Followers

Wednesday, November 7, 2012

Belum Bisu Untuk Rabu

Seawal 6 pagi anak auntie dah keluar rumah
menuju ke Melaka..ditemani oleh rakan
sepejabatnya.
Ada kerja disana..

Kami bertiga saja dirumah ari ni
uncle, auntie dan PG
Breakfast auntie goreng mee dan nasi goreng
makan lah sampai tengahari..

Sudah sarapan
auntie kedepan, cantas pokok bunga kertas
yang dah besar dan rendang lagi  rimbun
masukkan ranting2 yang dicantas dalam
plastik sampah..
auntie bersiap nak ke pasar tani

Baru pukul 10 pagi dah clear
barang2 jualan...
hanya tinggal beberapa gerai ajer
gerai sayur kampung, kerepek2 dan
gerai ikan
Auntie sempat ambil tempe dan sayur kangkong
Gerai ikan pun dah tak berapa nak ada ikan lagi
Auntie ambil ikan pari 2 potong,
ikan kembong 5 ekor
Daging 1/2 kilo ajer..
cukuplah sampai hari Sabtu nanti
dalam peti sejuk ada ikan tenggiri dan ayam

Ermmm..lepas zohor nak ke pharmacy
ubat Plendil (darah tinggi) dah habis
dah dua hari, kepala dan tengkok rasa
tak selesa..namun auntie lawan buat
kerja2 rumah juga..
dah cukup2 baring beberapa hari
baring terlebih boleh buat badan lesu
macam2 ragam badan auntie bila dah berumur

Dua tiga hari ni
Auntie lebih rasa seronok layan facebook
dari blog
sebabnya difacebook dapat berinteraksi
dengan komen2 yang bertalu talu
di blog sunyi sepi...tak ramai yang
sudi tinggal komen..
Semalam jer auntie approved 18 request
of new friends..
semua tu adalah pembaca blog
hik3x
selamat berkenalan pada new friends..


21 comments:

  1. Salam Auntie,

    comel je tajuk entry hari ni :)
    Nak friend jugak lah dengan auntie... rasa-rasa auntie approved ivana tak eh nanti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali ivana,

      Terima kasih, auntie tak mahu tentu kan hari maner utk bisu..hik3x

      Approve kalau request, InshaAllah

      Delete
  2. jangan laa berhenti blogging yer auntie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera NP,

      InshaAllah auntie teruskan blogging

      Delete
  3. auntiee....moga arini auntiee ceria..sihat dan bertenaga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera luvmum,

      Terima Kasih ribu2..

      Delete
  4. Ye lah memang seronok kat fb, tapi kadang2 tak dapat masuk fb bila ada kerja2 yang shamsul minta tolong buat. Kadang2 tu bila saya masuk akak pulak dah keluar..sesekali je kita on pada masa yang sama kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera Sharifah rosidah,

      You selalu tinggal komen utk akak diblog dan juga fbook, TQ so much for being my friend.

      Delete
  5. saya merajuk kat auntie.. sbb tu lama dah tak tinggal komen... huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera rokayah,

      Auntie tak berdaya nak menahan perasan merajuk, benci atau sayang pada auntie. Itu addalah hak masing2.
      auntie tidak mahu menyakiti hati orang, InshaAllah auntie sentiasa berhati2..

      Delete
  6. masih gagah Aunty ke pasar.. cepat2 makan ubat ye Aunty

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera Mrs Yana,

      Gagah2 pun auntie dipimpin uncle sentiasa.
      Kadang2 bila keluar, luaslah pemandangan setelah berharian terperuk dirumah..huhuhu

      Delete
  7. Ella pun suka berborak kat FB, auntie. sbb dpt reply dgn segera. Hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera Ella,

      Tulah kan, fbook cepat dan mudah,
      status satu dua line dah cukup..hik3x

      Delete
  8. selamat berkenalan auntie...hehehe..sorry lately ni memang malas masuk fb...kalau masuk pun kejap2 je..sempat la like and comments a few status..tapi auntie tetappp dalam ingatan saye..hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera Shuweet,

      Malas berfbook? kenapa?
      Terima Kasih selalu ingat kat auntie.

      Delete
  9. Takpe takpe saya drop a line here.nanti kak nanie merajuk....tak mau tulis kami tak yah baca blog dia.like i said...today kak nanie buat macam macam chores...plse dont overwork urself nanti besok tak larat.
    Ann ni tadi tengah ubah furniture..pastu panas berpeluh peluh.lari masuk bilik dapatkan aircon.nampak tab...trus masuk blog.ada ke patut?tengah buat keje bole tinggal tgk facebook.dah tua ni kadang kadang buat perangai mcm budak budak pulak...isk..isk..isk..
    Wah..popular la u kak nanie.in one day u can get 18 request for frens.ramai peminat.i think everybody enjoys ur bog n fb pasal kak nanie santai.rase kalau baca blog,tgk fb tu rase macam calling calling tanye khabar....
    Okay..talk to you again soon.kami nak kemas yg kami telah serak kan kat depan tu.take care cos i care....Daaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera Cicik Ann,

      hehehehe TQ for the lengthy komen. Really appreciate.

      TQ for yr advice, InshaAllah akak tak overworked takut masuk wad.

      Amboi rajin nyer ubah2 posisi furniture, berat tuh..

      Ramai apply sebab ada blog reader yang nak jadi friendlist di facebook.

      Tak de de fofular maner pun..akak orang tua, citer2 dan status pun utk peringatan orang muda2 ajer..


      Delete
  10. Aina balik rumah baru dapat on FB... Aganya nak kena tukar pakai Galaxy Note kot boelh sentiasa on9 jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera JunAina,

      hehehehehehe eloklah gitu, jangan guna masa dan waktu pejabat berfacebook, nanti boss marah..hik3x

      Delete
  11. salam auntie,

    sy hari2 baca blog auntie nih hehehe....pernah nak tinn\ggal comment tp internet hanged....so x delah meninggalkan jejak....
    sy nak add auntie jugalah kat fb tp cari nama auntie tak jumpa pun...auntie guna nama apa?

    emy

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...