Followers

Saturday, November 17, 2012

Kenduri Kesyukuran


Kawan auntie yang anaknya membuat pembedahan tulang belakang
buat kenduri kesyukuran lepas Isyak hari ni
Rumah kawan auntie tu di Ukay Perdana
Auntie akan bergerak dari rumah lepas maghrib
Semua pergi kecuali Noy sebab dia ada jamuan birthday
kawan dia malam ni

Auntie order 2 macam talam tapi bawak satu ajer
Satu buat makan2 kat rumah

 Dua macam dalam satu bekas

Untuk dibawa kerumah kenduri

Hari ni auntie pergi ke pasar tani Setiawangsa
Tergantung2 tanda harga runtuh, harga promosi
Ingatkan promosi di shopping mall
kat pasar tani pun ada..hahaha kelakar

Auntie terjebak beli durian Musang King
4 biji dengan harga rm45 dan dapat 1 biji durian biasa

Balik rumah adap durian biasa dulu
makan sambil pejam2 mata dan geleng2 kepala
penghayatan nikmat makan durian
Bila makan durian musang king
jilat2 hingga licin biji durian
auntie harap jangan jadi musang malam nanti
kepanasan..hik3x

Anak auntie Noy dan PG anti durian
bising mulut mereka kata busuk2
Ishhhh...teringat masa auntie anak dara
memang auntie tak suka durian
tapi bila kawin dengan uncle yg suka durian
hinggakan makan nasi dengan santan, gula melaka
dan sedikit garam dengan durian setiap kali balik
kampung, arwah mak mertua akan buatkan untuk uncle
Pelik betul auntie nengok, sampai sekarang auntie tak pernah cuba
makan macam tu..

Di situlah auntie pelan2 makan durian bila ipar duai
paksa2 suruh cuba makan
sekarang dah jadi kemaruk pula
setiap kali musim durian, mesti nak beli..Ishhh



Dalam gambar nampak kecil
tapi besar buah durian ni
Durian yang menunggu Peeja dan suaminya
balance nanti buat bubur kacang durian

Jangan tanya auntie makan berapa ulasssss
Kenyang sampai tak makan tengahari..huhuhuhu

Malam karang perut masuk makanan kenduri
Hari ni kiranya perut auntie kehairanan sebab macam2
tetamu masuk perut..hik3x

Adios...got to go now
nak cari jubah dan tudung ke kenduri nanti
Happy weekend everyone..


4 comments:

  1. Replies
    1. Salam Sejahtera Rapunzeel Cikilolo,

      Memang sedap durian yang auntie beli..huhuhu
      masih ada sikit lagi dalam peti sejuk
      nak buat bubur kacang..In Shaa Allah

      Delete
  2. Niat di hati nak bagi akak durian yang kat rumah saya ni....tapi heran bin pelik durian rumah saya tahun ni macam melawas....kecik2 buah nya dan kalau jatuh pun kebanyak kan isi dalam nya dah berair...masa blogger tu datang adalah dalam 2 besin saya simpan dan bila mereka balik saya bagi je kat mereka berdua...nasib lah kalau dapat isi nya ok....tapi menurut mereka sedap isi nya dan elok...agak nya sebab saya ikhlas bagi mereka kot.

    Selepas itu durian kat pokok dan tak jatuh lagi...bila saya tengok kat atas pokok memang buah nya dah habis..,memang tak banyak yang menjadi tak macam tahun lepas...memang tak ada rezeki nak bagi akak....huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera Sharifah,

      Tak mengapa, jangan susah2, durian tepi jalan banyak..siap duit ajer..hik3x walaubagaimanapun akak berterima kasih pada sharifah ada pasang niat untuk bagi akak. Alhamdulillah.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...