Followers

Monday, November 12, 2012

Saree dan Lauk Pauk India Sempena Deepavali



Sempena Hari Deepavali esok
Nak citer pasal Saree
Caya tak auntie ada 2 pasang saree

Saree untuk keramaian
Kiranya saree untuk menghadiri majlis tertentu
Ada batu2 permata bersulam,
Sutera lagi..hik3x
Orang hadiah, kita menerima
Alhamdulillah dan Terima Kasih








Tak tahu nak buat aper dengan 6 meter
Kalau Jubah perlu hanya 3 meter ajer
Selebihnya mungkin buat tudung selendang
Sapa boleh bagi suggestions yang lebih baik

Nak buat selubong bila auntie mati
tak sesuai lah pulak
sebab kilat2..(tak pernah orang islam buat pun)

Apa kata esok kita masak
Indian Cuisine..tukar selera
Hasil googles,


Chicken Grounded Spicy

 Potato with creamy yogurt
(selalunya auntie tambah kacang kuda)

Yogurt

Soup India - Rassam

Jangan terkejut yea
Auntie pandai masak2 lauk pauk india..
Auntie dibesarkan di quaters keretapi
ramai kaum mereka ketika itu
maka arwah mak memang pandai masakkan
india dan bengali
ermmm...hasil air tangan auntie
memang menjadi..
Ishhh...kena gi Carrefour nak cari
daging kambing dan rempah ratus...


20 comments:

  1. jiran pB india muslim ...
    kalau dia orang masak kari ....

    masyaallah


    sedap nyaaa bauuuuuuuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera pB,

      Memang harum bau tumisan rempah2.

      Delete
  2. seronoknyer.. pandai auntie masak masakan india..juallah ngan kite satu auntie.. sari tu.. hehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera NorMala,

      Maaflah tak baik auntie jual pemberian orang kan?
      Pandai sangat tu tak juga, sikit2 boleh lah..hik3x

      Delete
  3. Wahh untie nak meriahkan deepavali jugak ke... Jangan lupa jemput kita orang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera JunAina,

      Jemputan untuk jamuan terbuka? Tak sanggup lagi sebab kesihatan auntie belum mengizinkan untuk tetamu..huhuhuhu

      Delete
  4. Salam auntie..wahh terliur la dengar esok auntie nk masak indian cuisine, nnti jangan lupa tepek resepi ye auntie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera Alwanez,

      Cadangan nak masak tu ada tapi disebabkan bahan2 tak ada, auntie tak dapat nak masak, semalam tak pergi ke Carrefour, badan auntie meragam.

      Delete
  5. teringin pulak saya nak rasa masakan kaum india air tangan auntie. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera gB,

      Aduhai..tak sedap maner gB, sikit2 boleh lah..
      betul ker gB sudi nak datang dan makan kat rumah auntie?

      Delete
  6. Assalamualaikum Auntie

    kalau ada perjumpaan KKA....boleh masakan kami soup India...he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusallam Warahmatullahi Wabarakatuh atuk,

      InshaAllah, auntie akan cuba dilain masa, KKA yang 18/11 auntie tak dapat hadir.

      Delete
  7. auntie, buat pesak gantung or baju kurung pahang lawa :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rapunzeel Cikilolo,

      Teringin juga nak buat pesak gantung tapi bila umur dan badan dah macam auntie, rase nya dah tak molek kot..hik3x

      Delete
  8. Saya pun ada baju india...tapi bukan saree...entah nama nya salwar kamiz....arwah kakak saya belikan...tak pernah pakai pun..

    Besok tak pergi mana mana tapi ada tetamu nak datang 2 orang blogger....kecik tapak tangan nyiru saya tadah kan...akak bila nak kerumah saya?....segan lah asyik saya je pergi rumah akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera sharifah,

      Ohhh..punjabi suit lah tu, memang cantik, cuma berlengan pendek tu tak sesuai untuk berhijap.

      Selamat melayan tetamu, memang teringin nak kerumah sharifah tapi entah bila? Umur panjang diizin Allah, InshaAllah sampai lah nanti.

      Delete
  9. Zar suka kain saree, buat kebaya labuh... Wpun 6 meter satu ela adalah kepala dia boleh buat pasak kain. Nampak unik dan menarik.

    Kuih muih india pun zar suka.yg bulat bulat dibuat dgn minyak sapi tu mmg sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera Zaareda,

      Auntie suka kebaya labuh (yang besar dan longgar)
      TQ Za, Cadangan bagus tuh..nanti2 nak tanya tailor auntie boleh buat atau tidak..

      Kuih bulat yang dibuat dari sapi tu, Ladu namanya, auntie pun suka..hik3x


      Delete
  10. Saya pun pernah dapat hadiah kain saree. Saya buat Baju Kurung Pahang. Memang masih ada lebih. Berbaloi juga jika Auntie buat jubah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera Azieazah,

      Tulah, saree mesti ada lebihan kain.

      Kain auntie yang hijau tuh auntie nak buat jubah, yang cream tu auntie nak cuba buat macam cadangan Zareda diatas.
      Boleh buat pergi majlis kawin..hik3x

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...