THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Friday, November 23, 2012

Puasa Sunat Muharram

Hari ni 9 Muharram (Tasua')
Esok 10 Muharam (Asyura)


16 perkara yang sunat dilakukan pada hari yang ke 10 Muharram 

1.    Selepas waktu Asar hari yang ke 9 Muharram

      Ambil satu bekas yang berisi air dan dibacakan surah Al-Fatihah sebanyak    7 kali (Ap abi la sampai bacaan kita pada ayat “Iyya kanak budu”  kita berdoa di dalam hati  tentang hajat kita – terutamanya untuk anak-anak.  Kemudian air tersebut disapukan ke muka anak-anak ataupun diberi minum. 

2.    Puasa sunat pada hari 9 Muharram  (Tasua’) dan 10 Muharram (Asaura). 

Pahalanya adalah seperti 10 ribu kali mengerjakan haji dan 10 ribu kali mengerjakan umrah. 

3.    Menyapu kepala anak yatim.  Caranya ialah dari bahagian belakang kepala ke hadapan.  Allah akan mengangkat darjat kita. 

4.    Memberi makan kepada orang yang berpuasa. Pahalanya adalah sama seperti memberi makan kepada semua umat Muhammad.

5.    Mandi sunat.  Allah akan menghilangkan penyakit-penyakit/jauhkan dari penyakit. 

6.    Menziarahi rumah orang alim. 

7.    Menziarahi orang sakit.  Sama seperti kita menziarahi seluruh anak Adam 

8.    Melebihkan perbelanjaan dari hari biasa/Meluaskan nafkah keluarga. 

9.    Bercelak mata – Boleh menghindarkan dari sakit mata 

10.   Menziarahi kaum keluarga 

11.   Mengerat kuku 

12.   Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1 ribu kali.  Allah akan memandang dengan belas kasihan. 

13.   Sembahyang  sunat 4 rakaat – 2 salam  (2 rakaat x 2). (Sahaja aku sembahyang sunat mutlak 2 rakaat kerana Allah Taala) Baca surah Al-Ikhlas 15 kali bagi 1 rakaat.  Allah akan mengampunkan dosa  50 tahun yang lalu

14.   Banyakkan bersedekah.  Allah akan menggandakan pahala 1 kepada 700. 

15.   Beri makan/pakaian kepada fakir miskin.  Allah akan beri balasan 70 kali ganda semasa di dalam syurga. 

16.   Berzikir  (Hasbi Allahu wanikmalwakil, nikmal maula wanikmalnasir) sebanyak 70 kali



Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dgn sanadnya dr Ibnu Abbas RA berkata: Nabi SAW bersabda yg bermaksud; 

siapa yg berpuasa pd hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram, 
maka Allah akan memberikan kpdnya pahala 10,000 malaikat;
maka akan diberikan pahala 10,000 org Haji dan Umrah,  dan 10, 000 org mati syahid;
 

siapa yg mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa',  
maka Allah akan menaikkan dgn rambut satu darjat.
 

Dan siapa yg memberi buka puasa org mukmin yg berpuasa pd hari Assyuuraa',  
maka seolah2 memberi buka puasa semua umat Muhammad saw dan 
mengenyangkan perut mereka


Sahabat bertanya;  Ya,  Rasulullah,  Allah telah melebihkan hari Assyuuraa' dari lain-lain hari. 
Jawab Rasulullah:  Benar!. 
Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Assyuuraa',
dan menjadikan Adam juga Hawa pada hari Assyuuraa';
dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari Assyuuraa';
dan Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari Assyuuraa';
dan menenggelamkan Fir'aun pada hari Assyuuraa';
dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Assyuuraa'
dan Allah memberi taubat kepada Adam pada hari Assyuuraa';
dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Assyuuraa';
dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Assyuuraa';
dan akan terjadi Qiyamat pada hari Assyuuraa' 


Abul-Laits meriwayatkan dgn sanadnya dari Ikrimah berkata;  Hari Assyuuraa' ialah hari diterimanya taubatnya Nabi Adam.  Dan ia pula hari turunnya Nabi Nuh dari perahunya.  Maka ia berpuasa syukur;  dan ia pula hari tenggelamnya Fir'aun dan terbelahnya laut bagi Nabi Musa a.s. dan Bani Israil.  Maka mereka berpuasa;  kerana itu jika dapat;  engkau berpuasalah pada  hari Assyuuraa'. 
Abul-Laits meriwayatkan dgn sanadnya dari Muhammad bin Maisarah berkata; Bahawa siapa yg melapangkan pada keluarganya pada hari Assyuuraa',  maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun itu. 


Hari ni auntie masak nasi ayam tengahari tadi
untuk yang tak berpuasa dan juga untuk berbuka puasa
Alhamdulilah...sedap

Nasi panas2

Salad dan telur rebus
Alhamdulillah,
anak auntie Noy suruh packkan untuk kakaknya
mahu dia hantar dan ingat kat kakaknya Pija.

Uncle setiap hari Jumaat akan berbelanja beli buah
untuk keluarganya selepas solat jumaat
Kalau minyak wangi atar auntie habis, hari jumaatlah
uncle beli di gerai2 luar persekitaran masjid

Masjid Setiawangsa memang penuh dengan gerai2
makanan, buah2an, alat pakaian kaum adam spt
songkok, kupiah, sejadah dan banyak lagi..


Setiap kali uncle membeli, auntie akan mengucap terima kasih
dengan hati yang luas dan bersyukur pada Allah swt
Hari ni uncle beli dua macam buah..


Dukong yang manis

Mangga, auntie belum rasa lagi, 
masam atau manis

Besok 10 Muharram 
Moga diberi kesihatan yang sihat untuk berpuasa sunat


6 comments:

  1. Bagus nya Masjid Setiawangsa....Masjid di Kuala Langat ni kosong je....tak pernah orang berniaga, cer kalau berniaga kan bagus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera Sharifah

      Haah, ramai berniaga kat sini, masa akak kerja dulu suka
      singgah dan beli makanan berlauk, nasi beriani gam dan macam2 lagi..

      Delete
  2. Dapat puasa 8hb sahaja..
    9/10 tak dapat...:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera Rahmah,

      Tak per, tahun depan jika ada umur, boleh puasa lagi, In Shaa Allah

      Delete
  3. tercapaikah impian anda? kini idaman anda bukan lagi impian
    hanya di MARDI Station CH

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...