THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Monday, October 29, 2012

Tawaf HUKM

Anak kawan auntie masuk wad
untuk menjalani pembedahan tulang belakang
Auntie tak pasti adakah dilahirkan
dengan spinal yg bengkok atau terjatuh
masa kecil.
Kata kawan auntie, anaknya selalu
mengadu lengoh2 dan sakit belakang
Jika tengok dengan mata kasar
bentuk physical dibahagian pinggang
memang ketara, sebelah ada pinggang dan sebelah
lagi straight cut.

Auntie pergi Ke HUKM selepas solat zohor bersama2 uncle
Itulah kali pertama auntie dan auntie ke Hospital tu.

Sampai di perkarangan hospital, uncle dropped auntie kat
driveway main lobby sebab uncle nak cari carpark.
Auntie tunggu berdiri disitu terasa bahang panas, jadi
auntie dengan terhoyong2, melintas seberang jalan
dan sambil memegang railing, auntie
naik beberapa mata tangga..untuk masuk
keperkarangan lobby untuk mencari tempat duduk.
Saorang budak lelaki muda berbangsa cini, memimpin
auntie naik tangga dan bertanya
kenapa auntie bersaorangan, dan nak kemana..huhuhuhuhu
baiknya budak tuh..
Dah tu datang pula dua lelaki remaja melayu, memegang
auntie untuk ambil alih..

budak tuh bertanya..
"Mak cik nak kemana? dan siapa teman makcik
kesini?"

Auntie jawab
"Pak Cik ada, dia pergi cari parking dan
makcik nak duduk dalam, kat luar tuh
tak ada kerusi dan panas"

Budak tuh pimpin auntie ke kerusi
dan bertanya lagi

"Mak cik nak  saya teman makcik
sementara Pakcik sampai?"

"Tak payah susah2 nak, makcik
duduk sini ajer, kejap lagi sampailah
pakcik" jawab auntie

Budak2 tu, memberi senyuman
yang ikhlas dan berlalu dari situ

Dalam hati auntie berkata
Alhamdulillah..terasa bangga dan sayu masih ada lagi
budak2 remaja yang perihatin dan mahu
menghulur bantuan pada orang2 tua macam auntie
disekeliling mereka..

Memang selesa, bersih  dan berhawa dingin
di perkarangan lobby.
Dikaunter pertanyaan, auntie nampak
bersusun kerusi roda, tergerak dihati
nak pinjam satu, untuk auntie gunakan,
sementara mencari wad anak kawan auntie
tapi auntie kuburkan niat takut
uncle tak mahu tolak auntie berkerusi roda.

Uncle sampai dan kami menuju ke lift
ke tingkat empat...wad 4

Wahhhh...jauhnya auntie dan uncle berjalan
dari Wad 4A sampai lah ke Wad 4Z..hahahahaha
tak ada Z pun tapi auntie nak readers auntie dapat bayangkan
betapa jauhnya auntie berjalan terhoyong hayang
sambil dipimpin oleh uncle, dari keluar lift sampai
kehujung bangunan tingkat 4
huhuhuuhu tak jumpa Wad 4..
dari Wad ke Wad tak ada lansung kerusi
untuk auntie berihat...

Auntie nampak uncle bertanya pada salah seorang misi
dan tangannya menunjukkan yang kami kena patah balik

Emmm...barulah kami jumpa..
Rupa2..ada pintu gerbang
tertulis Dewan Orthopedik
dan dalam dewan tu lah terletaknya Wad 4
sungguh misleading..ingatkan dewan tu
dewan berunding para2 doktor..
Tulah..perangai uncle dari muda sampai tua
susah benar nak bertanya orang
sebelum sesat jalan..huhuhuhu

Akhirnya berjumpalah kawan auntie
terus auntie dan uncle jengok anaknya
Kami bersalaman dan auntie menghulur
buah tangan MrPotato 2 balang dan
anggur merah sepeket

Uniform hospital warna purple 
- blouse ikat belakang dan kain

Kawan auntie, menantu dan cucunya

Anak perempuannya (dah kawin dah) 
amboi, uncle posing maut macam muda2 dulu

Sebelum balik kawan auntie ajak minum dikantin
Wah..sekali lagi berpusing2 dalam bangunan mencari kantin,
keluar bangunan dan masuk bangunan balik..
memang bertawaf HUKM masa tuh..

akhirnya jumpa kantin tu dan bertemulah 
dengan suami kawan auntie kat situ
kami berbual2 sambil makan2
auntie minum nescafe ais dan bakso semangkok
Alhamdulillah anak kawan auntie belanja auntie

Perbelanjaan kos pembedahan hampir Rm30 ribu
Alhamdulillah, suami kawan auntie tu bekas pegawai
tentera maka kos di tanggung oleh ATM bahagian veteran

Kami minta diri..
On the way back..macet nak mampussss
selama 2 jam lebih..
Dari Jalan Peel sampai lah Jalan Jelatek
auntie terlepas solat maghrib




Tersekat dalam terowong,
terpikir jika  berlaku gegaran gempa bumi, terkubur
dalam terowong..


Dinding terowong

Pergerakkan sungguh lambat, 
rasa auntie sang semut pun lebih laju

Sampai rumah terus salin baju, mandi dan Solat Isyak dan Qada Maghrib
Penat amat2, kaki kejang dan auntie minta izin kat uncle nak berihat dan tidur..


Pengajaran bagi auntie, bila hati terdetik
nak pinjam kerusi roda, auntie ignore masa tu..
maka berjalanlah auntie hampir keseluruhan bangunan
dan tingkat empat..nasib tak pengsan..hik3x


Jika anaknya keluar wad nanti, auntie akan
visit dia dirumah pula..InshaAllah


17 comments:

  1. Assalamualaikum Auntie

    kesiannya....jauh berjalan tu...

    moga anak kawan auntie tu cepat sembuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusallam Warahmatullahi Wabarakatuh atuk,

      Tulah pasal, memang jauh bebenar..huhuhuhu

      Terima kasih atas doa utk anak kawan auntie

      Delete
  2. kesian aunty kena berjalan tawaf hukm. kalau pinjam kerusi roda dari awal, tentu tak penat macam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mrs Yana

      Haah, tulah auntie kata dah terdetik dihati tapi degillah tu..

      Delete
  3. Untie ni kuat semangtakan...semoga sentaisa di ebri kesihatan yang baik dan kekuatan untuk menghadapi hari setrusnya. Pergghhh...uncle punya gaya tu kalah org muda!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam JunAina,

      Setakat ni Alhamdulillah, moga Allah swt beri semangat yang lebih kuat. Aamiin.

      Memang begitulah uncle selalu posing masa muda2. hik3x

      Delete
  4. Kakak dapat bayangkan jauhnya auntie tawaf HUKM mencari wad. Tapi syukur juga tak apa-apa..

    Niat yg baik nak ziarah Allah ringankan utk auntie melangkah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie,

      Alhamdulillah tak apa2, cuma sedikit letih dan kejang kaki bila sampai rumah.

      InshaAllah..

      Delete
  5. salam kak nani...
    3tahun lepas saya pernah mendapatkan rawatan di HUKM...
    memang susah nak parking... kita sebagai pesakit kena tunggu kat tepi lobby sementara suami cari parking...
    mujur masa tu berkerusi roda... dapat duduk sambil menunggu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali Rahmah,

      Ohhh yea ker? memang kurang kerusi2 untuk kita duduk2 dan rehat
      in between wad.

      Delete
  6. Memang orang lelaki tak suka bertanya..

    Kesian kaknanie jenuh berjalan... tapi tak pa.. kira senaman jugak tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam makchaq,

      Yea ker? baru auntie tahu, ingatkan uncle sorang jer macam gitu

      Senaman yang sudah terlebih (over dose) ..hik3x

      Delete
  7. As-salam kak,

    Saya pernah ke HUKM sekali je sebab suami ibu saudara saya masuk situ kerana cancer tulang, ya ampun macam nak pengsan cari pesakit kehulu kehilir, nasib baik ada kerusi sorong tu dapat lah saya tolak emak saya atas kerusi tu maklumlah dia dah berumur 82 tahun mana larat nak jalan....last sekali terpaksa tanya nurse baru kami jumpa pesakit tapi dalam masa 1/2 jam dia pun meninggal dunia tak sempat nak operate.

    ReplyDelete
    Replies
    1. WaSalam adikku Sharifah,

      heheheheh..memang besar lantai bangunan tu..timur barat, left wing, right wing,
      cuma kalau ada bangku2 untuk pelawat duduk diluar wad, lebih selesalah

      Delete
  8. saya pernah dirawat disitu...hospitalnya bersih kan?

    aritu kalau akak duduk kerusi roda mungkin tak sepenat itu..
    tapi takper, ziarah org sakit ada ganjarannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Queenie,

      Haah, memang bersih.

      Mudah mudahan..Aamiin

      Delete
  9. Assalammualikum kak

    Mudah2an kak sihat

    Sy ada antar emel.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...