Followers

Wednesday, October 10, 2012

Tengoklah nanti

Hari ni ada catuan air dari SYABAS
Inisiatif untuk meningkatkan kualiti air.
Kawasan taman auntie terlibat. Waktu gangguan
tak lama kata surat edaran dari pukul 10 pagi
sampai 1 tengahhari.
Boleh percaya ker?

Auntie tadah air tiga empat besen, takut2 waktu
catuan sampai ke petang..
Auntie pesan anak2, bilik air kat atas,  tadahlah juga
entahlah, dia orang buat ker tidak tu?

Kerana itu auntie bercadang nak beli
nasi ayam ajer hari ni untuk makan tengahhari
Mungkin juga masak sebab semalam uncle
loading lagi peti sejuk dengan barang2 basah
yang dibelinya di JJ.
Dia pergi sorang2, macam2 dibelinya
Auntie kerling masa dia bawak plastik bag
masuk kerumah, terjulur batang keladi, hik3x
Dlm peti sejuk tersusun, petai dlm peket,
peria katak, buah mangga, nenas, labu
dan macam2 lagi
Emm....auntie dah beli
kat pasar tani hari sabtu lepas, memang
cukup untuk seminggu, kalau tak masak
takut rosaklah pula..
terlebih makanan rumah auntie, dah lah
semua orang bukan nya kuat makan..Aduhai
Nasi Ayam ker? Masak Ker?
Nasi Ayam ker? Masak Ker?
Nasi Ayam ker? Masak Ker?
huhuhuhuhu..tengoklah nanti!

Berita gembira yang disampaikan pada auntie..

Qaseh, kucing belaan Peej bunting..Alhamdulillah
seronoknya auntie
Dah rindu kat Qaseh..
nak ajak uncle jalan2 rumah Peeja lah..hik3x




Panggilan Qaseh dah jadi 
Ceceh 
bila sampai ditangan Peej

Dah kul 8:45 pagi
Auntie nak sarapan,
Oats dengan Nescafe, cukuplah sampai tengahhari


18 comments:

  1. kalau tak cukup air, elok beli je nasi ayam tu Kak Nanie. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakcik,

      Air ditakung dalam baldi, untuk emergency jika lewat, untuk bilik air yang penting.

      Nasi Ayam dah lama tak makan..hik3x

      Delete
  2. As salam ...

    Beli jer untuk hari nie.
    Esok baru masak ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam pB,

      Lain kesudahnya, dah citer dalam n3 baru..huhuhuhu

      Delete
  3. Mujur qasehtakdersurat beranak...
    Jika tidak nak kena angkat sumpah segala proses tukar nama kat JPN...
    Kikikkikiki....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rahmah,

      hik3x, haah kan?

      Delete
  4. Kak beli je nasik ayam, esok masak balik tau je lah kalau tak ada air seksa nak masak, air tadahan boleh buat mandi atau urusan lain.
    Kucing2 kat rumah akak semua comel, anak saya si Afiq tu kemain geram dengan kucing kucing tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sharifah,

      Tulah pasal, akak pulak jenis geli nak basuh segala pinggan mangkok dgn sikit air..
      Emmm..

      Delete
  5. Amboi.. macam2 ada dalam fridge kak nanie...
    fridge makchaq kosong.... tak ke pasar sejak Jumaat lepas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam makchaq,

      Uncle memang gitu, kadang2 auntie pun heran, kenapalah dia beli macam2, boleh jamu tetamu sesat bila2 masa. Lagi pun memang auntie dah sign kontrek jadi tukang masak seumur hidup dgn dia..hik3x
      InshaAllah

      Delete
  6. Bila tak ada air semuanya terbantut bukannya ada pergi nak gi cedok air ye dak untie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam JunAina,

      Betul, memang tak de perigi ler, baldi2 tadahan air adelah..

      Delete
  7. kalau masak sendiri, lagi sedap tu auntie...hehehe
    Tapi kalau takde air, maybe beli nasi ayam tu option terbaik kot..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Daddy Ziyyad,

      Aduhai, masin mulut, auntie kena masak jugak, hujan mencurah2 kat luar tuh..

      Delete
  8. Aunty MM,
    Adoi....comeynya si Ceceh...nak jadi mak dah ye? Macam saya ni memanjang je jadi anak daraa.....purrr...meow!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam CFS,

      Haah, siCeceh dah nak jadi mak, tak sabar nak tunggu.

      Nanti adalah jodoh tu, InshaAllah

      Delete
  9. if masak asam rebus keladi bagi tau yea. i want.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Peej,

      Okay, mama masak nanti, kita makan sama2 yea

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...