THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Monday, November 26, 2012

Hati Yang Tenang Dan Sihat Pagi Ini

Assallamualaikum,
Bumi yang ku pijak, langit yang ku junjung
Matahari yang menyinar dan sekian alam

Pagi Isnin yang indah
Jiwa yang tenang sesudah subuh
Badan ringan dengan kesihatan yang baik
Alhamdulillah..

Auntie kedepan rumah jengok pokok2 auntie
Trim daun2 kering..
Kutip siput2...tujuh lapan ekor..anak2 siput babi
masukkan dalam bakul sampah...geli geleman auntie
memang kalau dibiarkan, habis togel daun2 dimakannya

Kehidupan manusia dalam rumah dan diluar rumah..
sentiasa akan terjumpa binatang pemusnah seperti lipas, cicak, semut dan tikus..
boleh kah kita membunuh makluk2 ini?

"Apa lah gunanya nyamuk? tidak lansung memberi munafaat pada manusia"

Pernah ditanya soalan sebegini oleh salah satu rakan auntie pada guru
auntie..

Ustaz tersenyum..

"Kilang ubat nyamok, ramai yang berkerja dan rezekinya menyara keluarga"

terkedu kawan auntie..

Ulama Islam membuat beberapa kategori haiwan dalam konteks boleh atau tidak dibunuh dengan tanpa alasan.

1) Haiwan bernaluri buas, berpopulasi di tempat yang jauh dari kehidupan manusia, seperti binatang buas yang hidup di hutan belantara dan di gurun atau di pegunungan. Haiwan jenis ini boleh dibunuh untuk, menghilangkan ancamannya atau untuk dimanfaatkan anggota badannya, seperti untuk diambil kulitnya.

2) Haiwan yang tidak bernaluri buas, namun bisa menjadi buas kalau diganggu, seperti anjing dan kucing. Haiwan jenis ini bila membahayakan atau mengganggu ketertiban umum, boleh dibunuh, seperti anjing yang menyerang orang, anjing gila, atau kucing yang memangsa haiwan ternak dan peliharaan.

3) Haiwan yang membahayakan manusia dan sering hidup ditengah populasi manusia, seperti ular, kalajengking. Haiwan jenis ini dianjurkan untuk dibunuh dalam kondisi apapun. Dalam sebuah hadis nabi pernah bersabda "Lima jenis haiwan yang harus dibunuh, baik di tanah haram maupun di tanah biasa, yaitu : ular, kalajengking, tikus, anjing buas dan burung rajawali" (H.R. Abu Daud) dalam riwayat lain disebutkan juga burung gagak.

4) Haiwan yang sepertinya tidak membahayakan, namun dianjurkan untuk dibunuh seperti cicak dan tokek, karena menurut riwayat ketika nabi Ibrahim dihukum bakar olah raja Namrud, binatang ini ikut meniup apinya. (H.R. Bukhari, Ibnu Majah, Ahmad)

5) Jenis serangga yang memang boleh dibunuh untuk dimakan, seperti belalang. (H.R. Bukhari dll.). Ada beberapa jenis serangga yang danjurkan untuk tidak dibunuh, yaitu semut, lebah, burung hudhud dan burung Surrad. (H.R. Bukhari & Muslim), semut di sini oleh para ulama adalah semut besar, atau sering disebut semut Sulaiman, adapaun semut kecil boleh dibunuh, hanya ulama Maliki yang menghukumi makruh membunuhnya.

Adapun serangga atau hewan kecil lainnya, kalau memang membahayakan atau menimbulkan malapetaka, seperti hama, baik hama burung, belalang, tikus dlsb, maka boleh membunuhnya dan bahkan dianjurkan. Hukum ini dilandaskan kepada kaidah hukum Islam "semua yang menimbulkan bahaya (madharrat) harus dihilangkan". Begitu juga serangga semacam nyamuk yang menimbulkan penyakit harus diberantas, bahkan meskipun dengan menggunakan bahan kimia.


Tindakan membakar binatang adalah dilarang kerana ada hadis, antaranya daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tiada seorang pun seharusnya menghukum dengan api kecuali Allah." (Riwayat al-Bukhaari)

Kesimpulannya, Islam mengharuskan sesetengah binatang dibunuh jika haiwan itu mendatangkan bahaya yang tidak boleh dielak kecuali membunuhnya.

Auntie pernah tengok kebiasaan orang kampung, kalau pokok buah diserang kerengga, mereka akan pintal surat kabar dan bakar di pangkal pokok, pasang unggun api dibawah pokok dan asapkan pokok buah, supaya semut2 kelemasan..

Yealah, mereka tak tahu ada hukum yang tak membenarkan membakar binatang hidup2
Itulah pentingnya kita menceduk ilmu  dengan membaca atau berguru murshid..






9 comments:

  1. lamanya tak jumpa siput...
    masa kecik dulu selalu jumpa kat batang pisang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera Rahmah,

      Akak pulak dah lama tak jumpa batang pisang..hik3x

      Delete
  2. Terima kasih untie kerana berkongsi. Aina pun kadang2 selalu conpius pasal bunuh semut ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera JunAina,

      Haah, tulah, bukan Aina saja, ramai lagi diluar sana yang tak tahu

      Delete
  3. Kat rumah makchaq pun ada siput makan pokok cili sampai mati... hu hu, tapi nak bunuh tak sampai hati jugak,
    makchaq pun tanam cili seronok2 saja.. nak makan beli juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera mqakchaq,

      Tulah, kata kawan auntie ada jual racun siput kat nursery,
      auntie tak pernah pulak bertanya bila beli pokok2 bunga
      Biasalah, auntie pun gitu tanam2 juga, beli pun beli jugek..hik3x

      Delete
  4. Terima kasih atas perkongsian ini....kadang2 kita keliru dengan isu ini...bila akak dah tulis kat sini baru rasa macam ooo ya ker.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera sharifah,

      Tulah, akak pun gitu juga bila dah tahu baru tersedar..

      Delete
  5. ".. to love is to care, to care we must share..."
    get some and feel awesome at BBC MARDI Station CH39000

    ReplyDelete

Pada yang terbuka hati utk tinggalkan komen disini..
Didahului dengan ucapan Ribuan Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...