THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Friday, November 23, 2012

Isteri Derhaka Booking Neraka

Auntie banyak menggoogles perkara2 hukum syarak yang berkisar ttg isteri2 untuk peringatan pada anak2 perempuan, menantu (kalau dia baca blog auntie lah) dan juga diri auntie sendiri.

Bukan semua isteri yang tahu akan issue2 kederhakaan terhadap suami..masa auntie berkahwin pada tahun
1977, tiada kursus kahwin, sekarang ada kan? bila bermula wajib kursus kawin? Entah auntie tak tahu..
Apa keberkesanan kursus kawin sehingga kebelakangan ni memang peratus penceraian meningkat setiap tahun?

Apa kata sekarang ni diwajibkan buat kursus untuk parents pulak jika hendak kahwinkan anak sebab banyak juga kes2 penceraian disebabkan 'peranan mertua'. Jangan terjadi kisah Nyonya Mansur, mertua kpd Kassim Selamat berulang lagi...

Jom kita baca seterusnya hasil googles auntie

Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:
  • Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
  • Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
  • Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
    Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
  • Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
  • Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
  • Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
  • Minta talak.
  • Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
  • Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
  • Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
  • Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.
 Wajib bagi wanita:
  • Mengekalkan malu pada suaminya.
  • Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
  • Mengikut kata-kata dan suruhannya.
  • Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
  • Berdiri menyambut kedatangannya.
  • Berdiri menghantar pemergiannya.
  • Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
  • Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
  • Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
  • Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
  • Tiada khianat ketika tiada suaminya.
  • Memuliakan keluarga suaminya.
  • Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
  • Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.
1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).
2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).
3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.
4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., “Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.”
5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).
6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, “Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bukankah kamu dapat melihatnya.”
7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.
8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.
9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.
10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.
11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa (kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.
12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.
13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.
14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.
15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.
16. “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.” Rasulullah s.a.w. ditanyai, “Mengapa demikian Ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”
17. “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?” Jawab Nabi s.a.w. “Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya.”
18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.
19. “Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api.” Hazrat Aishah bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?” Jawab Rasulullah s.a.w.:
  • Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
  • Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
  • Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)
  • Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
  • Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki, rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.
Maka setiap isteri yang melakukan perbuatan-perbuatan seperti tersebut 
adalah isteri yang derhaka terhadap suami dan telah melakukan maksiat 
kepada Allah s.w.t. Jika kedua bentuk kederhakaan ini dilakukan sekaligus 
oleh seorang isteri maka ia dikatakan sebagai isteri yang derhaka dengan 
ucapan dan perbuatannya. Sungguh rugi wanita yang melakukan kederhakaan ini. 
Mereka lebih memilih jalan ke Neraka daripada jalan ke Syurga kerana 
memang biasanya wanita yang melakukan kederhakaan-kederhakaan ini tergoda 
oleh angan-angan dan kesenangan dunia yang menipu.

Rasulullah S.A.W dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah R.A: "Aku pernah bertanya kepada Baginda: "Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri?" Baginda menjawab:”Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya”. Kemudian aku bertanya lagi :”Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?” Baginda menjawab:” Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya.” (Riwayat Bazar dan al-Hakim)

Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah S.A.W ditanya: “Mengapa demikian ya Rasulullah?” Baginda menjawab: “Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup.” (Riwayat al-Bukhari)


27 comments:

  1. terima kasih auntie utk entry ni.rasa macam baru terjaga dari tido!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera Munna,

      Lahhh..jangan lah tido2 lagi yea bab2 suami..hik3x
      Sama2 kasih, n3 auntie hanya untuk peringatan.

      Delete
  2. good info. Thanks untie nani

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera Madan Casper,

      Most welcome dear

      Delete
  3. nauzubillah. semoga dijauhkan dari perkara2 yang tak sepatutnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera,

      Mudah2an kita bukan dari golongan2 yang terleka dari hukum Allah swt. Aamiin

      Delete
  4. Thanks for sharing...

    sebenar nya wanita senang nak masuk syurga,salah satu dari nya taat dengan suami...
    Saya ni lepas kawin terus pindah dari rumah orang tua saya walau pun mereka kecil hati...susah senang hidup biar lah bersama...dan jadi orang tua pulak kita jangan halang anak perempuan kita dari mengikuti kemana masa suami dia nak bawa...

    Rasa nya baru saya faham situasi sebenar nya....
    Semuga Allah sentiasa bersama kak nanie sekeluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera Ezza,

      Most welcome sharing is caring..

      Alhamduillah..Ezza bahagia disamping suami.
      Allah sentiasa menyebelahi pada yang benar. Itu janji Allah.

      Delete
  5. kalau ada yang tak faham2 tu, tak tahulah yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera NP,

      Faham tapi buat2 tak faham, bila ada suara halus berbisek dan kalah dengan keduniaan.

      Delete
  6. Bagus sharing info ini. Fikir2 cuba kupas sendiri maksud mendalam setiap perkara di atas. Cth. Sebaik2 wanita tinggal di rumah. Tetapi andai sengaja keluar rumah bekerja utk menambah kemewahan, bersuka2, glamour, mengejar nama, karier yg bttgan syarak....atau

    keluar rumah terpaksa mencari rezeki halal utk suami dan anak2 krn suami sakit, lumpuh, tidak berkemampuan dsb .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera mamawana,

      Keluar mencari rezeki untuk membantu suami dengan izin tiada salah.
      Apa2 pun minta keizinan suami.

      Delete
  7. nauzubillah....terima kasih auntie for sharing this info...semoga kita tidak di golongkan dan di jauhkan dari segala perkara yang tidak diingini...wallahualam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera shuweet,

      Mudah2an, berusahalah untuk hindarkan perkara2 mungkar

      Delete
  8. Salam aunty
    saya terpanggil untuk komen setelah jadi silent reader. bukan niat mengutuk tapi akak ipar saya memang melakukan segala perkara di atas yg megingkari suami. sedih bila abang sendiri menghadapai tapi sebab ada 5 anak kami biarkan sahaja. moga balasan diberi dan mana tahu boleh berubah satu hari nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera thenameisima,

      Kesian abang melalui situasi yang sukar dengan isteri.
      Moga Allah ampunkan dosa2 si isteri, menderhakai suami dengan taubat.

      Delete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  10. saya pernah terbaca bahawa andai kita tidur secara membelakangi suami juga boleh menimbulkan dosa (kalau masa dah nyenyak tu lain kiralah kan..)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera ieda,

      Betul, auntie pun pernah terbaca.

      Delete
  11. If all wives and husbands likeise know their marriage responsibilities and live to honour them it ill be a near perfect world.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera Al-Manar,

      Manusia adalah makhluk Allah yang indah namun tidak sempurna...setiap orang akan melakukan kebaikan dan keburukan(dosa)
      Harus banyak mencari dan mendalami hukum Allah untuk jadikan perisai diri.

      Delete
  12. Terima kasih kak Nani kongsi info.

    Kita sebagai manusia kadang2 ada juga membuat kesilapan semoga suami memaafkan supaya apa yang terjadi tidak dilakhnat Allah swt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera Zaitun,

      Mudah mudahan begitulah hendaknya.

      Delete
  13. Salam aunty,
    Terima kasih utk info yg dikongsi.
    Bagus utk peringatan diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam fathen yaya,

      Sama2lah kita munafaatkan n3 ari ni.

      Delete
  14. As-salam kak

    Setuju dengan akak...memang patut nya di adakan kursus untuk ibu/bapa mertua...supaya mereka faham apabila anak sudah berkahwin....tanggung jawab adalah kepada suami/isteri...dan tidak mencampuri urusan rumahtangga anak anak....kepada diri saya juga saya berdoa..kalau anak anak saya berkahwin jangan lah saya menjadi mertua yang di benci menantu.

    Sweet nya Noy...makan sedap2 terkenang nak bawak kan peeja.

    ReplyDelete
  15. salam auntie, terima kasih atas entry ni,
    dalam kelas kursus perkahwinan,
    byk nya teori..so nadia xambil perhatian sgt.hehe,
    tp bila lepas kahwin ni.. berubah atas segala2nya..
    terima kasih ye auntie

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...