++ per person

Tuan rumah sendiri menghantar kami ke meja
Uncle introduce auntie dan kata kat
mereka yang auntie tak boleh mendengar
hanya berpandukan gerakkan bibir
setelah mengalami stroke 4 tahun yang lalu



Alhamdulillah, walaupun auntie tak boleh mendengar,
auntie masih boleh bersembang dengan kakak disebelah auntie
Dia kakak sebab dah berumur 66 tahun
dah ada 6 cucu dan yang paling tua tingkatan 3, paling muda darjah satu
bertuah kakak tu sebab suami isteri sihat
mereka tinggal di Shah Alam


Ada dua orang pegawai tentera bersara bangsa China
Mereka jurutera ditentera udara
Walaupun jarang berjumpa tapi mereka berpelukkan
Auntie rasa amat terharu..





Meja sebelah juga kawan2 tentera uncle

Sepasang pengantin
Pengantin lelaki adalah anak kawan uncle


Garden of roses
Pelamin yang simple tapi cantik

Hanya ayah dan ibu kedua pengantin ajer yang merinjis

Jamuan makan bermula sesudah pembacaan 
selawat nabi dan doa


Nasi Tomato
5 macam lauk
Dhal, Daging Kalio, Ayam masak merah, Ikan Sweet Sour dan papadom?

Hahhh..tu dia papadom..hik3x
Custard Fruit Cocktail dan buah2an (dlm gelas)
Tea and Coffee

Tengku Zainal Abidin yang berbaju melayu hijau

Kakak dan suaminya


Sebelah kiri auntie tu sebaya dengan auntie berumur 57 tahun
dia bagi kata2 semangat untuk auntie malam tu
"Be positive, tell your brain, you are strong, you are well, InshaAllah
your body will be okay"
Nice couple, mereka belum ada anak yang berkahwin
tiga lelaki kesemuanya dan tinggal di Bkt Jelutong - Syed Abdul Rahim juga ex army

Pukul 10:15 malam dah habis majlis
Auntie sempat duduk sebab orang berpusu2
nak keluar di carpark



Auntie suh uncle berdiri di tepi pokok hiasan
entah apa yang digantung auntie tak perasan pulak





Cian uncle kena bawak handbag auntie..
memang selalu cam gitu, auntie dah tak boleh nak bergaya
galas handbag, terasa off balance dan berat

 Door gift bentuk square

Door gift bentuk oval



Ada choklat duit 3 keping dalam nya..

Masih hujan masa majlis bersurai
Yang lambat sampai kemajlis, dapat parking kat belakang bangunan
Tempat berumput dan becak
cian auntie nengok, lelaki sengseng seluar 
dan perempuan sengseng kain
Kasut? sure berlumpur..

Alhamdulillah...auntie dan uncle dipermudahkan 
dari becak dan lumpur..




14 comments:

  1. Alhamdulillah...
    dipermudahkanNya kak nani menghadiri jemputan tersebut...
    leceh jugak jika kena lecak nak bersihkan pakaian dan kasut dan kereta....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera Rahmah,

      Haah, ada akak nengok masuk majlis tu pakai sandal ajer, mungkin takut kasut kulit mahal masuk lecak..hik3x

      Delete
  2. terpikat dgn door gift . mcm 2 bentuk.
    nice.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera Nieda,

      Terpikat? Memang cantik, auntie nak buat isi accessories
      rantai dan anting2

      Delete
  3. Niat yg baik dipermudahkan. Dan betul, Auntie memang kuat dan sentiasa positif! Sokongan keluarga dan orang tersayang tu sangat mujarab!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera AA,

      Setakat ni Alhamdulillah, masih boleh pertahan, esok lusa hanya Allah yang tahu

      Delete
  4. bestnye mjlis itu... saya doakn aunty senantiasa sehat... aminnnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera kisskiut,

      Majlis yang simple but well organized.

      Aamiin, dan terima kasih doakan auntie

      Delete
  5. Salam MM,
    Wajah MM cerialah walaupun selalu cerita tidak berapa sihat. Syukurlah, banyak berzikir dan berdoa, dipermudahkanNya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera Hjh Noralenna Abbas,

      Bila wajah saya ceria dan tersenyum, bermakna sakit yang ditanggung boleh tahan lagi..ade masa hingga nak tersenyum pun tak larat,

      Ermmm...bersyukur dengan sakit begini maka hambanya dapat kesedaran akan hampirnya masa untuk kembali.

      Delete
  6. Alhamdulillah dapat juga akak ke majlis tu...Allah masih bagi akak peluang jumpa kawan2 lama...itu pun dah syukur kan kak...saya paling suka kalau ke jemputan majlis2 yang dibuat oleh kawan2 lama...lagi seronok kalau dapat sembang2 cerita masa kita muda muda dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera Sharifah,

      Haah, akak suka attend wedding kawan2 sebab disitu dan masa itulah kita bergurau senda mengenang masa lampau.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...