THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Monday, November 26, 2012

Hidayah Dari Allah


Tertarik dengan cerita lutut ayam dalam email yang auntie terima.
Auntie nak kongsi bersama2 readers
Memang selama ini auntie tak perasan pun lutut ayam.
Bertahun2 makan ayam dan menyiang ayam..tak ambil tahu pun
mungkin ada readers yang dah tahu citer ni, tapi auntie 
pasti ada juga yang tak tahu macam auntie..hik3x
Ayam ada lutut ke? Ada! Siapa kata takde. 
Kalu ayam xde lutut masakan ia boleh duduk diatas telurnya utk mengeram. 
Tapi dimana duduk lutut ayam itu? Carilah ayam dan perhatikan betul2. 
Lututnya di depan atau di belakang.
hik3x auntie googles cari lutut ayam..

18 SX (sebab nak nampakkan lutut)

Sekarang hendak cerita pula ttg hidayah yg ada hubungkait dgn lutut ayam. 
Sebelum itu jgn tanya apa kaitan lutut ayam dgn hidayah.  
Dua benda yg jauh berbeza tp sebenarnya ada kena mengena. 
Tunggu dulu hingga cerita ini berakhir. 
Ada org yg mendapt hidayah dari pelbagai peristiwa yg berlaku. 
Namun tidak kurang juga yg disuntik hidayah lewat mimpi yg dialami. 
Ramai yg mengaku mendapat hidayah setelah mengalami mimpi 
didatangi lelaki berjubah mengajar syahadah, 
wali Allah, berjumpa Rasulullah, mendengar azan, 
diajar beberapa potong ayat Al-Quran, tawaf & bergerak 
mengikut cahaya diringi bacaan Al-Quran.

Mimpi bertemu Rasulullah mmg benar 
kerna syaitan mmg tidak boleh menyerupai Nabi Muhammad SAW w/pun didlm mimpi.  
Namun utk mengesahkan mimpi yg lelaki berjubah dan wali Allah itu benar, 
ia di luar jangkauan fikiran.  
Boleh jadi ia benar dan boleh jd juga ia tipu helah syaitan. 
Mampukah kita meneka yg mana satu mimpi dpd syaitan & ilham dpd Allah.
Tapi kenapa setiap kali ditanya pd org memeluk Islam 
kebanyakan mengatakan mimpi bertemu lelaki berjubah & mengajarnya mengucap. 
Adakah jubah itu tandanya Islam. 
Bagaimana pula kalu bermimpi Tom Cruise berjubah dan berserban? 
Apa pilihan anda?  Mimpilah apa saja. 
Ia tidak salah jika akhirnya nanti anda memilih Islam sebagai pegangan hidup. 
Alhamdulillah anda memilih jalan yg benar. 
Ada satu mimpi yg pernah diceritakan oleh F. X. Rusharyanto 
dr Indonesia yg tlh membawanya kpd Islam. 
Dia bukan bermimpi berjubah, wali songo atau bertemu Rasulullah SAW. 
Tapi mimpinya biasa saja malah boleh membuat orgg tersenyum sendiri. 
Ini cerita yg mengubah pegangan hidupnya.

F.X. Rusharyanto beriya-iya menceritakan mimpinya bertemu dgn ayam yg berkata2. 
Hanya kerna seekor ayam yg pandai berckp lantas dia memeluk Islam 
bukannya bertemu lelaki berjubah atau wali Allah mahupun Rasulullah. 
Ya!  Ayam, hanya seekor ayam. Apalah yang hebatnya dgn ayam itu? 
Mcm citer katun Chicken Little, sume ayam pandai berckp.
Didlm mimpi itu si ayam berkata, 
" Bacalah ayat2 Allah yg ada pada lututmu".  
"Lutut?"  Mana ada ayat pada lutut?"  Bantah Rusharyanto.  
" Cuba kau perhatikan perbezaan lutut ayam dan lutut manusia?"
Perhatikan betul2 dan bacalah. 
Allah ciptakan tempurung lutut manusia cukup sempurna dan diletakkan didepan, 
berbeza dgn lutut ayam yg terletak dibelakang. 
Itulah Allah tidak perintahkan manusia utk mengeramkan telur. 
Tapi, ayam diperintahkan oleh Allah utk mengeramkan telurnya 
hingga Allah menciptakan tubuhnya dgn tugas yg perlu dilakukan, 
ayam itu berhujah.
"Jadi, apa yg diperintahkan oleh Allah kepada manusia yg memiliki lutut di hadapan?," tanya Rusharyanto.  
"Allah memerintahkan manusia utk rukuk & sujud kpdNya. 
Itulah lutut manusia diletakkan dihadapan. 
Kesempurnaan ciptaan itu dgn kedudukannya  
susunannya yg betul adalah utk memudahkan manusia melaksanakan perintah Allah utk sujud & rukuk.
Ayam itu berhujah lantas menerbitkan kesedaran di hati Rusharyanto.  
Selama ini tidak pernah dirasakan apa pentingnya manusia mempunyai lutut di hadapan atau belakang. 
Bayangkan pula jika lutut manusia letaknya dibelakang sama spt lutut ayam, 
hendak sujud tentunya sukar.  Allah Maha sempurna, 
setiap sesuatu yg dijadikan pasti ada hikmahnya sesuai dgn keperluan kehidupan hambaNya.
Itu baru sedikit ilmu Allah yg diketahui, 
sebenarnya byk lagi rahsia yg sedang menanti utk dibongkar ttg ilmuNya.  
Ditinggalkan cerita ini dengan firman Allah dpd surah Luqman ayat 27, 
"Dan sekiranya segala pohon yg ada di bumi menjadi pena dan segala lautan menjadi tinta, 
dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu; 
nescaya tidak akan habis kalimah2 Allah itu ditulis. 
Sesungguhnya Allah maha kuasa lagi maha bijaksana.
<><><><><><><><><><><><><><><>


16 comments:

  1. Tertarik dengan kisah lutut ayam... nanti nak tengok lutut ayam di pasar (sebab selalu beli ayam siap potong tak berkaki), salam kenal.. follower 793

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera Amie,

      Selamat perkenalan, terima kasih kerna sudi jadi follower auntie.

      hik3x tulah auntie buh gambar ayam togel supaya nampak gambar lututnya.

      Delete
  2. Subhanallah! Mender kecil yg memberi kesan besar..

    ReplyDelete
  3. check lutut ayam kat ayam di dalam sink tu..eh,betul lahhhh.....Dah tua saya ni tapi baru dapat info yg menarik ni...SubhanAllah, indah nya ciptaan Tuhan..TQ kak Nani for this entry.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera Granny Hani,

      Tulah, akak pun tak perasan selama ni lutut ayam..hik3x

      Delete
  4. Allah tidak ciptakan sesuatu itu dengan sia-sia kan..

    entri menarik.. jangan tunggu hidayah tapi carilah hidayah itu..

    *salam singgah =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Faaein Talip Roy,

      Benar, setiap ciptaan Allah ada fungsinya.

      Tak ramai yang mahu mencari hidayah.

      Delete
  5. terima kasih auntie.. good info for my soul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera NorMala,


      Sama2 kasih, Mudah2an

      Delete
  6. Sangat mendalam maksud cerita ini...very interesting entry Auntie Nanie. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  7. Hahaha memang seumur hidup tak pernah tengok lutut ayam...seronok pulak baca sambil tersengih sengih sensorang saya...penuh dengan makna yang tersirat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera sharifah,

      hik3x tulah, kadang kala kita tidak perasan benda2 yg tersirat depan masa.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...