THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Wednesday, October 24, 2012

Wedding lagi, kali ni diSeremban

Gambar2 dah lama ada dalam draft
Auntie citer2 sikit jer,
published untuk kenangan

Kenduri di Seremban, Taman Paroi Jaya
rumah kawan uncle
masa muda2 sama2 bertugas di Sebelas Melayu Diraja
kat Kluang.
Dia kawinkan anak lelakinya yang kedua
Emm..dapatlah kami berjumpa
pensioner2 yang bermastautin diSeremban
petang tuh..

DiSeremban tahun 80'an rumah
semi detached dan bangalow
murah. Ramai yang beli bangalow di Bukit Cedang
tapi auntie dan uncle
memang plan beli rumah diKLumpur ketika itu

Ramai yang ajak singgah kerumah
mereka selepas kenduri tapi
uncle dan auntie terpaksa
tolak pelawaan mereka sebab
kesihatan auntie tidak mengizinkan


Siap ada banner, 
ucap terima kasih pada jiran tetangga

Yang bertudung hitam kakak ayah pengantin 
mereka hanya 2 beradik..

Auntie pernah makan dan minum rumah dia
bila berjumpa kami berpelukkan
sempat dia hulur gambar auntie dan uncle
masa muda dirumah dia..
Ishhh..bersusah payah dia keluarkan
album lama..
Dan sempat juga dia berpesan pada uncle
"Jaga isteri kau..akak sayang kat nanie"
hehehehehe sangka dia auntie nak kan adik dia
masa muda2 dulu tapi auntie dah pun bertunang dengan uncle ketika itu


Geng2 masa muda
Alah...rambut auntie terkeluar baris lah pulak

Mej Jen (B) Dato Rozi yang juga dekat
dihati, masa auntie muda
selalu dia mengirim surat dan postkad kalau dia
berkursus diluar negeri, 
dia anggap auntie saperti adik 
sebab dia tidak ada adik dan kakak perempuan
aunti masih simpan lagi poskad2nya


Cantik menantu dan cucu kawan auntie
yang sebelah kanan tu


Meja beradap dah clear lauk pauk


Seronok nengok kawan auntie bersembang sambil ketawa
Auntie hanya dapat lihat gelagat mereka ajer
Apa benda diceritakan auntie tak tahu..
auntie memang terasa asing dengan keadaan begitu
sejak hilang pendengaran...memang sedey
Kawan auntie yang berdiri tu
selalunya dia lah yang akan explain
keadaan kesihatan auntie pada kawan2
yang tak tahu

Makanan simple dan sedap - Kurma Daging, 
Acar  berempah Timun+Karot+Cili, 
Ayam Goreng Rempah dan papadom
Buah Tembikai, Air Sirap

Pengantin perempuan, kulitnya cantik

Alhamdulillah dapat juga uncle ambil
gambar Sepasang Pengantin



Apa yang auntie terkenang? Entahlah..
Belakang auntie tuh Datin Sakina isteri Dato Rozi
suka berbisik2 ditelinga auntie
hehehehehe gamaknya dia lupa auntie
dah tak boleh mendengar bisikkan lagi


Rupa2nya punya lah banyak manisan pencuci mulut
yang disediakan tapi dibawah porch rumah sebelah
Pulut Kuning,sambil bilis,telur rebus dan timun
Cucur udang dan kuah kacang, bubur kacang
Dua tiga macam kek dan bermacam2 kuih muih traditional
Air teh tarik,
memang puas makan, sampai tak termakan

Kawan disebelah auntie tuh kata dia ingin nak berjalan dirumah auntie
Dia selalu datang ke KL sebab rumah anak nya di Ampang
Auntie persilakan dia datang kerumah auntie jika dia keKL

Uncle yang terlupa senyum

Wahhh, sempat berkaca mata hitam
Uncle berbaju baru yang Noy hadiah dari HongKong
Auntie pula berberbaju lama 


Kami bertiga yang dah melebar, hik3x
sorang lagi anak kawan auntie

Oh yea, yang berdiri sebelah auntie tu
Mak Pengantin

Sempat auntie minta bergambar dengan Ayah Pengantin yang berbaju melayu


Sebelum kami balik, dia bertanya pada uncle
Ada anak lelaki tak? Kami jawab ada..
Berapa? Dua orang..
Dia panggil anak2 dara dia, dua orang
dan perkenalkan pada auntie dan uncle
Cantik2 anak dara dia
Keep in touch..
mana tau boleh berbesan..katanya

Balik ikut highway baru
Lekas Highway
tak banyak kereta, jika malam
sunyi kata uncle..
pemandangan hutan dan gunung ganang
cantik macam karak highway
nak ke Kuantan

Cuaca hari tu..tak hujan, walaupun mendung
auntie sempat ambil shot
gambar gunung ganang tapi bergegar




Goodies yang masih auntie belum makan
jadi auntie baru jer ambil gambar ni..



Dalam bekas tu ada Chocolate duit emas,
kacang tumbuk dan cloud nine
satu bunga pahar kertas, telurnya dah dimakan

Hingga berjumpa lagi kawan2 masa muda
di majlis kahwin anak sapalah pulak dalam masa terdekat ?



13 comments:

  1. as salam,

    saya ada kaan kat paroi ni tp dah lost contact :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasallam Tihara,

      Ohh..biasa pergi paroi lah yea?

      Delete
  2. salam kak Nani

    Alhamdulillah...tetap ceria..seronok jumpa kawan2 lama kan...paling penting kak nani tidak dilupakan di saat mereka bergembira dan makan2...

    moga terus diberi kesihatan yang baik di masa hadapan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali Queenie,

      Betullah, Alhamdulillah..selama ni mereka tetap jemput auntie dan uncle kemajlis2 mereka.
      Alhamdulillah, auntie dan uncle ada dihati mereka.

      Terima kasih atas ucapan kesihatan yang baik. Aamiin

      Delete
  3. Seronok tengok akak jumpa kawan kawan lama, kelakar bila akak cakap kawan akak berbisik di telinga.....rasa nya saya pun pernah buat begitu kat akak....maklum lah kadang2 terlupa yang akak dah hilang pendengaran.

    Kalau dapat kawan2 baik jadi besan pun best kak....apalagi member dah pelawa tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sharifah,

      Memang seronok jumpa kawan2 lama, rasa cepat masa berlalu.

      Haah, sharifah pun selalu nak berbisek dengan akak dah terbiasa buat gitu dengan kawan2 lain lah tuh maka terjadi. hik3x

      Ishhh..berbesan? Saya rasa amat fobia bila nak menerima ahli baru dalam keluarga

      Delete
  4. Kak nanie,
    Terima kasih krn selalu menceritakan keadaan semasa kak nanie.i always look forward to ur blog for the past 1 and half year dah.selalu baca tapi tak comment.ann kagum dgn semangat kak nanie.inspite of the fact kak nanie tak dapat mendengar,kak nanie tak pernah rasa rendah diri dan tetap bertemu rakan2 dan sedara.tak semua org dapat terima keadaan begitu.
    Setelah setahun lebih ann follow blog k.nanie,banyak pengajaran ann dapat.kadang2 bila ann rase tak sihat,rase sakit..ann selalu ingatkan diri sendiri supaya bersyukur...krn ade yg lebih tak sihat dari ann.that will motivate me to move forward.
    So the moral of the story k.nanie..dont stop writing..there is always people like me who needs you....take care always.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cicik Ann,

      Menulis blog ni dah jadi hobby pada auntie.
      Alhamdulillah auntie dapat kawan2, anak2 siber dari berblogging, terutama yang memberi auntie kata2 semangat dengan berinteraksi dengan auntie melalui emails dan meninggal jejak disini, saperti cicik Ann lakukan ni.
      Auntie amat happy sangat.

      InshaAllah, jika auntie sihat, diizin Allah swt auntie akan terus menulis..



      Delete
  5. Auntie, pertama saya nak sebut, baju auntie sangat cantik! Batik tulis tangan ya?
    Seronoknya dapat berkumpul kembali dengan kawan-kawan lama, wpun banyak sudah berubah, tapi ingatan dan persahabatan itu sangat tulus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam AA,

      Haah, Azie batik creepe, bila pakai memang selesa.

      Betul, kenangan masih mekar dlm jiwa auntie..kami tidak pernah bergaduh atau bermasam muka, itulah yang tulus

      Delete
  6. Selamat Hari Raya Aidil Adha from TK...
    Kacang tumbuk tu sedap..TK suka sgt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam TK,

      Haah, betul kacang tumbuk tuh sedap.
      Lepas snap gambar tu, auntie ngappp satu..hik3x

      Delete
  7. Assalamualaikum auntie...

    Oh the kacang tumbuk is soooooooooooooo yummy...my favourite...sama cam gula2 cap udang dulu2 tu yang plastic die leh makan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...