THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Wednesday, November 28, 2012

Dengan IzinNYA jua..



Auntie pernah menjejak kaki di Israel pada tahun 1995
selepas mengerjakan ibadah umrah
Auntie pergi tanpa uncle masa tu.




Semua nama2 di peta ini auntie dah sampai..

Pada ketika itu  diharamkan oleh kerajaan malaysia utk kesana (tertulis di paspot).
Dengan izinNYA auntie bolos dan sampai jua..



Jauh perjalanan auntie ketika itu, pengalaman yang amat gerun 
kami ke kawasan2 pergunungan untuk menziarah makam 
Nabi Allah Shuib dan Nabi Allah Ayub dan laut Mati

Setengah2 tempat di kawal oleh tentera dengan senapang..

InshaAllah, ada masa auntie akan menulis perjalanan auntie...


Tidak pernah termimpi suatu hari auntie akan menjejaki 
bumi suci dan bertuah bernama Baitulmaqdis. 

"Ya Allah aku  bersyukur kerana, dapat bersolat dan berdoa kepadaMu di Masjid suci Al Agsa" 

Masih ada kenangan barang2 buatan tangan orang2 Palestine
yang auntie beli disana..






Ada juga yang dah pecah dan rosak, auntie dah buang..


Keanehan Kejadian Manusia Firman Allah SWT
“ Sesungguhnya Kami jadikan manusia ialah dengan sebaik – baik kejadian 
“ Manusia diciptakan dari pelbagai tanah.Menurut Ibnu Abbas , 
tanah-tanah dari bumi dan syurga digunakan untuk dijadikan 
bahan mencipta nabi Adam A.S. bapa keturunan semua manusia. 
Tanah tersebut ialah : Tanah Baitulmuqqaddis : 
dijadikan kepala sebagai tempat kemuliaan 
Wallah hu`alam.


21 comments:

  1. Alhamdulillah.

    Bila ada keizinan dariNya, tiada siapa yang dapat menghalang. :)

    ReplyDelete
  2. Bertuah sungguh kak nanie dapat jejak bumi anbia'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera,

      Mungkin itulah yang pertama dan akhir, Alhamdulillah

      Delete
  3. salam..
    auntie, ana x sabar nak baca pengalaman auntie waktu auntie jejakkan kaki ke israel..
    auntie cepat2 tulis k..
    love u :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera,
      InshaAllah, auntie cuba menulisnya bila ada kesihatan dan kelapangan yang tenang

      Delete
  4. bertuahnya auntie dpt smpai ke sana..hope one day auntie akn kongsikan pengalaman di sana, perhaps dgn gambar skali :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera,

      InshaAllah, gambar tak banyak sebab auntie masa tu tak bawa kamera tapi ada, kena cari kat album lama..kena scan..huhuhuhu

      Delete
  5. memang rezeki auntie untuk masuk sane kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera,

      Haah, memang bertuah dapat merasa kesana..

      Delete
  6. As-salam kak,

    Bertuah nya akak dapat kesana...mertua dan kakak sulung saya pun pernah bersembahyang di masjid al aksar.

    Pssst .......cantiiiik nya kak pasu2 tu....saya kan peminat pasu, bila lah agak nya saya dapat kesana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasallam sharifah,

      Tulah, tak sangka dapat kesana masa tu.
      Oh ye ker? tahun bila?

      Berdoalah, jika nak kesana, InshaAllah

      Delete
  7. ...kak Nani antara yang bertuah...dapat menimba pengalaman dan sudah tentu lebih memahami kemelut yang berlaku di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera,

      Betul, bila berita mengenai peperangan di Gaza, auntie rasa sungguh sedih, sebab auntie pernah tengok penderitaan Palestinians disana.

      Delete
  8. kak nanie, please do write about it

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera NP,

      InshaAllah, pengalaman ni harus auntie catit diblog dengan izinNYA.

      Delete
  9. Kakak pun teringin nak tahu macam mana auntie boleh bolos. Give me a tinkle kalau N3 dah publish. Sungguh kakak nak tahu juga.

    Bersyukur dapat solat di masjid al-Aqsa tu...

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Auntie

    saya pun ada cita2 nak menziarah disana

    ps:terima kasih sudi follow

    ReplyDelete
  11. Beruntung Auntie dapat bolos masuk ke sana. Bukan senang tu. Pengalaman yang mahal wpun beriskiko. Nanti Auntie tulislah serba sedikit pengalaman masuk ke sana ya.

    ReplyDelete
  12. mahalnya pengalaman kak Nani ni...tak dpt dinilai dgn harta benda...

    ReplyDelete
  13. as-salam kak,

    Rasa cuma ingat mereka pergi dalam tahun sembilan puluhan.....pergi dengan kak Umi triways kebetulan dia kawan baik kakak saya.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...