THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Friday, October 19, 2012

Suara Subuh



Salam Jumaat semua readers auntie,
Kali ni auntie selitkan beberapa articles..


*****************

Salam itu disampaikan melalui orang tengah, maka
jawapan yang diberi kepada kiriman Salam tu bukannya

Waalaikumus Salam (Selamat Sejahtera keatas kamu) 

tapi

Wa'alaika Wa'alaihis Salam (Kamu dan juga dia Selamat Sejahtera)

Dengan ini, salam orang yang mengirimkan salam dari orang tengah sudah terjawab

Jadi, kalau salah jawab, bermakna masih belum dijawab salam itu




*****************************


Dalam 20 perkara ni, 
berapa perkara yang kita lakukan?


******************************

SUARA SUBUH .....

Pada pagi itu, seperti mana pagi-pagi yang lain, aku menyambut kedatangan seorang tetamu tetapku iaitu SUBUH.

“Assalamualaikum”, seru Subuh.

“Wa’alaikumsalam”, sahutku.

Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang. Ku tanya khabar Subuh, 
bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat.
" Tadi,  aku baru sahaja melintasi satu tempat." kata Subuh dengan sayu

"Kucari tempat persinggahan, ku ketuk rumah-rumah yang sunyi, 
tapi satu pun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu.” Dan airmata Subuh pun berlinangan.

“Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah aku menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan? 
Subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringat sesuatu.

“Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai. 
Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan, 
menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat.
Hidangan yang paling ku suka adalah buah Tahajjud, puas ku cari dibumi lain, tapi jarang ku jumpa.
Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas serta leka”.

Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku faham maksud Subuh.

“Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon *Al-Lail, 
jadi aku tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. 
Tapi aku ada Roti *Shiyam”, cadangku pada Subuh.

Subuh menolak dengan hormat. “Roti itu ada tuan punyanya”, kata Subuh.

“Adakah kau mahu manisan Zikir?” rayuku pada Subuh.

“Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku segelas Air Mata Tangisan”, pinta Subuh.

Aku agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh, yang Mata Air Tangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau Maksiat yang berpanjangan? Namun, aku tetap menjenguk ke dalam Perigi yang memuatkan Mata Air tersebut. Aku terkejut. Perigi tersebut hampir separuh penuhnya. Dan aku berdetik didalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir?

Tanpa berlengah lagi kubawa Air tersebut pada Subuh, tetamu yang kusanjungi, dan ku berikan manisan yang dipintanya. Selesai menjamah kesemuanya, Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.

“Subuh ..”, seruku, “… mahukah kau tinggal selamanya denganku? Aku memerlukan teman dalam kesunyian. Akan kulayan kau dengan sebaiknya,wahai Subuh”. Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan terpenuhi.

“Aku perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, sepertimana aku menguliti mimpimu”.

Dan aku akur dengan penjelasan Subuh.
“Subuh”,.. seruku lagi bila melihat Subuh bersiap untuk pergi, 

“Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?”

“InsyaAllah”, jawab Subuh,”… 

"bukankah aku kekasih yang kau rindui?”

Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap waktunya.

“Assalamualaikum”, seru Subuh.

“Waalaikumsalam”, jawabku kembali.

Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin laju dengan setiap

langkah. Dan akhirnya Subuh hilang dari pandangan.

P/S : Apalah agaknya keluh kesah dari Zohor, Asar, Magrib dan Isyak?

Jawapannya… tersirat dalam diri kita masing2 ...


Nota :  
*Al-Lail - (ibadah 2/3 malam)
* Shiyam (puasa)


6 comments:

  1. thanks for the info auntie.. syahdu.. teringat akan diri yg banyak kekurangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam NorMala,

      Samalah dengan auntie, masih kekurangan

      Delete
  2. Suka betul akak post pasal cerita 'subuh' ni, insyaallah selagi kami suami isteri masih hidup subuh tetap berkumandang dirumah kami beserta dengan amalan2 nya.

    ReplyDelete
  3. semuanya diulit mmpi sbb tu tiada yang sudi menyambut subuh sebagai tetamu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Qaseh,

      Betullah tu, diselimutkan oleh syaitan ketika subuh

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...